Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label PERLEMBAGAAN PAS. Show all posts
Showing posts with label PERLEMBAGAAN PAS. Show all posts

UMNO ANGGAP PAS SUDAH LARI DARI PERJUANGAN ISLAM


Apakah PAS sudah benar-benar menyeleweng dari dasar Islam dan matlamat negara Islam, atau sebaliknya?.

A. Adakah perlembagaan PAS menolak Islam dan cita-cita menubuhkan negara Islam?

PAS tidak boleh lari daripada asas dan matlamat parti seperti yang terkandung di dalam perlembagaan parti. Oleh itu kita perlu meninjau dan memahami sedikit kandungan perlembagaan PAS.

“Dasar”, “tujuan-tujuan” dan “usaha-usaha” PAS adalah tersenarai seperti di dalam Fasal-fasal 3 hingga 6 perlembagaannya. Fasal-fasal inilah yang merangkumi asas dan matlamat PAS. Jika diteliti, ketiga-tiga perkara ini tidak berubah; semuanya tetap sama seperti dahulu.

Misalnya, dasar PAS masih tercatat sebagai 'Islam'. Tidak pun dipinda kepada 'Kebajikan' ataupun 'Melayu'. Dua tujuan parti PAS masih ialah perjuangan untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang menurut nilai-nilai hidup Islam, serta mempertahankan kesucian Islam.

Usaha-usaha parti pula menghuraikan langkah-langkah yang akan diambil oleh PAS untuk mencapai tujuan-tujuan parti. Di antara usaha-usaha utama PAS ialah untuk mendakwah kepada semua “umat manusia” (dengan menitikberatkan bukan Muslim), menjadikan Islam “sebagai panduan berpolitik dan bernegara”, dan “memperkenalkan nilai-nilai keIslaman” dalam usaha menegakkan keadilan dan membawa kemajuan ke dalam semua bidang termasuk “pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi, sosial, serta pelajaran dan pendidikan”.

Menurut Fasal 7 yang berhubung Hukum dan Kekuasaan pula, hukum tertinggi PAS ialah Al-Quran dan Sunnah, dan kekuasaan PAS yang dipegang oleh muktamar tahunan adalah tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut.

Secara ringkasnya, kesemua yang disebutkan di atas merupakan rangka dan rancangan-rancangan penting dalam membentuk sebuah negara Islam.

Jalan untuk meminda atau membatalkan dasar, tujuan-tujuan dan usaha-usaha PAS bukanlah mudah.

Menurut Fasal 86, cadangan pindaan perlu dikemukakan oleh ahli parti kepada setiausaha agung parti, dan jika terima, persetujuan dua pertiga (66.7%) suara yang hadir di dalam muktamar tahunan PAS diperlukan untuk meluluskan sebarang pindaan.

Hasrat mana-mana ahli profesional jawatankuasa kerja pusat untuk membatalkan mana-mana fasal perlembagaan PAS yang berkenaan dengan Islam pasti akan dimatikan oleh perwakilan PAS. Tambahan, masa depan politik ahli profesional itu bersama-sama dengan puak profesional secara amnya juga mungkin terkubur.

B. Majlis syura ulama lebih berkuasa daripada jawatankuasa kerja pusat

Majlis syura ulama PAS ialah badan yang tertinggi di dalam hierarki kuasa PAS. Jawatankuasa kerja pusat, termasuk presiden dan timbalan presidennya, terletak pada peringkat yang kedua. Pada peringkat seterusnya ialah Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat (wanita).

Berbeza daripada jawatankuasa kerja pusat, majlis syura lazimnya diwakili 100% oleh para ulama (Fasal 8(3)). Puak profesional tidak berpeluang untuk menguasai badan ini, apatah lagi menganggotainya.

Ahli-ahli majlis syura dipilih dan dilantik tidak lebih daripada lima orang oleh majlis syura ulama sendiri; empat orang oleh jawatankuasa kerja ulama pusat; empat lagi oleh jawatankuasa kerja pusat; dan dua masing-masing oleh Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS (Fasal 8(4)).

Perhatikan bahawa pemilihan ahli-ahli majlis syura bukan melalui pertandingan demokratik sepertimana ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat dipilih oleh ahli-ahli PAS di muktamar. Namun majlis syuralah yang mengawal halatuju jawatankuasa kerja pusat dan PAS seluruhnya.

Juga, lebih daripada 50% daripada ulama di dalam majlis syura dipilih oleh golongan ulama sendiri (sembilan ahli daripada 17 ahlinya dipilih oleh majlis syura dan jawatankuasa ulama pusat). Dominasi golongan ulama cukup kuat di dalam PAS walaupun jika jawatankuasa kerja PAS pusat dikuasai 100% oleh puak profesional.

Penguasaan kepimpinan ulama diperkukuhkan lagi oleh peranan majlis syura. Antara tugas utama majlis syura ulama ialah untuk 'menjamin' kekuasaan PAS tidak terkeluar daripada mematuhi hukum tertinggi iaitu Al-Quran dan Sunnah, dan muktamar tahunan adalah tertakluk kepada hukum itu (Fasal 8(1a)).

Majlis syura juga bertanggungjawab mengeluarkan perintah supaya dasar Islam PAS dan peruntukan yang berkenaan dengannya (seperti tujuan-tujuan dan usaha-usaha parti) “dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS”, dan majlis syura perlu 'mengawasi' supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam perlembagaan “dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS” (Fasal 8(1b)).

Dalam erti kata lain, majlis syura tidak akan membenarkan jawatankuasa kerja pusat menyimpang daripada dasar dan tujuan-tujuan parti seperti penubuhan negara Islam walaupun sejengkal. Dengan itu, soal puak profesional menidakkan atau melawan matlamat negara Islam tidak timbul sama sekali. Mereka perlu melangkah mayat majlis syura dahulu.

Mampukah Datuk Nik Aziz Nik Mat menutup mata kepada peminggiran matlamat negara Islam? Tidak mungkin. Menurut perlembagaan PAS Fasal 9(1c), tugas Mursyidul Am ialah untuk “mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara perlembagaan, dasar dan hukum PAS dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS”.

ARTIKEL PENUH di sini

Read More “UMNO ANGGAP PAS SUDAH LARI DARI PERJUANGAN ISLAM”  »»

SEBELUM TERJUN, TENGOK DULU TAKUT MASUK JURANG

Sepatutnya, kaji dahulu Perlembagaan serta organisasi UMNO sebelum menjadi ahli UMNO. Ini terbalik. Masuk dulu baru kaji kemudian.

Ulama muda dalam UMNO harus beri tumpuan khusus kepada pegangan serta akhlak pemimpin yang semestinya jadi ikutan para pengikut serta merekalah yang menentukan halatuju serta polisi parti. Jangan lakukan perubahan kosmetik sahaja. Noktah.

Ulama Umno fokus program 'kukuhkan iman'


Sekumpulan ulama muda yang menyertai Umno baru-baru ini membentangkan beberapa cadangan, antaranya bagi mengukuhkan pegangan agama dan akidah umat Islam kepada pergerakan Pemuda parti itu malam tadi.

Menurut jurucakap kumpulan itu Fathul Bari Mat Jahaya (duduk, kiri sekali), dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, selain mahu memfokuskan kepada program pengukuhan iman dan akidah, ulama muda mahu mengetengahkan konsep "Islam for All" (Islam untuk semua).

"(Hasilnya) Positif. Hasrat kita hendak berdakwa disambut baik oleh Khairy. Kita akan buat mesyuarat susulan.

"Setakat ini cuma bincang dulu cadangan-cadangan yang boleh dibuat," kata Fathul yang juga anak bekas mufti Perlis Mat Jahaya Yussin.

Fathul - Ulama lepasan universiti di Madinah dan Jordan itu - diminta mengulas pertemuan dua jam kumpulannya dengan exco-exco Pemuda Umno di ibu pejabat pergerakan itu di Kuala Lumpur pada jam 8.45 malam tadi.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Fathul bagaimanapun menjelaskan, semua cadangan itu masih di peringkat awal dan akan dibincangkan lagi dengan pertemuan-pertemuan susulan selepas ini, termasuk dengan pelbagai pihak lagi dalam Umno.

"Pertemuan semalam lebih kepada taaruf (berkenalan) dan mengenali struktur Umno sebagai sebuah organisasi," kata penasihat agama di Institut Jantung Negara (IJN) itu.

Ditanya sama ada cadangan Islam for All itu mahu menyaingi pendekatan PAS for All dalam parti lawan, Fathul sambil ketawa menafikannya.

"Kami mahu gambarkan Islam itu untuk semua, bukan semata-mata untuk pihak tertentu, orang tertentu dan bangsa tertentu," katanya ulama dalam bidang hadis itu.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah sebenar ulama yang menyertai mesyuarat malam tadi. Beliau sebaliknya hanya berkata "ramai".

Sementara itu, Fadlan Mohd Osman - yang mengetuai kumpulan 40 ulama menyerahkan borang keahlian Umno kepada presidennya Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu - pula berkata kemungkinan kumpulan itu akan bergerak melalui satu biro khas dalam pergerakan itu.

"Hasrat berdakwah itu disambut baik oleh Khairy, mungkin dengan pembentukan lajnah (biro)," kata pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

"Semua ini masih di peringkat idea. Kita akan drafkan dulu cadangan kepada Pemuda dan Umno."


Jimadie Shah Othman/Malaysiakini

Read More “SEBELUM TERJUN, TENGOK DULU TAKUT MASUK JURANG”  »»

KE MANA PERGINYA NAKHAEI, FAISAL, FIRDAUS SETELAH MENYERTAI UMNO



{PERLEMBAGAAN UMNO}




Ulama pewaris Nabi dan golongan Ulama yang takutkan ALlah sudah tentu TIDAK sama sekali berjuang atau bersekongkol dengan golongan yang mempersenda dan menafikan Hak-hak Allah di atas muka bumi ini meskipun atas niat atau tujuan STRATEGI DAKWAH. Dari kategori pewaris Nabi dan golongan yang takutkan Allah mereka ini akan bertukar menjadi golongan ULAMA JAHAT serta penjual ayat-ayat Allah sekaligus menjadi musuh ALLah dan Jamaah Islam.

Berjuang bersama puak-puak yang tidak yakin dengan saranan, janji serta ancaman azab ALlah atas alasan untuk menjaga kesatuan juga tidak boleh diterima kerana kesatuan serta bersatu padu hanya di atas tali ALlah.

Asri belum putus sertai Umno


Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," tulis beliau dalam blognya.

Mohd Asli membuat penjelasan tersebut ekoran laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan.

Laporan itu memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof yang menyebut bekas mufti Perlis itu dan ulama yang lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Umno Online memetik Ab Rauf memberitahu demikian ketika berucap di mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam.

Menulis dalam blognya, Dr Mohd Asri berkata perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan.

"Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.

"Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas," tambahnya.

Dalam laporan tersebut, Ab Rauf yang juga ketua bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.”

Bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu, dilaporkan memuji usaha Umno Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai parti itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, Dr Mohd Asri enggan mengulas lanjut berhubung laporan yang beliau akan menyertai Umno.

Sebaliknya beliau, meminta merujuk kepada tulisan di dalam blognya itu.


Abdul Rahim Sabri/malaysiakini



Umno sudah temui Dr Asri

Beberapa pemimpin Umno telah menemui Dr Mohd Asri Zainul Abidin bagi melamar bekas mufti Perlis itu bagi menyertai parti mereka.

Menurut sumber-sumber yang rapat dengannya, pertemuan melibatkan beberapa pemimpin kanan Umno itu telah beberapa kali berlangsung.

"Beberapa lagi siri pertemuan akan diadakan selepas ini," kata sumber-sumber yang maklum tentang usaha Umno itu.

Sabtu lalu, akhbar web Umno Online melaporkan Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan. Selanjutnya di SINI

Read More “KE MANA PERGINYA NAKHAEI, FAISAL, FIRDAUS SETELAH MENYERTAI UMNO”  »»

MAJLIS SYURA ULAMA PAS BUAT PENJELASAN SYARAT JADI PRESIDEN DAN TIMBALAN

Ahli Majlis Syura Ulama' PAS merangkap naib Presiden PAS, mantan YDP Persatuan Ulama' Malaysia menyebut bahawa Majlis Syura Ulama Pas tidak pernah meletakkan sebarang garis panduan khusus atau syarat untuk melantik dua jawatan tertinggi itu.

Beliau menjelaskan bahawa telah menjadi satu kefahaman umum sejak dahulu lagi bahawa kedua-dua jawatan tersebut lazimnya diisi oleh mereka yang berpendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.

Setiap calon itu bukan sahaja perlu berilmu tetapi perlu secara konsisten beramal dengan ajaran Islam dan tawaduk dengan ilmu yang dikuasainya.


*Pemuda sifatkan kenyataan tidak tepat


*Bukan ulama boleh terajui Pas


Bukan ulama pun boleh terajui Pas! Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang hari ini menyanggah Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang menyatakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu disandang oleh golongan ulama.

Menurutnya, Majlis Syura Ulama Pas tidak pernah meletakkan sebarang garis panduan khusus atau syarat tersebut untuk melantik dua jawatan tertinggi itu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan ia telah menjadi satu kefahaman umum sejak dahulu lagi bahawa kedua-dua jawatan tersebut lazimnya diisi oleh mereka yang berpendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.

Menurut Ahmad, walaupun ketetapan telah dibuat oleh Dewan Ulama parti yang mahukan dua jawatan tertinggi itu perlu disandang oleh golongan ulama, tetapi ia masih belum muktamad dan perlu dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama Pas.

"Sesiapa sahaja boleh mencambah pendapat tetapi ia masih tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama yang merupakan badan bukan eksekutif tertinggi parti yang bertanggungjawab terhadap dasar dan hala tuju Pas.

"Secara organisasinya, di bawah majlis ini terletak Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang dianggotai oleh Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan Ketua-ketua Dewan seperti Pemuda, Ulama dan Muslimat serta beberapa jawatan penting lain lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, syarat utama yang dipersetujui ialah setiap calon itu bukan sahaja perlu berilmu tetapi perlu secara konsisten beramal dengan ajaran Islam dan tawaduk dengan ilmu yang dikuasainya.

Beliau menegaskan seorang pemimpin bertaraf ulama amat diperlukan untuk memimpin sebuah parti yang memperjuangkan Islam tetapi pada masa sama tidak pula boleh menafikan kebolehan dan kapasiti pemimpin lain yang bukan ulama.

"Seperti Syed Qutb pemimpin Ikhwan Muslimin, Mesir beliau berkelulusan kejuruteraan tetapi pada masa sama mahir dalam pelbagai bidang termasuk agama dan politik sehingga mampu menghasilkan beberapa tafsir dan buku agama yang menjadi rujukan sehingga kini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun membidas sesetengah pemimpin ulama yang tidak memahami konsep sebenar kepimpinan ulama bagi mewujudkan barisan pemimpin yang mantap.

Beliau memberitahu Bernama, kepimpinan ulama sebenar ialah kombinasi antara ulama dengan profesional bagi memantapkan masa depan parti itu dan memastikan Pas terus diterima oleh semua peringkat pengikut sepanjang masa.

Sehubungan itu, Abdul Fatah mahu pemimpin terbabit diberi pendedahan mengenai konsep itu seperti yang diputuskan oleh Dewan Pemuda Pas pada muktamar agung parti 20 tahun lalu, di Bukit Mertajam.

"Saya bimbang jika konsep kepimpinan ulama ini tidak difahami, sesetengah ahli Pas mahu Pas hanya dimonopoli oleh golongan ulama," katanya kepada Bernama di Rantau Panjang, Kelantan hari ini.

Isu sama ada perlunya golongan ulama atau profesional menerajui kepimpinan Pas kembali hangat menjelang pemilihan parti itu Jun ini yang dijangka menyaksikan saingan sengit untuk jawatan Timbalan Presiden yang dikaitkan dengan hala tuju sebenar parti.

Penyandang jawatan, Nasharuddin Mat Isa telah mengesahkan untuk mempertahankan jawatan itu.

Antara nama yang disebut-sebut akan mencabarnya ialah dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu selain Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Bagaimanapun Husam hanya membayangkan untuk menawarkan diri bagi jawatan tersebut berdasarkan perkembangan semasa terutama apabila timbulnya keraguan tentang 'hubungan sulit' Pas-UMNO.

TARMIZI ABDUL RAHIM/utusan online
tarmizi.rahim@utusangroup.com.my

------------------------------------------------------------------------------------
Pemuda sifatkan kenyataan tidak tepat


Dewan Pemuda Pas Kelantan menyifatkan kenyataan Dewan Ulama parti itu bahawa hanya ulama yang layak menjadi pemimpin sebagai tidak tepat.

Bagi mereka, konsep ulama yang dibawa oleh Pas bukannya berteraskan kepada individu tetapi bersifat sebuah institusi dalam memimpin hala tuju mereka dengan berlandaskan pada perlembagaan parti.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Zaki Ibrahim berkata, kebanyakan ahli parti itu tidak memahami konsep ulama yang menjadi pegangan Pas sehingga mereka tidak dapat membezakannya antara individu atau institusi.

Beliau berkata, perlembagaan parti tidak pernah menetapkan mana-mana jawatan penting perlu disandang oleh mereka yang berkelulusan agama sahaja.

"Perlembagaan parti tidak sebut orang berkelulusan agama sahaja mesti pegang jawatan tertinggi dalam parti, kita terbuka, kalau ikut syarat semua orang boleh bertanding.

"Tetapi sebagai parti Islam, kita ada syarat iaitu calon yang bertanding kena faham dan mendokong konsep kepimpinan ulama.

"Kalau orang memahami konsep ini dia akan membawa kepada matlamat tubuhnya parti ini dan yang penting dia sanggup memperjuangkan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa dua jawatan tertinggi Pas iaitu Presiden dan Timbalan Presiden perlu disandang oleh golongan ulama yang mempunyai pendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.

Ketetapan yang dibuat oleh Dewan Ulama Pas itu bagi memastikan dasar parti untuk menubuhkan sebuah negara Islam diteruskan pada masa akan datang.

Zaki berkata, biar siapa pun yang menjadi Presiden dan Timbalan Presiden, mereka akan dipantau oleh Majlis Syura Ulama bagi memastikan kerja yang dilakukannya tidak bertentangan dengan agama.

"Majlis Syura Ulama merupakan badan tertinggi dalam Pas, ia dianggotai oleh para ulama yang akan memantau setiap keputusan yang dibuat oleh Presiden dan Timbalan
.

"Jadi kalau bukan ulama yang menjadi Presiden atau Timbalan Presiden sekali pun, mereka tetap dipandu oleh para ulama, oleh itu bagi saya semua berhak bertanding asalkan calon menyokong kepimpinan ulama.

"Kita tengok sebelum ini ada Presiden dan Yang Dipertua Pas kawasan bukan dari golongan ulama, sebagai contoh Datuk Asri Muda tetapi tidak timbul masalah pun, Islam tetap diperjuangkan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Mohamed itu sebagai pandangan peribadi dan bukannya ketetapan yang dibuat oleh Dewan Ulama Pas.

Tambahnya, Pas mengamalkan prinsip demokrasi dan sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi parti selagi ia memahami konsep kepimpinan ulama.

Utusan online

Read More “MAJLIS SYURA ULAMA PAS BUAT PENJELASAN SYARAT JADI PRESIDEN DAN TIMBALAN”  »»

IDEA KERAJAAN PERPADUAN-CAMPURAN PECAHBELAHKAN PAS

Parti Islam SeMalaysia (PAS) bukan sekadar pertubuhan politik sahaja malah ia merangkumi kesyumulan Islam iaitu PAS juga sebuah badan dakwah, badan kebajikan, jurubicara ummat, pembela kaum tertindas, penegak keadilan, pejuang kemerdekaan dan bahasa, pembawa obor perpaduan ummah, pencinta ibu pertiwi, wadah bermuzakarah, pemangkin kemajuan duniawi ukhrawi, pemusnah khurafat, bidaah dan tahyul, pencinta ilmu dan penegak jihad dan amar makruf nahi munkar. Satu gerakan yang bersepadu dan sentiasa relevan sepanjang zaman. Sebarang bentuk kejumudan boleh membawa kepada kepada kehancuran atau paling tidak tercicir di jalan dakwah.

Kalimah Toiyibah atau Formula Agung "Laa Ilaha illa ALlah" telah
diumpamakan sebagai sebuah pokok yang mana akar tunjangnya menjuman ke bumi dan batangnya menegak ke langit beserta dahan dan cabangnya yang rendang, mengeluarkan putik dan buah.


Kesatuan umat Islam dilambangkan dengan menghadap kiblat yang sama ketika solat serta semua pergerakan solat berjemaah serantak dan sepakat mengikut imam yang satu.
Ibadat haji juga merupakan demonstrasi rasaksa kesatuan umat Islam.

Tuntutan berpegang pada tali Allah dan tidak berpecah belah merupakan perintah ALlah. Umat Islam disarankan agar berusaha mendamaikan dua puak yang bertelagah sehingga kedua-duanya akur atau berdamai. Jika salah satu puak itu berdegil dan tidak mahu berdamai, maka wajib diperangi puak yang berdegil itu. Begitu tegas arahan Al Quran tentang konsep wehdah atau kesatuan.

Jika PAS boleh duduk semeja dengan puak belum Islam, masakan susah sangat untuk PAS bertemu dengan golongan yang sudah Islam. Baru-baru ini Presiden PAS telah menjadi pengerusi majlis dalam satu forum antarabangsa mengenai perpaduan Ummah. Bukankah agak ganjil dan janggal seorang yang melaungkan perpaduan Islam di peringkat antarabangsa, tetapi mempunyai rekod buruk di negera sendiri.

Jika PAS boleh bekerjasama dengan pelbagai puak yang memiliki pelbagai ideologi dalam mempertahankan bahasa Melayu, kenapa tidak boleh PAS bersemuka dengan UMNO dalam hal kepentingan bersama.



















Ahli PAS disarankan agar tidak cepat melatah dan reaktif kepada provokasi pihak musuh. Pemimpin peringkat bawahan perlu cepat dan cekap menyampaikan maklumat atau sebarang bentuk polisi baru kepada ahli akar umbi. Syura Ulama' perlu pantas mengeluarkan fatwa dan hujah dalam menangani isu semasa.

Forum di internet tidak akan dapat menyelesaikan dan menghuraikan sebarang permasalahan yang dihadapi. Ceramah umum mungkin mampu memberi kefahaman ahli tetapi akhirnya usrah, bengkel dan ceramah kelompok sahaja yang mampu menawarkan komunikasi dua hala yang berkesan.

Isu kerajaan campuran atau perpaduan kini menjadi isu yang mampu merenggangkan saf dan memecahbelahkan jemaah dek kerana kurang jelas serta kekeliruan yang timbul di kalangan ahli.

Ahli PAS seolah-olah tidak mampu bergerak mengikut rentak irama dan lagu yang dimainkan oleh Barisan Nasional. Telah ditegaskan bahawa idea kerajaan campuran diketengahkan semasa era Tun Pak Lah. Tetapi kini sudah tidak relevan lagi dengan tertabalnya DS Najib.

Ahli PAS seolah-olah tidak mampu menerima perubahan polisi dan arahan dari pimpinan mengikut kesesuaian masa, arahan yang tidak membelakangkan Perlembagaan PAS dan berkompromi dengan prinsip Islam itu sendiri.

Kesimpulannya, marilah kita rapatkan saf, perkasakan jemaah, tingkatkan ilmu serta amal, buangkan sifat hasad dengki serta ego yang melampau dan khusnu zohn (baik sangka) pada pemimpin yang bertakwa. Akhir kalam, harap maaf, wabillahi taufik wal hidaayah, wassalamualaikum wtb. TAKBIR.

Read More “IDEA KERAJAAN PERPADUAN-CAMPURAN PECAHBELAHKAN PAS”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com