Beberapa pelantikan dalam kerajaan tempatan dan juga pewujudan jawatan pegawai pembangunan DUN akan dilaksanakan berikutan tuntutan di kongres PKR baru-baru ini . Tan Sri Khalid juga telah menyiapkan cadangan untuk mengadakan indeks integriti bagi kerajaan bawah Pakatan Rakyat.
MB S'gor teliti wujud pegawai pembangunan DUN
Dalam berdepan kritikan ke atasnya, Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau kini sedang meneliti beberapa pelantikan dalam kerajaan tempatan dan juga pewujudan jawatan pegawai pembangunan DUN.
Berucap ketika menggulung perbahasan di kongres PKR hari ini, Khalid dengan sebak berkata, pelantikan itu perlu mendapat persetujuan bersama oleh anggota parti.
"Ini perkara sangat sensitif, saya minta kerjasama semua (untuk) tunjukkan kematangan kita bagaimana kita memilih pemimpin kita di masa depan," katanya.
Katanya lagi, beliau juga telah menyiapkan cadangan untuk mengadakan indeks integriti bagi kerajaan bawah Pakatan Rakyat.
"Hari Rabu (2 Jun) saya akan luluskan dalam mesyuarat exco sebagai satu hala tuju, bagaimana (untuk capai) pentadbiran bersih," katanya.
Pengumumannya dalam ucapan penggulungan itu timbul berikutan tuntutan yang dikemukakan perwakilan berhubung penjawatan dalam struktur kerajaan negeri itu yang tidak memihak kepada anggota parti.
Khalid juga berkata, beliau terharu dengan saranan yang dikemukakan khususnya daripada perwakilan muda dalam kongres parti itu.
"Saya kena sediakan tapak untuk angkatan muda ambil alih sebab kita mahu PKR punyai tapak yang kukuh dan dengan itu terus dapat kembangkan kepimpinan," katanya lagi.
Dengan sebak, Khalid sebelum itu berkata beliau rela ditegur sekiranya melakukan apa-apa kesilapan dan bersyukur apabila berjaya menjadi wakil rakyat.
Katanya lagi, sepanjang dua tahun sebagai menteri besar, beliau juga telah menjalankan sebanyak 105 mesyuarat exco negeri.
"Setiap kali mesyuarat exco negeri juga saya akan bacakan doa," katanya lagi yang turut menjelaskan doa itu adalah untuk menghindari dirnya dan pemimpin kerajaan negeri daripada sifat rasuah.
"Kami tak mampu menghadapi azab neraka di akhirat nanti,"
Salhan K Ahmad/malaysiakini
MB SELANGOR AKAN BUAT PELANTIKAN BARU
PERASMIAN PERSIDANGAN AKADEMI SAINS ISLAM ke 17 DI SHAH ALAM
\
Sebanyak 32 kertas utama dan 35 kertas tambahan akan dibentangkan. Dua contoh kertas untuk renungan dimuatkan di bawah bertajuk "Landskap Sains dan Teknologi di negara OIC: Negara Arab Sebagai Fokus" oleh Mantan Perdana Menteri Jordan-Presiden Petra Universiti Amman DAN "Pertumbuhan Sains di IRAN" oleh Mohammad Abdullahi dari Tehran University Of Medical Sciences. Kertas kedua memberi gambaran kepada kita bagaimana IRAN mampu mencapai antara negara ke 20 di dunia dalam ranking Essential Science Indicators oleh Thomson Reuters ISI Web Of Knowledge and Scimago Journal and Country Rank oleh Scopus.
KENYATAAN MEDIA MB SELANGOR: KERAJAAN NEGERI KECAM TINDAKAN HINA AGAMA
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor kesal terhadap tindakan menghina, menghasut dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan penganut agama lain yang diapi-apikan oleh segelintir kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, di sini. Pada ketika rakyat Selangor sedang bersiap-sedia untuk menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-52, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama orang lain yang masih wujud dalam kalangan segelintir warganegara Malaysia itu, sangatlah dikesali.
Kejadian dan tindakan menghina agama orang lain itu menyebabkan seluruh negara ini dilihat undur kebelakang dalam usaha mewujudkan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama dan adat resam dalam kalangan penduduk pelbagai keturunan. Walhal usaha tersebut, sebenarnya sudah dilakukan sejak kemerdekaan tahun 1957 lagi, demi pembinaan satu negara bangsa yang memperlihatkan persamaan visi dan identiti. Seterusnya, Kerajaan Negeri berharap semua rakyat supaya bersikap matang dan tidak mudah terpengaruh dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pembantah tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mewujudkan ketegangan antara kaum. Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan.
Sehubungan ini, Kerajaan Negeri meminta supaya pihak polis segera mengambil tindakan secara adil dan melakukan penyiasatan termasuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang mengugut para pemimpin Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri juga sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengadakan perbincangan terbuka pada Sabtu, 5 September 2009, yang dihadiri oleh penduduk sebenar Seksyen 23, pegawai-pegawai MBSA dan pegawai-pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Perbincangan itu nanti bukan sahaja mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23.
Sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, Kerajaan Negeri menggesa supaya penduduk Seksyen 23 bertenang dan tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh fakta-fakta yang tidak benar yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik Kerajaan Negeri Selangor.
Sekali lagi, marilah kita sama-sama memelihara sikap bertimbang rasa, rasional dan saling hormat menghormati kerana inilah cara terbaik bagi menyelesaikan hal ini.
TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
--
Salam Sejahtera. Read More “KENYATAAN MEDIA MB SELANGOR: KERAJAAN NEGERI KECAM TINDAKAN HINA AGAMA” »»
HASIL KAJIAN MERDEKA CENTRE TENTANG KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR SERTA MB (DWIBAHASA)
SOKONGAN TINGGI UNTUK KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DAN MENTERI BESAR
SHAH ALAM 15 JULAI 2009: Satu kajian pendapat** yang telah dijalankan oleh sebuah organisasi bebas mendapati sokongan tinggi daripada rakyat di negeri Selangor terhadap pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat. Pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga telah mendapat penilaian tinggi dalam kajian tersebut yang telah dijalankan oleh Merdeka Centre.
Kajian tersebut yang dilakukan diantara 5 Jun dan 15 Jun, 2009 mendapati sebanyak 60%
daripada rakyat Selangor merasakan Kerajaan Negeri berada dalam hala tuju yang betul.
Sebanyak 63% telah berpuas hati dengan prestasi Menteri Besar dengan hanya 19% sahaja yang tidak berpuas hati.
Sebanyak 64% rakyat negeri Selangor berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor selepas memenangi pilihan raya umum pada mac 2008, manakala 22% adalah tidak berpuas hati.
Mengikut pecahan Kumpulan etnik pula, kajian mendapati 59% Malayu, 69% Cina dan 69%
India adalah berpuas hati. Mengikut komen yang diperolehi, antara sebab yang mengapa
mereka berpuashati adalah program kebajikan kerajaan, ketelusan dan pentadbiran yang cekap serta menolak amalan rasuah. Dalam tempoh 100 hari pentadbiran, Kerajaan negeri telah memperkenalkan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor termasuklah beberapa program kebajikan seperti Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, 20 meter padu air percuma kepada rakyat, dana pendidikan anak pekerja ladang dan Hadiah Anak Masuk universiti.
Dalam urusan pentadbiran ekonomi negeri pula, 58% menyatakan mereka berpuas hati mana
– 13 % adalah amat berkeyakinan manakala 45% menyatakan yakin.
==================================================================================
PRESS STATEMENT
15 JULY 2009 (WEDNESDAY)
STRONG SUPPORT FOR PAKATAN RAKYAT GOVERNMENT AND THE MENTERI BESAR
SHAH ALAM - A survey** by an independent organization found strong support from among the people of Selangor towards the state’s Pakatan Rakyat Government. The survey conducted by Merdeka Centre for Opinion Research also revealed high approval ratings for Selangor Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
The survey - carried out between June 5 and June 15, 2009 - found that 60% of Selangor citizens feel that the state is heading in the right direction. A total of 63% are satisfied with performance of the Menteri Besar while 19% expressed dissatisfaction.
Some 64% of Selangor citizens are satisfied with the Selangor Pakatan Rakyat Government’s performance after winning the March 2008 General Elections, while 22 percent are dissatisfied. Broken down into ethnic groups, the survey found 59% of Malays, 69% of the Chinese and 69% of Indians expressing satisfaction.
Based on the feedback, reasons leading to the people’s good ratings include the state’s welfare programmes, transparent and efficient administration and reduction of corruption. Within 100 days of its administration, the state introduced its Merakyatkan Ekonomi Selangor agenda which includes several welfare programmes including Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, free water of 20metre cube for all residents, an education fund for children of plantation workers and Hadiah Anak Masuk Universiti.
As for the State Government’s ability in the management and administration of the state’s economy, 58% said that they are satisfied – out of which 13% were very confident while 45% somewhat confident.
The State Government commissioned Merdeka Centre to conduct the survey with the objective of assessing the rakyat’s views and perceptions of its performance and gauge the effectiveness of its programmes.
The survey identified several areas that the state will need to improve upon, including its communication outlets, creating awareness of its various programmes, reduction of bureaucratic red tape and better service delivery for the people
The state is thankful for the confidence and trust expressed by the people of Selangor towards its performance and views the results as an encouragement for the state leadership to further improve its administration in line with its Merakyatkan Ekonomi Selangor agenda.
_______________________________________________________________________________________________
SEKRETARIAT AKHBAR, PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR, TINGKAT 20, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40502 SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA. TEL: 603-554470032 FAX: 603-55109686
Kerajaan Negeri telah mendapatkan perkhidnmatan Merdeka Centre untuk menjalankan kajian ini dengan bertujuan untuk menilai pandangan dan persepsi rakyat Selangor terhadap prestasi pentadbiran.
Kajian ini juga mengenalpasti beberapa bahagian yang perlu diperbaiki, termasuk sistem komunikasi, mewujudkan kesedaran tentang program yang telah dilancarkan, mengurangkan karenah birokrasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat.
Kerajaan Negeri amat beterimakasih diatas keyakinan yang diberikan oleh rakyat Selangor dan dan kepercayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kepimpinan negeri bagi meningkatkan lagi mutu pentadbiran yang berlandaskan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor.”
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
** A total of 1,360 registered voters throughout Selangor was chosen using stratified structured randomly selected sample method for telephone interviews. Sampling was structured after taking into consideration the total number of registered voters in Selangor, race, gender and age according to the population breakdown in Selangor. Read More “HASIL KAJIAN MERDEKA CENTRE TENTANG KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR SERTA MB (DWIBAHASA)” »»
MB SELANGOR SAMPAIKAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH AGAMA DAERAH KLANG
Pada majlis ini, Tan Sri Abdul Khalid menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM2.0 juta kepada 24 buah sekolah agama di daerah Klang. Galeri foto Guru Besar dan Pengetua yang menerima cek dari Dato' MB.
Kerajaan Negeri Alu-alukan Aduan Curi Pasir Di Selangor
KLANG, 2 Julai - Kejadian curi pasir yang semakin kerap dilaporkan oleh pelbagai pihak termasuk pemimpin Barisan Nasional dapat membantu kerajaan negeri memantau kegiatan berkenaan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini kerana pemimpin terdahulu mempunyai banyak maklumat berhubung kegiatan itu ketika mentadbir Selangor.
“Baru kita tahu sekarang ini ramai orang yang curi pasir, tetapi usaha mencuri pasir ini sudah 20 tahun dahulu, mencuri pasir bersama ahli politik, kerajaan terdahulu beri lesen kepada orang-orang untuk ambil pasir sekarang mereka pula yang banyak melaporkan”, katanya.
Abdul Khalid berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah agama daerah Klang di Sekolah Rendah Islam Al-Farabi, Kg Delek Kiri, Klang, pagi tadi.
Menurutnya, usaha kerajaan negeri dalam merakyatkan ekonomi Selangor, menunjukan kesan positif apabila semua pihak sedar mengenai hak mereka dan melaporkan sebarang penyelewengan kepada pihak berkuasa.
“Bila kita merakyatkan ekonomi dan rakyat faham, pasir adalah hak rakyat , hasil pasir akan disalurkan kepada rakyat melalui program-program yang dijalankan, maka semua orang akan pantau siapa yang curi pasir dan buat laporan, ini adalah usaha kita yang paling bagus,” tambah Abdul Khalid lagi.
Pada majlis ini, Abdul Khalid menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM2.0 juta kepada 24 buah sekolah agama di daerah Klang.
Beliau berkata, jumlah itu adalah sebahagian dari peruntukan RM6 juta yang diagihkan kepada sekolah agama di seluruh negeri pada tahun ini.
“Sejumlah RM6 juta telah diperuntukkan untuk sekolah agama dan diagihkan mengikut keperluan yang kita nilai, sesetengah itu kita rasakan sudah usang dan tidak layak digunakan di sekolah”, katanya.
Pada majlis ini, Abdul Khalid sempat melakukan upacara meletak batu asas asrama dan bangunan sekolah ini selain melawat bilik-bilik darjah Sekolah Agama Al Farabi berkenaan.
KEMALIA OTHMAN (TV SELANGOR)
ISU KESELAMATAN PEMIMPIN, PENDAPATAN PETANI DAN KUALITI AIR
SHAH ALAM, 15 Dis (Bernama) Kerajaan Selangor tidak melihat keperluan khidmat anggota polis mengiringi pemimpin-pemimpin tertinggi di negara ini bagi menjamin keselamatan mereka ketika menghadiri majlis-majlis keramaian dan sebagainya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cadangan itu sebaliknya akan hanya menyekat kemesraan dan hubungan yang sedia terjalin antara pemimpin dengan rakyat.
"Saya rasa cadangan ini adalah satu perkara yang kita kena lihat dari sudut kerjasama antara rakyat dengan kerajaan. Kewujudan pasukan keselamatan untuk mengiringi mana-mana pemimpin tertentu (di majlis-majlis berkenaan) akan hanya menyekat kemesraan yang sedia ada antara kerajaan dan rakyat.
"Kita tidak mahu menjadi satu negara di mana pemimpinnya tidak boleh menghampiri rakyat disebabkan kawalan keselamatan ketat," kata Khalid kepada pemberita selepas merasmikan majlis Jualan Selangor Ria 2008 sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2008 serta Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional Selangor di perkarangan Stadium Malawati dekat sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas saranan anggota Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Suhaimi Shafiei dalam laporan akhbar hari ini agar pemimpin-pemimpin tertinggi di negara ini sentiasa diiringi pasukan keselamatan bagi menjamin keselamatan mereka ketika menghadiri majlis umum.
Suhaimi dilaporkan membuat cadangan berkenaan selepas mengambil kira ancaman 'serangan bogel' Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) dan mengejar Menteri Besar Selangor di majlis-majlis perasmiannya bagi membawa tuntutan mereka berhubung kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata rakyat di sekitar Selangor tidak perlu berasa cemas terhadap kualiti bekalan air yang disalurkan ke negeri ini dan menambah kualiti air berkenaan memang memenuhi standard minimum ditetapkan.
Menurut beliau, kerajaan pimpinannya giat melakukan kerja-kerja pembersihan sungai dari masa ke masa bagi memastikan punca bekalan air bersih.
"Semua air-air yang disalurkan melalui sungai kena melalui 'treatment plant' supaya ia betul-betul memenuhi kualiti ditetapkan. Di Malaysia, semua bekalan air yang melalui sungai mesti melalui 'treatment plant'," kata Khalid.
Terdahulu, dalam ucapannya Khalid berkata golongan peladang, penternak dan nelayan di negara ini mungkin boleh mengelakkan diri daripada merasai tempias kegawatan ekonomi global sekiranya mereka meningkatkan kadar pengeluaran produk mereka.
Di samping itu, beliau juga berkata golongan muda yang menyertai sektor pertanian akan berjaya sekiranya mereka bekerja sepenuh masa.
"Kajian yang kita buat menunjukkan golongan muda memang berminat menyertai sektor pertanian jika mereka tahu tentang hasil daripada kerjaya mereka.
"Umpamanya, mereka ingin tahu apakah pendapatan mereka jika bekerja sepenuh masa serta kaedah-kaedah pemasaran produk yang efektif," katanya sambil menambah golongan muda boleh meraih purata keuntungan RM3,000 sebulan jika betul-betul menceburi dalam bidang pertanian.
Read More “ISU KESELAMATAN PEMIMPIN, PENDAPATAN PETANI DAN KUALITI AIR” »»
TANAH RUNTUH LAGI: APA KATA PIHAK BERWAJIB
*Pembangunan Lereng Bukit Tidak Dibenarkan: MB Selangor pada 28/08/08
*Lulus projek tanah tinggi hak negeri: Timb Menteri Hamzah Zainuddin
*Nasec kesal amaran awal tidak diendah: Prof Roslan UiTM
*History Of Landslides In Hulu Klang
*Landslides Are Preventable, Says Geo-technical Engineering Authority
*10 Hari Untuk Ketahui Sama Ada Kawasan Bukit Antarabangsa Selamat Atau Tidak, Kata MB SelangorLulus projek tanah tinggi hak negeri
utusanonline
KUALA LUMPUR 8 Dis. - Semua kuasa untuk meluluskan projek pembangunan dan perumahan termasuk di kawasan tanah tinggi yang berisiko adalah di bawah kerajaan negeri.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, kementeriannya tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian kerana itu hak kerajaan negeri iaitu di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Ini termasuklah projek-projek perumahan di kawasan lereng bukit dan cerun berisiko tinggi. Kami tidak ada hak untuk meluluskannya walaupun ia terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa kelmarin yang dipercayai berlaku disebabkan oleh projek perumahan yang dijalankan di kawasan lereng bukit dan cerun.
Dalam kejadian pada pukul 3.50 pagi itu, empat terbunuh, 14 cedera manakala seorang lagi dikhuatiri terperangkap setelah 14 banglo di kawasan seluas empat hektar tertimbus.
Hamzah berkata, projek perumahan di Bukit Antarabangsa diluluskan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) termasuk dari segi pelan susun atur, pelan bangunan dan kerja-kerja pembangunan.
"Tugas kementerian hanya memberi lesen kepada syarikat pemaju hartanah untuk membina projek perumahan dan menjual rumah-rumah yang telah siap dibina," ujarnya.
Bagaimanapun, beliau berkata, Kerajaan Pusat akan mewujudkan Pelan Induk Kecerunan yang membolehkan kementeriannya memantau projek pembangunan di cerun berisiko tinggi.
"Kami berharap semua pihak berkaitan akan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pelan tersebut jika mereka hendak menjalankan projek pembangunan di cerun-cerun," katanya.
Menurutnya, semua projek pembangunan di kawasan cerun juga perlu mematuhi laporan kajian Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) terlebih dahulu.
Nasec kesal amaran awal tidak diendah
Utusanonline
SHAH ALAM 8 Dis. – Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) Universiti Teknologi Mara (UiTM) kesal kerana amaran awal pihaknya mengenai kemungkinan berlaku tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang tidak diendahkan.
Pengarahnya, Profesor Dr. Roslan Zainal Abidin (gambar) berkata, pihaknya sebelum ini pernah melaporkan bahawa hujan sekurang-kurang tiga hari berturut-turut serta ketibaan musim peralihan monsun akan menjadi antara penyumbang utama risiko tanah runtuh di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, berdasarkan kajian ke atas sampel tanah berhampiran pangsapuri Highland Towers dan Bukit Antarabangsa yang pernah runtuh sebelum ini, para penyelidik mendapati berlaku pergerakan air bawah tanah di kedua-dua kawasan itu selepas hujan turun selama tiga hari berturut-turut.
Selain itu, tambah beliau, bulan Mac, November dan Disember setiap tahun merupakan tempoh kritikal disebabkan musim peralihan monsun yang membawa hujan lebat.
History Of Landslides In Hulu Klang
Bernama
KUALA LUMPUR: Hulu Klang, the place where the latest landslide occurred in Taman Bukit Utama and Taman Bukit Mewah in Bukit Antarabangsa Saturday (6 Dec), is actually an area that is prone to landslides.
On 11 Dec 1993, 48 people were killed when one of the three condominium blocks of Highland Towers in Taman Hillview, located 1.5km away from Saturday's landslide scene, collapsed.
The tragedy shocked the whole nation as it was the first in its history since the independence.
The collapse of the building after three days of heavy downpours had created public awareness on the safety of buildings built on hillslopes.
Apart from the Highland Towers, other landslide-related incidents which had occurred in the Hulu Klang area are as follows:
10 Dec 1985: Two new unoccupied double-storey houses in Taman Melawati, collapsed at 8.50am during heavy downpours.
17 Sept 1998: One house was destroyed in Gombak due to soil erosion.
29 March 1990: A landslide occurred in Taman Setia Wangsa, affecting 80 families in two flats.
25 Dec 1997: Three people were buried alive in a landslide in Km 17 of the Ampang-Hulu Kelang Expressway.
15 May 1999: Thousands of residents in Bukit Antarabangsa and Wangsa Ukay in Jalan Hulu Klang were trapped when a 100-metre long landslide occurred at 5.20am and cut off the only access road to the hilly residential area.
24 Feb 2000: A four-year-old child was killed in a landslide in Kampung Sri Damai, near Taman Kencana, Ampang.
5 Oct 2000: A landslide occurred in Jalan Bukit Antarabangsa during heavy downpours but no casualty was reported.
20 Nov 2002: A landslide at 4.30am flattened the double-storey bungalow of Affin Bank Bhd chairman Gen (Rtd)Tan Sri Ismail Omar.
His wife, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, his son Hijaz, two in-laws, two grandchildren and two Indonesian maids, perished in the 4.35am incident.
The bungalow was located 300m away from the Highland Towers.
31 May 2006: Four people including two children were killed when they were buried alive in a landslide that flattened three blocks of longhouses at Kampung Pasir during a heavy downpours at 4.45pm. (Bernama)
Landslides Are Preventable, Says Geo-technical Engineering Authority
KUALA LUMPUR, Dec 8 (Bernama) -- Most landslides are preventable and Malaysia already has the expertise to drastically reduce the frequency of such incidences, says Dr Ir Nehemiah Lee, a geotechnical engineer and authority on reinforced soil techniques.
Geotechnical engineering is a branch of engineering specialising in assessing the stability and strength of soil and rock materials, as well as groundwater conditions.
Dr Lee, who was previously attached to the Drainage and Irrigation Department, said incidences of landslides were known to geotechnical engineers as slope stability problems.
"The question is whether we are willing to channel resources in terms of expert personnel and adequate funding to resolve the problem," he told Bernama, Monday.
Referring to calls for a total blanket ban on hillside development following the landslide at Bukit Antarabangsa here, Dr Lee, who is now managing director of Nehemiah Reinforced Soil Sdn Bhd, a company employing mostly Bumiputera engineers dealing with reinforced soil technology, said it might not be the most appropriate approach to solve the problem.
Dr Lee, who has been invited to speak on the subject at many international conferences, said the continued growth in population and increasing scarcity of flat usable land would continue to exert tremendous pressure to develop on hilly terrain.
"Even if the total ban is implemented, the problems remain because there are existing slopes that are not stable. Moreover, slopes that are steeper than 35 degrees may be safe whilst slopes that are gentler may not be safe," he said.
Dr Lee said the stability of slopes depended on a host of other factors beside slope gradient.
They include rainfall intensity and duration in the locality, the type of soil, the geological formation, the effectiveness of drainage system and the type of vegetation growing on the slope.
"In addition, there is still a small element of uncertainty concerning the unknown and unquantifiable factors that are beyond the state of the art of geotechnical engineering professionals," he said.
Dr Lee proposed that the way forward would be the establishment of a special purpose body solely dedicated to slope safety management in Malaysia.
This body should be manned by experts in geotechnical engineering and complemented by engineering geologists, soil erosion experts, hydrologists, drainage experts, environmentalists, lawyers, policy makers and regulators.
The role of this body will be to regulate and audit the investigation, design, construction, monitoring and maintenance of man-made slopes, which include cut slopes, fill slopes and retaining walls.
Besides its regulatory role, Dr Lee said the body should undertake research and education, including forensic investigation into landslides, which would help enhance understanding of the causes of landslides.
"Public education is also important to develop awareness of risk and importance of slope maintenance among home owners," he stressed.
Dr Lee said the first task of this body would be to work with private home owners' associations and developers to carry out risk assessment of every existing slope in the country that was a potential threat to public safety.
Any slope found to be unsafe should be strengthened to the required level of safety while any defects and deficiencies in the drainage system should be readily rectified, he said.
As for new hillside development, Dr Lee said this body should rigorously scrutinise the design, construction and maintenance of man-made slopes within the development to ensure compliance with the highest standard of engineering practice.
Above all, he felt that this body should also be vested with statutory powers to approve or reject any new hillside development so that no town council or municipality would issue a certificate of fitness unless prior approval was obtained from it.
Dr Lee hoped incidences of landslide would be greatly reduced with the setting up of the body and that sustainable, environment-friendly development on hilly terrain could continue unimpeded.
10 Hari Untuk Ketahui Sama Ada Kawasan Bukit Antarabangsa Selamat Atau Tidak, Kata MB SelangorKUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Jabatan Kerja Raya (JKR), Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) serta pakar geologi yang ditugaskan memantau kawasan Bukit Antarabangsa dan sekitarnya memerlukan tempoh 10 hari untuk membuat kajian bagi memastikan sekiranya kawasan itu selamat untuk didiami.
"Walaupun dalam keadaan hujan dan berisiko lebih tinggi, pihak berkenaan menyatakan bahawa 10 hari adalah tempoh masa yang munasabah untuk mereka menyediakan jawapan sama ada kawasan ini berisiko atau tidak," kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini beliau berkata JKR, Ikram serta pakar geologi itu sudah memulakan kajian mereka hari ini dengan menempatkan pelbagai peralatan mereka di kawasan berkenaan.
Katanya bagi tempoh jangka panjang, kerajaan Selangor akan mengarahkan supaya pemantauan dibuat di seluruh penempatan berhampiran lereng bukit, terutama di sekitar Kajang dan Hulu Selangor.
Beliau berkata hasil pemantauan yang mengambil masa tidak lebih daripada tiga bulan itu akan didedahkan kepada penduduk di kawasan tersebut, di mana penduduk akan dimaklumkan mengenai tahap risiko kediaman mereka serta bagaimana cara mengatasinya.
Kejadian tanah runtuh awal pagi Sabtu lepas yang mengakibatkan 14 buah banglo Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa tertimbus sehingga kini mengakibatkan empat orang terbunuh.
Ulasan Exco Perumahan Selangor di SINI
Aktiviti Exco Pendidikan pada 22/09/08: Menghadhiri Majlis Berbuka Puasa bersama MB dan Mahasisiwa Selangor
Majlis di atas telah diadakan di Kediaman YAB Dato' MB Selangor. Wakil-wakil perasatuan Mahasiswa Selangor serta Majlis Perwakilan Pelajar telah menerima sumbangan dari kerajaan Selangor.


PENYAMPAIAN BANTUAN BENCANA KEPADA MANGSA RIBUT DAERAH KLANG OLEH YAB MB SELANGOR
Majlis di atas telah diadakan di Dewan Orang Ramai Telok Gadong pada pagi 06hb September 2008 yang telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor. Turut hadhir ialah YB Rodziah, Exco Wanita, Kebajikan, Sains dan Innovasi negeri Selangor, yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang, Tuan Pegawai daerah Klang dan Pengarah Lembaga Zakat Selangor (LZS). Pihak penganjur majlis ialah Pejabat Daerah Klang.