Pray For MH370

Pray For MH370

Isu Meritokrasi Timbul lagi Senyap selama Lima Tahun

Bekas NC UiTM cadang mansuh meritokras

  Jun 24 2013/Malaysiakini/admin
Cadangan bekas naib canselor UiTM Tan Sri Ibrahim Abu Shah untuk memansuhkan sistem meritokrasi yang diamalkan dalam pengambilan ke universiti menerima sokongan dari beberapa orang tokoh pendidikan Melayu.

Menurut Ibrahim, cadangan untuk menstruktur semula pendidikan itu, bermula di peringkat prasekolah hinggal ke peringkat pengajian tinggi, adalah untuk mengembalikan keadilan kepada pelajar Melayu.

Laporan Utusan Malaysia semalam memetik kenyataan Ibrahim yang mendakwa sistem meritokrasi tersebut “mewujudkan ketuanan Cina”.

“Tidak ada yang menguntungkan pelajar Melayu. Bayangkan pelajar Melayu di IPT kini hanya kira-kira 35 peratus dan selebihnya kaum Cina.

"Dalam aspek biasiswa pula, pelajar Melayu gagal menjadi dominan dalam merebut biasiswa kerana pada tahun lalu, sejumlah 80 peratus pelajar Cina menerima biasiswa kerana mendapat keputusan cemerlang berdasarkan penetapan kerajaan melalui meritokrasi," kata Ibrahim.

Ibrahim yang juga presiden Majlis Perundingan Melayu dilaporkan mendakwa demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pendidikan Melayu dan Bumiputera pada hari Sabtu lalu.

Kenyataan tersebut disokong seorang lagi anggota panel, presiden Persatuan Pesara Pendidik, Datuk Raof Hussin yang mahu kerajaan mengkaji semula sistem meritokrasi.

"Selama ini kerajaan terlalu memikirkan kaedah mengambil hati kaum Cina dan India yang kononnya untuk kepentingan negara sehingga sebenarnya telah terlalu lama menganiaya orang Melayu,” kata Raof yang mahu kerajaan mengehadkan kuota pendidikan terutama untuk bukan bumiputera.

Akhbar berkenaan seterusnya hari ini memetik kenyataan bekas ketua pengarah kementerian pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang berkata keistimewaan perlu diberikan kepada pelajar luar bandar.

Beliau memberi alasan, pelajar luar bandar tidak menikmati kemudahan pendidikan seperti pelajar di bandar.

Sistem meritokrasi untuk pengambilan ke universiti diperkenal pada 2002 oleh perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggantikan sistem kuota yang menetapkan tempat sebanyak 55 peratus untuk pelajar bumiputera.

Sistem berkenaan bagaimanapun tidak terpakai untuk institut pendidikan tinggi MARA dan kelas matrikulasi yang didominasi pelajar bumiputera.


    

Comments :

0 comments to “Isu Meritokrasi Timbul lagi Senyap selama Lima Tahun”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com