Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label Badan perhubungan UMNO. Show all posts
Showing posts with label Badan perhubungan UMNO. Show all posts

PINTAS (PROGRAM INISIATIF TAWAN SELANGOR) DILANCARKAN OLEH UMNO

Kini bukan PAS Selangor sahaja memiliki PINTAS, tetapi UMNO Selangor juga punya program PINTAS.

Melalui PINTAS, semua jentera penerangan di setiap Dun diminta mengadakan aktiviti penerangan bagi menarik kembali sokongan rakyat. Antara program yang bakal diadakan ialah sesi ceramah umum dan berkelompok, pertandingan syarahan serta kempen memasang banner.

Jika 3,000 anggota jentera penerangan negeri itu bekerja bersungguh-sungguh dan 56 DUN berjaya mengadakan program penerangan tidak mustahil Umno akan merampas kembali Selangor.


Satu Program Sebulan Dari Setiap 56 DUN, Intipati Pintas Rampas Selangor


KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Jentera penerangan Umno Selangor diminta supaya mengadakan kempen penerangan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan di setiap 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu bermula Ogos depan.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, program itu merupakan sebahagian daripada intipati Program Inisiatif Tawan Selangor (PINTAS) yang dilancarkan secara rasmi hari ini dan menjadi satu daripada usaha penerangan untuk merampas kembali Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"Melalui PINTAS, semua jentera penerangan di setiap Dun diminta mengadakan aktiviti penerangan bagi menarik kembali sokongan rakyat. Antara program yang bakal diadakan ialah sesi ceramah umum dan berkelompok, pertandingan syarahan serta kempen memasang banner.

"Contohnya, melalui pertandingan syarahan penganjur (penerangan) boleh memilih tajuk-tajuk yang sensasi seperi 'Kerajaan Selangor Zalim dan Di Sebalik Kematian Teoh Beng Hock'.

"Ini akan memberi peluang kepada peserta meluahkan pandangan mereka dalam membongkar segala penyelewengan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Selayang di sini Ahad.

Ahmad berkata, jika 3,000 anggota jentera penerangan negeri itu bekerja bersungguh-sungguh dan 56 DUN berjaya mengadakan program penerangan tidak mustahil Umno akan merampas kembali Selangor.

Beliau berkata, bagi memastikan program itu mencapai sasarannya, penerangan Selangor perlu mengumpul segala fakta penyelewengan yang dilakukan kerajaan negeri bagi didedahkan dalam sesi ceramah.

"Kita akan ulang balik segala isu-isu tersebut. Jangan kita simpan isu-isu yang sudah lama. Kita kumpul satu-satu dan dedah dalam ceramah yang diadakan. Kita ingatkan balik perjalanan enam bulan yang lepas...apa yang mereka janjikan tetapi tidak ditunaikan," katanya.

Ahmad berkata, program itu akan dilakukan secara berterusan dan bukan hanya bergantung kepada isu-isu terkini sahaja.

Beliau menggesa semua jentera penerangan sama ada daripada Pemuda, Wanita dan Puteri Umno supaya merancang dan melaksanakan aktiviti secara bersama agar tidak berlaku pertindihan aktiviti yang boleh mengurangkan keberkesanan program.

Pada majlis itu, Ahmad turut melancarkan Koperasi Wawasan Muda Selayang Berhad yang ditubuhkan hasil kerjasama beberapa syarikat yang berjaya di Selayang untuk membantu masyarakat kawasan itu membangunkan ekonomi.

- BERNAMA

Read More “PINTAS (PROGRAM INISIATIF TAWAN SELANGOR) DILANCARKAN OLEH UMNO”  »»

UMNO SELANGOR KIAN PARAH SERTA BERDARAH

































Najib ketuai Umno Selangor bukti krisis kepimpinan serius

Ketua Penerangan PAS Selangor

PAS Selangor melihat perlantikan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, sebagai suatu petanda betapa Umno Selangor berada dalam krisis kepimpinan yang sangat serius dan bakal membawa parti itu terus tidak relevan dan dipinggirkan oleh masyarakat dan rakyat di negeri ini.

Umno Selangor seolah tidak mampu bangkit setelah hilang kuasa kepimpinan di negeri ini selepas Pilihanraya Umum 2008 lalu, sehingga berpecah kepada beberapa kumpulan termasuklah yang menyokong bekas Menteri Besar Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan, Tan Sri Muhammad Mohd Taib. Akibatnya tidak ada seorang pun anak Selangor di kalangan mereka yang didapati layak untuk memimpin parti itu di peringkat negeri sehingga terpaksa "mengimpot" Presidennya sendiri.

Meletakkan Presiden Umno sendiri sebagai Ketua Umno negeri, hanya akan terus menghangatkan perbalahan dan krisis dalaman parti itu kerana Najib sudah pasti tiada masa untuk memberikan tumpuan sepenuhnya bagi memimpin negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

PAS melihat suasana ini akan mengakibatkan lebih ramai lagi pimpinan dan ahli-ahli Umno dipelbagai peringkat hilang keyakinan dan bosan dengan parti berkenaan lalu bakal menyertai parti kerajaan Pakatan Rakyat khasnya PAS di Selangor.

Untuk itu usaha bagi memberi penerangan dan memujuk mereka ini untuk bersama menyumbang tenaga dan fikiran untuk kebaikan dan masa depan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat akan dipertingkatkan lagi oleh PAS Selangor.

PAS Selangor bersedia menerima penghijrahan beramai-ramai pimpinan dan ahli-ahli Umno Selangor demi sama-sama menegakkan perjuangan bagi membela nasib dan masa depan ummah yang semakin pupus dari agenda perjuangan Umno di negeri ini.

Roslan Shahir Mohd Shahir/harakahdaily

Read More “UMNO SELANGOR KIAN PARAH SERTA BERDARAH”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com