Pray For MH370

Pray For MH370

JOM KERJA PILIH SAJA TEMUDUGA TERBUKA

Ada 20,000 peluang pekerjaan di Selangor

SHAH ALAM 6 Nov: Hampir 20,000 peluang pekerjaan terbuka untuk rebutan golongan belia, graduan dan mereka yang diberhentikan kerja, hasil inisiatif kerajaan negeri Selangor.

Demikian maklum oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam program 'Jelajah Jom Kerja'.

Ia dibuat selepas menyedari tekanan ekonomi hari ini, kerajaan negeri mengambil inisiatif melancarkan program ini yang membuka peluang kepada orang awam mendapatkan pekerjaan di sektor swasta terpilih.

Menurut Dr Halimah 'Jelajah Jom Kerja' adalah sebahagian dari usaha kerajaan negeri untuk mempromosikan Program Penempatan Pekerjaan, lapor Selangorkini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melancarkan program tersebut di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini, pagi tadi.

Menurut Dr Halimah, lebih 10 syarikat swasta akan terlibat dalam temuduga terbuka yang akan berlangsung esok, 7 November.

Temuduga terbuka pada 7 dan 8 November ini akan diadakan di Dewan Seri Sekinchan, Sekinchan, Sabak Bernam.

Program 'Jelajah Jom Kerja' ini akan diteruskan selepas sambutan Aidiladha ini di daerah Klang.

Selangorkini/harakahdaily

Comments :

2 comments to “JOM KERJA PILIH SAJA TEMUDUGA TERBUKA”
Reformis Jalanan said...
on 

Salam, saya nak buat aduan ipt yang saya belajar sekarang ini yurannya terlalu mahal, dan sekarang yuran mahu dinaikkan lagi. Yang sekarang ini pun sudah cukup membebankan. minta YB ambil tindakan segera. ipts ini dibawah kerajaan negeri Selangor, bawah MAIS, di Bdr seri putra, bangi. 2 mlm lepas kami buat demonstrasi minta yuran diturunkan.

Unknown said...
on 

Wsalam.
IPT tersebut di bawah MAIS dan mempunyai lembaga pengurusan sendiri .Lembaga inilah yang membuat keputusan segala-galanya tentang polisi termasuk mengenai yuran. Setakat ini EXCO Pendidikan Tinggi tidak dijadikan ahli lembaga dan tidak dilibat langsung dalam perjalanan KUIS.
Walaubagaimanapun sdra boleh menghantar salinan memo kpd saya untuk tindakan lanjut.Terima kasih atas info.
Terima kasih. Wasallam.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com