23.4.11
Telok Pulai,KLANG
ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali bersama rombongan Briged Amal Selangor turun padang cari warga marhaen yang sakit, warga emas dan orang miskin untuk menyumbang sedikit bagi meringankan bebanan mereka serta menghibur hati mereka dengan kedatangan wakil rakyat mereka.
Ada yang mahu kerusi roda yang baru kerana kerusi roda yang dipinjam daripada kenalannya sudah berkarat dan rosak.Payah untuk isterinya mengendalikannya.
Seorang OKU berbangsa Tionghua tidak dapat membuka pagar rumahnya kerana beliau berada di atas kerusi roda kerana kaki kirinya sudah dipotong kerana kencing manis.Isterinya bekerja.Yang menjaganya ialah anaknya yang sakit mental!
menyantuni pesakit yang lengan hingga ke bahu kanannya bergerak tidak terkawal |
Comments :
Post a Comment