Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label PRK P059. Show all posts
Showing posts with label PRK P059. Show all posts

KENYATAAN MEDIA DSAI MENGENAI KEMENANGAN DI DUA BUKIT

Syabas kerana rakyat tetap bersama Pakatan Rakyat



Alhamdulillah, saya panjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas kemenangan pilihanraya kecil pada 7hb April 2009.

Syabas saya ucapkan kepada pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Sokongan yang anda berikan menjadi bukti kekuatan rakyat untuk berani berhadapan dengan kekuasaan. Undi yang telah anda berikan untuk Pakatan Rakyat menjadi saksi akan kemahuan yang kuat menuntut Perubahan.

Tahniah saya ucapkan kepada para calon dan petugas Pakatan Rakyat kerana bekerja keras untuk memastikan kejayaan hari ini. Kemantapan kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP semakin hari semakin utuh.

Kemenangan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang serta sokongan pengundi Batang Ai membuktikan rakyat masih yakin terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui perjuangan menuntut Perubahan bagi mencipta Malaysia Baru yang adil dan saksama.

Hari ini rakyat menghantar mesej yang jelas. Mereka mahukan perubahan yang nyata, bukan sekadar janji politik untuk terus kekal berkuasa.

Kemenangan Dato� Seri Nizar di Bukit Gantang merupakan satu referendum agar dikembalikan Kerajaan Perak yang sah. Rakyat menuntut agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh Negeri Perak.

Kepada pendokong Pakatan Rakyat di Batang Ai, kita berhasil mengungkapkan isu tanah adat dan peminggiran rakyat yang terjadi di Sarawak. Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat akan terus berjuang membawa Perubahan kepada rakyat Negeri Sarawak.

Sekali lagi kewibawaan proses pilihanraya menjadi pertikaian. Pengiraan awal yang tidak dilakukan di tempat pembuangan undi serta penggunaan helikopter untuk mengangkut membuka ruang kepada penipuan.

Ini seharusnya menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras membawa Perubahan, bukan sahaja di Batang Ai, tetapi juga di segenap pelusuk tanah air.

Walaupun berulang kali berhadapan dengan kekerasan, fitnah dan ugutan penguasa, ianya tidak akan menghambat kami dari menunaikan janji yang telah diberikan.

Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan berusaha melaksanakan agenda serta dasar untuk membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengkhianati amanah yang telah diberikan rakyat ini.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk tetap bersama-sama dengan agenda perubahan dan Pakatan Rakyat. Sudah tiba masanya kita meniup nafas segar kepada demokrasi dan memperkukuhkan kembali kedaulatan undang-undang di negara ini.


Dato' Seri Anwar Ibrahim


(Sidang Media 8 April, 11:30 pagi, Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat)

HARAKAHDAILY

Read More “KENYATAAN MEDIA DSAI MENGENAI KEMENANGAN DI DUA BUKIT”  »»

JANGAN BIARKAN INSTITUSI ANDA IBARAT LEMBU CUCUK HIDUNG

Sanjungan dan kehormatan akan diberi kepada yang layak sahaja. Buktikan yang SPR layak layanan sedemikian. Bebaskan institusi anda dari kelihatan berat sebelah. Rakyat memerhati....


Terbukti SPR menyebelahi BN, tidak bebas!


PAS mengecam sikap pilih kasih Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) yang hanya memantau ceramah Pakatan Rakyat sempena pilihan Raya Kecil Bukit Gantang pada 7 April tetapi tidak berbuat demikian untuk ceramah yang dianjurkan oleh Umno.

Penyelaras Kempen Pilihan Raya, Misbahul Munir Masduki menyatakan rasa kesal kerana SPR sewajarnya memberikan layanan sama rata kepada semua pihak kerana sememangnya mereka badan bebas yang mesti bertindak dan dilihat bebas.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak menyifatkan kejadian yang berlaku di Pekan Trong baru-baru ini sebagai sangat memalukan dan menjatuhkan nama baik SPR yang semakin menipis di kalangan masyarakat.

Katanya, PAS memang bersetuju dengan masa yang dipersetujui bersama iaitu majlis ceramah hanya setakat jam 11 malam sahaja pada setiap malam, tetapi biarlah masa yang ditetapkan itu dipatuhi secara bersama.

Misbah menambah, paling dikesalkan bila mana SPR hanya mengarahkan majlis PAS dihentikan sedangkan mereka baharu sahaja meninggalkan majlis BN yang terletak berhadapan dengan markas PAS.

"Kenapa mereka hanya mengarahkan ceramah PAS dihentikan sebaliknya membiarkan sahaja majlis BN diteruskan sedangkan PAS menggunakan premis sendiri manakala BN menggunakan dewan orang ramai," tegas Misbah yang tidak berpuashati dengan layanan SPR itu.

Misbah juga menegaskan SPR sepatutnya mengarahkan BN menghentikan program ceramah mereka kerana menyalahgunakan dewan orang ramai untuk tujuan politik.

mks/Irwan Muhammad Zain/Harakahdaily

Read More “JANGAN BIARKAN INSTITUSI ANDA IBARAT LEMBU CUCUK HIDUNG”  »»

PILIHANRAYA KECIL TANPA LIDAH RESMI DAN ORGAN PARTI

Setelah dinafikan hak kebebasan bersuara dan menggantung permit KDN akhbar Harakah dan Suara Keadilan, Pakatan Rakyat menghadapi PRK 3 kawasan serentak dengan memerlukan inisiatif, innovasi, kreativiti dan "resourcefulness" bagi membolehkan mesej Pakatan Rakyat sampai kepada pengundi serta mampu menangkis tuduhan, tohmahan dan dakyah pihak lawan.

PRK Bukit Gantang: Media konvensional BN lwn media baru Pakatan

KEMPEN pilihan raya kecil di dua bukit di Semenanjung dan Dun Batang Ai (Air), Sarawak sedang berlangsung.

Bermula dengan hari penamaan calon 29 Mac lalu, kempen-kempen 20 calon yang bertanding - tiga di Parlimen Bukit Gantang, lima belas di Dun Bukit Selambau dan dua di Dun Batang Ai akan berlangsung hingga menjelang tengah malam 7 April akan datang.

Pastinya antara yang mencuri perhatian para pemerhati dan pengkaji politik adalah kaedah berkempen parti-parti atau calon-calon yang bertanding.

Salah satu kaedah kempen politik BN adalah melalui media-media arus perdana yang dikuasainya. Tatkala kerajaan BN bertindak menggantung permit akhbar rasmi PAS dan KeADILan selama tiga bulan (sehingga 22 Jun 2009), BN terus menggunakan media massa arus perdana untuk mewar-warkan kempennya di tiga kawasan pilihan raya kecil itu.

Sejauh mana keberkesanan kempen BN melalui media massa ini menjadi sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Ini kerana 'media konvensional' yang digunakan BN sudah kian hilang kredibiliti dan kepercayaan umum, berbanding 'media baru' yang digunakan Pakatan Rakyat.

Komen-komen para perwakilan Umno dalam mesyuarat agung parti itu 24 higga 28 Mac lalu tentang kegagalan BN dalam menyampaikan 'mesej dan maklumat yang benar' kepada rakyat pada kempen PRU13 tahun lalu secara tidak langsung lebih merujuk kepada kegagalan fungsi media arus perdana untuk bertindak sebagai 'jurucakap BN dan Umno'.

Sebenarnya kegagalan BN dalam menguruskan penyaluran maklumatnya kepada rakyat bukan sangat berpunca daripada kegagalan fungsi media arus perdana. Media arus perdana terus kekal berfungsi sebagai saluran kempen BN paling efektif kerana akhbar, TV dan radio masuk ke dalam hampir semua rumah kediaman rakyat. Apa yang tiada pada media massa utama ini adalah kebenaran dan keadilan.

Tanpa dua aspek penting itu (kebenaran dan keadilan), kehebatan liputan dan kecanggihan teknologi tidak dapat menawan hati dan pemikiran rakyat. Apatah lagi ketika berhadapan media baru yang lebih dekat dengan hati rakyat khususnya golongan muda.

Perlu disedari bahawa strategi berbohong dan memanipulasi fakta dan kejadian hanya berkesan dilakukan arus media perdana di saat ketiadaan media baru seperti internet (khususnya blog) dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Media baru juga semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Penghantaran SMS kini diperluaskan kepada penghantaran audio dan visual melalui telefon bimbit yang lebih efisien berbanding siaran TV dan radio.

Untuk memahami senario ini, diperturunkan dua contoh penulisan yang disiarkan oleh media konvensional dan media baru bagi penilaian pembaca. Dua penulisan ini merujuk kepada insiden yang berlaku di Masjid Simpang dalam kawasan PRK Parlimen Bukit Gantang, 29 Mac lalu.

Berita di bawah dipetik daripada mStar online yang dimiliki MCA. Insiden ini juga dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia milik Umno bertarikh 30 Mac 2009:

Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang


Oleh G. MANIMARAN

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan sedikit kekecohan.

Semalam (29 Mac) merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.

"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).

"Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.

Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.

Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.

Demikian berita yang dinukilkan oleh media massa pro-BN.

Cuba kita lihat pula tulisan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga calon PAS bagi PRK Parlimen Bukit Gantang dalam blog popular beliau, Kamparinn.blogspot.com :

Saya telah mengimamkan Solat Maghrib

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turun mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derhaka!

Hari penamaan calon PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru-hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pemimpin PAS lain memasuki pintu pagar Dewan Perbandaran Taiping jam 8.45 pagi (29 Mac).

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Haji Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju.

Sewaktu masuk ke masjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden Umno; Dato' Zambry Kader; calon (BN) Ismail Saffian dan ramai lagi pemimpin Umno Pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan Umno berada di saf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamii'an, walaa tafarraqu..." dan rakaat kedua surah al-Kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pemimpin tinggi Umno.

Umno menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam import, Haji Jama'iy namanya. Habis solat, imam Haji Hashim bangun dan berucap di hadapan dengan menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi tafsir ayat al-Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan Umno setempat telah memprotes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus diadakan majlis bacaan Yaasin. Berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca Yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya, kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi.

Katanya lagi dengan nada kuat dan marah: "Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain.

Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan 'ajaib' tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid.

Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.


SUMBER http://kamparinn.blogspot.com/2009/03/saya-telah-mengimamkan-solat-maghrib.html


Merujuk kepada berita yang disiarkan media BN, pastinya kita dapat melihat bagaimana insiden tersebut diputarbelitkan BN bagi kepentingan politik mereka. Jelas watak imam masjid yang bertanggung jawab menjemput Nizar untuk mengimamkan solat dan menyampaikan tazkirah tidak dilaporkan.

Malah sikap kasar Zambry (yang disifatkan Adun Sungkai, N Sivanesan sebagai 'kekanda saya') tidak pula dilaporkan media pro-BN.

Tuduhan bahawa Nizar menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik juga meleset kerana BNlah sebenarnya yang bertindak sedemikian kerana mengadakan majlis membaca Yaasin sempena kempen PR di masjid.

Apapun terpulanglah kepada pembaca untuk menilai kebenaran dua sumber penulisan di atas. Tetapi apa yang ingin ditegaskan sekali lagi, strategi berbohong dan memutarbelitkan fakta oleh media arus perdana dikuasai BN tidak lagi berkesan di era kewujudan dan percambahan media baru seperti blog.

Apa yang lebih utama dalam kempen-kempen politik adalah kebenaran, ketelusan, intergriti dan kredibiliti sumber maklumat. Tanpa ciri-ciri itu usaha mempengaruhi atau meyakinkan rakyat umpama mencurah air di daun keladi.

Cuma satu yang ingin diulas... Zambry ketika memarahi Nizar mendakwa kononnya beliau juga mampu mengimamkan solat dan menyampaikan tafsir.

Soalnya, dengan kecenderungan beliau untuk berbohong dan bercakap kasar, adakah manusia yang sudi berimamkan beliau?

tajdidAhmad Tajdid/HARAKAHDAILY

Read More “PILIHANRAYA KECIL TANPA LIDAH RESMI DAN ORGAN PARTI”  »»

DR HALIMAH DIBERI PELUANG BERUCAP DI PESTA PENAMAAN CALON PRK BUKIT GANTANG



Read More “DR HALIMAH DIBERI PELUANG BERUCAP DI PESTA PENAMAAN CALON PRK BUKIT GANTANG”  »»

PETUGAS DAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT: ARAHAN POLIS & SPR PERIHAL PRK





1. Pihak Polis akan merampas sepanduk atau risalah yang menghina, menghasut atau boleh membangkitkan kemarahan mana-mana pihak dalam porses penamaan calon.

2. Polis akan mengiringi perarakan ke pusat penamaan calon.

3. Semua calon tidak menunggu hingga ke saat akhir untuk menyerahkan borang pencalonan kerana tempoh yang diberikan hanya satu jam iaitu dari pukul 9 hingga 10 pagi.

4. Parti dalam Pakatan Rakyat yang tidak bertanding di ketiga-tiga kawasan PRK, tidak dibenarkan memperagakan bendera, logo atau kain rentang serta memohon permit berceramah.

Sepanduk menghina, hasut akan dirampas: Polis


Polis akan merampas sepanduk atau risalah yang menghina, menghasut atau membangkitkan kemarahan mana-mana pihak yang dibawa oleh penyokong parti politik ketika proses penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, pagi esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata polis juga akan menahan pembawa sepanduk atau pengedar risalah untuk disiasat mengikut akta yang bersesuaian.

Katanya, tindakan proaktif itu bertujuan mengelakkan kekecohan kerana polis bukan hanya bertindak selepas berlaku kejadian yang tidak diingini.

"Kita mahu proses penamaan calon yang meriah tetapi tiada kekecohan. Saya memberi amaran jangan ada pihak yang cuba menghasut atau membangkitkan kemarahan pihak lain.

"Polis ada anggota yang mencukupi untuk bertindak.

"Anggota kita juga akan mengiringi perarakan membawa semua calon ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Taiping pagi esok," katanya kepada pemberita di sini, tengah hari tadi.

Berita harian
--------------------------------------------------------------------------------------
SPR Minta Calon Datang Awal Ke Pusat Penamaan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua calon pilihan raya kecil Dewan Undang Negeri (DUN) Bukit Selambau supaya datang awal ke pusat penamaan calon esok bagi mengelak sebarang masalah.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata sehingga petang ini, seramai 14 bakal calon termasuk 12 calon Bebas telah membayar deposit kepada SPR untuk bertanding merebut kerusi tersebut.

Beliau meminta semua calon supaya tidak menunggu hingga ke saat akhir untuk menyerahkan borang pencalonan kerana tempoh yang diberikan hanya satu jam iaitu dari pukul 9 hingga 10 pagi.

"Ini pertama kali kita menghadapi pilihan raya kecil yang membariskan begitu ramai calon. Penyerahan awal borang pencalonan membolehkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya menyemak dengan teliti bagi mengelak sebarang masalah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persediaan di pusat penamaan calon di Sekolah menengah Teknik I di sini Sabtu.

Wan Ahmad berkata tujuh kakitangan SPR termasuk Pegawai Pengurus Pilihan Raya ditugaskan bagi melicinkan urusan penyerahan, penyemakan dan pengesahan borang pencalonan di pusat penamaan itu.

Katanya calon Bebas boleh memilih 20 simbol yang disediakan sebagai lambang calon dalam kertas pengundian dan bagi mengelak kekeliruan, semua senarai calon akan dicetak dalam satu helai kertas undi sahaja.

Pada pilihan raya kecil 7 April ini, Barisan Nasional (BN) meletakkan Timbalan Pengerusi MIC Kedah, Datuk S Ganesan manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyenaraikan seorang usahawan, S Manikumar

BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------------
‘Irrelevant parties’ cannot display party flags at by-elections


DAP and other irrelevant parties in Pakatan Rakyat are barred from displaying party materials during the tri by-elections in Bukit Selambau, Bukit Gantang and Batang Ai.

Election Commission deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said that as Pakatan Rakyat was a loose coalition which was not legally recognised, its component parties were not allowed to display party flags, banners and logos during the campaign period.

“We also do not allow irrelevant parties to apply for ceramah permit.

For example, in Bukit Selambau, we only allow PKR to apply for ceramah permits and display party materials. In Bukit Gantang only PAS flags can be displayed, he said.

However, Barisan Nasional component parties were free to display their respective party flags as it was a legally recognised coalition, he added.

He said this after visiting the nomination centre in SM Teknik 1 here on Saturday.

Declaring that Bukit Selambau was now under police jurisdiction, Wan Ahmad said loud music, blasting radios and loud speakers were not allowed when candidates parade with their supporters to the nomination centre.

By LOOI SU-CHERN and SIRA HABIBU/staronline

Read More “PETUGAS DAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT: ARAHAN POLIS & SPR PERIHAL PRK”  »»

PRK TIGA KERUSI SERENTAK BAKAL PERTARUNGAN SENGIT

BN telahpun mengumumkan calonnya di ketiga-tiga kerusi Pilihanraya kecil (PRK) yang bakal di adakan serentak kira-kira seminggu (7HB APRIL 09) selepas Perhimpunan Agung UMNO tamat. Kita sama-sama saksikan perjalanan PRK ketiga-tiga kerusi berjalan dengan mengikut lunas-lunas demokrasi dan bebas dari insiden yang tidak diingini.


BN umum calon untuk tiga p'raya kecil


Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan nama calon-calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan kerusi DUN Batang Ai.

bukit gantang parliamentary seat Ismail Saffian dari Umno dicalonkan di Bukit Gantang, Datuk S Ganesan dari MIC (Bukit Selambau) dan Malcolm Mussen ak Lamoh di Batang Ai.

Pencalonan Ismail and S Ganesan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, masing-masing di Taiping, Perak and Sungai Petani, Kedah, hari ini.

Bagaimanapun, tidak jelas siapakah yang mengumumkan pencalonan Malcolm Mussen. Satu laporan awal bahawa pengumuman itu dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, telah dipertikaikan.

Joseph Tawie, yang melaporkan untuk Malaysiakini di Kuching, berkata, Presiden PRS, Dr James Masing yang mengumumkan pencalonan Mussen - pilihan parti tersebut - sebagai calon.

BN Sarawak bermesyuarat di Kuching hari ini untuk memutuskan calon bagi pilihanraya kecil Batang Ai. Ia dihadiri oleh pemimpin BN negeri dari PBB, Supp, SPDP dan PRS.

Sumber-sumber berkata sokongan Supp dan SPDP terhadap calon PRS itu di mesyuarat tersebut tidak begitu disenangi pemimpin PBB. Bagaimanapun, pemimpin PBB dikatakan akhirnya bersetuju dengan calon PRS itu dengan syarat ia dapat diterima oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, Masing berkata, beliau gembira Mussen dipilih sebagai calon BN dan menggesa para pengundi menyokongnya.

James Jemut masing “Saya gembira calon kita diterima sebulat suara oleh BN negeri dan tiada nama lain dikemukakan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mussem adalah penduduk Batang Ai. Beliau bertugas dengan Jabatan Pertanian dan berkelulusan ijazah kejuruteraan dari UPM.

sementara itu, Ismail, 49, adalah Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dan berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Menurut Bernama, Najib yang juga Pengerusi BN Perak berkata calon yang dipilih adalah anak tempatan seperti yang dikehendaki oleh masyarakat setempat.

Pemilihan calon dibuat daripada perbincangan dengan pimpinan bahagian dan negeri serta tinjauan yang mengambil kira segala aspek, katanya dalam sidang akhbar selepas majlis berkenaan.

"Kita pilih calon yang terbaik untuk BN... saya yakin beliau akan menjadi seorang Ahli Parlimen yang baik dan dapat bekerja sama penuh dengan semua," katanya.

Beliau berkata antara syarat penting juga ialah calon diterima oleh peringkat bahagian bagi mengelak berlaku pergeseran, termasuk prasyarat bahawa Ismail tidak akan bertanding dalam pemilihan bahagian Umno akan datang.

Dalam pemilihan bahagian tahun lalu, Ismail yang juga bekas ketua penerangan bahagian, tewas kepada Adun Trong Datuk Rosli Husin dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang.

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Feb lepas. Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April depan.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno Datuk Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.

Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang. Dalam pilihanraya umum lalu, BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat.

Ganesan pula merupakan timbalan pengerusi MIC Kedah. Beliau merupakan bekas Adun Lunas dan tidak bertanding dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Beliau yang dilahirkan di ladang Sungai Division di Sungai Petani, adalah lulusan Universiti Malaya dalam jurusan ekonomi sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di London.

Ganesan kini merupakan seorang peguam mempunyai empat orang anak hasil perkongsian hidup dengan R Vatsala, 42, yang juga merupakan seorang peguam.
Malaysiakini

PM Has Not Received Name Of Candidate For Batang Ai By-election

Read More “PRK TIGA KERUSI SERENTAK BAKAL PERTARUNGAN SENGIT”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com