

Rakyat dijemput jayakan "Himpunan 100,000 rakyat" di Stadium MBPJ malam ini
30 JUN 2009
Rakyat terutamanya penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan himpunan 100, 000 rakyat anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya malam ini.
Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub himpunan malam ini diadakan bertujuan menjelaskan pelbagai isu berhubung Pakatan Rakyat dan isu-isu semasa.
Himpunan ceramah perdana malam ini akan dibarisi pimpinan utama Pakatan Rakyat antaranya; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.
Himpunan akan dimulakan pada jam 9.00 malam, kata Salahuddin.
Wan Nordin Wan Yaacob/wann/mks/harakahdaily
Showing posts with label HIMPUNAN 100 RIBU. Show all posts
Showing posts with label HIMPUNAN 100 RIBU. Show all posts
HIMPUNANAN 100000 RAKYAT MALAM INI
Labels:
HIMPUNAN 100 RIBU
KISAH SEORANG WAKIL RAKYAT YANG MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA
Video seorang Ahli Parlimen telah diajak bergocoh oleh "Penjaga Keamanan Negara"
Labels:
FRU,
GMP,
HIMPUNAN 100 RIBU,
PDRM,
PPSMI
KISAH BUDAK UNIT AMAL YANG MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA









Lihat sendiri bagaimana anggota Unit Amal yang dibelasah oleh "Penjaga Keamanan Negara" demi mempertahankan bahasa ibunda yang tercinta.
PIHAK POLIS SEKADAR MENJALANKAN PERINTAH ORANG ATASAN
Saudara, kita tidak boleh salahkan Polis semata-mata dalam insiden "kezaliman" serta "kekasaran" di Masjid Negara serta sepanjang Perhimpunan 100 Ribu pada Sabtu 7hb Mac 2009 kerana alasan dan hujah yang biasa diberi ORANG mungkin boleh disenaraikan seperti berikut,
- (1) mereka menjalankan tugas,
- (2) mereka menerima arahan pihak atasan,
- (3) sudah menjadi budaya Polis taat perintah tanpa kompromi atau " yes, no, but SIR" laksana .....
- (4) mereka terpaksa taat perintah jika tidak mahu dibuang kerja,
- (5) mesti berdisiplin ikut perintah ketua sebab nak cari rezeki "halal" dengan makan gaji,
- (6) mereka sudah dilatih bertindak ganas bagi tujuan menanamkan rasa gerun di hati "penjenayah"
- (7)mereka akan jadi insan biasa seperti kita apabila "uniform" dibuka,
- (8)Nasib baik dan bersyukurlah sebab anda atau sanak saudara anda tidak memakai lencana di kepala tertera perkataan "ALLAH' dan "MUHAMMAD",
- (9) Apabila pencen nanti bertaubatlah serta jadi orang masjid jika beragama Islam dan "buat baik" untuk "cover" kesilapan lampau,
TETAPI pada pendapat saya, mereka terlepas pandang satu fakta iaitu dalam ajaran Islam, jika sesiapa telah menzalimi manusia lain, wajiblah, wajarlah,( haruslah jika di Indonesia), hendaklah, sayugialah...ia memohon maaf (ampun) kepada individu yang telah dizaliminya. Jika tidak .........Untuk jawapannya rujuklah kepada ahli agama.





FRU serta polis derhaka terhadap Raja!
Tindakan FRU melepaskan gas pemedih mata terhadap rakyat yang berarak ke Istana Negara bagi mengiringi pimpinan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong disifatkan sebagai menderhaka terhadap raja.
Ini kerana pihak istana telah memperkenankan pimpinan GMP menyerahkan memorandum tersebut dan diiringi rakyat yang turut membantah dasar tersebut.Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan PAS mengecam dan kesal dengan tindakan zalim pasukan keselamatan terhadap rakyat yang menyatakan bantahan mereka terhadap dasar yang secara halus sedang membunuh bahasa Melayu.
"Isu ini merupakan isu yang disepakati oleh semua parti bukan hanya dari kalangan Pakatan Rakyat.
"Di kalangan pemimpin Umno bukan sedikit yang menentang dasar sia-sia ini dan mendesak agar ia dihapuskan," tegas beliau.
Lebih mengecewakan tegas beliau, bila pihak keselamatan tidak menghiraukan dan tidak menghormati pejuang-pejuang bahasa seperti Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said yang berarak ke Istana Negara.

Perarakan bermula dari Masjid Negara, Sogo dan Pasar Seni pada pukul 2.00 petang diketuai oleh Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said yang memakai baju melayu berwarna merah jambu.

Pimpinan PAS diketuai oleh Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang; Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Mohamad Sabu; Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaffar; Ketua Penerangan, Dato' Mahfuz Omar dan Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli.
Selain itu beberapa ahli parlimen PAS turut kelihatan berarak ke Istana seperti Dr Dzulkifli Ahmad, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa dan lain-lain lagi.
Irwan Muhammad Zain | Foto Wan Zahari Wan Salleh/ mks/harakahdaily Read More “PIHAK POLIS SEKADAR MENJALANKAN PERINTAH ORANG ATASAN” »»
Labels:
FRU,
GMP,
HIMPUNAN 100 RIBU,
PDRM,
PPSMI
Subscribe to:
Posts (Atom)


