Pray For MH370

Pray For MH370

PEMBODOHAN MASSA OLEH MEDIA ARUS PERDANA

Pengundi kali pertama yang membentuk 30 peratus daripada 13 juta populasi pengundi, dilihat menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya umum ke-13. Laman media sosial terutama Facebook muncul sebagai salah satu platform paling penting bagi perkongsian maklumat .  71 peratus pengundi adalah pengguna Facebook, kebanyakannya mengakses laman web tersebut beberapa kali sehari,” menurut pemerhatian Merdeka Center. “Tidak seperti pengudi lebih tua yang secara umumnya lebih positif terhadap penguasa, mood pengundi baru dilihat terpecah diantara condong kepada status quo dan yang mahukan perubahan,” tambah badan tinjauan tersebut. Laporan penuh di SINI.


Tragedi pembodohan massa

20 JAN — Kehebohan yang berlaku di Malaysia beberapa hari lalu memperlihatkan bahawa media sosial sebagai senjata ampuh mempengaruhi dan mendedahkan isu tidak boleh diragui lagi. Setelah media sosial berperanan menjatuhkan beberapa kerajaan seperti di Tunisia dan Mesir, kini ia menghampiri Malaysia.

Belum pun reda fenomena Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) yang berlangsung jaya di Stadium Merdeka, Malaysia digegarkan dengan fenomena #listen iaitu video penghinaan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin terhadap mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM), Bawani KS yang tersebar luas di laman sosial Facebook dan Twitter. Kedua-dua fenomena ini memunculkan satu hal yang sudah lama terjadi iaitu tragedi pembodohan massa.

#KL112 ditanggapi negatif hampir seluruh media cetak arus perdana kecuali akhbar berbahasa Cina dan Sinar Harian, satu-satunya akhbar berbahasa Malaysia yang berani mengambil sikap objektif. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa media berbahasa kebangsaan adalah media pembodohan terulung. Media elektronik juga berkelakuan sama dengan pembodohan demi pembodohan menjadi intipati berita.
Sangkaan bahawa media arus perdana akan berubah pasca tsunami politik 2008 jauh meleset. Malah sikap yang diambil semakin membuat rakyat sebal dengan kebebalan mereka. Pengalaman saya membaca akhbar baik Utusan Malaysia mahupun The Star mulai peristiwa Reformasi 1998 hingga kini sama sekali tidak menunjukkan mereka bergerak ke arah kecerdikan.

Alih-alih meratapi kematian media, kita diberi rezeki video penghinaan Sharifah Zohra Jabeen yang jauh lebih berkesan dalam membangkitkan kesedaran rakyat bahawa fenomena pembodohan tidak boleh ditoleransi sama sekali. Meski indoktrinisasi mahasiswa seperti yang terakam di dalam video itu bukan hal baru, bukti nyata sangat diperlukan dan di sini keberadaan media sosial sangat membantu.

Fenomena #listen mengingatkan kembali pembodohan-pembodohan yang saya alami sewaktu menuntut di UiTM pada 1999. Tahun itu sepanas 2012/2013 kerana pilihanraya umum akan menjelang dan dengan bersumberkan surat-surat layang, akhbar Harakah dan akhbar bawah tanah, pembodohan itu dilawan dengan laungan “boooo”. Maka rasmi lahirnya generasi Reformasi yang sudah memasuki umur 30an kini.

Fenomena #listen bukan sekadar soal menyokong Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN), tetapi jauh dari itu menyedarkan rakyat bahawa pembodohan adalah tragedi nasional seperti mana rasuah dan pemerkosaan. Kes calon Hakim Agung, Daming Sunusi yang terjadi baru-baru ini di Indonesia harus dijadikan pelajaran. Daming dalam fit and proper test di DPR membantah hukuman mati untuk pemerkosa dengan menyebut. “Yang diperkosa dengan yang memperkosa ini sama-sama menikmati. Jadi harus pikir-pikir terhadap hukuman mati”. Jangan sampai pembodohan nantinya diberi pembenaran seperti “Yang dirompak dengan yang merompak harta negara ini sama-sama menikmati. Jadi harus fikir-fikir terhadap perubahan”.

Sejak saya bersikap kritikal terhadap kerajaan mulai PRU ke-10, hujah mereka yang mempertahan kerajaan BN tetap sama; bersyukur, negara dah aman damai, Melayu gaduh bangsa lain tepuk tangan & kalau tak suka pindah/pulang ke negara lain/”asal”.

Andai tergerak mendukung kerajaan BN sekalipun, hujah saya adalah BN masih pilihan yang lebih baik berbanding PR kerana konsep perkongsian kuasa yang terbukti berjaya walaupun masih perkauman & BN berjaya membangun negara meski hubungan kaum rakyatnya sangat rapuh serta terdedah kepada perkelahian.

Mahu tidak mahu kemenangan PR diperlukan untuk melenyapkan polemik picisan seperti fenomena #listen, seterusnya beranjak ke polemik yang lebih penting dan berisi. Generasi muda masa hadapan diyakini akan lebih kritikal terhadap PR serta BN dan hal ini sangat penting untuk menguatkan masyarakat sivil sebagai kuasa ketiga yang mampu menggerunkan kedua-dua gabungan parti politik.

Barang harus diingat, pembodohan oleh PR terutama di kalangan generasi Reformasi terhadap anak-anak muda generasi tsunami politik sudah mulai menunjukkan bibitnya. Kelompok ini mendakwa sebagai yang paling memahami perjuangan dan sering memandang remeh dinamika perjuangan anak-anak muda yang jauh lebih progresif dan tidak bersifat partisan melulu.

Maka mengangkat PR bukan sekadar peralihan kuasa tetapi untuk meletak batu asas kepada wacana yang lebih cerdik buat generasi masa hadapan. Biarlah anak dan cucu kita mentertawakan generasi #listen asalkan mereka bebas merdeka dan tidak perlu #listen kepada sesiapa.

Comments :

0 comments to “PEMBODOHAN MASSA OLEH MEDIA ARUS PERDANA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com