Pray For MH370

Pray For MH370

JANGAN LARI DARI ISU SEBENAR MENGENAI ISU PPSMI

Bakal Perdana Menteri Malaysia jika benar seperti apa yang dilaporkan oleh Bernama/ Berita Harian, saya hairan bagaimana beliau boleh pusing isu sebenar tentang PPSMI. Kita maklum beliau telah dihantar ke England pada usia yang muda untuk menimba ilmu dan tamadun barat.

Siapa yang tidak mahukan ilmu dan teknologi moden? Siapa yang tidak mahu anak-anak kita berjaya? Siapa yang lari dari menangani isu globalisasi? Siapa yang menolak bulat-bulat penguasaan bahasa kedua , ketiga dan kempat? Tiada siapa. Semua persoalan di atas adalah tidak relevan dalam isu PPSMI.



Jangan taksub hingga tolak unsur baik tamadun luar: Najib


Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat tidak harus menjadi terlalu taksub sehingga menolak unsur tamadun luar yang dapat membantu memperkaya ilmu, teknologi dan kebudayaan Melayu dalam memperkasakan bahasa Melayu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, yang penting dalam menghadapi globalisasi ialah sikap dan pertimbangan rasional dalam memilih dan memutuskan perkara yang munasabah untuk dimanfaatkan dan bukan menolak asas globalisasi secara melulu.

"Walau apa pun harus diingat bahasa itu jiwa bangsa. Maksudnya, penguasaan bahasa asing tidak semestinya melunturkan jati diri dan keintelektualan seseorang itu akan tetapi penguasaan bahasa asing itu akan melahirkan jati diri yang lebih utuh dan semakin kuat perasaan sayangnya terhadap bangsa dan bahasanya.

"Dalam konteks negara Malaysia, penguasaan bahasa asing tidak seharusnya dilihat melunturkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri," katanya ketika berucap pada pertandingan akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri (PABM 2009) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disini hari ini.

Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Najib berkata, dalam era ICT ini, bahasa Melayu seharusnya mengambil peluang daripada pembangunan k-ekonomi untuk turut menyediakan ruang pengetahuan yang cukup kepada masyarakatnya.

Katanya, bahasa Melayu perlu cukup utuh dan mantap untuk mengemudi masyarakat penuturnya agar bergerak seiring dengan arus pembangunan k-ekonomi dalam dunia yang semakin kompleks.

"Di persimpangan ini, perlu akui bahawa bahasa Melayu masih lagi dianggap muda dari segi pengistilahan sains dan teknologi berbanding bahasa Inggeris yang kini diterima sejagat sebagai bahasa ICT," katanya.

Bagaimanapun, katanya, ini tidak bermakna bahasa Melayu akan dipinggirkan dan turut menekankan bahawa kerajaan akan tetap komited untuk terus memperkembangkan kepentingan dan penguasaan bahasa Melayu serta akan terus mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa perdana di negara ini.

"Walaupun kita memberikan ruang kepada bahasa Inggeris wujud dalam sistem pelajaran, kerajaan tidak akan berganjak untuk terus menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan rasmi pendidikan di negara ini," katanya.

Najib turut menyarankan Kementerian Pengajian Tinggi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta syarikat penerbitan di negara ini bekerjasama untuk membekalkan bahan bacaan dan rujukan mengenai pelbagai aspek tamadun Melayu, Malaysia dan Asean ke institusi terpilih di luar negara secara berterusan.

Beliau berkata, ini supaya maklumat mengenai tamadun dan negara ini dapat sampai kepada masyarakat antarabangsa.

Bagi dalam negara pula, beliau mahu Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengambil tanggungjawab serius memperkenalkan bahasa dan tamadun Melayu serta Malaysia dalam kurikulum masing-masing.

"Dalam Akta Pendidikan 1996, telah ditegaskan tiga kursus wajib yang mesti diajar di IPTS khususnya kepada pelajar asing iaitu bahasa Melayu, pengajian Malaysia dan agama atau moral.

"Ini kerana dalam usaha kita mahu menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa, kita tetap mahu unsur-unsur teras tamadun kita diperkenalkan kepada pelajar antarabangsa, terutamanya bahasa Melayu," katanya.

Bernama / Berita Harian Online

Comments :

0 comments to “JANGAN LARI DARI ISU SEBENAR MENGENAI ISU PPSMI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com