Pray For MH370

Pray For MH370

1-800-88-2824 ADUAN JALAN ROSAK


 Ops Tampal Jalan seluruh Selangor   

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor dengan kerjasama 12 pihak berkuasa tempatan menjalankan Ops Tampal Jalan di semua jalan di negeri itu termasuk jalan persekutuan.



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dalam tempoh 1 sehingga 15 Januari lalu, sepanjang 56,642 meter persegi jalan rosak telah dibaiki di seluruh negeri.



“Banyak kerja-kerja ini masih berjalan dan akan diteruskan selagi aduan diterima daripada rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.



Justeru, katanya rakyat Selangor digalakkan membuat aduan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2824 atau menghubungi talian-talian yang disediakan PBT kawasan masing-masing.



Menruutnya, setiap aduan akan diambil tindakan segera dan setiap aduan akan direkodkan untuk kita mengambil tindakan susulan.



“Kita berharap rakyat mengambil peluang ini untuk bersama-sama membantu kerajaan negeri meningkatkan mutu kemudahan awam untuk keselesaan bersama,” ujarnya.



Beliau berkata, Kerajaan Selangor prihatin dengan keluhan dan aduan rakyat terhadap keadaan jalan yang menjejaskan keselesaan rakyat.



Justeru, kata beliau kerajaan negeri menjalankan operasi itu termasuklah membaiki jalan persekutuan yang sepatutnya dibaiki oleh kerajaan Persekutuan.

Comments :

1
otaklunyai said...
on 

tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri selangor atas kemudahan dan keperihatinan yg disusuli dengan tindakan yang baik... semoga Allah Melimpahkan Rahmat kepada kepimpinan Dato Khalid dan sekelian kakitangan yang amat berdidikasi.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com