Sudah 2 hari seluruh dunia gempar kerana sebuah kapal terbang secara tiba-tiba hilang di skrin radar pusat kawalan, disahkan memang tidak sampai ke destinasinya dan dibuktikan dengan jelas memang sudah berlepas ke udara meninggalkan KLIA mengikut jadual. Pesawat MH 370 yang semakin terkenal itu masih belum boleh dikesan, selamat atau sebaliknya.
Nasib 12 anak kapal dan 239 orang penumpang masih menjadi teka teki.
Beribu- ribu kapal terbang berlepas dan mendarat dengan selamat di seluruh permukaan bumi setiap hari. Kenapakah kapalterbang MH370 ini berjaya berlepas dengan selamat tetapi kemudian hilang secara tiba-tiba.....Di manakah gerangan pesawat ini pergi? Kalau terhempas sekalipun sudah tentu ada kesannya...rangkanya, serpihannnya. Kalau di laut....ada pelampungnya....
Tetapi poin yang saya mahu tekankan ialah, tujuan kita naik kapalterbang ialah untuk memindahkan jasad kita daripada satu tempat permukaan bumi ke tempat yang lain dengan menggunakan alat pengangkutan yang terbaik waktu ini, iaitu kapal terbang. Zaman dahulu kita, ada kapal laut. Sekarang kita menggunakan kapal terbang yang boleh mengangkut jasad kita dengan waktu yang lebih singkat dan selesa.
Perkara yang manusia sering lupa ialah daya yang mmemperjalankan kenderaan seperti kapalterbang, kapal laut, ataupun kenderaan darat seperti kereta, motorsikal bahkan basikal sekalipun ialah ALLAH YANG MAHA KUASA. Apabila Allah curahkan segala nikmat melalui kemudahan dan keselesaan , manusia akan merasa megah dengan keupayaannya. Selah-olah manusia ini mempunyai kuasa mutlak. Sikaya merasa hebat kerana beranggapan kekayaannya memberi bahagia yang mutlak, semua tunduk kepada kekayaannya. TETAPI dia lupa, apakah nilai kekeyaannya bila dibanding dengan kekayaan AL GHANIY, YANG MAHA KAYA. Ada pula yang takabbur bila ia mempunyai otot berketul dan merasa dirinya kuat, tetapi tatkala kuman virus yang amat halus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, menyerangnya melalui gigitan haiwan lemah seperti nyamuk menyebabkan dirinya tidak bermaya untuk bangun kerana demam teruk.Sebab itu apabila kita sihat jangan lupa Allah yang mengurniakan kita kesihatan. Apabila kita kuat jangan lupa, AL QAWIYY, yang MAHA KUAT.
Justeru, apabila sebuat 'mesin besi' yang boleh terbang membawa kita kepada pelbagai destinasi yang kita pilih secara sengaja jangan lupa LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.
Pengajaran bagi saya yang selalu sibuk, dan tuan/puan yang sudi bersama di sini, segala-galanya yang berlaku di dunia ini berjalan dengan kehendak Allah, ketentuan dan takdirNya. Kita sebagai manusia jangan biadap dan sombong kepada Tuan Empunya segalanya, ALLAH YANG MAHA ESA.
Marilah kita ingat mengingati, pesan berpesan jangan buat dosa. Bukan sahaja orang buat dosa yang kena kemurkaan Allah , yang lain pun panik dan mendapat padahnya.
Astaghfirullahal 'adziim.
Ampunkan dosa dosa kami ya Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bila Allah hendak sesuatu itu terjadi maka jadilah. Teknologi canggih pun tak mampu mengesan. Kerajaan sudah seperti kisah budak dengan serigala. Kalau dah banyak penipuan, inilah padahnya.
Jodoh pertemuan, maut dan rezeki hak Dia yang Maha Perkasa. Yang lain kita boleh tunjuk hebat, tunjuk kuasa tunjuk pandai.
PetugasNya para malaikat tidak pernah meninggalkan kita walau sekelip mata pun jua. Sampai masa??
Mari bermuhasabah sebelum sampai masa kita. Nikmat yang mana telah kita dustakan..