Muhyiddin said monitoring by the ministry last year found that only a small group of teachers were using English language fully in the teaching of science and mathematics.
Dimuatkan ucapan dan komentar Pemimpin negara dan Pakatan rakyat mengenai isu pemansuhan PPSMI, jika berlaku, pada tahun 2012, sebelum PRU ke 13, insyaALlah. Ketika melancarkan projek ini, ia dilakukan secara mengejut, telah berkuatkuasa selama 6 tahun tetapi mengambil masa 3 tahun secara berfasa untuk dimansuhkan.
Sebenarnya telah banyak kajian saintifik tentang kelemahan dan kegagalan PPSMI tetapi Kementerian buat "pekak" dan "bodoh" sehinggalah pelbagai pihak menyuarakan bantahan yang mana kemuncaknya ialah penyerahan memorendum kepada DYMM YD Agong. Nah, sekarang baru terbongkar hasil kajian tersebut. Itu pun masih mahu menunggu 3 tahun lagi sebelum dimansuhkan.
(1) Selesai urusan kroni punca pemansuhan PPSMI dikuatkuasa 3 tahun lagi!
(2) Mansuhkan PPSMI 2012: Tidak penuhi tuntutan, lebih ramai jadi 'mangsa'
(3) PPSMI: Kerajaan cuma tangguhkan pemansuhan bukan mansuhkan terus - Pak Samad
(4) Sains Dan Matematik Dalam BM Dan Bahasa Ibunda 2012 - Muhyiddin
(5) Sains Dan Matematik Dalam BM & Bahasa Ibunda Satu Dasar Realistik-Komen pelbagai pihak
Selesai urusan kroni punca pemansuhan PPSMI dikuatkuasa 3 tahun lagi!
Keliru. Penghapusan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya dibuat tiga setengah tahun lagi dan bukan sekarang.
Inilah isu yang perlu diketahui ibu bapa. Mengapa kerajaan perlu mengambil masa tiga tahun lagi untuk menguatkuasakan penghapusan PPSMI. Persoalan ini seharusnya dijawab kerajaan kerana dibimbang ada agenda di sebaliknya.
Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar berkata, penguatkuasaan pada 2012 agak terlewat setelah ia diperkenalkan pada 1999.
Katanya, beliau antara pihak yang terlibat menentang keras PPSMI pada peringkat awal kerana sudah menyedari tindakan tersebut merugikan anak Melayu terutamanya mereka yang tinggal diluar bandar.
"Saya yakin langkah yang diambil Timbalan Perdana Menteri menghapuskan PPSMI pada 2012 untuk memastikan kontraktor pembekal dan kroni yang mendapat anugerah membekalkan peralatan ICT mendapat manfaat sepenuhnya," katanya pada program ceramah di Manjor semalam.
Hadir sama pada ceramah itu, Bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli, anggota jawatankuasa PAS, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dan anggota Parlimen Jerai, Ustaz Firdaus.
Semalam Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI akan dimansuhkan kerajaan berkuatkuasa pada 2012.
Mahfuz juga menempelak segelintir pemimpin Umno yang dulunya beria-ia menyokong PPSMI yang dilaksanakan Tun Dr Mahathir Mohamad, tiba-tiba hari ini menyokong pula pembatalan tersebut.
"Tuan-tuan boleh lihat sendiri setelah sekian lama pihak pembangkang bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI mengadakan pelbagai bantahan, menghantar memorandum, menghimpunkan 100,000 rakyat, tiba-tiba mereka yang dahulu menyokong dasar itu mengambil tindakan sebaliknya.
"Tidakkah ini dinamakan sebagai sikap hipokrit yang memperlihatkan kepentingan diri dan bukan untuk faedah masyarakat," katanya.
PAS telah lama desak
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan pelbagai pihak termasuk PAS bagi mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI akhirnya menjadi kenyataan biar pun perkara itu berkuatkuasa tiga tahun lagi.
ImageKatanya, beliau melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila kerajaan terpaksa akur dengan desakan seluruh rakyat bagi menghapuskan PPSMI.
"Saya adalah antara orang yang paling gembira kerana pembatalan PPSMI itu kerana ia banyak menyusahkan rakyat terutama pelajar sekolah dan guru," katanya.
Beliau berkata, bagi melahirkan masyarakat yang maju dalam pelbagai bidang tidak seharusnya mereka mesti belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Ini kerana katanya telah terbukti kejayaan yang dicapai mereka dalam pelbagai bidang sebelum ini tidak melalui dasar PPSMI.
"Saya kerap kali memberitahu rakan-rakan termasuk sasterawan. Saya menceritakan kepada mereka pejabat saya kerap didatangi pegawai tinggi dari Thailand yang tak boleh berbahasa Inggeris dan juga Melayu, tetapi mereka maju dalam bidang pertanian.
"Bukan itu sahaja, mereka juga berjaya meningkatkan maju dalam bidang pertanian hanya menggunakan bahasa ibunda.
"Perubahan itu sebenarnya berkait rapat dengan fitrah manusia di mana bahasa itu sendiri sebagai nikmat dari Allah untuk berhubung antara satu dengan yang lain.Image
"Oleh itu saya syukur kepada Allah SWT hasil tentangan habis habisan dari rakyat peringkat bawahan sampai sasterawan Negara yang berarak ke sana sini akhirnya kerajaan terima biar pun penguatkuasaannya hanya tiga tahun lagi," katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan terpaksa membelanjakan begitu besar peruntukan sebelum ini kerana melaksanakan dasar PPSMI biar pun sejak awal lagi rakyat menentang.
"Berapa banyak peruntukan kerajaan keluarkan untuk mencetak buku baru pembelajaran PPSMI, menyediakan kemudahan ICT dan kursus untuk guru dan pelbagai lagi.
"Oleh itu saya doakan mudah-mudahan perkara ini tidak berulang lagi pada masa depan. Sila dengar sungutan rakyat.
"Langkah kerajaan membatalkan PPSMI membuktikan pemimpin BN mengaku melakukan kesilapan paling besar," ujarnya.
Beliau juga mempersoalkan mengapa kita tidak memtingkatkan mutu bahasa ibunda melalui Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan mencipta lebih banyak lagi istilah-istilah baru.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Mobalisasi, Suhyaizan Kaiat berkata, pemansuhan PPSMI sebenarnya kejayaan perjuangan rakyat antaranya perhimpunan 100,000 rakyat.
Sahaizan yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat berkata, sebelum itu kerajaan tidak pernah berfikir untuk menghapuskan PPSMI biar pun ditentang rakyat dari awal lagi.
Salmah Mat Husain/ Mohd Nor Yahya/harakahdaily
====================================================================================
PPSMI: Kerajaan cuma tangguhkan pemansuhan bukan mansuhkan terus - Pak Samad
Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said menganggap kerajaan hanya menangguhkan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan memansuhkan terus dasar gila tersebut.
Beliau juga menegaskan tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.
Pengumuman Menteri Pelajaran, tegas beliau, bersifat mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai dan juga pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus.
"Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.
"Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika Perdana Menteri keempat dahulu mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa Perdana Menteri keenam perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?" soal beliau.
Pak Samad juga menegaskan perjuangan untuk melestarikan bahasa Melayu akan tetap diteruskan biarpun beliau merasa lega dengan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Tegas beliau lagi, demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya.
"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam dewan rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," tegas beliau dalam satu wawancara yang diadakan dengan Harakah yang akan disiarkan dalam keluaran akan datang.
Semalam, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012.
Irwan Muhammad Zain/mns/harakahdaily
=====================================================================================
Mansuhkan PPSMI 2012: Tidak penuhi tuntutan, lebih ramai jadi 'mangsa'
Keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI pada 2012 , dianggap belum memenuhi harapan tuntutan banyak pihak yang memperjuangkan isu ini di samping terus menambahkan lagi jurang pencapaian para pelajar yang tertinggal akibat dasar ini.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sekiranya pemansuhan itu ditamatkan serta merta ianya tidak akan menimbulkan masalah memandangkan sudah ada buku rujukan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu dan memang ramai guru yang sudah pun mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahasa tersebut.
"Pelajar yang kini menghadapi masalah untuk mengikuti pembelajaran itu dan sepatutnya dengan segera dapat ditukar kepada Bahasa Melayu.
"Ini supaya mereka tidak terus menjadi mangsa kepada eskperimen yang sudah jelas menjejaskan pencapaian mereka seperti yang telah terbukti diakui oleh Menteri Pelajaran," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Katanya membiarkan pelajar sekolah luar bandar tertinggal walaupun terpaksa menunggu sistem tersebut kembali kepada Bahasa Melayu akan terus membiarkan jurang pencapaian melebarkan dan pelajar berkenaan terus tertinggal.
Teras katanya kesal kenapa dengan pelbagai pendirian dan kajian yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak yang jelas menunjukkan pelajar luar Bandar akan terjejas dan pencapaian keseluruhannya akan merosot , baru kini kerajaan akhirnya mengaku pada hal sebelum ini pihak Kementerian Pelajaran beria-ia benar mempertahankan kejayaan PPSMI.
"Kemerosotan pencapaian adalah akibat dari kedegilan pihak kerajaan untuk akur kepada suara pelbagai pihak termasuk dari kelangan para pendidik , ahli akademik , ibu bapa dan ahli agama," kata Azmi.
Kini barulah semuanya terpaksa diterima termasuk pengakuan betapa kajian universiti-universiti tempatan pun mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI, katanya
"Kini setelah 6 tahun kita dapati ratusan ribu generasi pelajar PPSMI menanggung kerugian kerana gagal menguasai mata pelajaran yang penting untuk berjaya melanjutkan pelajaran kepada yang tahap lebih tinggi.
"Jika pihak kerajaan tidak berdegil ,ratusan ribuan pelajar yang berkenaan tidak akan rugi menghadapi tekanan kerana dinafikan hak untuk belajar dalam bahasa ibunda mereka sendiri," katanya yang berharap dasar ini dimansuhknan dengan kadar segera sebelum tiga tahun lagi seperti yang diumumkan.
Azamin Amin/azm/haraakahdaily
====================================================================
Sains Dan Matematik Dalam BM Dan Bahasa Ibunda 2012 - Muhyiddin
PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.
Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.
"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya ketika mengumumkan perkata itu di Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.
PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.
Muhyiddin berkata pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia dan bahasa ibunda akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di sekolah menengah yang bermula 2012.
Bagaimanapun, katanya, perubahan itu tidak melibatkan Tingkatan Enam dan matrikulasi.
Beliau berkata untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi-bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.
Beliau berkata kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.
"Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.
Muhyiddin berkata pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.
"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik," katanya.
Selain itu, katanya, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap profisiensi.
Katanya peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.
"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus," katanya.
Beliau berkata jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.
Muhyiddin berkata laporan "Trends in Mathematics and Science Study 2007" turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot daripada tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007.
"Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," katanya.
Beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
"Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris," katanya.
Katanya berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK(T).
-- BERNAMA
=====================================================================================
Sains Dan Matematik Dalam BM & Bahasa Ibunda Satu Dasar Realistik
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang diumumkan Rabu mendapat reaksi positif pelbagai pihak.
Para cendekiawan, ahli politik, ahli akademik, pendidik malah pelajar sendiri menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang realistik ke arah memperkukuh kedudukan Bahasa Inggeris dan pada masa yang sama mendaulatkan Bahasa Malaysia.
* Dr Chandra Muzaffar, Profesor Kursi Nordin Sopiee Pengajian Global Universiti Sains Malaysia:
Beliau berkata apa yang perlu dilakukan sekarang ialah meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris mulai dari peringkat sekolah rendah sehingga ke menara gading dalam usaha melahirkan generasi Malaysia yang fasih dalam kedua-dua bahasa itu.
Katanya kaedah pengajaran bahasa Inggeris sama ada di sekolah rendah dan menengah juga perlu dikaji semula selain menggunakan saluran media yang ada secara efektif dengan mengadakan program belajar bahasa itu melalui radio, televisyen dan internet selain mengedarkan DVD.
*Veteran Umno dan Tokoh Pejuang Bahasa Tan Sri Abdul Aziz Tapa:
Katanya keputusan kerajaan itu amat penting dalam usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang telah diperjuangkan sejak 1952.
Penggunaan bahasa kebangsaan juga mudah untuk menyatukan rakyat dan ia selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap konsep 1Malaysia.
Bagaimana pun, katanya, bahasa Inggeris adalah bahasa kedua yang utama yang tidak boleh diabaikan dan perlu dikuasai oleh rakyat.
* Presiden Parti Gerakan Tan Dr Koh Tsu Koon:
Beliau berkata keputusan itu adalah konsisten dengan pendirian parti itu bahawa pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia atau bahasa ibunda di sekolah rendah adalah lebih berkesan berbanding dalam bahasa Inggeris.
*Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu:
Katanya MIC bersetuju dengan keputusan kerajaan memandangkan ia juga merupakan permintaan daripada Majlis Pengetua Sekolah Tamil supaya kedua-dua mata pelajaran itu diajar dalam bahasa Tamil.
"Walaupun terdapat peningkatan bagi kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris di sekolah Tamil, anggota majlis itu bersetuju supaya ia diajar dalam Bahasa Tamil," katanya.
*Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan:
Beliau berkata keputusan itu membuktikan bahawa kerajaan sentiasa memastikan bahawa dasar yang dibuat memberi manfaat kepada rakyat di negara ini.
"Dengan perubahan ini, maka Bahasa Malaysia akan sentiasa dimartabatkan dan pada masa yang sama Bahasa Inggeris akan terus dimantapkan. Bahasa Malaysia adalah suatu alat terpenting bagi perpaduan rakyat negara ini selaras dengan Gagasan 1Malaysia," katanya.
*Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan:
Beliau berpendapat Kementerian Pelajaran perlu mencari alternatif lain supaya pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa pertuturan global, sebagai usaha mengukuhkan pengajaran dan pembelajarannya di semua peringkat persekolahan.
"Sebenarnya kita mesti fasih dalam Bahasa Inggeris terutamanya apabila kita mahu memasuki dunia global tetapi saya berpendapat pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Inggeris bukan satu-satunya cara untuk menguasai bahasa itu," katanya.
* Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Tan Sri Profesor Emeritus Ismail Hussein:
Katanya keputusan itu adalah tindakan yang bijaksana tetapi kerajaan juga perlu memberi penekanan kepada Bahasa dan Kesusasteraan Melayu.
"Kami suka menekankan supaya perhatian yang lebih diberikan kepada bahasa Kebangsaan, kesusasteraan dan budaya Melayu dalam konteks yang lebih luas di peringkat global," katanya.
* Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng:
Beliau berkata berdasarkan keputusan yang dibuat pada Persidangan Perwakilan NUTP Ogos tahun lepas, pengajaran Sains dan Matematik bagi pelajar sekolah menengah perlu dikekalkan.
"Berdasarkan kepada keputusan Persidangan Perwakilan NUTP pada bulan Ogos 2008, memang kita membuat keputusan untuk mengajar sains dan matematik bagi sekolah rendah dalam bahasa ibunda dan bagi sekolah menengah untuk terus menggunakan Bahasa Inggeris.
"Sebagai guru dan kesatuan guru kami sudah berjaya dalam 50 peratus daripada perjuangan kami. Namun demikian, selepas kerajaan membuat keputusan, NUTP berpendapat sebagai penjawat awam kita terpaksa ikut polisi itu," katanya.
* Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia's (PKPIM) Mohd Hilmi Ramli:
"PKPIM menyambut baik keputusan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu interpretasi komitmen kerajaan untuk mempertahankan dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan," katanya.
*Presiden Kesatuan Perguruan Sarawak (STU) Willian Ghani Bina:
Beliau berkata langkah segera perlu diperkenalkan untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di kawasan pedalaman di Sarawak.
Katanya cadangan untuk menjadikan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai wajib lulus bagi peperiksaan awam perlu dilaksanakan bagi memastikan para pelajar di sekolah rendah dan menengah memberi perhatian serius untuk menguasai bahasa itu.
"Oleh kerana para pelajar di kawasan pedalaman sukar mendapatkan kelas tuisyen atau jika ada, ramai ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak mereka, Kementerian Pelajaran perlu menyediakan jalan penyelesaiannya memandangkan kumpulan pelajar yang ada sekarang masih lemah menguasai bahasa itu," katanya.
*Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin:
Walaupun pergerakan itu menyambut baik langkah kerajaan, beliau berkata para pelajar perlu menguasai bahasa Inggeris terutama dalam era globalisasi.
"Sebab itu di sebalik pengumuman pemansuhan PPSMI yang melegakan banyak pihak tentang kedudukan Bahasa Melayu dan usaha memartabatkannya, Puteri Umno mahu kesungguhan memantapkan Bahasa Inggeris dilaksanakan secara berkesan," katanya.
Untuk menguasai Bahasa Inggeris, prosesnya mesti dimulakan di peringkat sekolah dan bukannya selepas para pelajar menamatkan persekolahan di mana ketika itu cabaran serta saingan telah ada di depan mata.
* Presiden Dong Zong Dr Yap Sin Tian:
Beliau berkata kerajaan tidak perlu menunggu sehingga 2012 untuk melaksanakan dasar itu memandangkan sekolah kebangsaan Cina telah bersedia untuk memulakannya.
* Exco Pendidikan Negeri Sabah Datuk Masidi Manjun:
Sambil menyambut baik keputusan kerajaan, beliau berkata langkah itu wajar memandangkan masih banyak sekolah terutama di kawasan luar bandar yang kekurangan guru terlatih untuk mengajar mata pelajaran itu.
"Berdasarkan maklum balas yang saya terima, kebanyakan guru yang mengajar subjek Matametik dan Sains dalam bahasa Inggeris adalah guru yang sebenarnya mengikuti kursus atau opsyen yang lain.
"Oleh itu adalah baik pihak kementerian menyediakan lebih banyak guru berkelayakan atau terlatih terlebih dahulu sebelum memikirkan semula untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik," katanya.
*Ketua Penerangan Umno Johor Datuk Samsol Bari Jamali:
Katanya UMNO Johor menyifatkan keputusan yang dibuat hari ini selari dengan perjuangan Umno negeri itu yang menggesa supaya PPSMI dikaji semula seterusnya dihentikan.
"Apa yang lebih penting adalah meletakkan dan mengekalkan kedaulatan Bahasa Malayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang tercatat dalam perlembagaan sedia ada," katanya.
"Umno Johor bersyukur atas keperihatinan dan keterbukaan pemimpinan negara, akhirnya usaha kami yang turut didokong oleh badan bukan kerajaan, pejuang bahasa dan rakyat di negeri ini membuahkan hasil," katanya.
-- BERNAMA
==================================================================
He said the government made the decision after scrutinising the outcome of studies and surveys carried out on the teaching and learning of the two subjects in English which showed that it could not be implemented as desired.
"What is implemented is the teaching and learning of science and mathematics in English / Malay languages," he said.
"On the average, the percentage of English usage is between 53% and 58% out of the total time allotted for science and mathematics," he said.
In addition, he said, only a small group of mathematics and science teachers in secondary and primary schools who took the English language Proficiency Level Evaluation test last year achieved the proficiency level.
He said the precentage of students who scored grades A, B, and C for the science subject in the UPSR last year had dropped from 85.1% to 82.5% for the urban schools and from 83.2% to 79.7% for rural schools.
"For mathematics, the achievement of urban schools dropped from 84.8% to 80.9% while the achievement of rural students dropped from 80.9% to 77%," he said.
He said the gap in achievement between urban and rural schools in science and mathematics was becoming wider when the PPSMI (teaching and learning of science and mathematics in English) was implemented.
Muhyiddin said the Trends in Mathematics and Science Study 2007 also stated that the position of Malaysian students in the science subject had deteriorated from the 20th spot in 2003 to the 21st spot in 2007.
"For mathematics, the position of our students deteriorated from the 10th spot in 2003 to 20th spot in 2007," he said.
He said studies by local universities revealed that the level of improvement in the command of the English language by students was nominal, that is, not more than 3% throughout the implementation of the teaching and learning of science and mathematics in English.
"The command of the English language among students, particularly in the rural areas, was still low making it difficult for them to understand the teaching of mathematics and science in English," Muhyiddin said.
Based on this observation, he said, the government was convinced that science and mathematics must be taught in the language that could be easily understood by the students, namely Bahasa Malaysia in the national schools Chinese in the national-type Chinese schools and Tamil in the national-type Tamil schools. -- BERNAMA
PPSMI MANSUH 3 TAHUN LAGI SEBAB BANYAK BELUM SELESAI
LAKONAN DI LUAR NEGARA

Bahasa Melayu di Malaysia, satu gambaran kabur - Pak Samad
(Foto: Sasterawan Negara menerima
pengiktirafan dari PAS ketika berlangsung Muktamar PAS ke 55 di Shah Alam.)
Sungguhpun Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berucap sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu pada majlis penganugerahan ijazah doktor kehormat oleh Universiti Kajian Luar Beijing (BFSU) kepadanya semasa kunjungannya ke China baru-baru ini , ia belum dapat diterjemahkan bahawa terdapat bayangan beliau bersedia mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.
Demikian antara pandangan yang diutarakan Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said sebagai 'signal' yang boleh disampaikan kepada kerajaan Malaysia apabila Najib berucap dalam Bahasa Melayu di sebuah negara yang mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa rasmi dalam segala urusan.
Jelas pejuang bahasa yang dianugerahkan Tokoh Bahasa pada Muktamar PAS ke-55 ini sewaktu dihubungi Harakahdaily, memandangkan Najib menerima ijazah doktor kehormat yang dikurniakan kepadanya, sudah tentu beliau menggunakan Bahasa Melayu dalam ucapannya.
"Penerimaan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia belum lagi menentukan itu akan dilakukannya di Malaysia. Selain itu saya juga melihat gambaran yang agak kabur.
"Di Malaysia ini, Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri memberi kenyataan kadang-kadang kita dapati seolah-olah akan mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Tetapi kadang-kadang kita nampak seolah-olah ada keraguan akan menghapuskan PPSMI ini" tegasnya.
mks/Nyza Ayob/harakahdaily
WANITA UMNO LEDANG DAN K.LANGAT PRIHATIN MASALAH PPSMI
Terima kasih diucapkan kepada Wanita Umno Ledang, Johor dan Kuala Langat, Selangor kerana membawa usul tolak PPSMI dan diterima tanpa bahas.
Terima kasih kerana telah buat "kerja rumah" dan turun padang ke FELDA, estate dan kampung-kampung. Orang Bandar agak susuah nak faham isu PPSMI.
Tak lupa diucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Aminah serta ahli wanita UMNO Ledang sekembali ke rahmatullah ketua mereka.
Usul tolak PPSMI diterima tanpa bahas
Dua Wanita Umno bahagian mengesa kerajaan mengembalikan penggunaan bahasa ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) yang diamalkan di sekolah-sekolah.
Usul daripada Wanita Umno Ledang, Johor dan Kuala Langat, Selangor itu merupakan sebahagian usul pendidikan yang diterima tanpa bahas dalam perhimpunan Wanita Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.
Wanita Umno Ledang membuat gesaan itu dalam kerana perlaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan didakwa "melemahkan minat murid, terutamanya daripada kawasan luar bandar".
Usul itu menyebut: "Menegaskan kerajaan menimbang semula kesan negatif pengajaran dan pembelajaran (Sains dan Matematik) dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah bagi mata pelajatan Sains dan Matematik."
Wanita Umno Kuala Langat pula menyifatkan bahasa Melayu perlu digunakan kembali berdasarkan ketetapan dan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaaan dan bahasa rasmi negara.
Perhimpunan Agung Wanita Umno hari ini turut menerima beberapa usul politik, ekonomi, agama dan sosial yang diterima tanpa dibahaskan.
Jawatan menteri
Beberapa bahagian didapati menyuarakan hasrat mereka supaya ketua Wanita diberi tempat sebagai menteri kabinet.
Cadangan itu dibuat oleh dua bahagian daripada Perlis (Padang Besar dan Kangar) dan dua bahagian lagi daripada Terengganu (Besut dan Kuala Terengganu).
Pasir Salak, Bagan Serai, Kuala Langat dan Bukit Katil pula mengusulkan supaya Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dikekalkan dan dipertahankan.
Pasir Salak bagaimanapun menekankan perlunya akta kontroversi itu dilaksanakan secara profesional, adil dan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa.
Setelah dirasmikan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak malam tadi, tiga sayap Umno - Pemuda, Putera dan Puteri - mula bersidang hari ini.
Pada masa ini sedang berlangsung pengundian untuk memilih pucuk pimpinan masing-masing.
Persidangan Wanita kali ini juga menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, antara penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang dicabar oleh Timbalannya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.
Jimadie Shah Othman/Malaysiakini
DEDICATED TO PROPONENTS OF PPSMI
We'll begin with a box, and the plural is boxes,
But the plural of ox becomes oxen, not oxes.
One fowl is a goose, but two are called geese,
Yet the plural of moose should never be meese.
You may find a lone mouse or a nest full of mice,
Yet the plural of house is houses, not hice.
If the plural of man is always called men,
Then shouldn't the plural of pan be called pen?
If I speak of my foot and show you my feet,
And I give you a boot, would a pair be called beet?
If one is a tooth and a whole set are teeth,
Why shouldn't the plural of booth be called beeth?
Then one may be that, and three would be those,
Yet hat in the plural would never be hose,
And the plural of cat is cats, not cose.
We speak of a brother and also of brethren,
But though we say mother, we never say methren.
Then the masculine pronouns are he, his and him,
But imagine the feminine: she, shis and shim!
Let's face it - English is a crazy language.
There is no egg in eggplant nor ham in hamburger;
neither apple nor pine in pineapple.
English muffins weren't invented in England .
We take English for granted, but if we explore its paradoxes,
we find that quicksand can work slowly, boxing rings are square,
and a guinea pig is neither from Guinea nor is it a pig.
And why is it that writers write but fingers don't fing,
grocers don't groce and hammers don't ham?
Doesn't it seem crazy that you can make amends but not one amend.
If you have a bunch of odds and ends
and get rid of all but one of them, what do you call it?
If teachers taught, why didn't preachers praught?
If a vegetarian eats vegetables, what does a humanitarian eat?
Sometimes I think all the folks who grew up speaking English
should be committed to an asylum for the verbally insane.
In what other language do people recite at a play and play at a recital?
We ship by truck but send cargo by ship.
We have noses that run and feet that smell.
We park in a driveway and drive in a parkway.
And how can a slim chance and a fat chance be the same,
while a wise man and a wise guy are opposites?
You have to marvel at the unique lunacy of a language
in which your house can burn up as it burns
down, in which you fill in a form by filling it out,
and in which an alarm goes off by going on.
And, in closing, if Father is Pop, how come Mother's not Mop?
AND IF PEOPLE FROM POLAND ARE CALLED POLES THEN
PEOPLE FROM HOLLAND SHOULD BE HOLES AND THE GERMANS, GERMS
UNFORTUNATELY, SCIENTISTS CALL US HUMAN AS HOMO SAPEIN
GREEK CALL THEIR FORMER SCHOOLS AS ALMA MATTER
IT IS ALL VERY CONFUSING FOR THE GREY MATTER OF KIDDIES, LADS AND LASSES.
BELAJAR PELBAGAI BAHASA DI KURSUS KHAS
Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman tidak belajar pelbagai bahasa melalui sains dan matematik tetapi beliau belajar pelbagi bahasa dengan mengikuti pelbagai kursus bahasa secara khusus. Dengan kemahiran menguasai pelbagai bahasa maka beliau mampu menimba ilmu dari pelbagai bidang dan negara.
Isu PPSMI ialah mempelajari bahasa Inggeris melalui pengajaran dan pembelajaran subjek sains dan matematik di sekolah rendah kepada kanak-kanak yang belum mampu menguasai bahasa Inggeris. Kanak-kanak ini perlu memahami konsep sains dan matematik selain mepelajari gramar serta tatabahasa Inggeris.
Yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.
Jangan jadikan anak-anak kita "handicap" kepada mereka yang telah PRO dalam bahasa Inggeris. Siapa yang handicap? Anak-anak luar bandar. Siapa yang PRO? Anak-anak orang kaya yang mampu ke tadika berbahasa Inggeris seperti "Twinkle", "Seri Kenanga", "Bunga Raya". "Jack and Jill". Berapakah yuran bulanan tadika elit di atas? Purata RM150-RM300/= sebulan
Tutur tujuh bahasa dunia
PROFIL: Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman
INFO: Tempat Shahabudeen belajar bahasa
# Bahasa Russia: Pusat Kebudayaan dan Sains Russia di Ampang.
# Bahasa Arab dengan Ustaz Syed Taufik Jamalullail berketurunan Yaman di Ampang.
Umur: 28 tahun
Bapa: Kamarul Jaman, 52
Ibu: Mumtaj Begum, 48.
Asal: Alor Star, Kedah
Adik beradik:
# Dr Habiba Nazeera Begum, 28,
# Mohamed Ismail, 24,
# Noor Aishah, 20,
# Mohamed Firdous, 19.
Pendidikan:
# Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah (1995-1999).
# Sekolah Rendah Haji Mohd Shariff, Kedah (1989-1994).
Kemahiran bahasa:
# Bahasa Malaysia
# Tamil
# Bahasa Inggeris
# Mandarin
# Arab
# Jerman
# Russia
Selain bahasa Malaysia, Inggeris dan Tamil, turut kuasai bahasa Jerman, Russia, Mandarin dan Arab
SEMAKIN banyak bahasa yang diketahui, semakin banyak ilmu diperoleh. Ia kelebihan yang jelas menguntungkan sesiapa saja kerana kemahiran itu membolehkan seseorang berada di mana-mana pelusuk dunia dalam keadaan mudah dan selesa.
Pokok pangkalnya ialah tidak akan berlaku masalah komunikasi disebabkan kesukaran memahami bahasa tempat dikunjungi, bahkan ia sebenarnya lebih mudah tanpa perlu menggunakan bantuan orang tengah atau penterjemah.
Namun, tidak ramai yang sanggup menghabiskan masa mempelajari banyak bahasa, cuma sekadar bahasa ibunda seperti bahasa Malaysia dan Inggeris.
Bagi anak muda ini, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman, 29, beliau menganggap keperluan itu satu cabaran dan menjadikannya sebagai satu keseronokan melayari hidup kerana memberi banyak pengetahuan, apatah lagi kini lebih fokus kepada perniagaan pada peringkat global.
Walaupun usianya masih muda, anak kelahiran Alor Star, Kedah ini mengakui penguasaan pelbagai bahasa dunia adalah 'modal' membawanya merantau ke seluruh pelusuk dunia mencari pengalaman dan ilmu perniagaan.
Kini, Shahabudeen menguasai tujuh bahasa dan terus berminat untuk menambah ilmu yang ada.
Selain bahasa Malaysia, Inggeris dan Tamil, beliau juga menguasai bahasa Jerman, Russia, Mandarin dan terkini sedang belajar bahasa Arab. Tujuh bahasa yang dikuasai itu membolehkannya merantau ke semua negara yang menggunakan bahasa berkenaan tanpa berhadapan masalah komunikasi.
"Ia menyeronokkan. Walaupun tidak sampai ke tahap pakar bahasa, ia memadai sekiranya jika faham, boleh bertutur dalam perbualan asas kerana kelebihan ini sangat menguntungkan ketika berurusan dengan mana-mana individu.
"Paling penting ialah sentiasa berkomunikasi, mempraktikkan ilmu itu, menonton filem atau rancangan televisyen dalam bahasa asing. Cuba praktikkan, cuba faham apa yang diperkatakan," katanya.
Beliau menggunakan kelebihan itu sebagai modal menjalankan perniagaan iaitu membawa rombongan peniaga Melayu ke China dan Vietnam. Kini lebih terarah ke Korea Selatan dalam usaha mengembangkan peluang perniagaan.
Mengakui beliau gemarkan penguasaan bahasa, keluarganya memang menggalakkan beliau menguasai bahasa asas iaitu bahasa Malaysia, Inggeris dan Tamil manakala bahasa Jerman dan Mandarin dipelajari ketika masih menuntut.
"Perlu diakui, bahasa Mandarin boleh dianggap bahasa utama dunia berdasarkan penduduk China yang kini melebihi 1.3 bilion orang.
"Jika kita dapat menguasai bahasa itu, ia sudah pasti memudahkan kita menjalankan urusan perniagaan di negara itu," katanya.
Shahbudeen berkata, ketika di China, beliau banyak menggunakan peluang bergaul dengan peniaga di sana untuk mempraktikkan kemahiran bahasa.
"Pendekatan yang saya ambil itu secara tidak langsung membantu saya rapat dengan mereka," katanya.
Berikutan boleh menguasai bahasa Mandarin, katanya, beliau lebih mudah berurusan dengan peniaga di negara itu tanpa perlu menggunakan khidmat orang tengah.
Selain itu, ia juga boleh mengelakkan beliau daripada ditipu dan memudahkan urusan tawar menawar.
Selepas memperoleh rakan perniagaan yang ramai di China, Shahabudeen menggunakan kelebihan itu untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai selok belok urusan perniagaan di negara berkenaan dengan pemborong Bumiputera di negara ini.
"Saya mengadakan kursus khas untuk mereka yang minat berurusan di China. Saya memperkenalkan "Kursus Memborong di China" dan "Rombongan Memborong ke China" berjaya membuka jalan kepada pemborong Melayu untuk menjadi pemborong terus dari sumber sama ada dari China, Vietnam, India, Korea Selatan atau negara lain," katanya.
Hasilnya, beliau melatih hampir 200 pemborong Melayu dan terdapat kira-kira 40 pemborong yang berjaya menjadi pemborong di China.
"Ini satu ibadat untuk umat Islam iaitu berkongsi ilmu dan saya cuma jalankan sebahagian kecil daripada amanah itu. Sebab itu saya galakkan pemborong Melayu supaya jangan segan untuk mempelajari bahasa asing. Peringkat awal memang kekok, tetapi ia akan berubah menjadi satu keseronokan.
"Saya pernah merantau seorang diri ke Eropah pada 2006 sebelum ke New Zealand, 2007 dan Russia pada tahun lalu untuk mencari ilmu serta peluang memasarkan perniagaan. Pada usia 19 tahun, saya sudah mula menjalankan urusan mengimport pelbagai produk dari Bangkok, Thailand dan Vietnam," katanya.
Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my/ berita harian online
PERMATA DI BLOG SAHABAT BLOGGER PERIHAL PPSMI
Masih lagi pada tajuk PPSMI, sebelum Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung minggu depan. Semoga para perwakilan UMNO dibuka pintu hati dan "mata" untuk dapat "melihat" kebenaran dan mampu "memandang" ke hadapan dalam jangka masa 10-15 tahun akan datang.
Dalam meninjau apa yang sahabat blogger telah curahkan buah fikiran mereka dalam blog masing-masing, saya ambil tiga artikel sebagai contoh.
Pertama pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Seng Giaw, salah seorang ahli parlimen yang baru dilantik menganggotai SPRM. Maklumat ini mengukuhkan lagi kepercayaan serta pendirian saya bahawa pelajar sekolah rendah Tionghua cekap dalam matematik kerana mereka ada kaedah pembelajaran dan pengajaran yang tersendiri dalam bahasa ibunda mereka.
Artikel penuh di SINI
Artikel kedua dicatat oleh Drs Khalil Idham Lim dan blog Cina Islam yang simple, Tun Dr Mahathir pun masih belum faham apa isu sebenar PPSMI.
Artikel ketiga agak panjang, tulisan saudara Ali Bukhari Amir dari Sekolah Pemikiran Kg Baru yang telah mengupas beberapa insiden dan laporan media perdana mengenai isu sebenar di belakang tabir PPSMI. Selamat membaca. Sebarkan.
Lebih RM3 bilion di sebalik pelaksanaan PPSMI?
Apakah sebabnya Kementerian Pelajaran dan kerajaan bekeras sangat mempertahan PPSMI itu? Terbaru, dalam perjumpaan antara Dato' Hassan Ahmad bersama Menteri Pelajaran Hishammuddin Hussein sebagai yang tersiar di Buletin Utama, ada satu maklumat yang tidak kalah menariknya untuk diteliti bersama.
"Dah jumpa. Buang masa! Cuba mengelak isu, merayu supaya GMP tok sah adakan perhimpunan lagi, Kementerian Pelajaran dah belanja lebih RM3B (bilion?)..Saya kata mengapa membazir buat benda salah. Dia nampaknya takut kesan buruk terhadap politik dirinya. Tapi perjumpaan mesra. Kami beritahu dia GMP akan terus berjuang hingga PPSMI dihapuskan."
Petikan kiriman khidmat pesanan ringkas itu dikirim mungkin dalam kalangan para penggiat GMP dan akhirnya singgah ke dalam telefon bimbit saya. Dengan sedikit suntingan, maka petikan sms Dato' Hassan Ahmad itu saya salin di sini.
Sila teliti pada ayat yang dihitamkan->Kementerian Pelajaran dah belanja lebih RM3 bilion. Angka ini mungkin silap dan boleh dibetulkan semula dalam Dewan Rakyat oleh Hishammudin Hussein. Di Dewan Negara Senator Dato' Dr Firdaus Abdullah boleh sahkan jumlah peruntukan sebenarnya kalau beliau berani bangkitkan pertanyaan berhubung hal tersebut.
Kalaulah Hishammuddin Hussein nak berdalih lagi mengenai jumlah peruntukan sebanyak RM3 bilion lebih itu, maka rakyat, guru-guru, pelajar, siswa, pensyarah dan setiap pembayar cukai setiap tahun mahu bertanya jumlah yang sebenarnya kalau jumlahnya bukan seputar RM3 bilion itu.
Katakanlah jumlah menyelenggara peralatan bagi melengkapkan serta menyempurnakan dasar PPSMI itu sebenarnya melibatkan jumlah peruntukan RM1 bilion, itu pun sudah melibatkan angka yang besar juga! Jawab Hishammuddin jangan tak jawab!
Rakyat Malaysia, secara jumhurnya akan berfatwa bahawa mereka sudi kehilangan RM1 bilion - RM3 bilion atau lebih kalau kerajaan dan Kementerian Pelajaran bersedia memansuhkan dasar PPSMI itu. Kalau tidak percaya, sila buat pungutan suara dan bancian atau undian melalui sms di Buletin Utama, TV3.
Betul.. Mereka sedia menanggung kerugian lebih RM3 bilion itu asalkan saja dasar PPSMI dihapuskan. Itulah wang rakyat, hasil cukai setiap tahun termasuklah cukai judi nombor ekor dan cukai arak yang turut dilanggah Melayu di Jalan Yap Ah Shak pada saban malam Friday Nite Fever sehingga jam 3 pagi di Le Blanc Club dan Sunshine Club.
Pengalaman peribadi
Malah, saya punya pengalaman peribadi sendiri ketika membangkitkan pertanyaan kepada seorang ahli tertinggi dalam GPMS apabila beliau selesai membentang pandangannya berhubung isu kemahasiswaan hari ini di DBP.
Dalam pertanyaan itu, seperti biasa saya menyeru mahasiswa 'menghasut' guru-guru, pelajar-pelajar pulaukan kelas Sains dan Matematik sehingga suatu tempoh yang menyebabkan Hishammuddin Hussein terpaksa mengalah dengan tuntutan itu.
"Sebenarnya, kami pun tidak mahu PPSMI itu dilaksanakan," demikianlah kata pendokong GPMS itu. "Kerajaan dah habis berbelanja beberapa juta untuk PPSMI ini. Rugilah kalau tak dilaksanakan."
Mungkin kerana beliau adalah penyokong Aspirasi yang masih belia dan jiwa sucinya tak pandai menipu, maka dia berlaku jujur kepada hadirin ketika menjawab persoalan itu. Alasan yang beliau berikan lebih jujur dan murni berbanding Page, sebuah lembaga yang baru dibentuk bertujuan menyanggah keluh-kesah GMP dan rakyat yang ingin mansuhkan PPSMI itu.
Page dan pensyarah lain telah mengemukakan kajian demi kajian yang menunjukkan bahawa PPSMI itu berhasil terlaksana, sebagai kaedah menolak kajian para penyelidik yang menunjukkan PPSMI telah gagal di beberapa buah sekolah tertentu.
Sebenarnya.. inilah jawapan tersirat dalam dada Hishammuddin yang enggan dimuntahkan keluar dari dadanya. Akhir-akhir ini, sejak tertekan dengan tsunami aksi demonstran di jalan raya sehingga merebak aliran ombak kesedaran, mencecah ke pagar Istana Negara, maka jubah hipokrit menteri itu tertanggal sedikit demi sedikit hingga tertelanjang ketelusannya.
Kalau Hishammuddin cakap awal-awal begini kan senang? Tidak perlu beliau bazirkan masa dan waktu bertemu dengan orang tertentu untuk mewujudkan Page sebagai kota pertahanan peribadinya daripada serangan rakyat Malaysia dan GMP!
Bukan ada niat memartabatkan anak bangsa pun dalam isu ini. Akhirnya.. lewat sms Dato' Hassan Ahmad yang terpencar ke dalam telefon bimbit pihak tertentu, melompat-lompat pula pertanyaan baru dalam fikiran rakyat; jujurkah Hishammuddin ketika menyelenggarakan segala peralatan PPSMI itu? Isunya duit ringgit atau memang untuk kemajuan bangsanya?
Sejumhur rakyat Malaysia kini sedar bahawa Hishammuddin Hussein telah lencun berpeluh oleh Perhimpunan Agung Umno yang semakin mendekat!
Apakah modal awal sebagai bekalannya menjelang kiamat di Padang Mahsyar menjelang Muktamar Pekembar kali ini akan berhasil? Iaitu isu 'kemanusiaan' seorang pemimpin yang mahu rakyat maju melalui PPSMI, apakah mungkin akan diterima lagi?
Terbayang di ruang mata Hishammudin tentang helah apakah yang mahu diangkatnya selepas kemarau hujah mempertahan PPSMI itu akhirnya dibanjiri ratusan ribu rakyat yang melimpah sokongannya hingga mencecah ke pagar Istana Negara.
Apakah tindakanku mempertahan dasar PPSMI itu tidak akan dibangkitkan oleh para perwakilan Umno? Demikian fikir Hisham seorang diri.
Hishammuddin pun tahu bahawa tipu daya mengolah helah melalui tindakan menjulang keris Panca Warisan itu sudah tidak berhasil memukat perhatian, menjala simpati khalayak perwakilan Umno lagi.
Segala-galanya tergantung kepada kebijaksanaan Hishammuddin. Itu pun kalau beliau masih lagi bijaksana. Manusia bijak akan mendapat banyak maklumat pada zaman YouTube, Facebook, Skype, Friendster (semuanya menggunakan istilah Inggeris) dan rakyat bermaklumat khasnya anak-anak muda ini tidak mungkin dapat ditipu untuk 3 bilion tahun lagi!
4:00 a.m, 20 Mac
Sekolah Pemikiran Kg Baru
Ali Bukhari Amir/ harakahdaily
KONGRES KEBUDAYAAN LULUSKAN 10 RESOLUSI TERMASUK MANSUHKAN PPSMI
Kongres dua hari telah dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Kongres Melayu mahu PPSMI dibatalkan
Pertemuan bersejarah cendekiawan Melayu dalam kongres kebudayaan kedua hari ini meluluskan 10 resolusi penting, termasuk membawa akibat pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Deraf resolusi-resolusi yang menyentuh pelbagai bidang termasuk pendidikan, politik, keperlembagaan, ekonomi dan agama diedarkan di hujung pertemuan dua hari di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.
"Kami mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti demi perpaduan bangsa, keutuhan negara dan kemajuan seluruh kapisan masyarakat; pelaksanaan dasar pengajaran selain bahasa kebangsaan akan melemahkan maruah bangsa, menjatuhkan martabat negara dan menanam perpecahan antara kaum dan lapisan masyarakat; segala tindakan berkaitan bahasa kebangsaan mestilah selaras peruntukan semua perundangan negara," resolusi kelima dipetik.
Sementara resolusi keenam mengenai 'bahasa, kesusasteraan dan kesenian' berbunyi:
"Dasar bahasa dalam pendidikan mestilah dikembalikan kepada dasar yang berkuatkuasa sebelum 2003 sebagai bahasa pengantar di seluruh sistem pendidikan daripada tahap rendah kepada tahap universiti."
Kongres kedua itu yang diadakan selepas pertemuan pertama pada Disember 1957 juga menegaskan kembali peri pentingnya sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi didaulatkan kerana kedua-dua unsur itu "bahagian sempurna dan utuh bagi kerajaan Malaysia."
"Institusi raja dan Majlis Raja-raja adalah menjadi bahagian utuh daripada sistem pemerintahan Malaysia, maka segala kemuliaan dan kuasa yang termaktub sebagai 'pemerintah tertinggi' mestilah dipelihara dan dijunjung tinggi oleh semua pihak," kata profesor Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Datuk Dr Zainal Kling sewaktu membacakan resolusi mengenai politik.
Kongres itu, yang turut mendapat inspirasi resolusi Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1970 - yang menghasilkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan - turut menentang gagasan multikulturalisme yang dianggap "mengancam dan meruntuhkan seluruh sistem kebudayaan bangsa."
Sewaktu membentangkan hujahnya di kongres tersebut semalam, Dr Zainal berkata gagasan itu yang disebarkan oleh golongan sosialis dan Marxis menggalakkan kebangkitan penentangan kumpulan-kumpulan budaya kecil terhadap dasar-dasar kerajaan.
Tindakan seumpama ini, tambahnya, seperti gagasan Ketuanan Rakyat yang diseru oleh pakatan pembangkang dan idea-idea perjuangan hak asasi manusia yang dibawa NGO boleh menghancurkan negara.
"Kebudayaan Melayu-Bumiputera adalah visi dan kerangka budaya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menjadi landasan pembangunan dan kemajuan kebudayaan Malaysia, maka dengan itu, kami menolak segala gagasan dan tafisran yang berkait dengan multikulturalisme sebagai kerangka pemikiran dan pembangunan kebudayaan kebangsaan Malaysia yang akan mengancam dan meruntuhkan seluruh sistem kebudayaan bangsa," resolusi pertama dipetik.
Kongres menyokong kembali tiga prinsip asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebagai landasan utama kemajuan kebudayaan nasional:
kebudayaan kebangsaan mesti berasaskan kebudayaan pribumi di rantau Alam Melayu,
unsur-unsur kebudayaan lain boleh disesuaikan dengan kebudayaan kebangsaan, dan
Islam adalah unsur utama dalam kebudayaan kebangsaan.
Kumpulan cendekiawan Melayu ini juga melahirkan kebimbangan berhubung pindaan perlembagaan negara secara sewenang- wenangnya yang boleh mendorong kemuliaan raja, kepentingan rakyat, hak istimewa Melayu dan hak asasi semua rakyat dilemahkan dan diremehkan.
"Keluhuran perlembagaan dan dasar-dasar utama negara yakni dasar pendidikan, dasar kebudayaan, Rukun Negara dan dasar bahasa kebangsaan dikembalikan sebagai asas tindakan semasa terutama Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mencapai keseimbangan ekonomi antara kaum," dokumen setebal lapan halaman itu dipetik.
Mereka juga mendesak agar semua kakitangan pentadbiran awam dan penggubal undang-undang "mesti diwajibkan menggunakan bahasa kebangsaan (Melayu) yang baik dan fasih demi pencapaian keadilan dalam masyarakat."
Kongres mencadangkan media filem dimanfaatkan sepenuhnya untuk meneguhkan jati diri bangsa dan menyaring keselamatan bangsa dan negara, selain mendesak kerajaan mengawal kerencaman pemikiran Islam yang boleh menggugat kedudukan agama dan Melayu sebagai "bangsa penakrif" Malaysia.
Kongres ini dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Ia ditutup dengan rasmi oleh Pengerusi Bernama, Datuk Seri Annuar Zaini.
Pautan yang berkaitan Kongres isu PPSMI bertajuk hanya 4% pelajar kuasai BI melalui PPSMI
Fathi Aris Omar/ malaysiakini
DR MAHATHIR MASIH KELIRU DENGAN PPSMI
Dr Mahathir keliru atau Para Pegawai Pak Menteri Pelajaran yang keliru isu PPSMI
Video Dr Mahathir mempertahankan PPSMI.
Saya ingin mencadangkan sama ada Dr M diundang untuk membentangkan kertas kerja beliau di KUIS pada 14/03/09 atau semua set kertas kerja pakar-pakar dihadiahkan kepada Dr Mahathir agar beliau faham kenapa GMP mahu PPSMI dimansuhkan.
Jika kita mahu berbincang tentang sesuatu, pertama dan utama, semua pihak hendaklah memahami skop perbincangan, kerangka hujah, bukti dan pendapat serta maksud definisi penting dalam tajuk perbincangan. Jika tidak ada keseragaman di atas, sebagai contoh, Dr Mahathir mahukan pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris kerana sukar untuk menterjemah pada kecepatan yang dapat menyaingi pertumbuhan serta perkembangan dalam bidang sains.
Persoalannya, adakah pelajar sekolah rendah dan menengah rendah sudak perlu merujuk kepada jurnal dan bahan penyelidikan dalam mata pelajaran sians PMR atau UPSR?
Kita tidak menafikan pentingnya bahasa Inggeris atau apa jua bahasa sekalipun, kerana kita akur serta menginsafi pentingnya mempelajari dan mengausai bahasa kedua, ketiga hatta kesepuluh sekalipun.
BEDAH AKADEMIK PPSMI TANPA ROBOCOP
Pakar bidang bahasa, perundangan, matematik dan peradaban Melayu akan melakukan pembedahan akademik terhadap PPSSMI Sabtu ini 14hb Mac 2009 bertempat di Dewan Teater
KUIS Bangi. Kehadiran anda sangat dialu-alukan. InsyaALlah anda tidak akan dikejar atau dihujani dengan air kimia atau gas pemedih mata oleh Robocop. Kedatangan anda dinanti.

Bedah akademik PPSMI, jemput hadir ke KUIS, Bangi 14 Mac 2009.
Rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu dijemput hadir ke seminar PPSMI yang akan dibentangkan lima tokoh terkemuka di Dewan Teater Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada hari Sabtu 14 Mac 2009 . Pakar akan membentangkang kertas kerja mereka dalam seminar yang sehari yang akan bermula jam 8.00 pagi itu.
Dato' Dr Hassan Ahmad,
Profesor Dr Abdul Aziz Bari,
Profesor Emeritus Dr Abdullah Hassan,
Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain
Profesor Dr Mat Rofa Ismail
Seminar dijangka lebih menarik apabila perjuangan orang-orang Melayu bagi mempertahankan hak dan ketuanan bahasa sendiri, dinafikan oleh Umno yang melabelkan penentangan mereka sebagai didalangi elemen politik.
Rakyat yang mahu mengetahui kebenaran yang lebih mendalam mengenai impak PPSMI terhadap bangsa Melayu dijemput hadir beramai-ramai.
Bagi yang berminat, sila hubungi urusetia program seperti berikut:
Hazwani 0133684906 | rsbgurl@yahoo. com
Razali Bidin 0196442868 | arieff_86@yahoo. com.my
Hakim 0132829225 | hakimin_abdullah@ yahoo.com
Azli Maarif 0123378925 | azli_000@yahoo. com
Penganjur juga menetapkan yuran penyertaan bagi orang awam iaitu RM30 seorang, manakala pelajar ditetapkan RM15 seorang.
Harakahdaily
PPSMI DAN SEMANGAT KERANDA 152
Perjuangan kami hari ini tidak mendapat sokongan padu daripada orang Melayu sendiri termasuk daripada kepimpinan Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kerana mereka tidak memahami asas perjuangan pejuang bahasa dalam menentang PPSMI menurut Baha Zain.
Pejuang bahasa tetap tolak PPSMI
BAHA ZAIN (pix)
SEMAKIN banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seperti dapat dilihat melalui beberapa pernyataan secara terbuka, demonstrasi, laporan polis serta tindakan undang-undang yang akan diambil.
Di tengah-tengah kehangatan perjuangan pejuang bahasa untuk memartabatkan bahasa Melayu bagi memastikan haknya dipertahankan dan diletakkan di tempatnya seperti tertera dalam Perlembagaan Negara, ada suara di kalangan orang Melayu sendiri yang mempersoalkan tindakan pejuang bahasa, seolah-olah mereka melakukan suatu jenayah bangsa.
Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Datuk Baharuddin Zainal atau lebih dikenali sebagai Baha Zain, mengakui pejuang bahasa menerima tekanan daripada pelbagai pihak dalam usaha mereka memartabatkan semula bahasa Melayu di negara ini, berbanding ketika mereka mengadakan tunjuk perasaan pada 3 Mac 1967.
“Tunjuk perasaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada masa itu hebat kerana mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat termasuk kalangan penjawat awam, polis, guru dan orang politik iaitu Allahyarham Tun Syed Nasir Ismail yang ketika itu Pengarah DBP dan juga exco Umno.
“Bagaimanapun perjuangan kami hari ini tidak mendapat sokongan padu daripada orang Melayu sendiri termasuk daripada kepimpinan Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kerana mereka tidak memahami asas perjuangan pejuang bahasa dalam menentang PPSMI,” katanya ketika dihubungi Sastera.
Sungguhpun demikian, Baha Zain antara individu yang terbabit dalam demonstrasi Keranda 152 iaitu jolokan nama yang diberikan oleh Sasterawan Negara (SN), Allahyarham Datuk (Dr) Usman Awang, tetap berpuas hati dengan gerakan menentang PPSMI, meskipun terbahagi kepada beberapa kumpulan.
“Kehadiran beberapa kumpulan ini bukan petanda kami berpecah, sebaliknya ia menunjukkan adanya gelombang penentangan yang kuat kerana kami semua sedar akan akibat daripada dasar PPSMI yang akan memberi kesan besar dan membunuh bahasa Melayu akhirnya,” ujarnya.
Beliau tidak menafikan perjuangan pejuang bahasa yang digerakkan beberapa individu yang berani dan komited terhadap usaha memartabat dan mendaulatkan bahasa Melayu mendapat sokongan beberapa ilmuwan, bertambah perit dengan situasi lebih memihak kepada kerajaan, tetapi ia tidak bermakna mereka akan berhenti daripada memperjuangkannya.
“Jika penentangan Keranda 152 dulu ekoran Fasal 152, Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967 yang diluluskan Parlimen memberi pengiktirafan kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, sekarang bukan lagi masalah akta, tetapi dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui PPSMI,” jelasnya.
Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967 menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu khususnya pejuang bahasa apabila ia diluluskan di Parlimen dalam masa lima hari kerana ia memperkukuhkan lagi kedudukan bahasa Inggeris yang memang gajah oleh sebab kuasa ekonomi, politik dan ketenteraan di belakangnya.
Perkara ini dinyatakan dalam Keranda 152 - Bahasa Kita - Air Mata & Maruah Kita diterbitkan Persatuan Linguistik Malaysia pada 2002 bagi memperingati peristiwa bersejarah terbabit, selain ekoran dasar PPSMI (2003), turut menyebut hujah mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, berhubung perkara terbabit.
Pada petang 3 Mac sebelum Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967 diluluskan Dewan Rakyat Malaysia malam itu, lebih 120 pertubuhan Melayu dari seluruh negara serta orang perseorangan mengadakan rapat umum di DBP, menentangnya.
Penentangan Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967 kerana tidak mengikut sepenuhnya kehendak dan semangat Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 selain melanggar janji yang sudah dibuat pemimpin Umno berhubung pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal pada 1967.
Bukan saja kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tidak dilucutkan pada 1967 seperti dijanjikan akan dikaji semula selepas 10 tahun merdeka, malah diperkukuhkan dan tuntutan beberapa anggota Parlimen bukan Melayu agar meliberalkan lagi dasar penggunaan bahasa kaum mereka turut dilayan.
Berhubung dakwaan sesetengah pihak yang melihat pejuang bahasa yang menentang PPSMI sebagai tidak menguasai bahasa Inggeris dan menafikan keupayaan orang Melayu berkemahiran dalam bahasa terbabit, Baha Zain menolaknya kerana hakikatnya kelompok terbabit menjalani sistem pendidikan penjajah, tetapi tetap sayang kepada bahasa mereka.
“Nilai sendiri kebenaran hakikat ini kerana apakah mereka lupa tokoh seperti Prof Diraja Ungku Aziz, Tan Sri A Aziz Abdul Rahman, Prof Abu Bakar Hamid, Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid dan Dr Shahril Md Zain adalah pakar bidang dan penguasaan bahasa Inggeris mereka jauh lebih hebat daripada kelompok yang melemparkan tuduhan,” jelasnya.
Malam di Balai Budaya
Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata
Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
‘Berarak ke Parlimen, aku di muka’
Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berteriak
‘Ayuh, mari kita berarak’
Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
“Dada kami sedia dibakar’
Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA
USMAN aWANG
3 Mac 1967
Dipetik daripada Antologi Sajak Keranda 152
Oleh Salbiah Ani
dahiya@bharian.com.my
VIDEO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK (PPSM) DI JEPUN
Dedikasi untuk Para Penyokong dan Pencinta PPSMI, semoga memberi sedikit motivasi yang tidak akan basi buat anda serta generasi mendatang.
As with the UK, Japan is experiencing a lack of take-up in science education. Find out how the government there is managing to reverse this problematic trend as we explore how the subject is taught at schools across the country.
Faced with a lack of scientists at both university and industry level, the Japanese government has prioritised the development of creative approaches to science education. Some of their initiatives have been in partnership with the Miraikan Museum which works with schools at all levels to help teachers motivate their students in science.
In addition, 100 so-called Super Science High Schools have been created across Japan, with each of them asked to design their own science-focused curriculum. We talk to science teachers and pupils at Tokyo Tech SSHS and Koenji Junior High School in Tokyo, spend time in the physics and chemistry laboratories, and meet the head of Tokyo Tech, who is also an eminent professor.
AWANG SARIYAN BIDAS PIHAK PRO PPSMI

Tak perlu mencari jalan berliku pertahan PPSMI
Prof Dr Awang Sariyan
Saya bersyukur akhirnya pernyataan hati nurani rakyat yang prihatin kepada kedudukan dan peranan dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara, sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan dapat disembahkan kepada Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong.
Saya menyertai ucap sembah menjunjung kasih seluruh pejuang bahasa kepada baginda atas keprihatinan baginda terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang dan tunjang kenegaraan.
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penggerak Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang berjaya merakyatkan dan memasyarakatkan perjuangan bahasa kebangsaan sehingga bangkit kesedaran massa tentang peranan bahasa Melayu sebagai salah asas pembinaan negara, sebagaimana yang diputuskan dan dilaksanakan sejak kemerdekaan.
Saya tidak berminat mengulas soal teknis tentang apa-apa yang berlaku dalam cara penyampaian memorandum perjuangan rakyat itu, kerana yang jauh lebih penting ialah memfokuskan perhatian kepada agenda negara dalam soal mempertahankan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam pembangunan negara.
Asas paling utama bantahan pejuang bahasa dan mereka yang faham serta menghayati peruntukan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan tentang kedudukan dan peranan bahasa Melayu ialah bahawa kuasa eksekutif wajib menghormati keputusan badan Penggubal undang-undang, iaitu Parlimen.
Jelas bahawa pelaksanaan PPSMI bercanggah dan menyeleweng daripada undang-undang tentang bahasa Melayu yang telah dimaktubkan. Atas asas ini sahaja kerajaan tidak perlu mencari jalan panjang lagi berliku-liku untuk mencari kewajaran mempertahankan dan meneruskan PPSMI.
Apa-apa jua alasan dan hujah untuk mempertahankan dan meneruskan PPSMI dan dasar lain yang seumpama itu terbatal dengan sendirinya apabila kita menggunakan premis undang-undang negara tentang dasar bahasa kebangsaan.
Oleh itu, seruan Perdana Menteri supaya disegerakan keputusan yang wajar (pasti yang berdasarkan undang-undang negara) tentang PPSMI perlu dilaksanakan oleh badan eksekutif (jemaah menteri).
Polemik yang bersifat pinggiran seperti pencarian dalang di balik perhimpunan membantah PPSMI tidak memberikan faedah apa-apa pun jua, selain semata-mata menayangkan nafsu menjaga kuasa dan memusuhi golongan yang tidak sekelompok dengan pihak berkenaan.
Dapatkah orang yang sihat akalnya menerima tohmah bahawa tokoh seperti Dato' Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Dato' A Samad Said serta tokoh-tokoh lain yang sepanjang hayatnya tidak hidup atas kurniaan kontrak dan perniagaan sanggup didalangi oleh mana-mana pihak untuk ke hadapan dalam perjuangan menjaga martabat bahasa Melayu?
Yang dapat dibayangkan ialah bahawa kesungguhan hendak mempertahankan dan meneruskan PPSMI itu barangkali ada kaitannya dengan kepentingan agihan kontrak dan habuan yang telah dibuat dalam aspek prasarana pelaksanaan PPSMI. Wallahu a'lam.
Demikian juga, berkali-kali disebut bahawa mengapa sesudah enam tahun pelaksanaannya baru kini timbul penentangan dan hujah bahawa PPSMI menyalahi Perlembagaan dan Akta Pendidikan, seolah-olah pejuang bahasa sengaja menanti saat tertentu dengan niat tertentu untuk menjatuhkan orang yang merasakan dirinya begitu penting. Sahlah bahawa orang yang berhujah demikian sama ada baru bangkit daripada lena yang panjang atau diserang penyakit pelupa yang kronik.
Seawal pengumuman dasar PPSMI pada tahun 2002, individu dan badan-badan bukan kerajaan, dan bahkan parti politik tertentu atau bahagian dalam parti kepemimpinan kerajaan sendiri telah mengadakan seminar, konvensyen, forum, pertemuan dengan pemimpin pelbagai pihak, hatta kedua-dua orang Perdana Menteri, penyerahan memorandum dan hasil kajian empiris, penggunaan media cetak dan media elektronik.
Para pejuang bahasa dengan penuh adab dan kesantunan mencuba menggunakan saluran intelektual dan yang dikatakan "saluran betul" oleh pihak-pihak yang kononnya sangat beradab selama bertahun-tahun, tetapi tidak tampak reaksi yang meyakinkan daripada kerajaan, malah pernyataan demi pernyataan pihak berkuasa cenderung untuk meneruskan dasar yang bercanggah dengan undang-undang negara dan kepentingan negara itu.
Menteri Pelajaran yang ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan sendiri dan atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda Umno telah dikunjungi oleh pimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia di pejabatnya di Jalan Dato' Onn dan telah memperlihatkan keprihatinan pada waktu itu.
Pada hemat saya, kini bukan masanya untuk kita saling mendakwa tentang cara dan kenapa timbul bantahan, atau ada tidaknya dalang di balik bantahan terhadap PPSMI. Fikirkanlah asas proses pembinaan negara yang telah dirancang sejak awal, malah sebelum kemerdekaan, menurut acuan yang munasabah bagi negara kita. Salah satu asas itu ialah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan.
Marilah kita menjadi bangsa yang tahu menghormati warisan tamadun bangsa yang telah berakar teguh sejak berabad-abad lamanya. Manfaatkanlah apa-apa jua unsur daripada tamadun luar, termasuk penguasaan bahasa-bahasa asing, tetapi usahlah menjadi bangsa yang rakus akan kemajuan kebendaan sehingga kehilangan roh bangsa dan negara.
Bukalah mata kita seluas-luasnya bagaimana negara-negara maju di seluruh dunia yang tetap mengutamakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai wahana komunikasi dalam bidang-bidang kehidupan bertamadun mereka, meskipun tidak meremehkan bahasa asing yang bermanfaat sebagai alat sokongan kemajuan negara mereka.
------
Prof Dr Awang Sariyan ialah Penyandang Kursi Pengajian Melayu-China Beijing Foreign Studies University
Sumber: Harakahdaily
MAHATHIR MASIH PERTAHAN PPSMI

Martabatkan bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik
PANDANGAN Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Wacana Dilema Melayu anjuran Gapena di Kuala Lumpur baru-baru ini bahawa dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) patut diteruskan tidaklah memeranjatkan kerana beliaulah pencetus, pemutus dan pelaksananya. Beliau masih dengan sikap biasanya yang tidak sesekali berubah atau berpatah balik apabila membuat keputusan.
Dalam laporan Bernama, Tun mengatakan bahawa PPSMI penting agar anak Melayu menguasai Sains dan Matematik dan sekali gus meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Ketika Tun membuat keputusan untuk melaksanakan PPSMI, tiada kajian dibuat menunjukkan bahawa kelemahan penguasaan Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar Melayu (jika benar anak Melayu begitu lemah dalam kedua-dua subjek itu) disebabkan oleh pengajarannya dalam bahasa Melayu.
Kita sebenarnya melahirkan ribuan sarjana dalam bidang sains dan teknologi yang berwibawa dan bertaraf antarabangsa melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu.
Tun menekankan bahawa bahasa Inggeris patut dijadikan bahasa penghantar Sains dan Matematik kerana bahan ilmu kedua-dua bidang itu banyak ditulis atau terbit dalam bahasa Inggeris. Fakta itu tidak cukup kuat untuk kerajaan mengetepikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar Sains dan Matematik kerana bahasa Inggeris itu sendiri asalnya hanya bahasa vernakular, bukan bahasa yang diturunkan dari langit sedia sempurna. Sebelum bahasa Inggeris menjadi bahasa besar, orang Eropah bergantung pada bahasa Latin dan Perancis dalam bidang ilmu, pentadbiran, undang-undang dan ekonomi.
Demikianlah maka bahasa Melayu perlu diberi waktu untuk menjadi mantap sebagai bahasa ilmu, termasuk dalam bidang sains dan teknologi. Amat malang halnya apabila kita sendiri tidak mempunyai perancangan dan kesediaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi, dan cukup sekadar puas hati menyaksikan bahasa Melayu menjadi bahasa percakapan, seperti yang dibanggakan Tun mengenai kebolehannya menggunakan bahasa Melayu walaupun belajar di sekolah Inggeris.
Kita perlu membezakan taraf bahasa ilmu daripada bahasa perhubungan sehari-hari jika kita mengimpikan bahasa Melayu menjadi bahasa besar pada masa depan. Tentulah aib bagi bangsa Melayu yang berhasrat menjadi bangsa besar di dunia tetapi hanya memiliki bahasa perhubungan sehari-hari dan untuk hal ehwal ilmu dan budaya tinggi terpaksa menggunakan bahasa asing.
Hujah Tun bahawa bangsa Arab menjadi maju kerana mempelajari bahasa Greek untuk menguasai sains dan teknologi juga ternyata meleset. Mempelajari bahasa asing dan menggunakan bahasa asing untuk mengembangkan ilmu kepada masyarakat atau bangsa adalah dua hal yang sama sekali berbeza. Maka itu tidak ada pejuang bahasa manapun yang menolak hakikat pentingnya kita mempelajari dan menguasai bahasa asing sebagai jambatan ilmu dan tamadun. Namun, PPSMI bukan program pembelajaran bahasa asing, sebaliknya program pengembangan ilmu kepada bangsa kita dalam bahasa asing!
Pada hakikatnya, orang Arab yang mempelajari dan menguasai bahasa Greek ialah sarjananya, sementara ilmu kepada masyarakat dan bangsanya dikembangkan dalam bahasa Arab.
Hal yang sama dilakukan oleh Barat yang memperoleh pelbagai disiplin ilmu daripada sarjana Arab. Mereka mempelajari dan menguasai bahasa Arab untuk memindahkan ilmu dalam bahasa Arab ke dalam bahasa mereka sendiri. Oleh itu, Barat tidak menggunakan bahasa Arab untuk mengembangkan ilmu kepada bangsa mereka, tetapi sebaliknya menggunakan bahasa mereka sendiri. Itulah hakikat jalan sejarah perkembangan tamadun di dunia.
Seluruh bangsa dan negara yang besar dan maju di dunia sekarang ini pun masih tetap memajukan bangsa dan negara mereka dalam bahasa masing-masing. Angkasawan kita yang ditumpangkan dalam Soyuz Russia pun terpaksa beberapa bulan mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi ke angkasa perlepas. Kekuatan bahasa Inggerisnya rupa-rupanya belum cukup melayakkan dia untuk diterima mengikuti misi itu!
Tun turut menggunakan contoh silap apabila mengatakan bahawa buku panduan atau manual telefon bersel yang dicetak dalam bahasa Inggeris oleh pengeluar menyebabkan ilmu Sains yang diajarkan dalam bahasa Melayu menjadi tidak berguna. Bukankah buku panduan itu dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau pelajar kita yang diajar dengan baik bahasa Inggerisnya dapat memahami buku panduan dalam bahasa Inggeris itu. Mungkin Tun belum pernah melihat telefon bersel yang panduannya ditulis dalam bahasa Melayu pada perisian telefon itu sendiri!
Sebagaimana pendukung PPSMI yang lain, Tun mengulang lagu lama bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik bukan langkah meminggirkan bahasa Melayu. Namun, dengan terang di hadapan mata kita bahawa apabila bahasa Melayu akan hanya berfungsi pada sekitar 40 peratus atau kurang di sekolah dan sekitar 30 peratus atau kurang di IPT, maka amat jelas bahawa bahasa Melayu memang terpinggir dan tidak berperanan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, sebagaimana yang ditetapkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996.
Usahlah kita mengalami nasib 'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. Ingatlah juga kata orang tua-tua 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'.
PROF. DR. AWANG SARIYAN
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia - China
Universiti Pengajian Asing Beijing
MUHASABAH DIRI: ADAKAH ANDA MEMILIKI SAHAM DALAM PPSMI



Perjuangan Keranda 152




Read More “MUHASABAH DIRI: ADAKAH ANDA MEMILIKI SAHAM DALAM PPSMI” »»


