Pray For MH370

Pray For MH370

TERTUDUH TIDAK MENGAKU BERSALAH

Seramai 12 orang didakwa menyertai perhimpunan haram di dakwa di bawah Akta Polis. Enam dari mereka turut didakwa di bawah Akta Hasutan. Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.

Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu.

Penduduk setuju Tapak Kuil Baru


SHAH ALAM, 9 Sept: Setelah dailog anjuran kerajaan negeri Selangor Sabtu lalu kecoh, mereka yang terbabit akhirnya akur dengan hasrat kerajaan negeri membina kuil untuk masyarakat minoriti India di negeri Pakatan Rakyat itu.

Jurucakapnya, Ramzi Hj. Ramli (gambar kiri ) dalam satu kenyataan di luar mahkamah menjelaskan bahawa pihaknya telah menerima cadangan tapak kuil yang baru daripada kerajaan negeri dan mendapati ianya bersesuaian; kerana jauh dari tapak perumahan.

Beliau yang mewakili OKT terbabit, berharap masyarakat India tempatan juga boleh menerima cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu.

Menurut beliau, penduduk Seksyen 23 berjanji untuk membubarkan Jawatankuasa Bertindaknya, selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan tapak cadangan pembinaan kuil yang baru.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengenalpasti tapak baru kuil Hindu selepas tapak asal dibantah penduduk Seksyen 23.

Ia terletak di kawasan perindustrian dan 100 meter dari tapak yang dicadangkan sebelum ini.

Pagi tadi, 12 yang didakwa menyertai perhimpunan haram di dakwa di bawah Akta Polis.

Enam dari mereka turut didakwa di bawah Akta Hasutan. Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.

Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu

Namun, mereka tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Kesemua mereka dibebaskan dengan ikat jamin enam OKT dengan RM4000 seorang; bakinya ada yang dikenakan RM500 seorang dan RM300 seorang.

Perbicaraan kes akan dibuka semula pada 21 Oktober depan. Tinjauan harakahdaily kemudiannya, didapati Ketua Penaja Umno Seksyen 23 Hj. Azmir Md. Zain turut disenaraikan sebagai salah seorang OKT.

Sekaligus, hanya Ketua Pemuda Umno Selayang Sohaimi Shahadan sahaja yang tidak terdapat dalam senarai OKT.

Sebelum perbicaraan berlangsung, Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah mendakwa terdapat pendakwaan terpilih dalam perbicaraan kes tersebut.

Dakwaan Sivarasa itu sebenarnya merujuk kepada Hj. Azmir dan Sohaimi.

Semalam, Malaysiakini melaporkan OKT terbabit adalah Timbalan Pengerusi Angkatan Tindakan Mempertahankan Hak Orang Melayu (ATOM) Rahimuddin Md. Harun, Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PeWARIS), Setiausaha Gabungan NGO Malaysia Mohd Zurit Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Seksyen 23 Mahyuddin Manaf dan Timbalan Pengerusinya Ibrahim Sabri; dan Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23 Zainudin Md. Yusuff.

Dzulfikar Mashoor/harakhadaily

Comments :

3 comments to “TERTUDUH TIDAK MENGAKU BERSALAH”
Anonymous said...
on 

YB DR,

Adalah lebeh baik YB Dr tidak menghiraukan kawasan jiran YB Dr ini dan sebalik nya fokus kan kepada kawasan Yb Dr ni. Tinjau2 la kawasan YB Dr ni yang sudah tidak terurus rupanya.

Dulu sewaktu BN memerintah, rumput di taman permainan sentiasa pendek tetapi sekarang sudah tidak nampak kaki. malahan ada rungutan yang mengadu segala ular sawa tedung hitam pun membiak di kawasan padang tersebut. Mana pihak MPK? dengan siapa Tender ini di beri? Adakah termaktub di dalam TENDER bahawasanya mereka akan memotong rumput sebulan sekali? sudahla anjing liar semakin byk berkeliaran. Apakah kami perlu hidup dalam semak semata2 kepala lembu sudah di penggal?

Berkenaan dengan sampah pula. Dulu sewaktu BN memerintah, sampai di kutip 2 hari sekali. sekarang ini sebulan sekali. adakah perlu untuk kami melonggokkan sampah tersebut seperti kepala lembu di dalam gambar di blog YB Dr ini di hadapan pejabat YB Dr dahulu bari tindakan akan di ambil. saya sudah membuat pengaduan di MPK dan saya masih menunggu tindakan dari pihak sana. Itu belum lagi cerita tentang longkang.

Sudah la janji kan diskaun cukai pintu tidak di tepati, denda lewat semakin mahal pula, perkhidmatan semakin teruk pula. jangan la sibukkan kan kawasan luar sehingga kawasan sendiri terbiar. ini rungutan salah satu dari kawasan YB.

Sudah la kami tidak dijelas kan dengan terang akan pembinaan tembok sepanjang jalan sungai udang yang telah mengorban kan dua nyawa. adakah YB Dr sedar tentang itu? Mana papan tanda projek seperti projek rasmi selama ini. sedar2 pembina jalan telah dibina. dan sedar2 ia telah meragut nyawa. sila beri penjelasan berkenaan perkara ini...

Unknown said...
on 

Saudara tanpa identiti, terima kasih kerana menziarahi blog ini dan membuat komen. Saudar, kita ada prosedur untuk buat aduan.

Pertama semua aduan mesti bertulis dan memiliki salinan, satu untuk pejabat DUN, kedua untuk JKKK, ketiga untuk MPK dan keempat untuk Pejabat Daerah Klang.

Kita ada wakil DUN setiap kawasan seperti Kg Delek, Sg Udang Sg Bertih, Sri Perantau dan lain-lain.

Saya bermesyuarat dengan JKKK, wakil DUN dan AJK yang berkaitan setiap bulan.

Diharap saudara perlu lebih khusus membuat komen contohnya padang permainan di mana, anjing liar kawasan perumahan mana dan sebagainya.

Mengenai pembuatan tebing jalan yangt telah mengakibatkan, sayalah antara orang pertama menyuarakan kepada JKKK kerana INI PROJEK JKKK Persekutuan dan dibuat tebing ini pada waktu malam hari serta tanpa pengetahuan pejabat Daerah atau Pejabat DUN.

Sila rujuk pada JKKK P.

Sila berurusan dengan Pejabat saya. Sila rujuk blog aktiviti ay7a tentang tinjauan berkala di kawasan DUN Selat Klang.

Wassallam.

AMNOBODO said...
on 

YB....itu anon (tanpa identiti kata YB)..memang jenis AMNO haprak..nak kenakan orang tanpa butir periksa..tgk laa..dia kata padang mainan rumuput panjang ada ulaq sawa....tapi tang mana?..rasa2 hak dinegeri diprintah UMNO tuh....lagi...dia kata tebing sungai ragut nyawa....ghuper2nyer..tebing tuh..JKKK Persekutuan y7ang buat......bina malam hari pulak tuh...aDoi..mmg ini Anon haprak AMNO yang BODO laa tuh..tak yah dihiraukan lah YB...

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com