Pray For MH370

Pray For MH370

SARAWAK: Sinar bulan ternampak dicelah-celah awan tebal

PILIHANRAYA NEGERI BUMI KENYALANG
Pengalaman di DUN SADONG JAYA, MUARA TUANG

Sepanjang tempoh rombongan YB Dr Halimah berada di bumi Kenyalang membawa berita daripada Selangor yang dimanipulasikan oleh media massa BN sebagai propaganda politik kempen pilihanraya tidak ternampakbulan mengambang di langit. Ada masa hujan sesekejap di waktu malam di beberapa tempat.Ada masa tidak ada hujan pun.
Pada 15.4.11, setelah kembali ke rumah tumpangan setelah selesai ceramah di beberapa tempat, saya mendongak ke langit. Tujuannnya meninjau bulan purnama mengambang terang.Tidak kelihatan. Yang terlihat hanyalah bayangan bulan di celah-celah awan tebal.Kurang menyenangkan!
Di siang hari kami ke kedai, ke rumah panjang Iban bahkan ketika kenderaan singgah membeli minyak pun saya sempat buat rawatan percuma kepada pengunjung-pengunjung kedai serbaneka di tempat yang sama.
Sambutan kebanyakan positif..
Saya dapat menanggapi satu fenomena kelainan daripada suasana PRN SARAWAK 2006 ketika saya membantu berkempen di BETING MARO..Ketika itu suasana sentiasa tegang dan penduduk tidak mahu melayan kami yang dianggap orang asing.Tetapi kali ini, amat berlainan.Penduduk riang gembira menyambut kami.Lebih-lebih lagi apabila kanak-kanak melihat belon bulan yang dibawa.Bahkan tidak menang tangan belia-belia yang meniup belon kerana berebut-rebut mahukan belon. Ada ketika ibu-ibu dan nenek juga berebut belon. Amat mengkagumkan.Sangat meriah dan riang.
Namun pada hari mengundi iaitu 16.4.11, suasana lengang dan sunyi tidak seperti di PRK di Semenanjung.
Petugas tempatan tersangat minima. Sistemnya pula ialah seolah-olah 'no system'. BN boleh buka barung dan sibuk memberi nombor. Dikatakan untuk claim.
Di BOLEHLAND apa-apa pun boleh terjadi.pada pilihanray paling kritikal ini.Lagaknya seolah-olah operasi mengundi adalah atas penjagaan petugas BN kesluruhannya. Sukar nak tahu mana petuga SPR sejati yang mana proxy BN yang 'sibuk' di keliling tempat mengundi.
Memang adalah ganjil dan ajaib sekiranya PAS menang dalam keadaan haru biru tersebut.

Namun, ramai sudah kenal bulan putih mengambang ini dan ramai orang di sana berminat dengan warna hijau kerana rumah dan kedai pun warna hijau.Bukan seperti TUN DR MAHATHIR ketika menjadi PM dulu hingga logo PETRONAS jadi mangsa! Harapan kepada generasi muda dan anak-anak yang masih dibangku sekolah untuk merubah nasib keluarga yang dibelit oleh BN setiap kali pilihanraya.
PAS tempatan harus memainkan peranan melebarluaskan dan memperdalamkan lagi pengaruh PAS kepada masyarakat Sarawak yang baru berjinak-jinak dengan PAS.
Bila saya sampai di LCC KLIA, saya melihat bulan mengambang terang di langit!! Beberapa jam kemudian keputusan pilihanraya di umumkan. Barulah saya faham kenapa begitu sukarnya saya melihat bulan purnama di langit bumi kenyalang!Rupanya sinarnya baru singgah!
Syabas dan tahniah kepada semua rakan pakatan rakyat yang menang.Lebihlah suara pembangkang di DUN SARAWAK alhamdulillah. 

Rombongan YB Dr Halimah di rumah panjang Snangeh

YB Dr Halimah dan Cikgu Jaafar AJK LPN selangor bersama DHPP Selangor di program penubuhan cawangan baru PAS
YB Dr Halimah di jeti DUN Muara Tuang
YB Dr Halimah dalam program penubuhan cawangan penaja PAS Semera Masjid
Bersama CALON DUN SEBUYAU HJ ADAM

Comments :

0 comments to “SARAWAK: Sinar bulan ternampak dicelah-celah awan tebal”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com