Pray For MH370

Pray For MH370

ADUN SELAT KLANG bersama DHPP hadiah kuih bulan di PULAU KETAM

28.9.12
PULAU KETAM
KLANG

ADUN Selat Klang merangkap EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali telah membuat kunjungan sekali lagi ke Pulau Ketam bagi raikan sambutan pesta tanglung dan kuih bulan.

Kali ini, beliau ditemani Naib Pengerusi Dewan 
Himpunan Penyokong PAS Negeri Selangor, Mr Song Soon Guan yang juga merupakan ahli Majlis Perbandaran Klang.

Bertolak selepas solat 'asr menaiki bot bersama dengan staff Pejabat ADUN SELAT KLANG dan aktivis PAS, mereka disambut oleh JKKK yang diketuai oleh Ketua Kampung dan pimpinan Pakatan Rakyat setempat. Sudah ada orang menunggu di dewan JKKK Pulau Ketam yang semakin lama semakin dikerumun penduduk termasuk kanak-kanak.

Muslimat PAS mula tunjuk bakat kreatif dengan bimbingan ahli JKKK mereka menyusun kotak kuih bulan dengan susunan cantik di depan khalayak! Makin kurang sabar mereka melihat apa yang sedang berlangsung.

 Mr Song membeli 888 biji kuih bulan untuk diagihkan kepada penduduk Pulau Ketam dan Sg Lima. ADUN membawa 300biji. Semua habis diagihkan.Bahkan berebut-rebut pula!


Disamping mengagihkan kuih bulan kegemaran masyarakat Tionghua , romobongan ADUN dan AHLI MAJLIS juga menyumbang tanglung untuk kanak-kanak. Mereka telah awal-awal menyerbu ke depan hingga terpaksa diagihkan dulu sebelum majlis boleh bermula.
 Selesai majlis serba ringkas, ahli rombongan solat maghrib di Balai Islam sebelum meneruskan lagi agihan kepada pekedai-pekedai di pekan. Suasana amat meriah. Nenek tua dan secara keseluruhan penduduk amat teruja dengan kelibat rombongan yang diketuai oleh wanita yang bertudung mengagihkan kuih bulan.

Risalah mengenai DHPP dan kuih bulannya juga memberi perspektif yang luar dugaan penduduk yang amat terasing daripada tanah besar.
 Bulan purnama di langit begitu indah sekali! Kuih bulan di bumi mudah-mudahan boleh pemecah bendung dakwah dan siyasah. Dihiasi dengan selendang berkilat dipenuhi rembulan bertulisan Cina dan India dan berlogo PAS FOR ALL, kami diperhatikan oleh sekelian yang hadir dengan sedikit kelainan.Mudah-mudahan menyumbang kepada topik perbualan sesudahnya, memantapkan keyakinan kepada perjuangan pekatan dan meredakan perang saraf mainan lawan.


Dalam bot yang dicharter seorang warga emas , ahli keluarga tuan punya bot yang tidak bertutur Melayu turut tidak dilepaskan oleh ADUN SELAT KLANG begitu sahaja. Sebenarnya beliaulah orang pertama yang diberikannya kuih bulan. Dalam bot lagi!
 Bahagia membahagiakan orang. Moga Allah redha dan mencurah rahmat dan kasih sayangNya. Amin


Comments :

0 comments to “ADUN SELAT KLANG bersama DHPP hadiah kuih bulan di PULAU KETAM”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com