Pray For MH370

Pray For MH370

TAKZIAH BUAT KELUARGA SI MATI

Pembantu peribadi anggota parlimen Kapar ditemui mati dibunuh 


December 18, 2012 SHAH ALAM, 18 Dis — Pembantu peribadi kepada anggota Parlimen Kapar S Manikavasagam ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pondok pengawal keselamatan Pangsapuri Seri Sinar, Sunway Kayangan di sini hari ini.  K S Natchymuthu, 53, ditemui mati pada kira-kira 8.15 pagi oleh penduduk pangsapuri itu, dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lelaki yang juga penduduk di situ.
(Foto Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam)

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam DSP Muhammad Idzham Jaafar berkata siasatan awal mendapati mangsa yang juga pengerusi persatuan penduduk pangsapuri berkenaan, bertengkar dengan suspek berhubung rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan di kawasan kediaman itu. “Suspek dipercayai bertindak menyerang mangsa dengan senjata tajam iaitu sejenis alat berkebun menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan belakang badan,” katanya kepada Bernama. Muhammad Idzham berkata polis menahan seorang lelaki berumur 43 tahun bagi membantu siasatan. Mayat Natchymuthu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

 Sementara itu, Manikavasagam ketika dihubungi berkata mangsa yang juga pemandunya, baru dua bulan dilantik sebagai pengerusi penduduk pangsapuri berkenaan. Beliau mendakwa Natchymuthu telah membuat beberapa laporan polis sebelum ini berikutan menerima ugutan beberapa individu yang tidak puas hati berhubung kutipan yuran penyelenggaraan pangsapuri berkenaan. “Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya bagi menyiasat kes ini dan saya bersimpati dengan keluarga mangsa dengan kejadian itu,” katanya sambil menambah Natchymuthu meninggalkan isteri dan empat anak.

- Bernama/MALAYSIAN INSIDER

Comments :

0 comments to “TAKZIAH BUAT KELUARGA SI MATI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com