Pray For MH370

Pray For MH370

Selangor negeri berkebajikan: bantu Syria

S'gor cadang tabung di masjid bantu rakyat Syria 9:11AM Dis 20 2012 Kerajaan Selangor bercadang untuk mengadakan Tabung Kemanusian Rakyat Syria di seluruh masjid di negeri ini bagi membantu rakyat negara itu yang ditimpa kesusahan berikutan pergolakan politik. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau telah meminta Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga pembantu Exco Hal Ehwal Islam, Dr Rani Osman untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). “Sebagai umat Islam, kita sepatutnya prihatin dengan nasib malang yang menimpa rakyat Syria yang kini hidup dalam kesusahan dan serba kekurangan. Dengan kutipan derma ini kita berharap dapat meringankan penderitaan yang ditanggung rakyat Syria,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan delegasi daripada Syria yang diketuai Ketua Kesatuan Ulama Syam, Sheikh Dr Muhammad Ali As Soubuni di pejabatnya semalam. Sebagai tanda persahabatan dan penghargaan atas kunjungan itu, menteri besar menghadiahkan al-Quran yang ditempah khas kepada delegasi berkenaan. Sementara itu, Sheikh Muhammad Ali menceritakan kekejaman yang ditanggung rakyat Syria dan menggesa masyarakat Islam memperjuangkan kebebasan dan menentang kezaliman pemerintah terhadap rakyat. "Kami datang ke Malaysia kerana rakyat Islam di negara ini lebih prihatin dengan penderitaan umat Islam di Syria berbanding negara-negara Arab dan negara Islam lain," katanya.

Comments :

0 comments to “Selangor negeri berkebajikan: bantu Syria”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com