Pray For MH370

Pray For MH370

ISU SELCAT ISU KEADILAN UNTUK SEMUA

Rata-rata kedudukan kakitangan kerajaan di negara kita boleh diibaratkan seperti telor dihujung tanduk serta laksana pepatah Melayu ditelan mati emak, diluah mati bapak. Untuk terus berpegang teguh pada prinsip hidup dan istiqomah dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan jujur serta berkesan memerlukan mahar serta pengorbanan yang amat tinggi.

Secara teori, kakaitangan kerajaan tertakluk kepada semua arahan dalam Perintah Am Bab D, arahan Perbendaharaan serta arahan ketua jabatan yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Namun, realitinya Ketua Jabatan serta kakitangan kerajaan lebih banyak akur kepada arahan "Parti Pemerintah" atau "government of the day".

Kita maklum, kerajaan Barisan Nasional telah memerintah Kerajaan Pusat selama 52 tahun. Barisan Nasional telah menguasai dan memanipulasi kesemua agensi kerajaan bagi tujuan politik, khususnya puak UMNO untuk terus berkuasa pada waktu yang sama menimbun kekeyaan peribadi serta kroni mereka.

Di sinilah para pegawai serta kakitangan kerajaan tersepit. Kebanyakan mereka terpaksa mengikut rentak irama serta tarian ahli politik UMNO atas alasan "demi menjaga periuk nasi". Perintah Am Bab D atau apa jua peraturan Jabatan terpaksa diketepikan demi "survival keluarga" yakni untuk mengelak dari dipindah ke pedalaman, mencegah laporan prestasi kurang baik sekaligus agar tangga gaji naik melintang, supaya mendapat laporan cemerlang bagi tujuan penganugerahan pangkat Istana dan seribu satu macam alasan peribadi yang lain.

Terdapat juga kakitangan kerajaan yang telah mengikut gaya ahli politik UMNO seperti menerima rasuah secara tersembunyi ( "in kind") dan tidak langsung ( bukan "in cash") seperti untuk mendapat kelulusan seorang pegawai kerajaan, pelanggan (rakyat) terpaksa menampung kos menukar tayar kereta atau memasang aksesori kereta pegawai yang berkenaan.

Dalam isu SELCAT Selangor, yang terpaksa menjawab dan berdepan dengan ahli SELCAT ialah para pegawai kerajaan seperti Pegawai Daerah (DO) , Pen Pegawai Daerah (ADO), Ketua Penolong Pegawai Daerah (KADO) dan kakitangan sokongan. Pihak yang mengarah serta mendesak penyalahgunaan serta penyelewengan peruntukan DUN ialah ADUN Barisan Nasional. Agen yang membuat kerja mempercepatkan proses pengeluaran peruntukan ialah para pegawai Kerajaan.

Demi keadilan seharusnya semua pihak yang terlibat harus dihadapkan ke Pendengaran SELCAT. Inilah yang diutarakan oleh Datuk Dr Hasan Mohd Ali selaku Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam.

MB Yakin Isu Selcat Dapat Diselesai Dengan Baik


SHAH ALAM, 25 September - Kerajaan Selangor yakin isu Selcat yang hangat diperkatakan sekarang, dapat diselesaikan dengan cara baik dan berhemah, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Justeru, katanya kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat khas bersama ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Exco-exco selangor dan Pegawai Daerah untuk berbincang dan menyelesaikan isu tersebut secara dalaman.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, beliau berkata, isu yang timbul itu hanyalah salah faham yang berlaku antara beberapa pihak, berkaitan perbicaraan awam Selcat baru-baru ini.

Beliau yakin, ia akan dapat diselesaikan dengan baik kerana semua pihak yang terbabit adalah professional dan memahami tugasan dan tanggungjawab masing-masing serta dapat bekerjasama sebagai satu pasukan yang cekap dan berkesan.

Mesyuarat tertutup ini akan dipengerusikan sendiri oleh Tan Sri Khalid di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, SUK Isnin ini.

Selangorkini

Comments :

2 comments to “ISU SELCAT ISU KEADILAN UNTUK SEMUA”
Anonymous said...
on 

Jika apa yg diutarakan oleh Hassan Ali bertepatan dan menurut kehendak dan keadilan rakyat..saya pasti rakyat akan menyokong waloupun dihentam kromo oleh UMNO..malangnya dalam kes ini tidak..perlu ingat rakyat lebih bijak mentafsir walaupun jika kata2 itu tersirat atau tersurat seperti mana yg diucapkan selalu oleh pemimpin UMNO..rakyat tidak bodoh..kami boleh dan faham mentafsir kata2 Hassan Ali dan gaya dan cara beliau mengutarakan sesuatu semuany membuat rakyat marah dan geram terhadap PAS Selangor..umpama apa lojik jika dilantik hakim sebagai ahli SELCAT sedangakn SELCAT adalah dibawah legislatif dan ini bukan perbicaraan dan cuma prosiding!!?Percayalah jika PAS Selangor masih lagi begini sehingga PRU13..saya percaya rakyat tidak teragak menghukum teruk PAS di Selangor..jika rakyat boleh menghukum UMNO dengan sikap zalim dan putar belitnya..kenapa tidak PAS pun dihukum sama..sebab bagi saya rakyat senang dengan SELCAT..dan oleh sebab SELCAT lah rakyat tahu bagaimana BN telah salah guna kuasa..rakyat tidak akan marah jika Hassan Ali membincang perkara dalam mesyuarat EXCO dan bukan bermesyuarat dengan media2 UMNO dan MCA!!!

Anonymous said...
on 

salam, apa yang diperhatikan sekarang ni, gaya Hasan Ali seolah-olah menafikan keupayaan dan kredibiliti rakan yang sama-sama menaikkan Pakatan Rakyat di Selangor. Jujur saya katakan, tindakan tidak searus dengan dasar PR Selangor hanya mengundang kepada hilangnya kepercayaan golongan muda seperti saya untuk menyertai PAS... saya nampak PAS ini jadi 'pelaris' kepada Hasan Ali.

Please Hasan Ali.
dont break my heart....

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com