Pray For MH370

Pray For MH370

DR FUAD YEO ABDULLAH: TAHNIAH TERIMA ANUGERAH SAUDARA MUSLIM CEMERLANG

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang buat Timbalan Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA), Dr Muhammad Fuad YeohKeat Hean Abdullah.
Sedikit biodata Dr Fuad:

Dilahirkan di Setiawan Perak dan mendapat pendidikan di STAR Ipoh sehingga tingkatan Enam sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Menerima hidayah di UK meskipun mengambil mata pelajaran pendidkan Islam dari Kelas Peralihan hingga ke Tingkatan Lima.

Berjaya memperolehi M. Phil dalam bidang fibreOptic dan pulang ke Malaysia untuk bertugas di Syarikat Sapura. Melanjutkan pelajaran ke UK dan Jordan dalam bidang Agama Islam. Memperolehi Ph.D dari UKM.

Dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah IKIM dan lain-lain.

Galeri Foto Masjid Di Negara China

Masjid Cina dipertimbang

Oleh Hazirah Che Sab

zeehan@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Kerajaan menimbang cadangan pembinaan masjid berasaskan budaya dan landskap masyarakat Cina yang boleh dijadikan pangkalan golongan itu yang beragama Islam, melakukan dakwah serta menggerakkan aktiviti mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata sama seperti Masjid Keling, Pulau Pinang, ia mengumpul penganut Islam berketurunan Cina dan badan bukan kerajaan untuk memantau serta membantu saudara baru.

“Islam adalah nikmat yang diturunkan untuk seluruh umat manusia, bukan untuk satu kelompok. Ia diwahyukan untuk semua golongan tanpa mengira latar belakang, keturunan atau budaya. Kita mungkin berbeza warna kulit, keturunan dan budaya tetapi disatukan dalam satu akidah.

“Justeru, konvensyen ini memperkasakan hala tuju kita semua tanpa mengira seorang Islam yang mewarisi hidayah ini atau yang baru semalam memeluk agama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Saudara Muslim peringkat kebangsaan 2009 di sini, semalam. Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz.

Jamil Khir turut menyampaikan Anugerah Khas Saudara Muslim Cemerlang 2009 kepada isteri bekas Perdana Menteri, Tun Jeanne Abdullah dan Anugerah Saudara Muslim Cemerlang kepada Timbalan Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia, Dr Muhammad Fuad Yeoh Abdullah dan pendakwah bebas, Kamarudin Abdullah, bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

Konvensyen dihadiri 1,500 saudara Muslim itu dianjurkan bersama Jakim dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama majlis dan jabatan agama Islam negeri.

Pada ucapan penghargaannya, Jeanne yang berketurunan Portugis-Eurasian dan menerima hidayah Islam ketika berumur 24 tahun pada 1977 berkata, beliau sememangnya bahagia menjadi seorang Muslim.

“Ia agama yang indah yang mengajar kita untuk merendah diri dan menghormati serta mengasihani antara satu sama lain tidak kira siapa pun mereka,” katanya.

Beliau turut menyarankan Jakim berusaha menarik minat golongan muda mendekati agama dengan cara disenangi mereka.

“Dakwah perlu menggunakan pendekatan lebih lembut supaya masyarakat amnya dan orang bukan Islam khususnya memahami Islam itu indah, mudah diamalkan dan sesuai dengan naluri semula jadi manusia,” katanya.

Read More “DR FUAD YEO ABDULLAH: TAHNIAH TERIMA ANUGERAH SAUDARA MUSLIM CEMERLANG”  »»

AWAS SEMUA ADUN PAKATAN PASTIKAN PENYATA KEWANGAN SERTA LAPORAN KEWANGAN KEMASKINI

TRUTH FOR TEO BENG HOCK (T4TBH) yang merupakan satu blog khas dedikasi buat mendiang Teoh tetapi cuba mengaitkan ADUN serta Exco DAP dalam tulisannya. "Lead " in disambut oleh SPRM. Sila lihat laporan akhbar Utusan Malaysia.

Seorang pelawat di Malaysian Insider telah membuat analisis antara laporan YB Ronnie Liu di Blognya dengan apa yang didakwa oleh penulis blog T4TBH dalam pernyataan perbelanjaan bagi tahun 2008.

Saudara ambil satu tarikh di laporan Ronnie dan bandingkan dengan tarikh yang sama pada laporan T4TBH blog.

Ikuti pendedahan BrightEyes di bawah.

written by BrightEyes, July 24, 2009



Looks like BN is so desperate they now start tossing bullcrap and faking evidence without bothering to research first...

First, lets go here:



http://tinyurl.com/nc3nx8

It claims Ronnie is the ADUN for Sg. Pelek. Ronnie Liu is the ADUN for N47 Pandamaran. The Sungai Pelek rep is an MCA guy named Yap Ee Wah. Did a pro-BN cyber agent accidently commit some friendly fire... er... collateral damage?

FYI, Ronnie (ADUN N47 Pandamaran) has documented the expenses in his own site, in a posting dated Oct 08 (need MS word to view spreadsheet):

For Pandamaran (his area):
http://colour-blind.org/wordpress/?p=831

For Sg. Pelek (Yap Ee Wah-BN MCA):
http://colour-blind.org/wordpress/?p=840

Compare the details of the Sungai Pelek spreadsheet above with this one from the conspiracy site:
http://tinyurl.com/knuqao

Another column is just added with Wong Chuan How's name filled in...

Read More “AWAS SEMUA ADUN PAKATAN PASTIKAN PENYATA KEWANGAN SERTA LAPORAN KEWANGAN KEMASKINI”  »»

SIAPA YANG AKAN HORMAT TUGU PADA HARI PAHLAWAN

Idham Lim yang juga bekas penganut Buddha menjelaskan, " amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa Cina turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung di mana-mana masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual di masjid,"

“Songkok Melayu ni kalau pergi ke Bombay atau Madras semua Hindu pakai songkok. Songkok Melayu ini bukan datang daripada Melayu" menurut Mursyidul Am PAS.
(fOTO kanan: Laksamana Cheng HO)
“Bagaimana Nabi menulis surat kepada raja kafir menggunakan ayat al-Quran tetapi tiba-tiba kita kata tak boleh Cina baca ayat al-Quran. Ini benda pelik,” kata beliau nya.

*Bukan majlis berkabung (harakahdaily)


*Meragui tidak sama dengan haram
(Sinar Harian Online)


Bukan majlis berkabung - Khalil Idham Lim


PARIT BUNTAR, 23 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS negeri yang juga Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin adalah majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pensyarah Jabatan Fiqh Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Gambar tersebut dan majlis menyalakan lilin itu diadakan semasa sesi sidang media 17 Julai lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.

Sidang media itu dianjurkan Sekretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dan pemimpin parti.

Idham Lim yang juga bekas penganut Buddha menjelaskan, amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan.

"Saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China.

"Sebab itulah jika kita berkunjung di mana-mana masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual di masjid," katanya.

Beliau yang memeluk Islam ketika berusia 23 tahun berkata, di negeri China para imam, ahli jawatankuasa masjid dan umat Islam akan berbaris masuk ke dalam masjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir raya.

"Sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang, colok itu ditinggalkan di luar. Saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini sebagai bukti," ujarnya.

Menurutnya, beliau dan Nizar bersama Adun Pakatan Rakyat yang lain memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media tersebut dan bukannya bertafakur seperti diminta.

"Sebelum ini sudah banyak kawan-kawan bukan muslim yang menghormati upacara membaca doa dalam pelbagai majlis," jelasnya.

Idham Lim turut mempersoalkan motif isu itu diperbesarkan tetapi di dalam masa yang sama persoalan asal yang lebih besar iaitu tindakan meragut nyawa manusia yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan.

"Saya bimbang pihak berkenaan hanya berani berkokok dalam isu ini tetapi apabila melibatkan pemimpin Umno, golongan ini tidak bersuara menegur," katanya kesal.

Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam wajib ditegur tetapi golongan tersebut hanya berdiam diri.

"Antaranya adalah upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara yang telah difatwakan haram (oleh Majlis Fatwa Kebangsaan), kenapa golongan tersebut tidak berani menegur," katanya.

Beliau berharap penjelasan ini dapat meredakan suasana resah yang sengaja ditimbulkan golongan tertentu khususnya Umno bagi mengelirukan rakyat.

Baru-baru ini Adun Pangkor, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataannya di sebuah akhbar menggesa Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 'mengeluarkan fatwa' berhubung tindakan Nizar menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati Beng Hock.Johari Johari Jaafar/tajdid/harakahdaily
====================================================================


Meragui tidak sama dengan haram

KOTA BHARU - Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin di Ipoh, Jumaat lalu walaupun Dewan Ulama Pas meragui perbuatan itu.

“Dewan Ulama Pas hanya meragui tapi ia tak sama dengan haram. Macam saya, selalu orang Hindu jemput saya pergi ke majlis mereka. Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.

“Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kelantan 2009, di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, semalam.

Beliau berkata, tindakan meniup lilin merupakan satu simbolik untuk umur dan ia merupakan perkara biasa yang sudah merebak ke dalam budaya masyarakat di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menyifatkan penyertaan Mohammad Nizar pada majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu sebagai meragukan.

Nik Abdul Aziz merupakan pemimpin kedua Pas yang mempertahankan tindakan Mohammad Nizar selepas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa yang turut mempertahankan tindakan itu dengan alasan ia tidak menyalahi ajaran Islam kerana ia sekadar tanda bantahan terhadap kejadian yang menimpa Beng Hock.

“Sebelum ini masyarakat sibuk, duduk bising fasal pemimpin Cina DAP membaca al-Quran. Sibuk kata haram. Jadi saya jawab, Nabi Muhamad SAW sewaktu dia menulis surat kepada raja dia menulis ayat al-Quran.

“Bagaimana Nabi menulis surat kepada raja kafir menggunakan ayat al-Quran tetapi tiba-tiba kita kata tak boleh Cina baca ayat al-Quran. Ini benda pelik,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, masalah ini sengaja diuar-uarkan oleh golongan yang tidak terdedah kepada politik.

“Kalau begitu kita naik motokar sekarang tak boleh juga, itu akan dikaitkan dengan Inggeris. Teruk sangatlah begitu.

“Songkok Melayu ni kalau pergi ke Bombay atau Madras semua Hindu pakai songkok. Songkok Melayu ini bukan datang daripada Melayu tetapi mari (datang) daripada Hindu. Teruk kalau kita tidak mengikut politik,” katanya.

Sinar Harian

Read More “SIAPA YANG AKAN HORMAT TUGU PADA HARI PAHLAWAN”  »»

PROGRAM "SUNTIK IMAN DAN TAKUTKAN DOSA" UNTUK PEMIMPIN UMNO

300 Pemimpin Umno Perintis Program "Suntik Keyakinan Baru"

PUTRAJAYA, 23 Julai (Bernama) -- Seramai 300 pemimpin Umno pelbagai peringkat akan menjadi perintis program latihan dan motivasi yang bertujuan menyuntik .......

Berita Penuh di SINI

Read More “PROGRAM "SUNTIK IMAN DAN TAKUTKAN DOSA" UNTUK PEMIMPIN UMNO”  »»

ULAR DI DEWAN UNDANGAN NEGERI ORISSA INDIA

Anjing terpaksa di bawa masuk ke dalam Dewan Undangan ketika persidangan sedang berlangsung kerana Ahli Dewan panik apabila seekor ular ditemui dalam Dewan.


A snake on the loose has brought panic to the legislative assembly of the Indian state of Orissa.

The assembly had to be adjourned for the day and legislators rushed outside after a cleaner spotted the reptile inside the assembly building.

Forest officials, policemen, sniffer dogs and workers on a snake helpline have been scouring the assembly but the search has so far proved futile.

A member of the search team said it was possible the snake had already left.

A cleaner saw the snake, believed to be a cobra, an hour-and-a-half before assembly proceedings were to begin.

After the cleaner raised the alarm, assembly members rushed out of the building in panic.

A 40-member search team, including forest department officials, policemen with sniffer dogs and workers at a local snake helpline looked for the elusive serpent.

"I hope the snake is found soon. And the democratic work of the legislature continues normally," state Chief Minister Naveen Patnaik said.

Video HERE

At around 5pm [1130GMT], the assembly was adjourned for the day.

One man engaged in the search said it was possible the snake had already slithered out.

In 2006 snake charmers in the state had threatened to unleash snakes inside the assembly unless their demand for lifting a ban on snake charming was met.

Correspondents say it is unlikely that the charmers had a role in Thursday's incident.

But the Orissa state assembly is no stranger to disrupted proceedings.

In the past the legislators have been responsible for disturbances by hurling footwear, breaking microphones and playing musical instruments.

More Snake Stories in Legislative Assembly

Snake causes stir in Uganda court

Read More “ULAR DI DEWAN UNDANGAN NEGERI ORISSA INDIA”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com