Pray For MH370

Pray For MH370

EXCO Pendidikan lawat 18 kelas pendidikan khas SK TELOK GADONG

KLANG
27/9/12

EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali melabur sedikit masa melawat semua pusat pendidikan prasekolah di SK Sg Udang dan SK Telok Gadong.
Dari perspektif kerajaan Selangor kanak-kanak ini nanti mahu dijadikan modal insan yang cemerlang agar segala pelaburan masa, wang ringgit, tenaga, prasarana dan tumpuan rakyat Selangor menghasilkan kejayaan dan berbaloi.
 
 Ramai yang masih menganggap pelajar tadika atau prasekolah tidak penting dan sekadar main-main. Walhal telah lama terbukti tumpuan pembentukan insan diwaktu awal khususnya dalam tahun-tahun formatif(formative years) menentukan corak insan yang bakal tumbuh dan mengembang.

Segala yang masuk dalam corong telinga dan menerobosi mata bakal dirakam secara kekal. Segala input deria akan diproses oleh minda dan diterjemah makna dan nilainya dalam konteks input itu masuk.Contohnya, sekiranya 
 ilmu yang diajar didengar oleh telinga dan ditanggapi menyeronokkan kerana nada yang membahagiakan si pelajar, ilmu itu akan dikaitkan dengan rasa bahagia dan dinilai baik oleh pelajar. Namun, sekiranya guru berwajah garang menengking dan menjerit ketika menyampai satu pelajaran, geledak emosi pelajar akan secara otomatis menolak si guru, apatah lagi apa-apa yang disampaikan guru tersebut.

Justeru, betapa pentingnya para guru sebagai modal insan utama yang 'core business'nya ialah melorongkan pelajar untuk menanggapi ilmu yang bakal disampaikannya dengan penuh kasih sayang dan faham mendalam jiwa kanak-kanak.
 Sebenarnya semua orang termasuk orang dewasa yang mahu belajar perlu dipupuk minatnya terlebih dahulu. Ini adalah pelincir kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun sudah tentu lebih sensitif kepada keadaan sekeliling. Iklim pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai adalah iklim kasih sayang, mengasihani, sabar dan PEMURAH ILMU.

Guru yang menyantuni pelajar yang istimewa, terencat akal, 'hyperaktif, dysleksia, Down Syndrome dan sebagainya sudah tentu adalah insan berhati mulia yang Allah bekalkan sifat penyabar. Untuk melatihnya hingga pandai mengurus diri juga sudah tentu sarat dengan cabaran yang pelbagai ragam.

YB Dr Hjh Halimah Ali faham semua itu. Sebab itulah beliau memutuskan untuk melawat semua 18 kelas pendidikan khas di SK Telok Gadong untuk melihat sendiri keadaan pelajar dan persekitaran, memberi sokongan moral kepada guru dan mengahdiahkan sedikit cenderahati berupa pencilcase kepada pelajar dan guru untuk menceriakan mereka.
Kalau boleh seluruh Selangor mahu dilawat, tetapi kekangan masa dan tuntutan kerja yang melain menghadkan lawatannya sekitar DUN Selat Klang untuk hari ini.

Comments :

0 comments to “EXCO Pendidikan lawat 18 kelas pendidikan khas SK TELOK GADONG”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com