Pray For MH370

Pray For MH370

TAHNIAH BAGI YANG BERJAYA , YANG LAIN USAH PUTUS ASA

Terbaik dalam tempoh 4 tahun

PUTRAJAYA - Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud ketika mengumumkan analisis keputusan SPM semalam berkata, keputusan itu adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun.

Beliau berkata, seramai 363 calon berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 214 calon pada 2009 dan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C bagi semua pelajaran juga meningkat iaitu daripada 60,114 calon kepada 68,114.

“Bilangan calon yang memperoleh pencapaian semua A, meningkat bagi calon yang mengambil sembilan dan sepuluh mata pelajaran sementara pencapaian calon yang mendapat semua A bagi yang mengambil 11 dan 12 mata pelajaran adalah menurun,” katanya.

Katanya, bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G bagi semua mata pelajaran pula katanya, menunjukkan penurunan seramai 104 calon iaitu seramai 2,773 pada tahun lepas berbanding 2,877 pada 2009.

“Jadi calon yang mendapat gred Cemerlang Tertinggi adalah masih terlalu sedikit berbanding bilangan calon yang gagal semua mata pelajaran iaitu 2,773 calon,” katanya.

Abd Ghafar berkata, pencapaian calon sekolah swasta dan calon sekolah tajaan agensi selain kementerian, seramai 40 calon berjaya memperoleh gred cemerlang semua mata pelajaran berbanding 41 calon pada 2009.

Bagi calon yang berkeperluan khas pula, 319 calon berjaya mendapat sijil SPM dan daripada jumlah itu tujuh calon mendapat keputusan semua A bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Mengenai pencapaian mata pelajaran pula 55 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi melebihi tiga peratus untuk gred cemerlang, 39 lagi stabil dan sembilan menurun.

Bagi gred kepujian (B+,B,C+,C) sebanyak 18 mata pelajaran meningkat, 43 stabil manakala 42 menurun dan kategori lulus pula (D dan E) sebanyak lima mata pelajaran adalah stabil dan 31 lagi menurun melebihi tiga peratus.

Abd Ghafar berkata, bagi kategori gagal (G) enam mata pelajaran menunjukkan penurunan, 93 stabil dan empat meningkat.

Mengenai pencapaian sekolah pula, sebahagian besar sekolah dirumuskan berada dalam kategori pencapaian sekolah cemerlang, baik dan memuaskan, hanya sebilangan kecil iaitu 66 sekolah memperoleh pencapaian berpotensi.

Beliau berkata, pencapaian calon mengikut lokasi turut meningkat dan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan sebanyak 0.18 Gred Purata Nasional (GPN).

“Pencapaian calon luar bandar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains adalah lebih baik daripada pencapaian di bandar sementara jurang prestasi dalam Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral masih perlu dipertingkatkan,” katanya.

Bernama

Comments :

0 comments to “TAHNIAH BAGI YANG BERJAYA , YANG LAIN USAH PUTUS ASA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com