Alhamdulillah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj hari ini selamat pulang ke tanah air
setelah selamat menjalani pembedahan jantung di USA. Semoga dikurniakan iman yang sejahtera, kesihatan yang baik, dilanjutkan usia dan dijauhkan musibah.
Sultan Selangor Selamat Pulang Ke Tanah Air
SEPANG, 25 Mei – Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj hari ini selamat pulang ke tanah air kira-kira 3.30 petang tadi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah selamat menjalani pembedahan jantung (Mitral Valve Repair) di Pusat Perubatan Universiti Stanford, California, Amerika Syarikat pada 1 Mei lalu.
Kepulangan Sultan Selangor ini disambut oleh Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan diiringi oleh Ahli Exco dan Ketua Jabatan Kerajaan Selangor.
Keberangkatan pulang Sultan Selangor diiringi dengan bacaan doa selamat oleh Mufti negeri, Dato’ Setia Hj Mohd Tamyes Abdul Wahid sebelum baginda mencemar duli bersalaman dengan Tan Sri Abdul Khalid serta beberapa orang kenamaan.
Dalam pada itu, baginda kelihatan beransur pulih dan berjalan sendiri ketika tiba di Balai Ketibaan, Kompleks Bunga Raya, KLIA di sini.
Selain itu, Baginda juga dinasihatkan doktor pakar supaya berehat serta tidak melakukan tugas rasmi dan aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatannya untuk sekurang-kurangnya enam minggu atau tiga bulan sehingga pulih sepenuhnya.
M.SAHRULNIZAM M.ZAIN/selangorkini online
SULTAN SELANGOR SELAMAT BERANGKAT PULANG
Labels:
DYMM Sultan Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Moga terus berbakti dgn adil kepada rakya selangor DE. Selamat pulang.
salam dr,
blog yb dah semakin menarik, saya amat berkenan..saya tercari2 template mana yang yb pilih, saya ingat nak tiru macam yb juga...boleh advise ke..
my blog
jom sembang politik-dinderaman
my email : din.deraman@yahoo.com
minta tunjukajar dari sifu...wsalam