Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label Ir Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Ir Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin. Show all posts

PILIHANRAYA KECIL TANPA LIDAH RESMI DAN ORGAN PARTI

Setelah dinafikan hak kebebasan bersuara dan menggantung permit KDN akhbar Harakah dan Suara Keadilan, Pakatan Rakyat menghadapi PRK 3 kawasan serentak dengan memerlukan inisiatif, innovasi, kreativiti dan "resourcefulness" bagi membolehkan mesej Pakatan Rakyat sampai kepada pengundi serta mampu menangkis tuduhan, tohmahan dan dakyah pihak lawan.

PRK Bukit Gantang: Media konvensional BN lwn media baru Pakatan

KEMPEN pilihan raya kecil di dua bukit di Semenanjung dan Dun Batang Ai (Air), Sarawak sedang berlangsung.

Bermula dengan hari penamaan calon 29 Mac lalu, kempen-kempen 20 calon yang bertanding - tiga di Parlimen Bukit Gantang, lima belas di Dun Bukit Selambau dan dua di Dun Batang Ai akan berlangsung hingga menjelang tengah malam 7 April akan datang.

Pastinya antara yang mencuri perhatian para pemerhati dan pengkaji politik adalah kaedah berkempen parti-parti atau calon-calon yang bertanding.

Salah satu kaedah kempen politik BN adalah melalui media-media arus perdana yang dikuasainya. Tatkala kerajaan BN bertindak menggantung permit akhbar rasmi PAS dan KeADILan selama tiga bulan (sehingga 22 Jun 2009), BN terus menggunakan media massa arus perdana untuk mewar-warkan kempennya di tiga kawasan pilihan raya kecil itu.

Sejauh mana keberkesanan kempen BN melalui media massa ini menjadi sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Ini kerana 'media konvensional' yang digunakan BN sudah kian hilang kredibiliti dan kepercayaan umum, berbanding 'media baru' yang digunakan Pakatan Rakyat.

Komen-komen para perwakilan Umno dalam mesyuarat agung parti itu 24 higga 28 Mac lalu tentang kegagalan BN dalam menyampaikan 'mesej dan maklumat yang benar' kepada rakyat pada kempen PRU13 tahun lalu secara tidak langsung lebih merujuk kepada kegagalan fungsi media arus perdana untuk bertindak sebagai 'jurucakap BN dan Umno'.

Sebenarnya kegagalan BN dalam menguruskan penyaluran maklumatnya kepada rakyat bukan sangat berpunca daripada kegagalan fungsi media arus perdana. Media arus perdana terus kekal berfungsi sebagai saluran kempen BN paling efektif kerana akhbar, TV dan radio masuk ke dalam hampir semua rumah kediaman rakyat. Apa yang tiada pada media massa utama ini adalah kebenaran dan keadilan.

Tanpa dua aspek penting itu (kebenaran dan keadilan), kehebatan liputan dan kecanggihan teknologi tidak dapat menawan hati dan pemikiran rakyat. Apatah lagi ketika berhadapan media baru yang lebih dekat dengan hati rakyat khususnya golongan muda.

Perlu disedari bahawa strategi berbohong dan memanipulasi fakta dan kejadian hanya berkesan dilakukan arus media perdana di saat ketiadaan media baru seperti internet (khususnya blog) dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Media baru juga semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Penghantaran SMS kini diperluaskan kepada penghantaran audio dan visual melalui telefon bimbit yang lebih efisien berbanding siaran TV dan radio.

Untuk memahami senario ini, diperturunkan dua contoh penulisan yang disiarkan oleh media konvensional dan media baru bagi penilaian pembaca. Dua penulisan ini merujuk kepada insiden yang berlaku di Masjid Simpang dalam kawasan PRK Parlimen Bukit Gantang, 29 Mac lalu.

Berita di bawah dipetik daripada mStar online yang dimiliki MCA. Insiden ini juga dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia milik Umno bertarikh 30 Mac 2009:

Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang


Oleh G. MANIMARAN

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan sedikit kekecohan.

Semalam (29 Mac) merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.

"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).

"Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.

Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.

Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.

Demikian berita yang dinukilkan oleh media massa pro-BN.

Cuba kita lihat pula tulisan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga calon PAS bagi PRK Parlimen Bukit Gantang dalam blog popular beliau, Kamparinn.blogspot.com :

Saya telah mengimamkan Solat Maghrib

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turun mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derhaka!

Hari penamaan calon PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru-hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pemimpin PAS lain memasuki pintu pagar Dewan Perbandaran Taiping jam 8.45 pagi (29 Mac).

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Haji Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju.

Sewaktu masuk ke masjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden Umno; Dato' Zambry Kader; calon (BN) Ismail Saffian dan ramai lagi pemimpin Umno Pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan Umno berada di saf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamii'an, walaa tafarraqu..." dan rakaat kedua surah al-Kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pemimpin tinggi Umno.

Umno menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam import, Haji Jama'iy namanya. Habis solat, imam Haji Hashim bangun dan berucap di hadapan dengan menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi tafsir ayat al-Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan Umno setempat telah memprotes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus diadakan majlis bacaan Yaasin. Berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca Yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya, kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi.

Katanya lagi dengan nada kuat dan marah: "Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain.

Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan 'ajaib' tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid.

Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.


SUMBER http://kamparinn.blogspot.com/2009/03/saya-telah-mengimamkan-solat-maghrib.html


Merujuk kepada berita yang disiarkan media BN, pastinya kita dapat melihat bagaimana insiden tersebut diputarbelitkan BN bagi kepentingan politik mereka. Jelas watak imam masjid yang bertanggung jawab menjemput Nizar untuk mengimamkan solat dan menyampaikan tazkirah tidak dilaporkan.

Malah sikap kasar Zambry (yang disifatkan Adun Sungkai, N Sivanesan sebagai 'kekanda saya') tidak pula dilaporkan media pro-BN.

Tuduhan bahawa Nizar menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik juga meleset kerana BNlah sebenarnya yang bertindak sedemikian kerana mengadakan majlis membaca Yaasin sempena kempen PR di masjid.

Apapun terpulanglah kepada pembaca untuk menilai kebenaran dua sumber penulisan di atas. Tetapi apa yang ingin ditegaskan sekali lagi, strategi berbohong dan memutarbelitkan fakta oleh media arus perdana dikuasai BN tidak lagi berkesan di era kewujudan dan percambahan media baru seperti blog.

Apa yang lebih utama dalam kempen-kempen politik adalah kebenaran, ketelusan, intergriti dan kredibiliti sumber maklumat. Tanpa ciri-ciri itu usaha mempengaruhi atau meyakinkan rakyat umpama mencurah air di daun keladi.

Cuma satu yang ingin diulas... Zambry ketika memarahi Nizar mendakwa kononnya beliau juga mampu mengimamkan solat dan menyampaikan tafsir.

Soalnya, dengan kecenderungan beliau untuk berbohong dan bercakap kasar, adakah manusia yang sudi berimamkan beliau?

tajdidAhmad Tajdid/HARAKAHDAILY

Read More “PILIHANRAYA KECIL TANPA LIDAH RESMI DAN ORGAN PARTI”  »»

NIZAR DIPILIH CALON KERUSI PARLIMEN BUKIT GANTANG

Ir Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi parlimen Bukit Gantang yang telah kosong dengan kembali ke Rahmatullah Hj Roslan Shaharum awal bulan Feb 2009.

DS Nizar tidak perlu diperkenalkan kepada rakyat Perak amnya kerana penglibatan beliau dalam krisis perundangan di negeri berkenaan.

Nizar calon PAS di Bukit Gantang

Menteri Besar Perak Ir Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang 7 April depan.

Pengumuman itu dibuat di Padang Kota, Taiping sebentar tadi di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).

Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia awal bulan lalu.

azm/ Harakahdaily

Read More “NIZAR DIPILIH CALON KERUSI PARLIMEN BUKIT GANTANG”  »»

TAKRIFAN "PERLEMBAGAAN" DAN "UNDANG-UNDANG TUBUH" MASIH DIPERTIKAIKAN

Sulaiman Abdullah, peguam utama mewakili Mohammad Nizar sebelum ini telah memohon mahkamah agar menetapkan sama ada Hakim Lau membuat keputusan yang betul dalam merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan berdasarkan Seksyen 84.

Ini kerana Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman menjelaskan bahawa perkataan "Perlembagaan" hanya merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan bukan Undang-undang Tubuh Negeri.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pula berhujah bahawa , Seksyen 84 perlu dilihat secara menyeluruh bagi merangkumi undang-undang tubuh negeri bagi mengelak sebarang kejanggalan dalam tafsirannya.

Hakim Md Raus, menegaskan "Kami bersetuju bahawa perkataan 'perlembagaan' mengikut Seksyen 84 tidak hanya terbatas kepada Perlembagaan Persekutuan."

Mahkamah Persekutuan Tentukan Siapa Antara Zambry/Nizar MB Perak

Siapa antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Perak yang sah akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan, demikian ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan di sini Jumaat.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara bersetuju bahawa Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan tepat untuk merujuk persoalan mengenai isu perlembagaan dalam kes itu untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

"Kami berpendapat hakim kes itu memberi takrif yang betul bagi Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964," kata Hakim Md Raus ketika menolak rayuan Mohammad Nizar terhadap keputusan Hakim Lau Bee Lan yang dibuat pada 6 Mac lepas bagi merujuk persoalan itu kepada Mahkamah Persekutuan.

Panel tiga hakim itu melahirkan penghargaan kepada Sulaiman Abdullah, peguam utama mewakili Mohammad Nizar, dan juga kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail kerana membantu mahkamah membuat keputusan menerusi penghujahan mereka hari ini.

Sulaiman sebelum itu memohon mahkamah agar menetapkan sama ada Hakim Lau membuat keputusan yang betul dalam merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan berdasarkan Seksyen 84 itu kerana Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman menjelaskan bahawa perkataan "Perlembagaan" hanya merujuk kepada Perelmbagaan Persekutuan dan bukan Undang-undang Tubuh Negeri.

"Hakim Lau tersilap menggunakan Seksyen 84 kerana pertikaian dalam kes itu hanya melibatkan Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Mahkamah Persekutuan tidak ada kuasa mendengar dan membuat keputusan dalam kes ini," katanya.

Dalam hujah balasnya, Abdul Gani berkata, Seksyen 84 perlu dilihat secara menyeluruh bagi merangkumi undang-undang tubuh negeri bagi mengelak sebarang kejanggalan dalam tafsirannya.

Berhubung perkara itu, Hakim Md Raus, berkata : "Kami bersetuju bahawa perkataan 'perlembagaan' mengikut Seksyen 84 tidak hanya terbatas kepada Perlembagaan Persekutuan."

Pada 13 Feb, Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memohon diadakan semakan kehakiman bagi mengisytihar dirinya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan untuk mendapatkan injunksi melarang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.

Beliau juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan jika :

* Menteri Besar telah memberi nasihat kepada Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri;

* Tidak berlaku pembubaran dewan;

* Tidak ada undi tidak percaya terhadapnya di dewan undangan negeri;

* Tidak berlaku peletakan jawatan oleh beliau.

Mohammad Nizar juga mahu supaya Zambry membuktikan kesahihannya sebagai Menteri Besar.

BERNAMA

Read More “TAKRIFAN "PERLEMBAGAAN" DAN "UNDANG-UNDANG TUBUH" MASIH DIPERTIKAIKAN”  »»

MB PERAK BUAT PENJELASAN

Perutusan MB Perak, YAB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin pada 11/02/2009 (melalui e-mail)


BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.


Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.


Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.


Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti.

Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.


UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah 'Lucut Jawatan' Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu 'letak jawatan' atau 'lucut jawatan' saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6)
Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa 'lucut jawatan'
saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama - pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua - undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga - saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato' Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO - Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat.

Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya 'menjerit' ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. \

Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak


Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terima kasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya.

Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
Menteri Besar Perak

Read More “MB PERAK BUAT PENJELASAN”  »»

DR RAJA NAZRIN BERTITAH











Sila layari {sini}, [sini], (SINI) , { SINI} , [SINI ] dan SINI


Read More “DR RAJA NAZRIN BERTITAH”  »»

WARKAH NIZAR KEPADA SULTAN PERAK


5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.


Assalamualaikum Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.


Ampuan Tuanku, MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.


Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:
1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council".


Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.


2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.


Ampuan Tuanku, Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.


Ampuan Tuanku, Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.


Ampuan Tuanku, Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan. Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Ampun Tuanku, Patik dengan segala hormat takzimnya bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin Menteri Besar Perak Darul Ridzuan





Surat tersebut adalah reaksi kepada titah baginda yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Manakala Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Mohamad Nizar dan semua anggota exconya mengosongkan pejabat mereka dengan segera.


Di atas adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan
Harakahdaily
Fri | Feb 06, 09 | 9:10:50 am MYT

Read More “WARKAH NIZAR KEPADA SULTAN PERAK”  »»

KELUARGA NIZAR TABAH MENGHADAPI CABARAN

Isteri MB Perak tetap berdiri di bekalang suaminya


Kira-kira jam 9.20 malam tadi satu mesyuarat khas disertai 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak yang diadakan di kediaman Menteri Besar, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin selesai.

Menurut laporan wartawan Salmiyah Harun, sebaik saja keluar dari bilik mesyuarat mereka menuju ke perkarangan kediaman Menteri Besar untuk menghadiri majlis ceramah yang diadakan sebagai tanda sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Sementara itu isteri Menteri Besar, Datin Seri Fatimah Taat berkata beliau tetap berada di belakang suaminya.

Beliau yang berbaju kurung kelihatan tenang semasa berada bersama anak-anak, ibu bapa dan kaum keluarganya di dalam kediamannya. Dengan wajah yang penuh sabar beliau menasihat kaum keluarganya bertenang.

Malah katanya, sebagai seorang isteri Menteri Besar beliau akan meneruskan tugasnya iaitu sebagai presiden isteri-isteri wakil rakyat Perak.

"Selama sebelas bulan saya melihat sokongan rakyat tidak berbelah bagi kepada kerajaan Pakatan Rakyat.


Roy Rasul / harakahdaily
Thu | Feb 05, 09 | 10:40:03 pm MYT

Read More “KELUARGA NIZAR TABAH MENGHADAPI CABARAN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    9 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com