Sesungguhnya "histeria" yang ditonjolkan dan reaksi histerikal penonton ekoran dari menyaksikan lakonan kedua-dua artis di bawah beraksi dengan penuh syahwat di layar perak dan seterusnya akan tersebar luas melului VCD cetak rompak atau sebaliknya melambangkan satu lagi kejayaan wanita Melayu. Mungkin kelak ada pihak-pihak yang akan memberi pengiktirafan yang sewajarnya. Dulu filem Remp-it yang berjaya mencapai "box office" juga berjaya mempromosikan budaya rempit di kalangan belia dan remaja Melayu.
Meskipun baru-baru ini , Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawasenya Pengkid atau lesbian itu haram, namun dari segi pelaksanaan, pendidikan serta penguatkuasaan amatlah terbatas. Bak kata orang putih "SO WHAT".
Apapun, ingatlah bahawa Ar Rasul saw dalam sebuah hadith yang agak panjang yang terdapat dalam Kitab Sahih Muslim, hadith bil 974 berbunyi " Dari Munndzir bin Jarir r.a dari bapanya, katanya; " Pada suatu pagi ketika kami berada dekat Rasulullah saw, tiba-tiba datang serombongan orang tanpa sepatu dan berpakaian selembar kain yang diselimutkan ke badan mereka sambil menyandang pedang. Kebanyakan mereka atau mungkin keseluruhan mereka berasal dari suku Mudhar. Ketika melihat mereka wajah Rasulullah berubah kerana terharu melihat kemiskinan mereka..............sudah terkumpul makanan dan pakaian sehingga kelihatan olehku wajah Rasulullah jadi cemerlang bagaikan bersepuh emas. Maka bersabda Rasulullah saw
"Barangsiapa yang mengerjakan pekerjaan baik dalam Islam, maka dia
memperoleh pahalanya dari daripada orang yang mencontohi perbuatannya itu,
tanpa mengurangi pahala mereka masing-masing. Dan siapa yang melaksanakan
pekerjaan jahat, maka dia akan mendapat dosanya, ditambah dengan dosa
orang-orang yang mencontohi perbuatan buruknya itu, tanpa mengurangi dosa
mereka masing-masing. "
Bagi mereka yang skeptikal serta sinikal tentang "dosa" yang tidak dapat dilihat dan dikaji, anggaplah ia umpama satu titik hitam yang melekat di sebuah cermin yang asalnya putih, bersih dan bersinar. Lama kelamaan, dengan banyaknya titik hitam melekat di permukaan cermin tadi, ibarat dosa yang bertambah-tambah banyaknya yang dilakukan oleh seorang insan, akhirnya cermin tadi menjadi hitam, gelap dan legap dan tidak lagi bersinar. Begitulah akan terjadi, menurut Ulama', bahawa dosa yang dilakukan akan menghitamkan " hati / qalbu". Cara membersihkan serta mengilap hati yang telah"hitam" lantaran dosa dan noda yang telah dilakukan ialah dengan bertaubat, menyesal akan perbuatan lampau serta berazam tidak akan mengulanginya lagi, lantas memperbanyakkan amalan soleh seperti bersedekah dan lain-lain. Dosa (kesalahan) yang dilakukan terhadap orang lain diwajibkan memohon kemaafan.
Seperti kata pepatah Melayu " Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan; malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan". Di tambah: " Bertanyalah kepada mereka yang mengetahui".
aq juga gag abis pikir ma orang" film yg sering "so what" klo bikin film seronok gitu