Pray For MH370

Pray For MH370

KETUA POLIS SELANGOR BUAT SIDANG MEDIA

Dato' Khalid meminta pihak media agar melaporkan berita yang lebih adil dan positif agar dapat melancarkan lagi kerja-kerja operasi yang dijalankan.

  • 5 kawasan yang mesti dikosongkan iaitu Kondominium Impian Selatan, Taman Bukit Jaya-Jalan 6A yang melibatkan rumah semi D dan teres, keseluruhan Taman Bukit Mewah, Taman Wangsa Ukay-Jalan 9 dan 11.

  • Para penduduk yang ingin mengambil barangan penting mereka dibenarkan berbuat demikian dengan kerjasama MPAJ dan pasukan lain.
  • Penempatan sementara yang disediakan adalah di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang.
  • Penempatan di hotel hanyalah untuk mereka yang rumahnya benar-benar sudah musnah iaitu 14 rumah.

Polis ingatkan 5 kawasan di Bukit Antarabangsa mesti dikosongkan


Anis Nazri/ HARAKAHDAILY

BUKIT ANTARABANGSA, 10 Dis (Hrkh) - Operasi mencari dan menyelamat mangsa wanita Sri Lanka dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, diteruskan seawal jam 6.30 pagi tadi, bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penemuan baru.

Demikian disahkan Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar, ketika sidang media, dekat sini, pagi tadi.

Menurut beliau, operasi tersebut akan diteruskan sehingga jam 2 petang, sebelum pihaknya berbincang langkah-langkah yang lebih efektif untuk meneruskan operasi berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata para penduduk yang ingin mengambil barangan penting mereka dibenarkan berbuat demikian dengan kerjasama MPAJ dan pasukan lain.

Bagaimanapun, beliau sekali lagi mengingatkan bahawa lima kawasan yang mesti dikosongkan iaitu Kondominium Impian Selatan, Taman Bukit Jaya-Jalan 6A yang melibatkan rumah semi D dan teres, keseluruhan Taman Bukit Mewah, Taman Wangsa Ukay-Jalan 9 dan 11.

Bagi penduduk di kawasan perumahan lain tidak perlu berbuat demikian, namun sekiranya masih ingin berpindah, pihak polis tidak sesekali melarangnya.

"Bagi kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi, saya mengharapkan kerjasama untuk berpindah kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang berbahaya," tegas beliau berkali-kali.

Beliau turut memaklumkan satu laluan baru akan dibuat dengan mengalihkan jambatan yang disediakan ATM sebelum ini, memandangkan jambatan tersebut kemungkinan akan digunakan bagi keperluan banjir di tempat lain.

Laluan alternatif itu, katanya akan dibina oleh JKR.

Sementara itu, Khalid turut meminta pihak media agar melaporkan berita yang lebih adil dan positif agar ia dapat melancarkan lagi kerja-kerja operasi yang dijalankan.

"Saya kesal apabila melihat media melaporkan perkara yang agak negatif. Sebagai contoh, ada yang melaporkan anggota Rela mengambil barangan penduduk. Sedangkan mereka membantu penduduk mengangkat barang.

Jika benar ada kejadian itu, buatlah laporan polis dan kita akan siasat seadil-adilnya. Jika membuat laporan tanpa pengesahan saya, ia akan mengguris hati anggota Rela dan mungkin mereka tidak berani untuk membantu lagi," tegas beliau.

Mengulas lanjut berkenaan penempatan sementara yang disediakan, Khalid berkata penempatan sementara yang disediakan adalah di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang.

Tambah beliau, sekiranya ada penduduk yang tidak mahu duduk di situ dan mempunyai tempat tinggal lain, ia perlu dimaklumkan kepada pihak polis agar mudah dihubungi untuk perkembangan seterusnya.

"Berkenaan penempatan di hotel yang disebut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apa yang saya faham ia hanyalah untuk mereka yang rumahnya benar-benar sudah musnah iaitu 14 rumah. Bagi kawasan lain, penempatan yang disediakan adalah di sekolah yang dikatakan tadi," tegas beliau.

Beliau turut mengingatkan para penduduk agar lebih bersabar menanti giliran untuk naik dan turun, selain tidak meletakkan kereta di kiri kanan jalan yang akan menyebabkan kesesakan teruk.

Comments :

0 comments to “KETUA POLIS SELANGOR BUAT SIDANG MEDIA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com