PERTANYAAN –
PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. DATO’ MARSUM BIN
PAING
(DENGKIL)
TAJUK : PROGRAM
SPIES
Sejak
2008 kerajaan negeri melaksanakan program pembangunan modal insan SPIES.
Bertanya
kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar :
SOALAN
a) Nyatakan
jumlah peserta yang telah mengikut SPIES dari tahun 2008 hingga kini mengikut
kelompok sasaran?
JAWAPAN
Program SPIES bermula 24 Ogos 2008-Oktober 2012 dan telah melibatkan
sebanyak 1,252 sesi kursus dengan
penyertaan seramai 101,239 orang seperti berikut :
BIL
|
SASARAN PESERTA
|
JUMLAH PESERTA 2008 – OKT
2012
|
JUMLAH (ORANG)
|
||||
2008
|
2009
|
2010
|
2011
|
2012
|
|||
1
|
Remaja / Belia
|
3,003
|
11,622
|
9,426
|
9,138
|
10,627
|
43,816
|
2
|
Penjawat Awam
|
135
|
3,217
|
9,088
|
5,381
|
3,139
|
20,960
|
3
|
Warga Pendidik
|
850
|
1,615
|
3,824
|
3,413
|
2,396
|
12,098
|
4
|
Kanak-Kanak
|
411
|
-
|
-
|
-
|
-
|
411
|
5
|
Pimpinan Masyarakat
|
845
|
1,330
|
1,403
|
3,258
|
1,956
|
8,792
|
6
|
Keluarga
|
714
|
2,200
|
2,350
|
1,180
|
3,935
|
10,379
|
7
|
Pelajar IPT
|
1,800
|
1,376
|
590
|
256
|
551
|
4,573
|
8
|
Warga Industri
|
160
|
-
|
-
|
-
|
-
|
160
|
9
|
Warga Emas
|
-
|
50
|
-
|
-
|
-
|
50
|
|
JUMLAH
|
7,918
|
21,410
|
26,681
|
22,626
|
22,604
|
101,239
|
SOALAN
b) Apakah
ukuran peningkatan atau kejayaan program SPIES hingga kini?
JAWAPAN
Platform pembangunan
modal insan yang disediakan oleh Kerajaaan
Selangor melalui program SPIES merupakan satu pendekatan yang berhikmah
dan kontemporari dalam usaha membangunkan modal insan secara bersepadu.
Kejayaan kepada program SPIES ini boleh dilihat dari sudut kuantitatif
dan kualitatif. Dari segi kuantitatif program
SPIES telah berjaya melatih seramai 101,239
orang dan dalam tempoh ini ia merupakan satu kejayaan yang cukup besar
dalam mengetengahkan konsep pembangunan insan yang holistik kepada warga Negeri
Selangor.
Dari segi kualitatif
pula, ukuran kepada kejayaan program ini adalah agak abstrak kerana proses
pembangunan insan adalah satu evolusi
yang berterusan dan sepanjang hayat justeru memerlukan jangkamasa yang panjang untuk mendapatkan satu
ukuran yang boleh membantu untuk melihat kejayaan sebenar program kursus SPIES
ini.
Perlu diingatkan
program SPIES BUKAN sekadar
kursus.Kursus hanyalah pengenalan kepada SPIES. Program SPIES sebenarnya adalah
penerapan budaya positif dan produktif
bermula di dalam jentera kerajaan hingga ke akar umbi.
Antara faktor pengukur yang boleh dijadikan
panduan adalah melalui beberapa aspek:
a. Tahap integriti dan kompetensi kakitangan kerajaan Negeri
Selangor melalui peningkatan produktiviti (peningkatan hasil kerajaaan,
pengurangan aduan awam), pematuhan prosedur kerja (Laporan Audit
Negeri/Negara;
b. Budaya ilmu mula subur di negeri Selangor;
c. Budaya hidup bertuhan semakin terserlah: masjid dan
tempat ibadat semakin dipenuhi;
d. Budaya pemutus dan pelaksana dasar yang mempunyai
‘guiding principles’ atau prinsip yang jelas untuk menjaga kepentingan rakyat
jelata;
e. Kejayaan menggerakkan program kolaborasi sinergistik
antara jabatan/agensi kerajaan negeri/tempatan bersama pimpinan setempat dan
aktivis masyarakat, warga pendidik, ibubapa bahkan belia dalam program berkala
GeMS adalah di antara hasil kejayaan program SPIES.Sebelum ini begitu sukar
untuk jabatan dan agensi kerajaan menghayati kerja berpasukan terfokus;
f.
Pengurangan
kadar krisis rumahtangga – berdasarkan laporan perceraian
Manakala, untuk menilai kesan yang paling ketara dan
manfaat program ini kepada peserta, indikator terbaik yang boleh digunapakai
adalah melalui maklumbalas peserta
kursus dan hasil analisa
maklumbalas peserta yang dibuat ke atas mereka yang telah menghadiri kursus
ini memberikan keyakinan yang tinggi melalui skor yang dinyatakan di atas iaitu
3.48 (markah penuh adalah 4.00).
Skor yang ditunjukkan ini bolehlah dijadikan indikator penilaian ke atas
keberkesanan program ini secara umumnya kerana peserta terbabit merupakan
testimoni yang terbaik untuk menilai keberkesan program SPIES ini.
Pengukuran sebenar
keberkesanan program ini juga dapat dlihat dari segi komitmen dan minat yang
ditonjolkan. Hal ini terbukti apabila lebih daripada 90% peserta menyatakan
program yang dilaksanakan adalah baik dan bersetuju untuk mengikuti program
susulan.
Selain itu laporan
kajian keberkesanan program 2009 yang dibentangkan semasa Mesyuarat Majlis
Kerajaan Negeri pada 20 Januari 2010 telah merumuskan perkara –perkara berikut
:
a)
|
Program SPIES adalah amat baik dilaksanakan;
|
|
|
b)
|
Melalui penilaian tiga (3) penjuru iaitu peserta,
pemantau dan pihak ketiga keseluruhan menyatakan program ini baik dan perlu
diteruskan; dan
|
|
|
c)
|
Pengisian program secara keseluruhan baik iaitu dari
aspek kandungan modul, penceramah, penggunaan audio visual, logistik dan
keberkesanan ke atas aplikasi kehidupan.
|
Secara umumnya,
pelaksanaan program ini dapat diterima dengan baik oleh masyarakat yang mana
ianya dapat dilihat menerusi peningkatan ilmu, pemerkasaan potensi kebaikan
diri secara holistik, keinsafan jiwa, peningkatan kesediaan diri untuk berubah
kearah menjadi aset bernilai kepada negara dan ruang untuk memberi penjelasan
terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam memantapkan nilai modal insan.
SOALAN
c) Adakah
asas pembelajaran dalam program SPIES dan adakah ia bebas daripada menjadi alat
doktrin politik kepartian?
JAWAPAN
SPIES
bersifat universal.
SPIES
adalah instrumen perpaduan kerana
model ini dicipta merentasi kaum, keturunan dan agama. Bahkan SPIES juga
melangkau perbezaan ideologi politik samada daripada Pakatan Rakyat mahupun
Barisan Nasional. Ini kerana SPIES adalah model pendidikan yang bersifat
neutral.
SPIES adalah model (wholesome education) merupakan
kerangka pendidikan yang holistik untuk melahirkan modal insan yang berhati
mulia, amanah, berintegriti tinggi, produktif, kreatif menguasai ilmu,
pengetahuan dan kemahiran untuk berjaya kerana ia mampu mengatasi masalah
sepanjang kehidupan. Penekanan kepada pembangunan sinergistik semua elemen –
elemen yang interaktif ini insyaallah akan menjadi manusia makhluk terbaik yang
diciptakan Allah.
Program SPIES bertujuan untuk memberdaya (empower) insan untuk
menjadi insan yang paling baik dengan menggilap daripada sumber – sumber sedia
ada pada dirinya Mesej SPIES ialah : Kerajaan Selangor mahu “ You
choose to be the best of you”.
Oleh itu, Kerajaan Selangor dalam usaha memacukan pembangunan modal insan
melalui pelaksanaan program SPIES
menekankan kepada pembangunan dan pembentukkan 3 dimensi utama iaitu:
i)
|
Pembangunan Spiritual (Rohani)
Menekankan kepada kualiti akhlak,
ketakwaan, komitmen terhadap agama dan peningkatan kuantiti amalan mulia;
|
|
|
|
|
ii)
|
Pembangunan Diri (Intelektual, Fizikal
dan Emosi)
|
|
|
Intelektual
- Pembinaan akal adalah untuk
melahirkan insan profesional yang memiliki sifat – sifat mahmudah (baik),
berfikiran matang, mampu menolak unsur negatif dan berupaya mengguna segala
sumber yang sedia ada dan memperolehi yang belum ada bagi tujuan kesejahteraan
dan kelangsungan hidup dirinya, keluarga serta masyarakat.
Fizikal
- Pembangunan dari segi fizikal pula berperanan untuk melahirkan rakyat
Selangor yang sihat, dinamis dan bertenaga dan dapat menyumbang kepada
produktiviti negeri.
Emosi
- Pembangunan emosi menumpukan kepada usaha membina
kekuatan dalaman yang boleh mempastikan kejayaan kerana emosi yang gagal
dikuasai boleh menjatuhkan maruah dan nilai insan.
|
|
iii)
|
Pembangunan Hubungan Sosial (Alam dan
Manusia)
Hasil daripada pengawalan emosi kelompok akan
mewujudkan persekitaran yang sihat bagi pembentukan peribadi, mampu bertindak
secara bijak dalam perhubungan interpersonal serta hubungan dengan
alam sekitar.Faktor kemahiran sosial ini adalah kritikal dalam melahirkan
tamaddun. Kegagalan akan menempa kehancuran masyarakat.
|
Tiga (3) dimensi utama ini merupakan satu
gabungan yang sempurna dan lengkap untuk melahirkan satu tamadun kemanusiaan
yang gemilang serta mempunyai nilai moral yang tinggi seterusnya menjadikan
Selangor negeri idaman, maju sejahtera dan berkebajikan. Hasil gabungan tiga
(3) dimensi ini telah membentuk model
pendidikan holistik Selangor yang dikenali sebagai SPIES, akronim kepada Spiritual, ‘Physical’, Intelektual, Emosi dan Sosial.
Kandungan model SPIES
ini juga menggarapkan beberapa teori dalam pendidikan seperti teori pembangunan
manusia, falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan kebangsaan, sosiologi
Islam, teori Johari Window, teori Maslow, teori behavioris, kognitif dan
konstruktif, yang mana kesemua ini bebas dari doktrin politik.
Jika
dilihat kepada tiga (3) dimensi yang megandungi lima (5) elemen ini ia
menjuruskan kepada pembangunan 2 unsur iaitu Diri dan Masyarakat. Modul - modul
yang diajar kepada peserta adalah modul universal dan mampu dihayati oleh
setiap insan yang inginkan perubahan sama ada untuk diri mahupun masyarakat. SPIES
bebas daripada kepartian tiada unsur indoktrinasi bahkan program SPIES
bertujuan membina keupayaan untuk
mengkaji segala maklumat bagi memilih sendiri parti politik yang paling sesuai.
Comments :
Post a Comment