Pray For MH370

Pray For MH370

MAJLIS SYURA ULAMA PAS BUAT PENJELASAN SYARAT JADI PRESIDEN DAN TIMBALAN

Ahli Majlis Syura Ulama' PAS merangkap naib Presiden PAS, mantan YDP Persatuan Ulama' Malaysia menyebut bahawa Majlis Syura Ulama Pas tidak pernah meletakkan sebarang garis panduan khusus atau syarat untuk melantik dua jawatan tertinggi itu.

Beliau menjelaskan bahawa telah menjadi satu kefahaman umum sejak dahulu lagi bahawa kedua-dua jawatan tersebut lazimnya diisi oleh mereka yang berpendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.

Setiap calon itu bukan sahaja perlu berilmu tetapi perlu secara konsisten beramal dengan ajaran Islam dan tawaduk dengan ilmu yang dikuasainya.


*Pemuda sifatkan kenyataan tidak tepat


*Bukan ulama boleh terajui Pas


Bukan ulama pun boleh terajui Pas! Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang hari ini menyanggah Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang menyatakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu disandang oleh golongan ulama.

Menurutnya, Majlis Syura Ulama Pas tidak pernah meletakkan sebarang garis panduan khusus atau syarat tersebut untuk melantik dua jawatan tertinggi itu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan ia telah menjadi satu kefahaman umum sejak dahulu lagi bahawa kedua-dua jawatan tersebut lazimnya diisi oleh mereka yang berpendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.

Menurut Ahmad, walaupun ketetapan telah dibuat oleh Dewan Ulama parti yang mahukan dua jawatan tertinggi itu perlu disandang oleh golongan ulama, tetapi ia masih belum muktamad dan perlu dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama Pas.

"Sesiapa sahaja boleh mencambah pendapat tetapi ia masih tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama yang merupakan badan bukan eksekutif tertinggi parti yang bertanggungjawab terhadap dasar dan hala tuju Pas.

"Secara organisasinya, di bawah majlis ini terletak Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang dianggotai oleh Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan Ketua-ketua Dewan seperti Pemuda, Ulama dan Muslimat serta beberapa jawatan penting lain lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, syarat utama yang dipersetujui ialah setiap calon itu bukan sahaja perlu berilmu tetapi perlu secara konsisten beramal dengan ajaran Islam dan tawaduk dengan ilmu yang dikuasainya.

Beliau menegaskan seorang pemimpin bertaraf ulama amat diperlukan untuk memimpin sebuah parti yang memperjuangkan Islam tetapi pada masa sama tidak pula boleh menafikan kebolehan dan kapasiti pemimpin lain yang bukan ulama.

"Seperti Syed Qutb pemimpin Ikhwan Muslimin, Mesir beliau berkelulusan kejuruteraan tetapi pada masa sama mahir dalam pelbagai bidang termasuk agama dan politik sehingga mampu menghasilkan beberapa tafsir dan buku agama yang menjadi rujukan sehingga kini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun membidas sesetengah pemimpin ulama yang tidak memahami konsep sebenar kepimpinan ulama bagi mewujudkan barisan pemimpin yang mantap.

Beliau memberitahu Bernama, kepimpinan ulama sebenar ialah kombinasi antara ulama dengan profesional bagi memantapkan masa depan parti itu dan memastikan Pas terus diterima oleh semua peringkat pengikut sepanjang masa.

Sehubungan itu, Abdul Fatah mahu pemimpin terbabit diberi pendedahan mengenai konsep itu seperti yang diputuskan oleh Dewan Pemuda Pas pada muktamar agung parti 20 tahun lalu, di Bukit Mertajam.

"Saya bimbang jika konsep kepimpinan ulama ini tidak difahami, sesetengah ahli Pas mahu Pas hanya dimonopoli oleh golongan ulama," katanya kepada Bernama di Rantau Panjang, Kelantan hari ini.

Isu sama ada perlunya golongan ulama atau profesional menerajui kepimpinan Pas kembali hangat menjelang pemilihan parti itu Jun ini yang dijangka menyaksikan saingan sengit untuk jawatan Timbalan Presiden yang dikaitkan dengan hala tuju sebenar parti.

Penyandang jawatan, Nasharuddin Mat Isa telah mengesahkan untuk mempertahankan jawatan itu.

Antara nama yang disebut-sebut akan mencabarnya ialah dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu selain Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Bagaimanapun Husam hanya membayangkan untuk menawarkan diri bagi jawatan tersebut berdasarkan perkembangan semasa terutama apabila timbulnya keraguan tentang 'hubungan sulit' Pas-UMNO.

TARMIZI ABDUL RAHIM/utusan online
tarmizi.rahim@utusangroup.com.my

------------------------------------------------------------------------------------
Pemuda sifatkan kenyataan tidak tepat


Dewan Pemuda Pas Kelantan menyifatkan kenyataan Dewan Ulama parti itu bahawa hanya ulama yang layak menjadi pemimpin sebagai tidak tepat.

Bagi mereka, konsep ulama yang dibawa oleh Pas bukannya berteraskan kepada individu tetapi bersifat sebuah institusi dalam memimpin hala tuju mereka dengan berlandaskan pada perlembagaan parti.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Zaki Ibrahim berkata, kebanyakan ahli parti itu tidak memahami konsep ulama yang menjadi pegangan Pas sehingga mereka tidak dapat membezakannya antara individu atau institusi.

Beliau berkata, perlembagaan parti tidak pernah menetapkan mana-mana jawatan penting perlu disandang oleh mereka yang berkelulusan agama sahaja.

"Perlembagaan parti tidak sebut orang berkelulusan agama sahaja mesti pegang jawatan tertinggi dalam parti, kita terbuka, kalau ikut syarat semua orang boleh bertanding.

"Tetapi sebagai parti Islam, kita ada syarat iaitu calon yang bertanding kena faham dan mendokong konsep kepimpinan ulama.

"Kalau orang memahami konsep ini dia akan membawa kepada matlamat tubuhnya parti ini dan yang penting dia sanggup memperjuangkan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa dua jawatan tertinggi Pas iaitu Presiden dan Timbalan Presiden perlu disandang oleh golongan ulama yang mempunyai pendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.

Ketetapan yang dibuat oleh Dewan Ulama Pas itu bagi memastikan dasar parti untuk menubuhkan sebuah negara Islam diteruskan pada masa akan datang.

Zaki berkata, biar siapa pun yang menjadi Presiden dan Timbalan Presiden, mereka akan dipantau oleh Majlis Syura Ulama bagi memastikan kerja yang dilakukannya tidak bertentangan dengan agama.

"Majlis Syura Ulama merupakan badan tertinggi dalam Pas, ia dianggotai oleh para ulama yang akan memantau setiap keputusan yang dibuat oleh Presiden dan Timbalan
.

"Jadi kalau bukan ulama yang menjadi Presiden atau Timbalan Presiden sekali pun, mereka tetap dipandu oleh para ulama, oleh itu bagi saya semua berhak bertanding asalkan calon menyokong kepimpinan ulama.

"Kita tengok sebelum ini ada Presiden dan Yang Dipertua Pas kawasan bukan dari golongan ulama, sebagai contoh Datuk Asri Muda tetapi tidak timbul masalah pun, Islam tetap diperjuangkan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Mohamed itu sebagai pandangan peribadi dan bukannya ketetapan yang dibuat oleh Dewan Ulama Pas.

Tambahnya, Pas mengamalkan prinsip demokrasi dan sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi parti selagi ia memahami konsep kepimpinan ulama.

Utusan online

Comments :

0 comments to “MAJLIS SYURA ULAMA PAS BUAT PENJELASAN SYARAT JADI PRESIDEN DAN TIMBALAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com