Pray For MH370

Pray For MH370

NAJIB DIIRINGI EMPAT ADUN LOMPAT BERTEMU SULTAN PERAK

'Keputusan hak mutlak Tuanku' - Najib

"Ada peraturan dan kaedah tertentu dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak yang perlu kita ikuti."

"Sama ada Tuanku akan membubarkan Dun atau meminta Menteri Besar yang ada meletakkan jawatan."

"Itu adalah hak mutlak Tuanku."

Itulah antara petikan kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak sebentar tadi setelah membuat pertemuan dengan Sultan Perak hari ini sebanyak dua kali pagi tadi.

Ditanya tentang calon MB yang dikemukakan kepada Sultan, Najib menjawab bahawa itu tidak perlu diberitahu dahulu kepada umum.

"Kita buat satu-satu dulu. Kita tunggu dulu keputusan Tuanku," katanya dalam sidang media tengah hari tadi.

Wajah yang tidak ceria dan kelihatan sedikit cemas Najib, menenggelamkan reaksi ceria beliau semalam ketika mengumumkan kemasukan empat Adun dan mendakwa BN kuasai Perak, di Putrajaya semalam.

Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak berada di Istana Kinta, Ipoh dua kali hari ini - antara 9.50 dan 10.55 pagi untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah dipercayai bagi memaklumkan secara rasmi Barisan Nasional (BN) mempunyai sokongan menubuhkan kerajaan baru.

Najib, Pengerusi BN Perak tiba di Istana Kinta pukul 9.50 pagi tadi dan keluar 30 minit kemudian.

Beliau meninggalkan istana pada 10.35 pagi dan kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - ADUN kawasan Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pukul 10.55 pagi ini

Azamin Amin / harakahdaily
Thu | Feb 05, 09 | 12:51:42 pm MYT

Comments :

0 comments to “NAJIB DIIRINGI EMPAT ADUN LOMPAT BERTEMU SULTAN PERAK”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com