Pray For MH370

Pray For MH370

YANG DIDAHULUKAN SERTA DIUTAMAKAN

Dalam konteks melaksanakan "amar ma'ruf wannahu 'anil munkar" di peringkat Pemerintah atau pihak yang telah dipertanggungjawabkan dengan tugas di atas, skopnya adalah amat luas. Tidak timbul isu menceroboh ruang peribadi atau "personal space" individu yang mengaku Muslim. Ini kerana tuntutan sebagai seorang Muslim berbeza dengan seorang yang belum atau bukan Muslim. Virus syirik, riddah (murtad), maksiat dan munkar yang dilakukan terang-terangan mudah berjangkit dan menular ke satu peringkat yang sukar dibendung.

Kenapa Penyakit Infuenza H1N1 tidak dilaporkan menyerang negara Indonesia yang penduduknya ratusan juta? Adakah kerana tiada pelancong asing melawati negara itu atau langkah pencegahan dan kawalan penyakit H1N1 oleh pihak berkuasa Indonesia begitu tegas dan berkesan? Negara itu memasang "thermal scanner" di ruang ketibaan lapangan terbang antarabangsa utamanya. Foto di atas kanan.

Begitu juga amalan serta fahaman syirik, munkar, murtad serta gejala sosial yang merosakkan agama, nyawa, akal, zuriat ( keturunan) dan harta perlu dibendung di peringkat awal sebelum ia sampai ke peringkat yang serius dan kritikal.

Serbuan, tangkapan, hukuman, pemulihan, penyebaran ilmu dan sebagainya merupakan tindakan bersepadu pihak berwajib. Keutamaan aktiviti perlu diselaraskan. Antara ajaran sesat dan berkhalwat, yang mana satu perlu keutamaan dalam keadaan sumber yang terhad? Antara minum arak di khalayak ramai dengan curi-curi makan dalam bulan puasa, yang mana satu lebih utama dibendung?

Jais serbu ‘bomoh ekor’

KLANG – Perbuatan seorang bomoh nombor ekor yang tidak serik ‘memberi pertolongan’ kepada pelanggan membawa padah apabila aktiviti haramnya dihidu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan membuat serbuan mengejut markasnya di sebuah perkampungan di Batu 5, Johan Setia, Jalan Klang-Banting, di sini malam kelmarin.

Bomoh yang menggelarkan dirinya ‘Wak’ oleh pelanggannya dikatakan berupaya menjelmakan nombor yang dihajati oleh mereka dengan hanya menggosok duit lama di samping membaca mantera.

Difahamkan, pelanggan Wak, bukan sahaja terdiri daripada orang kampung sekitar tetapi ada antaranya merupakan orang kenamaan bergelar ‘datuk’, ahli perniagaan serta ahli politik yang ingin mendapatkan ‘pertolongan’ daripadanya terutama ketika menjelang pilihan raya.

Rata-rata yang berkunjung ke rumah Wak, tidak hanya untuk mendapatkan nombor ekor tetapi ada yang datang kerana masalah suami isteri, masalah perniagaan, untuk tujuan perubatan dan meminta ‘cara’ agar diri mereka disanjung oleh masyarakat setempat.

Bagaimanapun rumah wak yang sentiasa dipenuhi pelanggan itu, gempar seketika kelmarin selepas penguat kuasa Jais membabitkan 40 pegawai serta anggota dengan dibantu polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang membuat serbuan kira-kira jam 9 malam di kediaman bomoh terbabit.

Pegawai Perhubungan Awam Jais, Mohd Hidayat Abd Rani berkata, dalam serbuan selama dua jam itu, pihaknya menahan 15 individu termasuk wak (bomoh) dan lima wanita.

“Ketika operasi dibuat, sembilan daripada pelanggan dilihat sedang menunggu giliran untuk mendapatkan nombor ekor daripada bomoh tersebut.

“Selain itu, kita (Jais) turut merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk menyeru bagi mendapatkan nombor ekor antaranya kendi tembaga naga, 25 biji limau, pisau, dua bungkusan kertas putih dililit timah dipercayai azimat pelaris, sebiji pelita minyak tanah, kain kuning, minyak atar, kertas mengandungi mantera dalam bahasa Jawa, kemenyan dan kertas pembalut rokok dipercayai tempat nombor dikeluarkan sebaik upacara selesai,” katanya
sinarharianonline

Bomoh nombor ekor dicekup


KLANG - Ramai kaki ekor yang menetap di daerah ini sudah tahu ke mana tempat yang mahu dituju jika mereka inginkan bantuan menilik nombor empat angka itu.

Mereka akan singgah di sebuah gerai makan di Kampung Johan Setia, di sini selepas waktu Maghrib untuk mengambil nombor giliran sebelum dapat bertemu dengan seorang lelaki berusia 65 tahun yang dikenali sebagai Wak Mail di rumahnya yang terletak di sebelah bangunan itu.

Wak Mail dikenali ramai bukan sahaja kerana khidmatnya menilik nombor ekor tetapi juga memberi ubat pelaris perniagaan.

Malah, dia pernah dikunjungi seorang ahli politik bergelar Datuk yang datang dengan niat mendapatkan ubat memikat hati pengundi dan memenangi pilihan raya.

Namun mereka mungkin tidak tahu Wak Mail yang bekerja sebagai pekebun nanas pada sebelah siang, rupa-rupanya menggunakan khidmat makhluk halus.

Dia mendakwa boleh menyeru hantu jerangkung dengan membaca mantera Jawa.

Makhluk itu pula dikatakan muncul dan membacakan nombor ekor pada telinga Wak Mail sebelum ia dicatat pada kertas pembalut rokok tembakau dan diserahkan kepada pelanggan.

Wak Mail tidak menetapkan kadar bayaran untuk perkhidmatannya tetapi menyerahkan kepada budi bicara pelanggan untuk membayar setakat mana yang mampu.

Sikapnya yang mesra pelanggan itu menjadikan dia dikenali ramai sejak mula bergiat aktif pada 1995 yang menyebabkan dia ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi hanya dikenakan denda RM800.

NORLIDA AKMAR IDROS/kosmoonline
norlida.idros@kosmo.com.my

Comments :

0 comments to “YANG DIDAHULUKAN SERTA DIUTAMAKAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com