ADUN bebas di Perak Kapten (B) Mohd Osman Jailu bersyukur mendapat lebih banyak peruntukan untuk disalurkan ke kawasannya selepas keluar daripada PKR dan menyokong BN.
Beliau menerima dana hampir RM1 juta tahun ini berbanding hanya RM275,000 ketika menjadi ADUN Pakatan Rakyat dan tambahan ini membantunya memulihkan sokongan masyarakat kepadanya.
"Alhamdulillah, saya dapat peruntukan hampir RM1 juta untuk projek-projek senggaraan di DUN Changkat Jering.
Cerita Sepenuhnya di Banyak Dana Selepas Keluar PKR
Imran tukar keterangan Jamaludin beri rasuah
Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.
Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah. Laporan selanjutnya di SINI
WANG DAN RASUAH PERMAINAN BARISAN NASIONAL
NAJIB DIIRINGI EMPAT ADUN LOMPAT BERTEMU SULTAN PERAK
'Keputusan hak mutlak Tuanku' - Najib
"Ada peraturan dan kaedah tertentu dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak yang perlu kita ikuti."
"Sama ada Tuanku akan membubarkan Dun atau meminta Menteri Besar yang ada meletakkan jawatan."
"Itu adalah hak mutlak Tuanku."
Itulah antara petikan kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak sebentar tadi setelah membuat pertemuan dengan Sultan Perak hari ini sebanyak dua kali pagi tadi.
Ditanya tentang calon MB yang dikemukakan kepada Sultan, Najib menjawab bahawa itu tidak perlu diberitahu dahulu kepada umum.
"Kita buat satu-satu dulu. Kita tunggu dulu keputusan Tuanku," katanya dalam sidang media tengah hari tadi.
Wajah yang tidak ceria dan kelihatan sedikit cemas Najib, menenggelamkan reaksi ceria beliau semalam ketika mengumumkan kemasukan empat Adun dan mendakwa BN kuasai Perak, di Putrajaya semalam.
Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak berada di Istana Kinta, Ipoh dua kali hari ini - antara 9.50 dan 10.55 pagi untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah dipercayai bagi memaklumkan secara rasmi Barisan Nasional (BN) mempunyai sokongan menubuhkan kerajaan baru.
Najib, Pengerusi BN Perak tiba di Istana Kinta pukul 9.50 pagi tadi dan keluar 30 minit kemudian.
Beliau meninggalkan istana pada 10.35 pagi dan kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - ADUN kawasan Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pukul 10.55 pagi ini
Azamin Amin / harakahdaily
Thu | Feb 05, 09 | 12:51:42 pm MYT
WAKIL ADUN BEHRANG DI SIDANG AKHBAR
Video ehsan Malaysiakini