Pray For MH370

Pray For MH370

MH370 masih 50-50 walau sudah 4hari ghaib, pelajaran ke 2

Bismillah.
Walaupun sudah 4 hari kapalterbang MAS MH370 'hilang' di angkasa dan tidak ada bukti ianya terhempas langsung setakat hari ini, peluang untuk anak kapal dan semua penumpang di dalam pesawat itu masih berada 50% selamat dan 50% sebaliknya.
Kita  harus yakin bahawa Allah berkuasa di atas segalanya, termasuk ke atas perkara yang tidak mampu di cerna pancaindera kita kerana keterbatasan kita sebagai manusia.
Teknologi tinggi tidak boleh menjamin keselamatan. Ledakan maklumat tidak memahamkan kita erti segala fenomena yang berlaku.
Hiruk pikuk seantero dunia ekoran keganjilan hilang MH370 DI RADAR dan tidak dapat di kesan oleh pihak kawalan udara termasuk angkatan tentera udara merimaskan manusia sejagat terutama sekali ahli keluarga penumpang dan anak kapal. Pelbagai teori telah timbul.Semuanya adalah kemungkinan-kemungkinan yang tidak boleh ditolak dek tiada jawapan daripada pihak yang bertanggungjawab yang boleh mententeramkan imaginasi orang yang risau.
Namun kita sebagai makhluk yang telah dicipta oleh Allah swt mesti akur dan yakin kepada apa yang telah diberitahu Allah Yang Maha Pencipta bahawa Dialah berkuasa dia atas segala sesuatu. Dialah YANG MAHA PELINDUNG. Dia yang menghidupkan dan mematikan. Segala-galanya bergantung kepada Dia.Kalau alat canggih manusia tidak boleh mengesan MH370, RADAR TULEN ILAHI sentiasa mengesan kita dan MAHA MENGETAHUI di mana MH370.

Kepada semua keluarga dan kenalan para penumpang, marilah kita rujuk kembali kepada yang MAHA BERKUASA, yakni ALLAH.Kepadanya kita mengadu dan berserah.
Moga Allah menyelamatkan mereka semua. Amin.
فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (36:83

  • 36:83 (Asad) Limitless, then, in His glory is He in whose hand rests the mighty dominion over all things; and unto Him you all will be brought back! 
  • 36:83 (Malay) Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan.
  • Comments :

    0 comments to “MH370 masih 50-50 walau sudah 4hari ghaib, pelajaran ke 2”
     

    x

    Photobucket

    e


    Popular Posts

    Followers


    View My Stats

    pautan lain

    • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
      8 years ago
    • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
      8 years ago

    Ab

    zwani.com myspace graphic comments

    x

    Photobucket









    Recent Comment

    ISLAMICITY

    SEARCH THE TRUTH

    Search in the Quran
    Search:
    Download | Free Code
    www.SearchTruth.com