Pray For MH370

Pray For MH370

PUASA SUNAT DAN MUNAJAT BAGI UMAT ISLAM

Jangan kita terperangkap dengan mainan media, bagi kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat. Kalau tak faham masuk SAR darjah satu.

Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan


Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).

Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu.

"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri.

"Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya.

Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar.

"Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat.

"Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai," tegasnya.

Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat.

Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

"Kita tidak mahu terlalu hampa dengan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kita masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan, apa yang kita mahu, sebagai orang Islam, kita mesti sentiasa dekat kepada Allah dan memohon pertolongan dari-Nya," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau mempelawa umat Islam yang berpuasa di Perak untuk menyertai majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak selama tiga hari berturut-turut mulai esok.

mks/HARAKAHDAILY/ Mohd Rashidi Hassan

Comments :

2 comments to “PUASA SUNAT DAN MUNAJAT BAGI UMAT ISLAM”
Anonymous said...
on 

Alhamdullillah...

bagus utk kita sama2 berpuasa ini. untuk puan2 yang belum menggantikan puasa boleh la turut serta disamping boleh di temani oleh teman2 yang lain satu malaysia.

untuk yg mmg berniat nk berpuasa sunat, jgn la lupa minta izin dulu pada suami yea. jgn kita puasa sorg-sorg suami beli mkn bungkus plak kat kedai. kesian dia.

ohh ya... YB Dr, bagaimana dengan program YB Dr dari dapur ke meja solek. saya tidak dapat menghadiri program tersebut kerana outstation. saya juga menunggu penulisan YB Dr dalam blog ini. tentu meriah.

Minda dinderaman said...
on 

Media terutamanya media perdana seringkali mempolitikkan kehidupan... bagi mereka yang dah faham dan mengerti tentunya tidak terperangkap dengan mainan mempolitikan kehidupan...

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    1 year ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com