Pray For MH370

Pray For MH370

Krisis MH370 Beri Gambaran Pimpinan Negara Kita

Delegasi kumpulan kerjasama yang dihantar kerajaan China ke Malaysia dengan 13 orang terdiri daripada Kementerian Luar Negeri, Kementerian Keselamatan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Pentadbiran Penerbangan Awam bertemu Pasukan Siasatan Malaysia di Hotel Sama-Sama, Putrajaya.
Kegagalan urus krisis MH370 dedah keupayaan kepimpinan Malaysia, kata penganalisis

malaysian Insider/admin


Ketidakselarasan dan ketidakcekapan dalam mengendalikan insiden kehilangan pesawat MH370 menunjukkan bahawa lebih 50 tahun mengamalkan kawalan ketat ke atas maklumat adalah tidak sesuai bagi Malaysia dalam mengendalikan krisis yang kini sedang diikuti seluruh dunia, lapor Bloomberg hari ini.

Ia berkata, China mengesa Malaysia supaya lebih telus dengan “tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadikan sepupunya, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, individu bertanggungjawab terhadap siasatan” mengapa pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac.


Pesawat Boeing 777- 200ER dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 orang penumpang apabila ia hilang. Penyiasat dari sekurang-kurangnya sembilan negara masih berusaha mencarinya.

"Mereka mengendalikan isu global yang besar seolah-olah ia adalah politik domestik," kata Prof Emeritus Clive Kessler, ahli Sosiologi dan Antropologi di University of New South Wales di Sydney, yang menganalisis politik negara selama setengah abad .

“Dengan punca kehilangan masih tidak diketahui anda boleh memahami keperluan mengekalkan  budi bicara dan sikap berhati-hati tetapi ia dilihat sebagai usaha menyembunyikan kebenaran sama ada di Malaysia dan tempat lain di rantau."

"Pentadbiran Najib sedang menghantar mesej rakyat harus membiarkan ‘kerajaan memberitahu mereka apa yang mereka perlu tahu, bila mereka perlu tahu, dan bukan sebelum itu’,” kata Kessler.

"Itulah cara mereka bertindak sejak sekian lama dan mereka mula menyedari ia tidak lagi berkesan. "

"Hanya pada beberapa tahun kebelakangan ini terdapat gerakan ke arah pilihan raya lebih kompetitif, di beberapa daerah , yang memberi kelebihan untuk bercakap secara terbuka.

"Kerajaan kurang dalam memberi mesej yang jelas, diburukkan lagi dengan beberapa  petunjuk palsu mengenai  lokasi pesawat berada dan persoalan mengenai penyelarasan, memberi risiko imejnya di peringkat antarabangsa," kata laporan itu.

Kebanyakan akhbar dan rangkaian televisyen di Malaysia dikawal oleh kerajaan secara langsung atau tidak langsung.

Dan Najib, 60, masih belum membuat sebarang usaha untuk menggantikan Akta Hasutan dengan undang-undang yang akan melindungi kebebasan bersuara dan dalam masa yang sama menghalang hasutan terhadap kebencian agama atau etnik, kata agensi berita itu.

Undang-undang  yang diwujudkan sejak 1948 semasa Malaysia berada di bawah kawalan British, mengenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya tiga tahun bagi perkataan dianggap menghasut, termasuk "membangkitkan rasa tidak puas hati" terhadap kerajaan.

MAS, sebuah syarikat di bawah kawalan kerajaan dalam satu kenyataan semalam berkata akan "terus bersikap telus dalam berkomunikasi dengan masyarakat umum melalui media" berhubung semua perkara yang melibatkan pesawat MH370.

Pencarian besar-besaran terhadap kehilangan pesawat itu tidak banyak yang boleh dilakukan dengan tiadanya panggilan atau isyarat kecemasan, cuaca buruk atau tanda lain mengapa pesawat itu boleh lenyap begitu sahaja pada fasa yang paling selamat sesuatu penerbangan.

Rondaan udara untuk hari kelima dengan pesawat dan kapal memenuhi kedua-dua belah perairan Semenanjung Malaysia selepas gagal mencari serpihan sepanjang laluan jet .

Penemuan dua penumpang menaiki penerbangan yang hilang menggunakan pasport curi menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan imigresen Malaysia, kata laporan Bloomberg .

"Pihak Malaysia tidak boleh mengelak daripada tanggungjawabnya," kata Global Times, sebuah akhbar yang dikawal kerajaan Cina dalam ruangan editorial pada 10 Mac.

"Tindakan awal Malaysia tidak cukup pantas. Terdapat kelemahan dalam tugas MAS dan pihak berkuasa keselamatan."

Berhadapan dengan tekanan daripada keluarga 153 warga China yang menaiki pesawat, jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang untuk hari kedua semalam menyedari  kekurang kemajuan dalam operasi mencari Boeing Co 777-200.

"Kami sekali lagi meminta dan menggesa pihak Malaysia meningkat dan mengukuhkan usaha  menyelamat dan mencari," Qin kepada pemberita di Beijing.

"Kerajaan China juga berhadapan dengan banyak tekanan," kata Xu Liping, fellow kanan di Institut Strategi  Antarabangsa, Akademi Sains Sosial China di Beijing. Rakyat biasa di China berasa siasatan "tidak dilakukan secara profesional. "

Hubungan antara Malaysia dan China mungkin tidak akan terjejas, dia berkata , memetik perbualan telefon antara Perdana Menteri China Li Keqiang dan Najib pada 8 Mac mengenai kehilangan pesawat. "Bahagian ini tiada sebarang halangan."

China menyumbang RM8.262 bilion eksport Malaysia pada bulan Januari, jumlah kedua terbesar selepas Singapura. Malaysia meluluskan ASS$920 juta pelaburan asing dari China dalam sektor pembuatan pada 2013, meningkat daripada AS$646 juta tahun sebelumnya, mengikut laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia .

Kerajaan Najib mempunyai rancangan 10 tahun berjumlah RM1.4 trilion 10 tahun untuk membina jalan raya, pelabuhan dan kilang utiliti untuk menjadikan status Malaysia sebagai sebuah negara maju pada 2020.

Difahamkan Najib tidak mahu isu berprofil tinggi dalam situasi seperti ini mencemarkan personaliti berhati-hati beliau, menurut Joseph Liow, dekan bersekutu di S. Rajaratnam School of International Studies di Singapura.

"Beliau bukan jenis individu yang akan berhadapan dengan kamera tanpa ada sebarang kemajuan substantif dalam penyiasatan itu,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Bloomberg.

"Hisham sangat berbeza daripada sepupunya. Dia seseorang yang tidak tidak selesa dengan perhatian," katanya  merujuk kepada Hishammuddin.

Hishammuddin, 52, menjadi pemangku menteri sejak pilihan raya umum Mei lalu. Beliau tidak memegang jawatan itu secara rasmi kerana terdapatnya gabungan dalaman yang menganggap ia dimiliki oleh parti tertentu dalam kabinet.

Pemimpin Asia yang lain berhadapan dengan persoalan kerana  tidak bertindak balas terhadap krisis serta-merta. Presiden Filipina Benigno Aquino dikritik kerana mengambil masa dua hari melawat mangsa Taufan Super Haiyan tahun lepas.

Begitu juga bekas Perdana Menteri China, Wen Jiabao, apabila mengambil masa lebih dua minggu untuk melawat tapak ribut salji terburuk di negara itu dalam tempoh 50 tahun pada 2008.

Di Amerika Syarikat, Presiden George W. Bush dikritik kerana cara beliau mengendalikan kerosakan yang disebabkan taufan Katrina pada 2005 selepas beliau tetap meneruskan percutian di saat New Orleans ditenggelami air.

Beliau memendekan percutiannya sebanyak dua hari untuk meninjau kerosakan dari udara, yang merupakan "kesilapan besar " kerana ia membuatkan beliau kelihatan "asing dan bersikap tidak peduli. "

Najib perlu memastikan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa kerajaannya sedang melakukan segala yang termampu, kata Vishnu Varathan, seorang pakar ekonomi di Mizuho Bank Ltd, Singapura.

"Apa yang boleh dilakukan adalah perdana menteri mewakilkan setiausaha pengangkutan untuk mencari pesawat dan melantik  seorang lagi individu bertanggungjawab bagi menyiasat pelanggaran keselamatan dan seorang lagi bagi mengendalikan hubungan antarabangsa," kata beliau yang dipetik oleh Bloomberg.

"Ia tidak mudah untuk menyampaikan semua yang berlaku dan kerajaan perlu mengetengahkan perkara-perkara ini. "

Apa yang jelas, imej yang diberi oleh pihak berkuasa yang mengetuai penyiasatan sedang bergelut untuk berkomunikasi dengan berkesan. MAS mengeluarkan tiga versi kenyataan akhbar semalam untuk membetulkan beberapa kesilapan. Satu daripada adalah mengenai perkataan "expensive” (mahal) bagi operasi menyelamat, yang sebenarnya adalah “extensive” (memperluaskan).

"Terdapat beberapa isu besar – ketelusan, perkongsian maklumat, persoalan berkaitan keselamatan," kata Bridget Welsh, seorang profesor sains politik di Universiti Pengurusan Singapura .

"Mereka tidak berjaya mengawal perbincangan dan masalahnya ialah mereka tidak berjaya meyakinkan. Semua orang ingin mendapat kebaikan daripada keraguan yang timbul tetapi ini adalah berkaitan krisis kredibiliti pentadbiran."

Najib menangguhkan lawatan ke Mauritius, mengikut agensi berita Bernama. Beliau juga bertemu keluarga anak-anak kapal yang hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kata pejabat akhbarnya di Twitter pada 8 Mac.

"Saya memberi jaminan kami akan melakukan segala yang boleh mengikut kemampuan kita," Najib berkata di Twitter pada 9 Mac.

"Kami mengucapkan terima kasih atas doa anda, bantuan dan semangat perpaduan."

Pejabat Najib mengajukan pertanyaan mengenai kebimbangan China berkenaan pengendalian kejadian itu kepada pihak berkuasa yang terlibat dalam penyiasatan.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, dipilih sebagai naib presiden Umno pada bulan Oktober, meletakkan beliau sebagai calon pengganti Najib. Beliau adalah anak saudara perdana menteri Malaysia kedua ini iaitu bapa Najib, Abdul Razak Hussein.

"Kekurangan pengalaman, sesiapa sahaja akan diuji," kata ini Welsh. "Ini adalah ujian Hisham, dan ujian kerajaan Najib."

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menerajui Malaysia melalui krisis kewangan Asia 1998, "seorang pemimpin yang kuat," kata Liow RSIS.

Dr Mahathir bertindak dengan kawalan modal apabila pelabur melarikan diri dari Asia semasa krisis ekonomi. Beliau memanggil jutawan kewangan George Soros "penyangak" yang cuba memusnahkan pertumbuhan melalui serangan spekulatif ke atas mata wang. – 12 Mac, 2014.

Comments :

0 comments to “Krisis MH370 Beri Gambaran Pimpinan Negara Kita”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com