Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label PRK N25. Show all posts
Showing posts with label PRK N25. Show all posts

PETUGAS DAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT: ARAHAN POLIS & SPR PERIHAL PRK





1. Pihak Polis akan merampas sepanduk atau risalah yang menghina, menghasut atau boleh membangkitkan kemarahan mana-mana pihak dalam porses penamaan calon.

2. Polis akan mengiringi perarakan ke pusat penamaan calon.

3. Semua calon tidak menunggu hingga ke saat akhir untuk menyerahkan borang pencalonan kerana tempoh yang diberikan hanya satu jam iaitu dari pukul 9 hingga 10 pagi.

4. Parti dalam Pakatan Rakyat yang tidak bertanding di ketiga-tiga kawasan PRK, tidak dibenarkan memperagakan bendera, logo atau kain rentang serta memohon permit berceramah.

Sepanduk menghina, hasut akan dirampas: Polis


Polis akan merampas sepanduk atau risalah yang menghina, menghasut atau membangkitkan kemarahan mana-mana pihak yang dibawa oleh penyokong parti politik ketika proses penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, pagi esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata polis juga akan menahan pembawa sepanduk atau pengedar risalah untuk disiasat mengikut akta yang bersesuaian.

Katanya, tindakan proaktif itu bertujuan mengelakkan kekecohan kerana polis bukan hanya bertindak selepas berlaku kejadian yang tidak diingini.

"Kita mahu proses penamaan calon yang meriah tetapi tiada kekecohan. Saya memberi amaran jangan ada pihak yang cuba menghasut atau membangkitkan kemarahan pihak lain.

"Polis ada anggota yang mencukupi untuk bertindak.

"Anggota kita juga akan mengiringi perarakan membawa semua calon ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Taiping pagi esok," katanya kepada pemberita di sini, tengah hari tadi.

Berita harian
--------------------------------------------------------------------------------------
SPR Minta Calon Datang Awal Ke Pusat Penamaan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua calon pilihan raya kecil Dewan Undang Negeri (DUN) Bukit Selambau supaya datang awal ke pusat penamaan calon esok bagi mengelak sebarang masalah.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata sehingga petang ini, seramai 14 bakal calon termasuk 12 calon Bebas telah membayar deposit kepada SPR untuk bertanding merebut kerusi tersebut.

Beliau meminta semua calon supaya tidak menunggu hingga ke saat akhir untuk menyerahkan borang pencalonan kerana tempoh yang diberikan hanya satu jam iaitu dari pukul 9 hingga 10 pagi.

"Ini pertama kali kita menghadapi pilihan raya kecil yang membariskan begitu ramai calon. Penyerahan awal borang pencalonan membolehkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya menyemak dengan teliti bagi mengelak sebarang masalah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persediaan di pusat penamaan calon di Sekolah menengah Teknik I di sini Sabtu.

Wan Ahmad berkata tujuh kakitangan SPR termasuk Pegawai Pengurus Pilihan Raya ditugaskan bagi melicinkan urusan penyerahan, penyemakan dan pengesahan borang pencalonan di pusat penamaan itu.

Katanya calon Bebas boleh memilih 20 simbol yang disediakan sebagai lambang calon dalam kertas pengundian dan bagi mengelak kekeliruan, semua senarai calon akan dicetak dalam satu helai kertas undi sahaja.

Pada pilihan raya kecil 7 April ini, Barisan Nasional (BN) meletakkan Timbalan Pengerusi MIC Kedah, Datuk S Ganesan manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyenaraikan seorang usahawan, S Manikumar

BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------------
‘Irrelevant parties’ cannot display party flags at by-elections


DAP and other irrelevant parties in Pakatan Rakyat are barred from displaying party materials during the tri by-elections in Bukit Selambau, Bukit Gantang and Batang Ai.

Election Commission deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said that as Pakatan Rakyat was a loose coalition which was not legally recognised, its component parties were not allowed to display party flags, banners and logos during the campaign period.

“We also do not allow irrelevant parties to apply for ceramah permit.

For example, in Bukit Selambau, we only allow PKR to apply for ceramah permits and display party materials. In Bukit Gantang only PAS flags can be displayed, he said.

However, Barisan Nasional component parties were free to display their respective party flags as it was a legally recognised coalition, he added.

He said this after visiting the nomination centre in SM Teknik 1 here on Saturday.

Declaring that Bukit Selambau was now under police jurisdiction, Wan Ahmad said loud music, blasting radios and loud speakers were not allowed when candidates parade with their supporters to the nomination centre.

By LOOI SU-CHERN and SIRA HABIBU/staronline

Read More “PETUGAS DAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT: ARAHAN POLIS & SPR PERIHAL PRK”  »»

PRK TIGA KERUSI SERENTAK BAKAL PERTARUNGAN SENGIT

BN telahpun mengumumkan calonnya di ketiga-tiga kerusi Pilihanraya kecil (PRK) yang bakal di adakan serentak kira-kira seminggu (7HB APRIL 09) selepas Perhimpunan Agung UMNO tamat. Kita sama-sama saksikan perjalanan PRK ketiga-tiga kerusi berjalan dengan mengikut lunas-lunas demokrasi dan bebas dari insiden yang tidak diingini.


BN umum calon untuk tiga p'raya kecil


Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan nama calon-calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan kerusi DUN Batang Ai.

bukit gantang parliamentary seat Ismail Saffian dari Umno dicalonkan di Bukit Gantang, Datuk S Ganesan dari MIC (Bukit Selambau) dan Malcolm Mussen ak Lamoh di Batang Ai.

Pencalonan Ismail and S Ganesan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, masing-masing di Taiping, Perak and Sungai Petani, Kedah, hari ini.

Bagaimanapun, tidak jelas siapakah yang mengumumkan pencalonan Malcolm Mussen. Satu laporan awal bahawa pengumuman itu dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, telah dipertikaikan.

Joseph Tawie, yang melaporkan untuk Malaysiakini di Kuching, berkata, Presiden PRS, Dr James Masing yang mengumumkan pencalonan Mussen - pilihan parti tersebut - sebagai calon.

BN Sarawak bermesyuarat di Kuching hari ini untuk memutuskan calon bagi pilihanraya kecil Batang Ai. Ia dihadiri oleh pemimpin BN negeri dari PBB, Supp, SPDP dan PRS.

Sumber-sumber berkata sokongan Supp dan SPDP terhadap calon PRS itu di mesyuarat tersebut tidak begitu disenangi pemimpin PBB. Bagaimanapun, pemimpin PBB dikatakan akhirnya bersetuju dengan calon PRS itu dengan syarat ia dapat diterima oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, Masing berkata, beliau gembira Mussen dipilih sebagai calon BN dan menggesa para pengundi menyokongnya.

James Jemut masing “Saya gembira calon kita diterima sebulat suara oleh BN negeri dan tiada nama lain dikemukakan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mussem adalah penduduk Batang Ai. Beliau bertugas dengan Jabatan Pertanian dan berkelulusan ijazah kejuruteraan dari UPM.

sementara itu, Ismail, 49, adalah Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dan berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Menurut Bernama, Najib yang juga Pengerusi BN Perak berkata calon yang dipilih adalah anak tempatan seperti yang dikehendaki oleh masyarakat setempat.

Pemilihan calon dibuat daripada perbincangan dengan pimpinan bahagian dan negeri serta tinjauan yang mengambil kira segala aspek, katanya dalam sidang akhbar selepas majlis berkenaan.

"Kita pilih calon yang terbaik untuk BN... saya yakin beliau akan menjadi seorang Ahli Parlimen yang baik dan dapat bekerja sama penuh dengan semua," katanya.

Beliau berkata antara syarat penting juga ialah calon diterima oleh peringkat bahagian bagi mengelak berlaku pergeseran, termasuk prasyarat bahawa Ismail tidak akan bertanding dalam pemilihan bahagian Umno akan datang.

Dalam pemilihan bahagian tahun lalu, Ismail yang juga bekas ketua penerangan bahagian, tewas kepada Adun Trong Datuk Rosli Husin dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang.

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Feb lepas. Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April depan.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno Datuk Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.

Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang. Dalam pilihanraya umum lalu, BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat.

Ganesan pula merupakan timbalan pengerusi MIC Kedah. Beliau merupakan bekas Adun Lunas dan tidak bertanding dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Beliau yang dilahirkan di ladang Sungai Division di Sungai Petani, adalah lulusan Universiti Malaya dalam jurusan ekonomi sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di London.

Ganesan kini merupakan seorang peguam mempunyai empat orang anak hasil perkongsian hidup dengan R Vatsala, 42, yang juga merupakan seorang peguam.
Malaysiakini

PM Has Not Received Name Of Candidate For Batang Ai By-election

Read More “PRK TIGA KERUSI SERENTAK BAKAL PERTARUNGAN SENGIT”  »»

SPR BAGAIKAN ORANG TERSEPIT MANAKALA UMNO/BN MENCARI TALIAN HAYAT










Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh telah diadakan beberapa hari selepas PAS mengadakan Muktamar Tahunannya di Ipoh pada 15-17 Ogos 2008. PRK PP telah diadakan pada 26 Ogos 2007.


Kini 2 PRK akan dijalankan serentak selepas Perhimpunan Agung UMNO di KL.
BN/UMNO berharap mendapat sokongan mantap dan padu dari perwakilan dan seluruh anggota UMNO setelah menerima suntikan semangat dari ucapan perwakilan dan pucuk pimpinan UMNO.


P
ERHIMPUNAN AGUNG UMNO: 24 -28 MARCH 2009


Wan Ahmad: Tidak betul tarikh penamaan calon, undi memihak BN

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan jurang tempoh hampir dua bulan berlangsungnya pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipengaruhi ataupun kerana tekanan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, SPR menjelaskan, bulan Mac tidak sesuai untuk diadakan kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk keperluan suruhanjaya itu sendiri membuat persediaan.

Sambil mengakui ini kali pertama sesuatu pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh agak lama, hampir dua bulan sejak wujudnya kekosongan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hari pengundian 7 April merupakan masa yang sesuai dan selesa bagi semua pihak.

"Kita ada 60 hari (untuk mengadakan pilihan raya kecil), mengapa tidak menggunakan dengan baik 60 hari dan membolehkan semua orang gembira dan selesa membuat persiapan menghadapi pilihan raya kecil.

"Bulan Mac sebenarnya tidak sesuai kerana faktor keselamatan dan ketegangan serta banyak aktiviti dijalankan bulan depan," katanya beliau kepada mStar Onlinelewat malam tadi.

Mesyuarat penggal kedua Parlimen ke-12 bermula esok.

SPR memutuskan tarikh pilihan raya kedua-dua kerusi berkenaan Jumaat lalu.

Kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan serentak pada 7 April dengan hari penamaan adalah 29 Mac iaitu sehari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Tahunan Umno.

Ketika ditanya sama ada keputusan SPR itu bertujuan memihak kepada Umno dan BN, Wan Ahmad berkata: "Itu tidak betul... ia tidak memberi kelebihan kepada BN, Umno."

"Itu tanggapan tidak betul, bahawa tempoh yang panjang ini memihak kepada BN sahaja, tetapi ia memberi peluang kepada mana-mana parti yang akan bertanding untuk bersedia dan menghadapi pilihan raya (kecil) ini," ujar beliau.

Malah tegas beliau, SPR memutuskan tarikh-tarikh berkenaan bukan kerana adanya tekanan daripada Umno dan BN.

"Faktor untuk mewujudkan keselesaan kepada semua, tidak kira kepada BN dan Umno.

"Semua pihak harus lihat dari sudut positif kerana keputusan SPR memberi kebaikan dan keselesaan kepada semua," katanya.

Beliau mengakui bahawa pihaknya juga mempertimbangkan laporan dalaman bahawa persekitaran semasa di Perak yang agak tegang tidak sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil.

"Suasana di negeri Perak... kita ada maklumat keadaan politik yang tidak stabil dan aktiviti politik yang panas, aktiviti kempen akan meningkat dan boleh mengancam ketenteraman awam kalau betul-betul tidak bersedia," katanya.

Beliau juga mengakui bahawa pihaknya mengambil kira pemilihan dan perhimpunan tahunan Umno hujung bulan depan.

"Kalau orang faham betul-betul... kita hendak semua orang selesa... Umno mengadakan pemilihan parti, jika BN menghadapi dalam keadaan tidak selesa... kita hendak semua parti selesa dan menghadapi pilihan raya dalam keadaan yang tenang," katanya.

Dari segi logistik, jelas Wan Ahmad, pihaknya memerlukan masa untuk melatih pekerja pilihan raya yang 90 peratus terdiri daripada guru.

Katanya, sebahagian besar guru terbabit merupakan mereka yang baru diambil bertugas sempena pilihan raya kecil, pekerja-pekerja berkenaan memerlukan latihan secukupnya.

"Pegawai pilihan raya negeri telah meminta agar diberikan masa yang secukupnya untuk melatih mereka, yang akan melalui dua pusingan latihan iaitu latihan teori dan latihan amal sebab ramai pekerja pilihan raya adalah muka baru.

"Oleh itu, SPR juga mengambil kira aspek ini bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan baik dan penuh keyakinan," katanya.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang melibatkan 650 pekerja manakala kerusi Bukit Selambau pula kira-kira 450 orang.

Dalam komen kepada mStar Online Jumaat lalu, PAS dan Parti Keadilan Rakyat - dua anggota Pakatan Rakyat mendakwa penetapan tarikh pilihan raya kecil kedua-dua kerusi Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipengaruhi oleh pemilihan Umno bulan depan dan memberi kelebihan kepada BN.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blognya kelmarin mendakwa "kini dengan menganjak tarikh pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau selewat mungkin setelah selesai pemilihan Umno, SPR bertindak keterlaluan menurut telunjuk Datuk Seri Najib (Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri)."

Semalam Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya mempertikaikan tarikh itu dengan menganggap ia seolah-olah memberi laluan kepada Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac.

Bagaimanapun BN menerima baik keputusan SPR mengadakan serentak kedua-dua pilihan raya itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi BN berkata, BN berkeyakinan untuk memperoleh kemenangan pada kedua-dua pilihan raya kecil itu.

Malah, katanya ia akan memberikan peluang kepada anggota Umno memberikan sepenuh perhatian menghadapi kedua-dua pilihan raya kecil terbabit.

Jumaat lalu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz berkata, SPR memutuskan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah diadakan serentak bagi mengelakkan tempoh berkempen terlalu panjang atas faktor keselamatan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata apabila tempoh berkempen terlalu panjang, pelbagai isu akan ditimbulkan dan keadaan itu boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan di kawasan terbabit serta keselamatan negara.

/mSTARonline


Nik Aziz Pertikai Tarikh Pilihan Raya Kecil



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertikaikan tarikh dua pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah yang didakwanya memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) kerana diadakan selepas Perhimpunan Agung Umno penghujung bulan depan.

Nik Aziz berkata ia seolah-olah membuktikan BN mempunyai kuasa terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menetapkan tarikh mana-mana pilihan raya.

"Ini nampak macam campur aduk pihak berkuasa. Kenapa nak buat selepas Perhimpunan Agung Umno?," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini.

Pengundian bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu diadakan serentak pada 7 April manakala hari penamaan calon 29 Mac.

Perhimpunan Agung Umno pula diadakan lima hari bermula pada 24 Mac.

Menteri Besar Kelantan itu berpendapat jika benar keputusan SPR itu didalangi kerajaan, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof perlu melepaskan jawatannya.

Tarikh dua pilihan raya itu kurang dipersetujui pembangkang atas alasan SPR mengambil masa yang lama untuk mengadakan pilihan raya selepas kerusi kawasan berkenaan kosong.

Pembangkang mendakwa tarikh tersebut diputuskan SPR atas desakan pimpinan BN khususnya Umno.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat tempoh itu memberi kelebihan kepada kerajaan dan pembangkang untuk berkempen.

Pilihan raya Parlimen Bukit Gantang diadakan setelah penyandangnya, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pada 9 Feb lalu manakala kerusi DUN Bukit Selambau kosong setelah wakilnya, V. Arumugam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 8 Feb.

Harakahdaily

Read More “SPR BAGAIKAN ORANG TERSEPIT MANAKALA UMNO/BN MENCARI TALIAN HAYAT”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    9 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com