darah yang telah dihisap oleh nyamuk aedespun tidak mampu diambil balik oleh mangsa, usah terlalu sombong dengan Sang Pencipta.
Read More “IMBAS KEMBALI: KENAPA SAYA (Dr Mahathir ) KELUAR UMNO” »»
Dengarlah nasihat insan yang tidak lagi mempunyai kepentingan duniawi ini. Jikalau mantan "Tok Guru ideologi nasionalisme UMNO" sudah mahu bercakap sebegitu rupa, nasihat siapa lagi yang ahli UMNO mahu dengar dan terima nasihat ??? Adakah pemimpin UMNO yang telah pergi tak kembali atau masih menunggu bekas pemimpin UMNO yang telah menjadi lipatan sejarah untuk kembali semula memberi nasihat?
"UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya)
3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.
4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.
5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.
6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.
7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.
8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.
9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.
10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.
Nasihat Sepenuhnya di SINI
Bagan Pinang satukan Mahathir dan Khairy
HARI ini (29 Sept 2009) mungkin hari bersejarah untuk penduduk Port Dickson apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menjejakkan kakinya ke pusat perlancongan antarabangsa itu.
Sebelum ini, Najib pernah ke sana. Namun, ketika itu nasibnya kurang baik. Beliau pun bukan lagi Perdana Menteri ketika itu.
Namun, beliau bernasib baik kerana mempunyai seorang rakan baik di sana iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, Tan Sri Isa Abdul Samad. Dan masalahnya ketika itu berjaya di selesaikan.
Hari ini, Najib turun ke Port Dickson sebagai seorang Perdana Menteri. Beliau mendapat sambutan permaidani merah di sana.
Beliau menyertai para pemimpin Umno dan BN yang lain dalam majlis rumah terbuka BN di sana.
Dan hari ini juga, timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin, mengumumkan Isa sebagai calon Umno Bagan Pinang. Walaupun mendapat tentangan dan bantahan secara terbuka dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, ia tidak dihiraukan oleh Najib.
Pelbagai andaian dibuat kenapa Umno pimpinan Najib sanggup meletakkan Isa sebagai calon walaupun mendapat bantahan demi bantahan.
Yang paling ketara adalah pendapat bahawa Najib sangat memerlukan kemenangan yang besar dalam pilihan raya kecil ini selepas kalah dalam tujuh pilihanraya kecil sebelum ini.
Isa adalah taruhan utama untuk kemenangan ini. Ini kerana, golongan bawahan sangat-sangat mahukan Isa kembali ke persada utama politik tanah air selepas dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin Umno kerana membeli undi dan merasuah perwakilan Umno.
Pemilihan ini bermakna Najib menolak pandangan, memilih Isa membolehkan Umno menang di Bagan Pinang tetapi akan mengalahkan Umno di seluruh negara.
Turut dijadikan sebab mengapa Isa dipilih adalah kempen-kempen yang dibuat di Bagan Pinang termasuk menaikkan kain rentang ugutan agar Umno memilih Isa sebagai calon.
Kain rentang itu berbunyi "Kami mahu Datuk Isa. Kalau tidak kami boikot'. Kain rentang ini dinaikkan di merata tempat dalam kawasan pilihan raya ini hatta di kampung Isa sendiri.
Namun, bagi pihak yang nakal, punca utama kenapa Isa dipilih sebagai calon adalah kerana peristiwa lama di Port Dickson itu.
Najib sanggup melawan Tun Dr Mahathir, orang yang memberikan tekanan kepada Tun Abdullah Badawi agar meletakkan jawatan dan melantik Najib sebagai PM.
Najib juga sanggup berbeza pendapat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, yang secara sindiran menolak Isa sebagai calon.
Dan mungkin ini adalah pertama kali, Mahathir mempunyai pendapat yang sama dengan anggota Parlimen Rembau itu iaitu menolak Isa sebagai calon, selepas sekian lama mereka berbeza pendapat.
Sekurang-kurangnya, pilihan raya kecil Bagan Pinang menyatukan Mahathir dan Khairy, selepas sekian lama Mahathir memukul menantu Tun Abdullah itu._
Harakahdaily
Cadangan Benarkan 60,000 Perwakilan Mengundi Bendung Rasuah Umno
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Cadangan pindaan perlembagaan Umno untuk membenarkan 60,000 perwakilan mengundi pada pemilihan parti itu berbanding 2,600 perwakilan yang diamalkan sekarang adalah cara terbaik bagi membendung amalan rasuah, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sambil menyambut baik cadangan tersebut, beliau mengingatkan bahawa akhirnya anggota Umnolah yang perlu mengubah sikap mereka dengan tidak meneruskan amalan menerima dan memberi rasuah.
"Ini merupakan pindaan perlembagaan Umno untuk kali ketiga bagi mengelak amalan rasuah di kalangan ahli-ahli Umno tetapi kalau ahli-ahli Umno masih mengutamakan menerima rasuah sebanyak RM200, RM300 daripada mengutamakan parti, bangsa dan negara, apa pindaan pun tidak akan mendatangkan hasil," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Percambahan Minda dan Jati Diri anjuran Biro Penerangan Umno Bahagian Pandan, Selangor di Institut Latihan Memperkasa Umno (ILMU), Janda Baik, Pahang, hari ini.
"Walaupun membenarkan sebanyak 60,000 perwakilan untuk mengundi dalam pemilihan Umno, (memboleh) kita bebas daripada rasuah, akhirnya sikap kita itu yang lebih penting," tegas beliau.
"Jangan terima rasuah, itu adalah satu perkara besar, anda makan duit haram macam makan babi, bagi saya orang yang makan duit rasuah, dia beli apa pun ia jadi haram, kalau dia beli makan, dia macam makan babi," katanya.
Dr Mahathir menegaskan perkara ini ketika mengulas mengenai sistem kuota yang diamalkan Umno sekarang yang dikatakan menjadi punca kepada amalan rasuah yang berleluasa.
Draf pindaan perlembagaan Umno itu dijangka siap sebelum perhimpunan Agung Umno khas yang dijadual dari 13 hingga 16 Okt ini.
Ditanya mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan Dr Mahathir berkata beliau lebih suka berusaha untuk memulihkan semula kredibiliti Umno di kalangan anggota dan juga penyokong parti yang bukan ahli parti Umno kerana mereka ini akan menentukan sama ada Umno akan menang atau kalah pada masa akan datang.
Sementara itu, Dr Mahathir turut meluahkan perasaan gembiranya kerana inilah kali pertama selama enam tahun sejak beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, diberi peluang untuk bercakap terus dengan anggota Umno.
"Saya lebih senang cakap dengan orang Umno (di peringkat akar umbi) daripada orang atasan, akhirnya orang di peringkat akar umbi yang akan menentukan menang atau kalah," katanya.
-- BERNAMA
Motif Tun Dr M sekeluarga rujuk kembali sebagai ahli UMNO boleh jadi bahan tesis sarjana atau doktor falsafah penuntut sains politik atau pengurusan. Asalkan jangan jadi "satu untuk engkau, satu untuk aku; dua untuk engkau tiga untuk aku...."
Motif Dr M kembali ke pangkuan Umno
PERWAKILAN Perhimpunan Agung Umno, kononnya terharu apabila pemimpin-pemimpin Umno berhimpun di pentas Dewan Merdeka PWTC, meraikan tamatnya perseteruan antara dua bekas Presiden Umno, seorang yang lama dengan seorang lagi yang baru sahaja 'dibekaskan'.
Ianya seumpama suatu kemenangan besar kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Presiden Umno yang baru, seolah-olahnya beliau berjaya memupuk rasa persahabatan kepada dua pemimpin besar Umno' yang hebat berseteru sekian lama.
Hebatnya perasaan Najib dan para perwakilan Umno, ditunjukkan media arus perdana besar-besaran, buat tatapan rakyat, supaya rakyat turut berkongsi sama dan menunjukkan bahawa Umno kini sudah kembali kukuh (consolidate) selepas berpecah sekian lama.
Usaha-usaha Umno untuk menyatupadukan barisan, bak kata Najib yang mahu kan 'saf' yang padu, merupakan suatu usaha murni bagi sebuah organisasi yang teruk berpecah akibat pelbagai faktor dalaman.
Bagi Umno, perseteruan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, sudah sampai ke tahap kritikal, yang sedikit sebanyak telah mencalarkan imej parti itu di mata rakyat.
Mahathir yang memimpin Umno lebih 22 tahun, mengisytiharkan diri keluar daripada parti itu, selepas pelbagai nasihat, teguran dan kritikan beliau sejak tahun 2005 tidak dipedulikan pengganti beliau.
Justeru, dengan pengumuman Mahathir untuk kembali kepangkuan Umno, menyebabkan perwakilan Umno di Dewan Merdeka bersorak kegembiraan.
Selama hampir lima tahun Mahathir begitu jauh dan berkecil hati dengan Umno dan pemimpin-pemimpinnya yang tidak menghormati beliau kerana takut kepada Abdullah.
Mahathir sebelum ini, cukup marah kerana Abdullah banyak membatalkan atau mengagalkan projek-projek yang diusahakannya, termasuk Jambatan Kedua, Landasan Berkembar, Proton dan banyak lagi.
Beliau cukup tersinggung apabila ahli-ahli Umno menganggap kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2004 lalu di bawah kepimpinan Abdullah, dianggap sebagai satu rekod yang lebih baik daripadanya (termasuk kejayaan BN merampas Terengganu dan hampir menumbangkan PAS di Kelantan).
Mahathir juga berterus terang mengecam hebat menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin dan kroni-kroninya yang menguasai Tingkat 4 JPM serta akhbar NST, yang disifatkannya anasir-anasir yang merosakkan Umno dan negara.
Beliau juga cukup marah dengan ahli-ahli dan pemimpin Umno yang disifatkannya sebagai penakut terhadap kuasa dan pengaruh Abdullah dan Khairy, sehingga sanggup merasuah perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu untuk menghalangnya menjadi perwakilan.
Malah, secara terbuka dalam blognya Mahathir terus menerus menyerang Abdullah dan Umno dengan melemparkan pelbagai kritikan dan kecaman.
Bagaimanapun, hasil pertemuan di atas pentas Umno, Sabtu lepas, kedua-dua musuh yang berseteru itu dianggap sudah mula mahu berdamai.
Mereka bersalam-salaman dan berpelukan sehingga menyebabkan badut-badut yang berada dalam perhimpunan bersorak sehingga gegak gempita Dewan Merdeka.
Namun, lakonan di pentas Umno jelas tidak menjadi. Hanya dua hari selepas berpelukan dengan Abdullah, Mahathir terus menyerang Abdullah dan mengulangi kenyataannya dalam temuramah BBC bahawa beliau tersilap melantik Abdullah menjadi penggantinya.
Dalam temuramah itu juga Mahathir menyerang Khairy dan kroni-kroni Abdullah, yang didakwa beliau mempunyai pengaruh yang besar dalam kerajaan.
Serangan terbaru Mahathir terhadap Abdullah, hanya dua hari selepas berpelukan menyebabkan lebih 2000 perwakilan yang menghadiri perhimpunan Umno tergamam.
Perasaan keterharuan perwakilan Umno sudah menjadi tidak keruan. Jelas kepada rakyat bahawa gelagat pemimpin-pemimpin Umno yang berpelukan di Dewan Merdeka, hanyalah omong-omong kosong dan lakonan untuk mengaburi mata rakyat semata-mata.
Bagi Mahathir sendiri, beliau tidak mampu menyembunyikan kepura-puraan, motifnya adalah jelas, kemasukannya ke dalam Umno bukan lagi untuk menyerahkan 'tengkuknya untuk disembelih' oleh Abdullah dan kroni.
Mahatir mahu revenge terhadap Abdullah. Dia mahu memperbetulkan kesilapan Abdullah dengan menebus kembali kesilapannya melantik Abdullah. Dia juga mahu menghapuskan saki baki legasi Abdullah.
Abdullah kini telah pergi, yang tinggal hanya Khairy. Sebagai bapa Mukhriz, Mahathir sudah tentu tidak akan berdiam diri. Kemenangan Khairy menewaskan Mukhriz dilihatnya sebagai kemenangan Abdullah menewaskan Mahathir.
Awas Khairy, battle masih belum berakhir. Ianya hanya akan berakhir selepas Mahathir berjaya menghapuskan Khairy daripada Umno.
Perseteruan ini ternyata berterusan. Usaha untuk Umno consolidate sudah gagal, hanya dua hari selepas perhimpunan berakhir. Mereka memasuki Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai bukan sebagai sebuah pasukan yang bersatu.
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir isytihar keluar UMNO. Hari ini tanggal 28 Mac 2009 beliau menyatakan hasrat untuk masuk semula UMNO, persoalannya bila. Menurut beliau, itu bergantung kepada beberapa perkembangan dalam UMNO sendiri.
Beliau akhirnya menghadiri persidangan tengahari tadi kerana pemilihan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden memberi harapan kepada beliau untuk UMNO berubah.
Dr Mahathir Akan Sertai Semula Umno
Mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau akan kembali menyertai Umno.
Katanya, beliau akan mengumumkan tarikh itu pada satu masa yang sesuai 'selepas beberapa perkembangan'.
"Saya kena isi borang, lambat sikit. Saya akan beritahu kemudian. Saya sedang menunggu beberapa perkembangan," katanya kepada pemberita selepas hadir mengikuti hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Pada 19 Mei tahun lepas, Dr Mahathir dalam satu ceramah di Alor Star mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.
Dr Mahathir dilihat memasuki Dewan Merdeka bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada pukul 12.30 tengah hari sewaktu ucapan penggulungan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kehadiran beliau disambut tepukan gemuruh oleh para perwakilan yang turut berdiri untuk memberikan penghormatan.
Dr Mahathir juga kelihatan menganggukkan kepala bagaikan bersetuju apabila Muhyiddin meluahkan harapan untuk melihat bekas Perdana Menteri itu kembali menyertai Umno secara rasmi.
Muhyiddin juga berkata kedatangan Dr Mahathir seolah-olah mengiktiraf barisan kepimpinan Umno yang baru dengan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.
Dr Mahathir kemudian turun ke pentas utama dan bersalam-salaman dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan kemudian menjulang tangan bersama-sama Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin.
Sementara itu, ketika ditanya mengapa beliau menghadiri persidangan berkenaan selepas memutuskan untuk tidak berbuat demikian, Dr Mahathir berkata pemilihan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden telah memberi keyakinan kepadanya bahawa perubahan yang diharapkan akan berlaku.
"Pasal itu, pemilihan Muhyiddin meyakinkan saya ada perubahan," katanya.
Beliau juga tidak menolak bahawa barisan kepimpinan baru Umno memberi gambaran baik bahawa parti itu akan berubah ke tahap yang lebih cemerlang berbanding sebelum ini.
"Saya ingat ada harapan baik untuk masa depan," katanya.
Dr Mahathir menerusi laman blognya, CheDet.com, sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2008 kerana berpendapat bahawa Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.
"Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah," katanya di dalam blog itu.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata Umno harus berjuang untuk rakyat dan bukannya untuk orang tertentu di dalam parti jika ia mahu kembali kukuh dan diterima semula.
"Tanpa rakyat, Umno tidak boleh menang. Pengukuhan Umno serta penerimaannya oleh rakyat terpulang kepada perjalanan masa hadapannya. Apakah ia betul-betul berjuang untuk rakyat atau untuk orang tertentu," katanya.
Dr Mahathir turut bersetuju dengan saranan supaya sistem kuota dihapuskan bagi pemilihan Umno dan digantikan dengan sistem satu anggota.
Namun, katanya, apa yang lebih penting adalah supaya anggota-anggota Umno tidak mengamalkan politik wang.
"Kalau boleh diadakan di mana semua pihak boleh membuat pilihan, itu memang baik. Tapi apa sistem yang kita buat, kalau tukar 10 kali pun, kalau ahli-ahli Umno lebih utamakan wang untuk diri sendiri, Umno akan hancur," katanya.
Ditanya mengenai peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib, Dr Mahathir berkata: "Peralihan ini berkaitan Presiden Umno, yang lagi satu (peralihan) berkenaan dengan Perdana Menteri. Itu saya harap akan dilakukan."
Dr Mahathir juga menafikan bahawa beliau akan dilantik sebagai penasihat kerajaan bagi menghadapi cabaran mendatang.
"Kalau tanya pendapat, bolehlah. Macam Pak Lah jugak, dia kata dia boleh beri pendapat, saya pun boleh beri pendapat saja," katanya.
Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan barisan kepimpinan Umno yang baru, Mahathir berkata: "Ada yang tak menyenangkan hati juga...."
Sementara itu, anak lelaki ketiga Dr Mahathir, Datuk Mukhriz berharap bapanya akan kembali semula menyertai Umno secepat mungkin setelah meninggalkan parti itu sejak Mei tahun lepas.
"Itu yang kita nanti-nantikan. Memang ayah saya sebelum ini telah berjanji bahawa pada hari Datuk Seri Najib mengambil alih presiden parti, maka beliau akan menyerah borang untuk menjadi ahli.
"Alhamdullilah itu (Najib menjadi presiden) telah menjadi kenyataan. Jadi kita rasa begitu senang hati dengan perkembangan terbaru ini.(Bagaimanapun) saya tidak pengaruhi ayah saya untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya perhimpunan agung Umno 2008 di sini.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula menyifatkan kehadiran Dr Mahathir pada hari terakhir perhimpunan itu sebagai satu kelebihan dan keterbukaan Umno yang tidak ada pada parti pembangkang.
"Saya rasa begitu terharu kerana Umno ada caranya sendiri dan hari ini jelas dari segi keramatnya Umno, dengan izin Allah, merapatkan barisan kita, bukan sahaja barisan-barisan baru tetapi dari segi kehadiran Tun Mahathir sendiri yang tergerak untuk bersama-sama dengan kita hari ini.
"Inilah kelebihan yang ada pada Umno dan saya sebagai Naib Presiden baru dilantik, saya tengok asas-asasnya telah pun dibina.
Sekarang ini terserah kepada pemimpin-pemimpin yang telah diamanahkan ini untuk menjalankan tugas," katanya.
BERNAMA
Baru dua tiga hari yang lalu Tun Dr Mahathir ada mengingatkan Najib agar tidak mengambil pemimpin yang sah mengamalkan politik wang jika tidak mahu kalah dalam PRU 13 akan datang. Belumpun kering tinta, najib dah lupa. Para perwakilan sekali lagi diingatkan dengan AYAT-AYAT CINTA dari Tun khas buat anda semua.
Ali Rustam Kekal Ketua Menteri Melaka - Najib
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.
Najib berkata beliau berharap Mohd Ali dapat menerima keputusan itu dengan hati terbuka.
Beliau mahu Mohd Ali terus menyumbang kepada perjuangan parti.
BERNAMA
pautan AYAT CINTA Tun Mahathir
Martabatkan bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik
PANDANGAN Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Wacana Dilema Melayu anjuran Gapena di Kuala Lumpur baru-baru ini bahawa dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) patut diteruskan tidaklah memeranjatkan kerana beliaulah pencetus, pemutus dan pelaksananya. Beliau masih dengan sikap biasanya yang tidak sesekali berubah atau berpatah balik apabila membuat keputusan.
Dalam laporan Bernama, Tun mengatakan bahawa PPSMI penting agar anak Melayu menguasai Sains dan Matematik dan sekali gus meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Ketika Tun membuat keputusan untuk melaksanakan PPSMI, tiada kajian dibuat menunjukkan bahawa kelemahan penguasaan Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar Melayu (jika benar anak Melayu begitu lemah dalam kedua-dua subjek itu) disebabkan oleh pengajarannya dalam bahasa Melayu.
Kita sebenarnya melahirkan ribuan sarjana dalam bidang sains dan teknologi yang berwibawa dan bertaraf antarabangsa melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu.
Tun menekankan bahawa bahasa Inggeris patut dijadikan bahasa penghantar Sains dan Matematik kerana bahan ilmu kedua-dua bidang itu banyak ditulis atau terbit dalam bahasa Inggeris. Fakta itu tidak cukup kuat untuk kerajaan mengetepikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar Sains dan Matematik kerana bahasa Inggeris itu sendiri asalnya hanya bahasa vernakular, bukan bahasa yang diturunkan dari langit sedia sempurna. Sebelum bahasa Inggeris menjadi bahasa besar, orang Eropah bergantung pada bahasa Latin dan Perancis dalam bidang ilmu, pentadbiran, undang-undang dan ekonomi.
Demikianlah maka bahasa Melayu perlu diberi waktu untuk menjadi mantap sebagai bahasa ilmu, termasuk dalam bidang sains dan teknologi. Amat malang halnya apabila kita sendiri tidak mempunyai perancangan dan kesediaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi, dan cukup sekadar puas hati menyaksikan bahasa Melayu menjadi bahasa percakapan, seperti yang dibanggakan Tun mengenai kebolehannya menggunakan bahasa Melayu walaupun belajar di sekolah Inggeris.
Kita perlu membezakan taraf bahasa ilmu daripada bahasa perhubungan sehari-hari jika kita mengimpikan bahasa Melayu menjadi bahasa besar pada masa depan. Tentulah aib bagi bangsa Melayu yang berhasrat menjadi bangsa besar di dunia tetapi hanya memiliki bahasa perhubungan sehari-hari dan untuk hal ehwal ilmu dan budaya tinggi terpaksa menggunakan bahasa asing.
Hujah Tun bahawa bangsa Arab menjadi maju kerana mempelajari bahasa Greek untuk menguasai sains dan teknologi juga ternyata meleset. Mempelajari bahasa asing dan menggunakan bahasa asing untuk mengembangkan ilmu kepada masyarakat atau bangsa adalah dua hal yang sama sekali berbeza. Maka itu tidak ada pejuang bahasa manapun yang menolak hakikat pentingnya kita mempelajari dan menguasai bahasa asing sebagai jambatan ilmu dan tamadun. Namun, PPSMI bukan program pembelajaran bahasa asing, sebaliknya program pengembangan ilmu kepada bangsa kita dalam bahasa asing!
Pada hakikatnya, orang Arab yang mempelajari dan menguasai bahasa Greek ialah sarjananya, sementara ilmu kepada masyarakat dan bangsanya dikembangkan dalam bahasa Arab.
Hal yang sama dilakukan oleh Barat yang memperoleh pelbagai disiplin ilmu daripada sarjana Arab. Mereka mempelajari dan menguasai bahasa Arab untuk memindahkan ilmu dalam bahasa Arab ke dalam bahasa mereka sendiri. Oleh itu, Barat tidak menggunakan bahasa Arab untuk mengembangkan ilmu kepada bangsa mereka, tetapi sebaliknya menggunakan bahasa mereka sendiri. Itulah hakikat jalan sejarah perkembangan tamadun di dunia.
Seluruh bangsa dan negara yang besar dan maju di dunia sekarang ini pun masih tetap memajukan bangsa dan negara mereka dalam bahasa masing-masing. Angkasawan kita yang ditumpangkan dalam Soyuz Russia pun terpaksa beberapa bulan mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi ke angkasa perlepas. Kekuatan bahasa Inggerisnya rupa-rupanya belum cukup melayakkan dia untuk diterima mengikuti misi itu!
Tun turut menggunakan contoh silap apabila mengatakan bahawa buku panduan atau manual telefon bersel yang dicetak dalam bahasa Inggeris oleh pengeluar menyebabkan ilmu Sains yang diajarkan dalam bahasa Melayu menjadi tidak berguna. Bukankah buku panduan itu dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau pelajar kita yang diajar dengan baik bahasa Inggerisnya dapat memahami buku panduan dalam bahasa Inggeris itu. Mungkin Tun belum pernah melihat telefon bersel yang panduannya ditulis dalam bahasa Melayu pada perisian telefon itu sendiri!
Sebagaimana pendukung PPSMI yang lain, Tun mengulang lagu lama bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik bukan langkah meminggirkan bahasa Melayu. Namun, dengan terang di hadapan mata kita bahawa apabila bahasa Melayu akan hanya berfungsi pada sekitar 40 peratus atau kurang di sekolah dan sekitar 30 peratus atau kurang di IPT, maka amat jelas bahawa bahasa Melayu memang terpinggir dan tidak berperanan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, sebagaimana yang ditetapkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996.
Usahlah kita mengalami nasib 'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. Ingatlah juga kata orang tua-tua 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'.
PROF. DR. AWANG SARIYAN
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia - China
Universiti Pengajian Asing Beijing
Emotions run high. Double standard seems to be the rule of the day. Common sense and rational thinking do not prevail. Speed and hastiness in decision making are aggravated by imprudent advice and vested interest. Let's take a brief look.
On the occasion of tabling the "Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 " on 18 Jan 1993, Dr Mahathir Mohamad said,
"Sementara halangan ke atas teguran ini dikatakan akan memelihara kemuliaan Raja, tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja. Tidaklah benar jika dikatakan larangan terhadap mengkritik Raja akan memelihara kemuliaan Raja. Sebenarnya kemuliaan Raja akan tercemar kerana larangan ini."
"Kekebalan Raja atau Sovereign Immunity adalah suatu prinsip feudal -- satu konsep kononnya `The King can do no wrong`. Mengikut Dr. Hogg dalam bukunya `Liability of the Crown` konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri. Alasan ini sudah lama dipersoal dan ditolak oleh pakar-pakar undang- undang di Eropah seperti Adams yang merasakan tidak ada keraguan bahawa feudal lords diletak di bawah mahkamah mereka sendiri -- `No doubt at all of the subjection of feudal lords to their own courts`".
UMNO members did not raise an eyebrow then , let alone lodge a police report against the then Prime Minister Of Malaysia.
During the MB crisis in Terengganu soon after the Malaysian 12 General Election, HERE, no one even mentioned the Dato' seri title from Idris Jusoh be revoked OR he had committed treason (derhaka).Datuk Seri Ali Rustam had this to say about the Palace decision in appointing Ahmad Said:
One UiTM Professor of law, supposedly an expert on Constitutional Law commented on the crisis,
Now let us see what UMNO Vice President Muhyiddin Yassin has to say:In the case of Perlis,
Whilst in Perak, so much has been said and done from every quarter that the image of Islam and the Perak Sultanate have been affected. The Islamic injunction that enjoins the doing of justice even to your foe or your hated ones is swept under the carpet.
So it is clear to anyone with a few mg of grey matter but without prejudice and blind hatred for races other than one's own that two sets of rules and playing grounds exist in Malaysian politics at the moment, the existence of which make national solidarity an almost impossible national agenda.
FULL REPORT HERE
Merdeka Centre Opinion Polls HERE
Malaysiakini Opinion Polls HERE
Tun Dr Mahathir has been asking Malaysian public to boycott US currency snd goods. What about Malaysian government's with its departments and agencies, are they exempted? Tun even went to the extent of asking Malaysian to quit from working in American companies as reported by sun2surf. Yes, quit first before you are retrenched. Mahathir, sons and crony companies shall gladly support your families from then on...Kuala Lumpur: 9 Jan2009
Source: sun2surf
Some 500 people gathered at the National Mosque after prayers where Tun Dr Mahathir Mohamad and his son Mukhriz addressed the crowd, asking them to boycott US currency and goods, as well as Israeli-made goods.
Mahathir also urged people to quit their jobs in American companies.
Budaya dalam UMNO merupakan salah satu faktor kenapa mereka yang berpelajaran tinggi tidak bergiat dalam UMNO, sebaliknya memilih PAS. Akhirnya UMNO menjadi sebuah parti yang hanya dianggotai oleh mereka yang "kurang cerdik" atau "kurang berfikir".
Sekatan Umno dorong mereka berpelajaran tinggi sertai PAS-Dr M
Abdul Aziz Mustafa
harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Hrkh) - Tindakan Umno menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi menyebabkan mereka menyertai PAS, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Umno, kata beliau, seolah-olah menyekat kemasukan generasi muda terutamanya yang berpelajaran tinggi.
"Generasi muda ada sekatan dalam Umno, untuk masuk dalam Umno kita perlu melalui cawangan.
"Ketua cawangan memang tak suka sesiapa yang masuk cawangannya merupakan orang yang lebih berkaliber kerana takut akan kehilangan jawatan," mStar Online memetik bekas Presiden Umno itu berkata dalam satu wawancara khas yang bertajuk Budaya Pemilihan Umno siaran Astro Awani.
Tambah beliau dengan menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi, maka Umno akan kehilangan genarasi pelapis yang berdaya saing.
"Sebab itu kita lihat mereka (generasi muda) masuk PAS kerana Umno sendiri yang menyekat, kalau sekat kemasukan orang yang lebih berkaliber maka ini bermakna semakin lama semakin merosot," katanya.
Jelas bekas Presiden Umno itu, ahli Umno sendiri dilihat seolah-olah merelakan amalan yang tidak sihat diteruskan dalam parti.
"Sebab itu kita lihat tidak ramai yang berani untuk tonjolkan diri untuk (bertanding) jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka, kita tak ada banyak pilihan," katanya.
Ditanya mengapa Umno tidak menggunakan pemimpin muda untuk mengembalikan kegemilangannya, Mahathir berkata perkara tersebut mesti bermula dari pucuk pimpinan.
"Ini bermula dari atas, kalau yang di atas berkelakuan tak baik, maka segala desakan dan nasihat dari orang ini (pemimpin muda) tak akan dihiraukan oleh sesiapa...kita perlu orang yang ada kredibiliti," katanya lagi.
Mahathir juga menolak dakwaan yang mengatakan lanskap politik di negara ini semakin berubah sebaliknya beranggapan perubahan yang berlaku terutamanya dalam pilihan raya yang lalu adalah disebabkan tanda protes pihak-pihak tertentu.
"Sebenarnya lanskap ini tak banyak berubah kerana pada tahun 2004 Barisan Nasional (BN) menang dengan begitu besar sekali tapi dalam tempoh hanya empat tahun ia seolah-olah berubah.
"Jadi apakah perubahan ini disebabkan oleh pemikiran baru tentang asas politik di Malaysia ataupun perubahan ini kerana perasaan tidak puas hati dengan kepimpinan yang ada?" katanya.
Beliau berpendapat perubahan ini berlaku kerana wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan yang ada kerana ahli akar umbi tidak mempunyai peluang untuk menyatakan pandangan mereka.
"Dari segi pemikiran masih sama, tetapi mereka ambil peluang dalam pilihan raya untuk tunjukkan protes mereka," katanya.
Tun Mahathir mula bersuara lagi. Siapa yang hendak dengar boleh dengar dan ikut. Siapa yang fikir ia karut perlu berhati-hati sebab ada kemungkinan wujud unsur kebenaran. Al maklum orang lama dan telah banyak makan garam serta masak dengan asam garam politik seantero.
TUDUHAN KARUT
Sinar harian
TRONOH - Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menyangkal cakap-cakap yang beliau akan menjadi Perdana Menteri Penasihat, memainkan peranan di belakang Datuk Seri Najib Tun Razak seperti didakwa oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.
Zaid juga mencadangkan yang kejatuhan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah hasil daripada angkara Dr Mahathir.
Menyifatkan cakap-cakap itu sebagai ‘benar-benar karut’, Dr Mahathir berkata Najib ada pendirian sendiri dan tiada jaminan yang timbalan perdana menteri itu akan mendengar apa juga yang dikatakan oleh bekas perdana menteri itu.
“Saya juga fikir bahawa apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik (perdana menteri), beliau mungkin akan berunding dengan saya mengenai sesetengah isu, tetapi seperti yang anda lihat beliau tidak pernah meminta apa-apa pandangan daripada saya. Malahan, beliau mengubah semua yang saya telah lakukan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum di Universiti Teknologi Petronas, di sini semalam.
Dalam pada itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menafikan cakap-cakap bahawa Dr Mahathir adalah perancang utama dalam meningkatkan popularitinya dan Najib sebagai pemimpin masa depan negara.
“Saya tidak fikir anda perlu dalam apa cara pun keliru kerana anda lihat kami bersama (dengan Mahathir). Pada hakikatnya kami bertemu dalam sesetengah majlis tidak bermakna ada perkembangan besar berlaku,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Bersama Malaysia-Indonesia pertama di sini kelmarin.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata terpulang kepada pucuk pimpinan parti Gerakan untuk membuat keputusan sama ada terus kekal bersama Barisan Nasional (BN) ataupun sebaliknya.
Beliau berkata parti itu mempunyai dua pilihan sekiranya memutuskan untuk keluar dari BN iaitu menyertai pembangkang ataupun menjadi sebuah parti bebas.
“Dalam parti lawan (pembangkang) dia (Gerakan) akan jadi rakan kongsi yang amat junior pasal dia tak kuat, dia cuma bergerak di Pulau Pinang sahaja. Kalau tidak dia boleh jadi parti bebas, parti bebas ni tidak ada apalah... tidak pernah boleh jadi kerajaan pun,” katanya mengulas sikap pemimpin Gerakan yang terus-terusan membangkitkan soal ingin keluar dari BN.
Bagaimanapun Dr Mahathir berkata sekiranya Gerakan kekal dalam BN, setidak-tidaknya parti itu mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam kerajaan.
“Itu terpulanglah kepada pemimpin Gerakan untuk pilih yang mana satu. Duduk dalam BN dan ada peluang jadi kerajaan ataupun jadi parti bebas ataupun masuk letak diri di bawah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (penasihat PKR) dan kena ikutlah Anwar Ibrahim. Pilihan di tangan mereka,” katanya.
© Copyright by N45 Dr Halimah Ali | Template Blog Tutorial