Dialog itu penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung ajaran Islam sebenar bila berdepan dengan isu-isu berkaitan antara-agama.
Selama ini, dialog antara agama dikira perkara "sensitif" dan perlu dielakkan. UMNO tidak pernah menerangkan kepada sekutunya dalam Barisan Nasional. Jika mendatangkan manfaat dan pulangan ekonomi kepada mereka seperti sistem perbankan tanpa faedah, bersungguh-sungguh benar mereka membuat penerangan.
Tidak cukup sekadar wujud kaunter SPTF, malah namapun bertukar.
Contohnya bank seperti OCBC sanggup menukar namanya kepada OCBC Al Amin, CIMB bertukar kepada CIMB Islamic, Maybank Islamic.
PAS kesal serangan gereja, sedia berdialog
SHAH ALAM, 9 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sekali lagi melahirkan kekesalan berhubung isu serangan ke atas beberapa buah gereja yang belaku kelmarin.
Bercakap pada sidang media selepas merasmikan program Taklimat Isu-isu penerangan PAS Pusat di sini, beliau memberitahu, lebih menyedihkan jika perkara tersebut dilakukan orang Islam sendiri.
Tegasnya Islam menghormati penganut agama lain termasuk rumah-rumah ibadat mereka walaupun dalam keadaan peperangan.
"Bila Islam diceroboh, berlaku peperangan, namun dalam peperangan sekalipun gereja perlu dipelihara," katanya.
Walaubagaimanapun beliau yakin isu penggunaan kalimah Allah ini mampu diselesaikan dengan mengadakan dialog antara agama.
Dialog itu penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung ajran Islam sebenar berdepan isu-isu berkaitan agama.
"PAS sedia berdialog, menghadiri majlis-majlis memberi kefahaman kepada rakyat," katanya.
Beliau juga meminta ruang media diberikan kepada PAS bagi tujuan tersebut.
Apa yang berlaku katanya, kerana selama ini penyebaran ajaran Islam itu sendiri telah dikongkong.
"Saya yakin isu ini dapat diselesaikan dengan elok, syaratnya jangan ada yang tidak ikhlas untuk menangguk di air yang keruh, untuk dapat sokongan," katanya lagi.
Dalam hal ini katanya, PAS tidak melihat kepada sokongan rakyat, namun apa yang penting adalah kewajipan PAS untuk menjelaskan sesuatu yang benar dan betul tentang ajaran agama kepada masyarakat.
"Saya anggap ada pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan isu ini dan mengambil kesempatan dan meniupkan api supaya membakar," katanya.
Kalimah Allah juga jelasnya kalimah yang benar, tetapi telah dihuraikan cara mencapai matlamat yang salah oleh pihak-pihak tertentu.
Ditanya sama ada PAS kan mengambil tindakan jika ahlinya didapati terlibat dengan demonstrasi isu kalimah Allah semalam, beliau menjelaskan PAS tidak sampai berbuat begitu namun telahpun menasihatkan ahlinya supaya tidak terlibat dengan mana-mana bantahan isu itu.
Namun jika ahli PAS didapati terlibat dengan insiden serangan ke atas gereja, PAS katanya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan seperti diperuntukkan perlembagaan parti.
Nazri Abdullah/harakahdaily
SELAMA INI WAJAH SEBENAR ISLAM DISEMBUNYIKAN OLEH UMNO
SYABAS TUN ABDULLAH (dwibahasa)
Tahmid. Semoga aliaran atau fahaman Islam Hadhari terkubur. Cabaran utama kepada ulama datang dari kumpulan berpendidikan tinggi kerana mereka adalah golongan yang menagih penerangan rasional kepada hampir semua perkara. Mereka ini bukan golongan taqlid yang mengikut sesuatu tanpa kajian serta usul periksa.
Ulama Diseru Beri Penjelasan Mengenai Sesuatu Keputusan
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ulama diseru supaya menjelaskan dalil, sandaran atau kaedah bagaimana keputusan atau pendapat mereka mengenai sesuatu hukum atau isu berkaitan Islam dicapai, bagi mengelakkan kecelaruan di kalangan masyarakat.
Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata banyak isu dalam masyarakat yang menagih penjelasan daripada golongan bijak pandai agama seperti isu kalimah Allah, yoga, ajaran sesat, fahaman syiah, anti mazhab dan anti ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Fenomena ini boleh dilihat, contohnya melalui pewartaan dan penerbitan fatwa-fatwa yang selalunya tanpa penerangan dan keputusan-keputusan mahkamah syariah yang seringkali tidak disusuli dengan penghakiman bertulis, yang menjelaskan alasan-alasan atau rasional penghakiman secara terperinci," katanya dalam ucapan semasa merasmikan Seminar Taqlid, Ijtihad dan Tafliq di sini Khamis.
Bekas perdana menteri itu berkata majoriti anggota masyarakat bukan pakar dalam hal-hal syariah dan agama dan mereka boleh dikategorikan kepada dua kumpulan, iaitu golongan yang tidak berpelajaran secara formal dan kelompok yang berpendidikan tinggi.
"Dalam kehidupan beragama, cabaran utama datang dari kumpulan kedua kerana mereka adalah golongan yang menagih penerangan rasional kepada hampir semua perkara.
"Keadaan ini yang menjadi cabaran paling hebat bagi golongan ulama kerana jika fatwa mereka tidak meyakinkan, perbalahan dan perpecahan dalam masyarakat boleh berlaku," katanya.
Beliau berkata pendekatan yang perlu diambil bagi menangani masalah itu ialah menerima 'ijtihad' sebagai kaedah untuk menghadapi penyelesaian dan keputusan kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam.
'Ijtihad' bermaksud mengerah segala tenaga dan fikiran untuk menyelidiki dan mengeluarkan hukum-hukum yang terkandung dalam Al-Quran dengan syarat-syarat tertentu.
Abdullah juga berkata kewibawaan undang-undang syariah bergantung kepada intergriti dan kemampuan ijtihad masyarakat Islam.
"Kita perlu mengakui bahawa syariah bukan suatu perundangan Islam yang jumud. Syariah mesti terus berkembang dan berkemampuan untuk menentukan hukum-hukum yang berkaitan dengan kehidupan ummah dalam semua bidang.
"Para ulama perlu bersedia menghadapi cabaran baru sekarang. Fahaman ajaran Islam perlu ditingkatkan dan diperluaskan di peringkat persekolahan hingga ke peringkat pengajian tinggi," katanya.
Selain itu beliau juga berkata media perlu memainkan peranan dengan memberi penjelasan terbaik agar tidak memburukkan lagi kekeliruan dalam masyarakat.
Seminar tiga hari itu antara lain bertujuan memberi kefahaman mengenai konsep taqlid, ijtihad dan talfiq serta istilah lain berkaitan, di samping meningkatkan kefahaman mengenai objektif undang-undang Islam.
Sepanjang seminar itu, 300 peserta dari seluruh negara dijangka menghadiri pembentangan kertas kerja oleh ahli akademik terkemuka negara.
-- BERNAMA
Explain decisions and rulings, ulama urged
KUALA LUMPUR (Nov 12, 2009): Ulama have been urged to explain the reasons, guidelines or methods used in making decisions or opinions on religious rulings or issues to avoid public confusion.
Institute of Islamic Understanding (Ikim) chairman Tun Abdullah Ahmad Badawi said many issues in society were in dire need of explanations by the religious experts such as the use of the word Allah, yoga, deviant teachings, Syiah doctrine, anti-mazhab (anti-sect) and anti-Sunnah Wal Jamaah (anti-Sunni Islam).
"This phenomenon exists because the edicts gazetted and published are not always accompanied by explanations, while the decisions made by the syariah courts are often without written judgments which explain the reasons or rationale," he said when opening the Taqlid (imitation), Ijtihad (endeavour of making a religious decision by independent interpretation of the Quran andHadith) and Talfiq (deception) seminar here today.
Abdullah said the majority in society were no experts in syariah law and religious matters, and they could be categorised as the less educated and highly educated.
He said the biggest challenge was dealing with the less educated, especially those without formal education, who required rational explanations on almost all matters.
"It is especially an awesome challenge for the ulama group because if their fatwa (edicts) are not convincing, there can be conflicts and disunity in society," he said.
To address the problem, the best approach would be ijtihad, and the sanctity of syariah law depended on the integrity and ijtihad capability of the Muslim community.
"We have to acknowledge that syariah law is no conservative law. Syariah must continue to grow and be able to determine the rules which govern our lives as Muslims and in all fields," he said.
Abdullah said the ulama group must also be prepared to face new challenges.
"Islamic understanding must be expanded and enhanced from the school level up to the tertiary level," he said.
He said the media also had a role to play in providing the best explanations on religious matters and not add to the confusion in society.
The three-day seminar, attended by about 300 participants, is to provide understanding of the concepts of taqlid, ijtihad, talfiq and related terms, besides the Islamic law objectives.
Bernama
SIAPA YANG AKAN HORMAT TUGU PADA HARI PAHLAWAN
Idham Lim yang juga bekas penganut Buddha menjelaskan, " amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa Cina turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung di mana-mana masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual di masjid,"
“Songkok Melayu ni kalau pergi ke Bombay atau Madras semua Hindu pakai songkok. Songkok Melayu ini bukan datang daripada Melayu" menurut Mursyidul Am PAS.
(fOTO kanan: Laksamana Cheng HO)
“Bagaimana Nabi menulis surat kepada raja kafir menggunakan ayat al-Quran tetapi tiba-tiba kita kata tak boleh Cina baca ayat al-Quran. Ini benda pelik,” kata beliau nya.
*Bukan majlis berkabung (harakahdaily)
*Meragui tidak sama dengan haram (Sinar Harian Online)
Bukan majlis berkabung - Khalil Idham Lim
PARIT BUNTAR, 23 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS negeri yang juga Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin adalah majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pensyarah Jabatan Fiqh Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.
Gambar tersebut dan majlis menyalakan lilin itu diadakan semasa sesi sidang media 17 Julai lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.
Sidang media itu dianjurkan Sekretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dan pemimpin parti.
Idham Lim yang juga bekas penganut Buddha menjelaskan, amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan.
"Saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China.
"Sebab itulah jika kita berkunjung di mana-mana masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual di masjid," katanya.
Beliau yang memeluk Islam ketika berusia 23 tahun berkata, di negeri China para imam, ahli jawatankuasa masjid dan umat Islam akan berbaris masuk ke dalam masjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir raya.
"Sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang, colok itu ditinggalkan di luar. Saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini sebagai bukti," ujarnya.
Menurutnya, beliau dan Nizar bersama Adun Pakatan Rakyat yang lain memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media tersebut dan bukannya bertafakur seperti diminta.
"Sebelum ini sudah banyak kawan-kawan bukan muslim yang menghormati upacara membaca doa dalam pelbagai majlis," jelasnya.
Idham Lim turut mempersoalkan motif isu itu diperbesarkan tetapi di dalam masa yang sama persoalan asal yang lebih besar iaitu tindakan meragut nyawa manusia yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan.
"Saya bimbang pihak berkenaan hanya berani berkokok dalam isu ini tetapi apabila melibatkan pemimpin Umno, golongan ini tidak bersuara menegur," katanya kesal.
Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam wajib ditegur tetapi golongan tersebut hanya berdiam diri.
"Antaranya adalah upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara yang telah difatwakan haram (oleh Majlis Fatwa Kebangsaan), kenapa golongan tersebut tidak berani menegur," katanya.
Beliau berharap penjelasan ini dapat meredakan suasana resah yang sengaja ditimbulkan golongan tertentu khususnya Umno bagi mengelirukan rakyat.
Baru-baru ini Adun Pangkor, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataannya di sebuah akhbar menggesa Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 'mengeluarkan fatwa' berhubung tindakan Nizar menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati Beng Hock.Johari Johari Jaafar/tajdid/harakahdaily
====================================================================
Meragui tidak sama dengan haram
KOTA BHARU - Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin di Ipoh, Jumaat lalu walaupun Dewan Ulama Pas meragui perbuatan itu.
“Dewan Ulama Pas hanya meragui tapi ia tak sama dengan haram. Macam saya, selalu orang Hindu jemput saya pergi ke majlis mereka. Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.
“Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kelantan 2009, di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, semalam.
Beliau berkata, tindakan meniup lilin merupakan satu simbolik untuk umur dan ia merupakan perkara biasa yang sudah merebak ke dalam budaya masyarakat di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menyifatkan penyertaan Mohammad Nizar pada majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu sebagai meragukan.
Nik Abdul Aziz merupakan pemimpin kedua Pas yang mempertahankan tindakan Mohammad Nizar selepas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa yang turut mempertahankan tindakan itu dengan alasan ia tidak menyalahi ajaran Islam kerana ia sekadar tanda bantahan terhadap kejadian yang menimpa Beng Hock.
“Sebelum ini masyarakat sibuk, duduk bising fasal pemimpin Cina DAP membaca al-Quran. Sibuk kata haram. Jadi saya jawab, Nabi Muhamad SAW sewaktu dia menulis surat kepada raja dia menulis ayat al-Quran.
“Bagaimana Nabi menulis surat kepada raja kafir menggunakan ayat al-Quran tetapi tiba-tiba kita kata tak boleh Cina baca ayat al-Quran. Ini benda pelik,” katanya.
Sehubungan itu beliau berkata, masalah ini sengaja diuar-uarkan oleh golongan yang tidak terdedah kepada politik.
“Kalau begitu kita naik motokar sekarang tak boleh juga, itu akan dikaitkan dengan Inggeris. Teruk sangatlah begitu.
“Songkok Melayu ni kalau pergi ke Bombay atau Madras semua Hindu pakai songkok. Songkok Melayu ini bukan datang daripada Melayu tetapi mari (datang) daripada Hindu. Teruk kalau kita tidak mengikut politik,” katanya.
Sinar Harian
FIKRAH HARUSSANI UNTUK KAJIAN UMUM
Bagi mereka-mereka yang mahu dan mampu berfikir secara rasional dalam memikirkan ayat-ayat ALlah serta peringatan AlQuran secara total, bukan secara berpilih.
"Apakah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan kufur kepada sebahagian yang lain" Al Baqarah: 85
MINGGUAN: Apa pandangan Tan Sri berhubung kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan, yang sekali gus menggagalkan usaha untuk menyatukan umat Islam di dalam UMNO dan Pas?
HARUSSANI: Sebagai orang Islam kita berpegang kepada Rukun Iman dan salah satunya ialah percaya kepada Allah, yang bererti kita mengucap dua kalimah syahadah, apabila kita mengucap dua kalimah syahadah kita masuk kumpulan muslim.
Apabila kita sudah masuk dalam kumpulan muslim, Allah sudah 'ikat' kita melalui firman-Nya dalam surat al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang Muslim itu adalah bersaudara kerana ini damaikanlah antara keduanya saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat-Nya."
Manakala Rasulullah SAW pula pernah bersabda bahawa, orang muslim itu adalah saudara bagi orang muslim yang lain, kemudian Nabi kata, siapa sebenarnya orang muslim itu, orang-orang muslim yang selamat daripada keburukan lidahnya dan keburukan tangannya. Maka itu Rasullullah sendiri dalam membentuk ajaran Islam baginda mempersaudarakan orang Islam.
Maknanya, itulah perjuangan utama kita iaitu mesti mempersaudarakan sesama orang Islam. Ia adalah perbuatan yang sebagaimana dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya bermaksud: … dan peliharalah hubungan silaturrahim… (an-Nisa': 1).
Oleh itu, kalau kita memecah belah orang Islam itu bukan ajaran Islam, itu ajaran syaitan. Tuhan sudah sebut bahawa syaitan itu bertujuan untuk membangkitkan di antara kamu permusuhan dan pergaduhan. Jadi pada saya, perpaduan itu adalah sesuatu yang cukup mustahak, perkara pokok yang wajib kita usahakan dalam apa bentuk pun. Berdasarkan kepada hujah itu, saya berpendapat, idea kerajaan perpaduan adalah satu idea yang cukup baik dan saya amat bersetuju dengan langkah tersebut.
Kalau kita lihat pada waktu ini, apabila orang Islam berpolitik, mereka berpecah sesama mereka. Ini berbeza dengan kaum lain, orang Cina contohnya, mereka pun berpolitik tetapi walaupun berada dalam parti yang berbeza-beza, mereka bersatu, ertinya mereka berpecah untuk mendapatkan sesuatu sedangkan kita berpecah untuk menghilangkan sesuatu.
Mereka (orang Cina) berpecah supaya banyak suara atau banyak jurusan bagi membolehkan mereka menuntut sesuatu demi kepentingan bangsa mereka, begitu juga dengan kaum India, mereka berpecah supaya mereka mempunyai banyak jalan bagi menyuarakan tuntutan atau pandangan. Tetapi bagaimana dengan orang Melayu? Kita memaki hamun sesama kita dan berpatah arang, berkerat rotan. Ini adalah satu perbuatan yang cukup buruk sekali. Ini bukan daripada etika Islam bahkan ia etika syaitan. Maka itu saya cukup kecewa apabila orang Islam sendiri menolak perpaduan dan lebih mementingkan perpaduan dengan bangsa asing daripada bersama orang Melayu.
Kita jangan lupa kedudukan Melayu dalam negara ini, hanya berapa peratus sahaja. Mungkin kalau kita bandingkan dari segi pecahan Islam dan bukan Islam, mungkin 50-50. Ia bermakna kalau kita berpecah suara kita menjadi minoriti, jadi bila kita hendak berjaya?
Dalam masa 18 tahun kebelakangan ini, ekonomi orang Melayu tidak bergerak, kaum Cina meningkat kepada 42 peratus, India (35 peratus), orang Melayu sudah 18 tahun tidak meningkat. Dalam 18 tahun itu juga, orang India yang sebelum ini berada di bawah orang Melayu kini naik mengatasi orang Melayu, kaum Cina yang sudah tinggi, kini melonjak, orang Melayu ketinggalan di belakang. Oleh itu, kalau kita berpecah lagi, keadaan umat Islam akan menjadi bertambah buruk. Allah sudah menyatakan perkara ini dalam al-Quran melalui firman-Nya yang mengingatkan kita bahawa jangan kamu berpecah, kamu akan gagal dalam hidup ini. Akan hilang wibawa kamu dalam masyarakat. Itu Tuhan sudah sebut terang-terang, kenapa kita memilih jalan perpecahan, ini yang saya paling kecewa.
Tetapi Pas tidak mahu bekerjasama dengan UMNO kerana mendakwa pernah ditipu suatu ketika dahulu, apakah ini wajar?
HARUSSANI: Tak kan kerana perkara itu, ia tidak boleh dimaafkan? Kalau itu satu pengalaman tidak bolehkah kita baikinya supaya tidak berulang? Kita sudah ada perjanjian bagi memastikan perkara itu tidak berlaku lagi. Anak kita pun kadang-kadang buat salah dengan kita tetapi kenapa kita boleh makan bersama semula dan boleh beri nasihat? Allah pun menyeru memohon keampunan kepada-Nya dan menyuruh kita bermaaf-maafan.
Jadi tak kanlah hanya kerana satu peristiwa itu, kita hendak menjadikan sandaran, apakah kita hendak hancur? Ini yang menjadi masalah. Atau kita hendak pakai juga pepatah, biar papa asal bergaya? Maknanya kita jadi hero tetapi kita kalah, kita kecundang, apa gunanya semua itu.
Saya tidak peduli, apa pun orang nak tuduh bila saya bercakap macam ini. Di Kuala Lumpur, orang-orang muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) kata Mufti Perak sudah masuk UMNO, saya tidak pernah masuk mana-mana parti , UMNO pun tak suka saya.
Kalau UMNO tidak betul, UMNO saya 'bantai', kalau raja tak betul, raja saya 'hentam' saya nak kisah apa. Malah suatu masa dulu, Suharto ketika minum bersama saya, bila dia cakap tak betul dari segi hukum berkaitan faedah (bunga) bank, saya tegur. Pada hal seluruh ulama Indonesia sentiasa menyokong apa sahaja yang beliau kata, tetapi saya tidak.
Masalahnya apabila seseorang bertaraf Mursyidul Am dalam Pas bercakap, orang lebih mempercayai kata-katanya biarpun dia mengecam sesama Islam.
HARUSSANI: Kita pun tidak menafikan perangai pemimpin UMNO dahulu, sombong dan berlagak, tetapi sekarang sudah ada kesedaran berhubung kesilapan yang dilakukan. Tetapi kalau kita masih dengan hujah masing-masing, itulah masalahnya. Kita sudah tengok kaum India yang merupakan kelompok kecil sudah mempunyai suara yang cukup kuat tetapi kita semakin lemah kerana berpecah.
Bagaimanakah kita hendak satukan orang Melayu, kalau penyokong parti masing-masing terus mengamalkan politik sempit?
HARUSSANI: Kita lupakan soal politik, kita balik kepada agama kita, balik kepada Tuhan kerana Islam menyuruh kita bersatu kerana kita bersaudara sesama Islam, haram memutuskan silaturahim. Kembalilah kepada ajaran Islam jangan terlalu banyak politiking.
Kita berpolitik dengan tujuan mentadbir negara sahaja, bukan untuk berkelahi sesama kita, tetapi malangnya apa yang berlaku sekarang apabila orang Melayu kita masuk politik mereka menjadi taksub. Apabila bersikap demikian maknanya orang lain tak betul dia sahaja yang betul.
Contohnya, krisis politik di Perak, apabila pakatan pembangkang membawa kes itu ke mahkamah, pada mulanya mereka menang, mereka seronok. Kemudian apabila UMNO membuat rayuan dan menang, mereka (pakatan pembangkang) kata ini tidak boleh, ini tidak betul. Persoalannya apakah (keputusan) yang dahulu betul? Tak kan dulu seorang hakim dan sekarang tiga hakim, tiga yang buat salah. Kemudian buat rayuan kepada Mahkamah Agung, lima hakim yang bersidang membuat keputusan yang sama, jadi tak kan kita tidak mahu terima, tak kanlah hakim-hakim itu berat sebelah.
Oleh itu, saya tidak boleh terima tindakan pembangkang tetapi bila saya cakap macam ini mereka kata saya anti Pas, bila keluar kenyataan saya dukacita kerana kerajaan perpaduan gagal, mereka kata patutlah dapat (dianugerah) Tan Sri, sedangkan saya tak tahu fasal 'Tan Sri'. Sebelum ini saya berada di Mekah, balik sahaja ada surat suruh terima, bukan UMNO yang beri tetapi Yang di-Pertuan Agong.
Ada pihak mengkritik meminta Tan Sri jangan campur urusan politik, apa komen Tan Sri?
HARUSSANI: Saya cuba melihat perjalanan politik mereka dan saya lihat ia tidak betul dari segi syarak, itu yang saya tegur. Begitu juga bila UMNO bersikap tidak adil atau sombong, saya akan tegur. Dalam soal Pas, saya pun tahu sikit-sikit fasal hukum Islam, oleh itu apabila apabila saya melihat tindakan mereka menyeleweng daripada hukum syarak, itu saya tegurlah. Tak kanlah kerana itu pun nak suruh saya masuk UMNO.
Memang saya tidak tahu politik, kalau nak suruh cakap fasal politik, saya tak tahu, suruh cakap fasal ekonomi, saya bukan ahli ekonomi. Sebab itulah kebanyakan ustaz-ustaz yang menjadi ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), apabila orang bahas ekonomi, dia tidak boleh bercakap. Golongan ustaz-ustaz ini hanya tahu soal dakwah, tidak tahu fasal politik. Kita perlu faham politik ini harus tahu semuanya.
Sebab itu saya tidak mahu terlibat dalam politik, kalau mahu dah lama saya boleh berbuat demikian. Saya fikir kalau saya jadi ahli Parlimen atau ADUN, jika orang bercakap perkara saya tak tahu, buat apa. Kita tengok dalam Parlimen, apabila bercakap soal agama Islam ia lebih banyak menyentuh soal zakat, wakaf dan urusan pejabat agama, itu sahajakah? Sedangkan banyak lagi perkara yang boleh dibangkitkan, begitu juga ahli UMNO, kalau soal Islam tanya fasal berapa kutipan zakat, sepatutnya tak perlu tanya, itu kita punya.
Adakah dalam soal perpecahan umat Islam ini, para alim ulama harus campur tangan?
HARUSSANI: Selamanya kita sudah memainkan peranan, tiap kali bersyarah saya akan membangkitkan soal perpaduan, soal silaturahim, saya bangkit soal etika permasyarakatan, jangan lupa hukum bermasyarakat kerana kalau kita lupa dan buat silap sikit kita boleh menjadi fasiq, tapi siapa yang peduli?
Ketika memberikan tazkirah sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, semalam (Khamis) saya bercakap sedikit sahaja mengenai sembahyang. Saya tidak kupas berapa rakaat sembahyang, saya tekankan soal firman Allah bahawa sembahyang itu mencegah kamu daripada perbuatan keji dan mungkar. Bila kita sembahyang, pejamkan mata dan cuba lakukan pembetulan dalam diri, apakah kita mempunyai sifat-sifat seperti ego, takbur, sombong, marah, mengumpat orang dengki atau khianat kepada orang lain. Kalau ada sifat itu masa sembahyang kena buang, kalau ada sifat itu ketika sembahyang, maka sembahyang kita tidak terpakai, ini Allah tegaskan dalam Firman-Nya yang bermaksud; Celaka bagi orang yang sembahyang tetapi lari daripada hikmah sembahyang itu sendiri. (al-Maa'uun: 4-5)
Itu semua harus dihapuskan, bila sembahyang lahirlah dia sebagai insan Rabbani. Bila kita tidak ada sifat-sifat tak baik itu, kalau dia menjadi pemimpin ia akan menjadi pemimpin yang adil, pemimpin yang bertimbang rasa, bertanggungjawab dan jujur. Kalau dia seorang bapa dia seorang bapa yang bertanggungjawab, kalau suami dia akan berikan hak kepada isteri dengan sebaik-baiknya, kalau dia isteri dia akan menjaga suami dan anaknya.
Adakah kuasa yang menjadi penyebab atau faktor yang tersirat di sebalik yang tersurat menjadi punca keengganan menjayakan kerajaan perpaduan ini?
HARUSSANI: Jika kuasa menjadi matlamat sampai bila-bila pun perpaduan umat Islam tidak akan dapat dicapai dan pelaksanaan kerajaan perpaduan tidak mampu dilakukan. Sepatutnya, kuasa politik yang kita ada itu digunakan untuk mencapai perpaduan, keadilan dan persaudaraan.
Sebab itulah orang Arab tidak boleh menang melawan Israel. Begitu juga apabila setiap negara mengatakan ia lebih kuat daripada yang lain. Contohnya, Libya dan Mesir, sudah beberapa kali mereka berpecah akibat perbezaan politik. Ia berlaku kerana masing-masing merasakan mereka lebih berkuasa, ini masalahnya.
Kalau kuasa itu menjadi matlamat, maka kita tidak akan berjaya tetapi kalau matlamat kita adalah untuk melahirkan kedamaian, persaudaraan dan keadilan itu maka ia akan berjaya.
Dalam soal ini, kedua-dua parti terlibat, UMNO pun kalau mereka melihat kepada kuasa sahaja, ia tak kan ke mana, saya bukan nak kata kepada Pas sahaja.
Kalau persengketaan ini berterusan apa yang berlaku kepada orang Islam?
HARUSSANI: Jika ini dibiarkan berterusan, orang Islam akan hancur. Bila berpecah, kita akan jadi lemah dan hilang wibawa termasuk kuasa politik. Jika ini berlaku, hancurlah kita, ini yang saya lihat.
Ada bertanya kenapa saya berani bercakap, Saya hanya bercakap yang hak (benar), apa hendak jadi, jadilah. Politik tidak lagi dilihat sebagai alat tetapi bagi mendapatkan matlamat iaitu kuasa, kalau itu tujuannya habislah orang Melayu dan Islam.
Apa yang paling merisaukan ialah keyakinan orang kepada individu bertaraf ulama, akibatnya apa sahaja dia cakap orang akan percaya, biarpun ia boleh memberi kesan yang buruk kepada perpaduan umat Islam, apa komen Tan Sri?
HARUSSANI: Rasulullah pernah mengingatkan takutlah kamu kepada penyelewengan ulama kerana dia mempunyai pengaruh. Tetapi kita sama-sama Islam dan berilmu kita boleh timbang sendiri, jangan kita taksub tak tentu fasal, lepas itu kita gelar orang macam-macam, dari segi syarak itu haram.
Firman Allah: Wahai orang yang beriman, janganlah satu kaum mencela kaum yang lain, boleh jadi mereka yang dicela itu lebih baik daripada yang mencela dan janganlah para wanita mencela wanita yang lain, boleh jadi wanita-wanita itu lebih baik daripada wanita-wanita yang mencela dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk-buruk… (al-Hurujat: 11).
Tetapi apa yang kita lihat ada panggil orang komunis, ayah pin, ini apa? Tambahan pula yang dengar itu pula orang tak tahu. Contohnya seorang doktor bila dia bagi ubat orang percaya, tok bomoh cerita fasal penyakit barah orang terus percaya sebab dia tok bomoh. Pada hal dia pun tak tahu apa-apa.
Islam menerima perbezaan pendapat. Malah al-Quran dalam surah an-Nisa' ayat 59 menjelaskan bagaimana menghadapi perbezaan pendapat. Soalnya, mengapa terdapat parti-parti politik yang terlibat tidak mahu mentaatinya?
HARUSSANI: Dalam ayat itu Allah berfirman yang maksud-Nya, Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan ulil amri, kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.
Sepatutnya, sebagai saudara seagama, kita patuh kepada arahan Allah. Kita juga wajib patuh kepada pemerintah selagi mana tidak diarahkan membuat maksiat. Kalau tidak taat, maka kita durhaka. Sekali pun jika pemimpin itu zalim.
Rasulullah SAW bersabda: Bantulah saudaramu baik yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Baginda ditanya, Kalau yang dizalim kami boleh menolong tetapi bagaimana dengan yang menzalimi wahai Rasulullah? Baginda menjawab, kamu pegang kedua tangannya atau kamu cegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara kita menolongnya.
Sepatutnya hubungan sesama Muslim itu penuh dengan kasih sayang bukannya menyemai sikap benci membenci atau keras. Ingatlah firman Allah yang maksud-Nya: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka (Muslim)…(al-Fath; 29)
Rasulullah SAW bersabda, "Seorang Muslim itu adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya kepada musuh… janganlah kamu saling berhasad dengki, janganlah saling bermusuhan dan janganlah kamu saling menipu… jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara."
Kesimpulannya, bagaimana kita hendak selesaikan kemelut ini?
HARUSSANI: Kalau ulama perlu ambil peranan untuk selesaikannya, kita harus kembali ke pangkal jalan. Asas utama yang perlu adalah perpaduan, silaturahim dan hormat-menghormati. Perseteruan, pecah belah dan persengketaan adalah ajaran syaitan. Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu… (al-Maidah: 9).
PENGANUT ISLAM SEMAKIN JAHIL TENTANG ISLAM SEBENAR
Satu lagi Tindakan tegas Perlu di ambil oleh Pihak Berwajib demi menjaga kesucian ISLAM DI SINI
JABATAN PALING JAHAT AKAN MENJADI JAB PALING JUARA
Jabatan Paling Juara apa agaknya? Ikuti
wawasan KP JPJ Malaysia yang baru seperti yang dilaporkan oleh theStaronline.
Sementara itu,
Tan Sri Dato' Seri Megat Najmuddin (foto di atas)salah seorang anggota Lembaga Disiplin Umno dalam satu kertas kerja di sidang Kemuncak Anti Rasuah bertajuk:
"Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah"
anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia mencadangkan lima langkah membanteras rasuah
(1) mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemberi dan penerima rasuah,
(11) gaji lebih baik untuk kakitangan awam,
(111) kurangkan birokrasi,
(1v) ketelusan dalam penajaan politik
(v) pendidikan yang memberi tumpuan kepada hakikat bahawa rasuah itu adalah satu dosa.
Jika terdapat kajian yang menganjurkan bahawa di sana mesti wujud pendidikan tentang bahaya rasuah kerana ia satu dosa, Kerajaan harus melihat kaedah bagaimana hendak menerapkan konsep "dosa" ke dalam hati sanubari- lubuk jiwa- minda otak penjawat awam serta rakyat biasa.
Setelah beberapa tahun konsep Islam Hadhari diperkenalkan, rakyat khususnya umat Islam semakin jauh sesat dari ajaran Islam yang sebenar. Marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang syumul (lengkap), sempurna (tidak perlu tokok tambah) dan sesuai sepanjang zaman dan tempat.
Program bina insan, kursus BIRO TATANEGARA dan seumpamanya hendaklah dimuatkan dengan ajaran Islam yang asas, bukan diisi dengan modul membenci individu atau parti tertentu, membakar semangat kemelayuan yang mampu menghancurkan roh Islam dan iman para peserta kursus dan akhirnya rugi duniawi ukhrawi.
Posting penuh di SINI
Cleaning Up JPJ (foto Ketua Pengarah JPJ Dato Solah)
More Feedback Less Grafts
Positive Response From Industry Players and Public
When Gifts No Longer become Gifts: A guideline
BENARKAH SEORANG BAYI KETURUNAN INDIA DIPAKSA "MASUK ISLAM"
Dilaporkan oleh akhbar Tamil Nesan,
Makkal Osai dan Malaysia Nanban bahawa seorang bapa (nama tidak disebut, diandaikan seorang Muslim) telah merampas seorang bayi dari ibunya, dan selalu memukul isterinya sekaligus memaksa si isteri memeluk Islam.
Dilaporkan bahawa bayi berkenaan kononnya dipaksa mememeluk Islam.
Pihak berwajib sila ambil perhatian dan buat ulasan di akhbar.
Isu ini boleh diseleweng dan dipergunakan untuk menyerang Pakatan Rakyat oleh pihak-pihak seperti MIC. Sila lihat laporan Bernama di bawah.
MIC Mahu Dapat Semula Kepercayaan Penduduk Kaum India
Datuk Seri S. Samy Vellu berazam memberikan suntikan baru kepada MIC dengan merangka pelbagai bentuk reformasi dalaman bagi memulihkan kembali sokongan masyarakat India terhadap perjuangan parti itu.
Presiden MIC itu mahu melihat perubahan dan pembaharuan dalam masa 12 bulan ini dengan merapatkan barisan pemimpin dan ahli demi mengembalikan semula kepercayaan penduduk kaum India di negara ini terhadap parti itu.
Mengambil kira kehendak masa kini, Samu Vellu berkata parti itu akan mengadakan 176 perjumpaan di seluruh negara mulai bulan depan antara pemimpin parti dengan ahli bagi mendengar pandangan dan suara di peringkat umbi.
"Soal menyatupadukan semula ahli dan cadangan bernas dari ahli akan membantu pemimpin meneruskan kesinambungan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk kaum India di negara ini," katanya di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah cemerlang pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Tamil 2008 peringkat negeri Perak di Dewan Kolej Masterskills, Tasek, dekat sini.
Samy Vellu, bekas Menteri Kerja Raya itu, juga meminta pemimpin parti di peringkat kebangsaan dan negeri supaya bersedia mengubah cara berfikir dan menerima pandangan serta pendapat bagi mengeratkan hubungan dengan semua ahli.
Selain perjumpaan parti, katanya, mereka juga akan mendapatkan pandangan mengenai masalah dari persatuan, pihak pengurusan kuil dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memantapkan lagi usaha memperjuangkan nasib masyarakat keturunan India di negara ini.
Beliau juga meminta semua 800 cawangan parti di negeri Perak menganjurkan program dan aktiviti masyarakat pada setiap hari Sabtu dan Ahad bagi memperkukuhkan perpaduan di kalangan ahli dan menarik minat ahli untuk membantu membina semula kredibiliti parti.
Pada majlis itu, seramai 150 pelajar yang mendapat keputusan 7A dalam UPSR tahun lepas menerima cenderamata.
BERNAMA
UNTUNG RUGI JIKA MEMBAZIR
Pembaziran datang dalam pelbagai bentuk dan cara, ada yang tersembunyi dan ada yang jelas.
Kos pembaziran juga boleh dilihat sebagai kos tersembunyi dalam apa jua projek tak kira mega atau mini.
Kepada yang mampu berbelanja, tak kira di peringkat kerajaan atau individu, tiada perkataan "pembaziran" dalam kamus mereka.
Di peringkat individu, pembaziran dilakukan ke atas duit ringgit milik sendiri.
Manakala, di peringkat kerajaan, pembaziran atau berbelanja secara boros merupakan salah satu bentuk penyalahgunaan kuasa kerana wang yang digunakan untuk membiayai sesuatu projek datang dari rakyat dan milik rakyat, parti yang memerintah atau kerajaan hanyalah sebagai pemegang amanah.
Setiap pemegang amanah akan dipertanggungjawabkan. Harta yang terkumpul hasil dari rasuah atau sumber yang diragui adalah tidak membawa berkat di dunia dan akhirat menurut perspektif agama Islam. Pembaziran: Satu Tindakan 'Mudarat' Dalam Ekonomi
"Bagi Islam pembaziran adalah sesuatu yang boleh membawa kepada kemudaratan terhadap mereka yang mempunyai harta benda serta masyarakat di mana mereka tinggal".
Itu adalah satu petikan daripada artikel 'Pendekatan Islam Kepada Keadilan Ekonomi' oleh Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Nik Mustapha Nik Hassan yang dihantar kepada Bernama baru-baru ini.
Menurut Nik Mustapha, pembaziran dan kesilapan dari segi penggunaan sumber-sumber yang ada merupakan tindakan yang boleh dianggap sebagai ketidakadilan ekonomi atau 'dzulm' dalam Islam.
Pembaziran di sini bermakna mengambil langkah-langkah yang mendatangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan serta tidak efisyen dalam aktiviti pengeluaran.
Beliau menulis bahawa pembaziran merupakan satu perkara 'buruk' yang perlu ditolak oleh masyarakat untuk mengelak kesan negatif daripada amalan sedemikian.
Bagi Nik Mustapha pembaziran adalah satu penyakit bagi seseorang individu tetapi bila kebanyakan atau seluruh daripada masyarakat bersifat sedemikian dan tidak berusaha untuk mengelak daripada gejala ini, maka ianya akan bertukar kepada satu faktor yang negatif terhadap pembentukan dan pembangunan masyarakat tersebut .
TIDAK EFISYEN DALAM EKONOMI
Menurut beliau, kegagalan untuk mencapai tahap efisyen seperti dalam mengenalpasti serta menyelaras sumber yang ada boleh menyumbang kepada ketidakadilan dalam ekonomi.
Memperoleh kecekapan untuk pengurusan yang baik serta efisyen bagi sumber-sumber negara adalah selari dengan konsep dan semangat keadilan.
Bagi Nik Mustapha, kebebasan untuk membuat keputusan dan melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi yang dipelopori prinsip-prinsip agama adalah satu pra-syarat terhadap keadilan ekonomi.
Islam juga menghormati hak bagi setiap orang dalam negara Islam untuk mendapat 'privasi' atau bebas daripada sebarang gangguan terhadap hak dan suasana peribadi mereka.
Ini ada dinyatakan dalam Al-Quran (Al-Baqarah: 188) yang bermaksud: "Jangnlah mengambil hak orang lain menerusi cara yang salah serta curang".
Oleh itu keadilan memerlukan sistem sosial yang menepati kehendak individu dan memuaskan keperluan tersebut.
Sekurang-kurangnya ini tidak akan memudaratkan masyarakat itu, tulis Nik Mustapha.
KEDUDUKAN KERAJAAN
Dari awal lagi, Islam memperakui kedudukan kerajaan dalam pengurusan ekonomi.
Dalam setiap masyarakat yang tersusun, perlu adanya satu badan berkuasa untuk menyelaras dan memberi halatuju ekonomi. Fungsi kerajaan adalah untuk menjamin pencapaian ekonomi yang stabil.
Menurut Nik Mustapha fungsi-fungsi adalah selari dengan apa yang dikehendaki konsep keadilan ekonomi.
Bagaimanapun, kerajaan diperlukan menanggung perbelanjaan untuk menampung fungsi-fungsi ini. Sesetengah daripada perbelanjaan ini disyaratkan oleh Syariah secara kekal seperti perbelanjaan untuk pengurusan pentadbiran, undang-undnag serta ketenteraman, pertahanan negara, dakwah dan penyebaran agama Islam dan yang lain.
Untuk menampung perbelanjaan ini, kerajaan dikehendaki mengadakan satu sistem pendapatan yang selari dengan kehendak keadilan.
Zakat merupakan bentuk bayaran minimum yang boleh dikenakan kepada orang Islam secara kekal.
Tambah Nik Mustapha, pendapatan adalah terhad tetapi ianya boleh digunakan untuk mengatasi masalah kemiskinan, kesusahan ekonomi serta penyebaran agama dan pertahanan.
CUKAI
Tulis Nik Mustapha lagi, di mana perlu, kerajaan boleh mengenakan cukai.
Tetapi kadar cukai yang terlalu tinggi akan mengurangkan pendapatan boleh guna sektor swasta dan penurunan dari segi pendapatan di sektor ini boleh menyebabkan kurangnya pilihan sektor tersebut untuk bertindak dan bergerak secara bebas.
Memang diketahui umum penurunan kadar cukai akan menaikkan pendapatan kerajaan dari cukai.
Bila ekonomi sektor swasta meningkat dan berkembang, tapak serta landasan asas untuk pencukaian akan juga berkembang dan akan meningkatkan lagi kutipan dan pendapatan kerajaan daripada cukai.
Oleh Zulkiple Ibrahim/ BERNAMA
BILAKAN BERAKHIR ISU HUKUM HUDUD DI TANAHAIRKU
Selagi undang-undang negara belum "SYARIAH COMPLIANT" atau menepati syariah, selagi itu Hukum Hudud akan menjadi isu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas, EVERGREEN.
"Apakah Hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari Hukum ALlah bagi orang-orang yang yakin? " (AlQuran 5:50)
" Dan janganlah kamu mencampuradukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui" (Al Quran 2: 42)
"...apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan ....." (Al Quran 2:85)
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya.." (AlQuran 2:208)
" Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak patut pula bagi perempuan yang beriman apabila ALlah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai ALlah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata." (Al Quran 33:36)
"Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (Al Quran 4:65)
"...Dan barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan ALlah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir,...........................orang-orang zalim, .............orang-orang fasik" (Al Quran 5:44,45 dan 47)
Hudud bukan tanggungjawab PAS sahaja, Umno halang hukum Allah
Peguam Mohamed Hanipa Maidin
LL.B ( Hons ) UIA DAN LL.B ( Sha) ( Hons )
Exco Dewan Pemuda Pas Pusat/ ahli jawatankuasa PAS Pusat
Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS
"Umno jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam." Hanipa memberi amaran.
"Saya optimistik DAP yang mempunyai ramai para intelektual boleh menerima hudud satu hari nanti kerana isu hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama malahan juga menurut perspektif intelektual" menurut Mohamed Hanipa lagi.
Agensi berita melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika PAS mahu melaksanakan hukum hudud di negara in.
"Kalau hajat mereka begitu, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia dan Pelancaran Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Sabtu lepas bahawa parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid pula berkata kenyataan Husam itu adalah "satu cerita politik" semata-mata kerana jikna PAS benar benar mahu melaksanakan, ia pasti sudah lama dikuatkuasa di Kelantan.
Saya percaya para pembaca boleh melihat kontradiksi ucapan kedua-dua pemimpim Umno tersebut. Mahadzir Khalid kata hudud boleh dilaksanakan di Kelantan, Zahid Hamidi pula mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa pindaan Perlembagaan.
Kenyataan kedua-dua pemimpin Umno di atas adalah refleksi wajah sebenar Umno ketika berpolitik. Bagi pemimpin Umno peribadi seorang ahli politik dan peribadi seorang Islam adalah berbeza. Sebagai seorang Islam, ia boleh menerima hudud sebagai hukum Allah tetapi sebagai ahli politik ia sukar atau tidak boleh menerima bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan. Bagi Umno perbezaan sikap antara orang Islam dan orang politik tidak menjadi satu masalah.
Atas dasar itulah setiap kali isu hudud timbul, Umno meletakkan beban perlaksanaan hukum Allah tersebut hanya kepada PAS seolah-olah PAS sahaja yang diamanahkan melaksanakan perintah Allah tersebut. Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.
Umno benak tuduh PAS politikkan isu Hudud
Jika Umno tidak benak dan dapat memahami bahawa hudud adalah perintah Allah maka Umno tidak boleh, dalam apa keadaan sekalipun, menuduh PAS cuba mempolitikkan isu hudud ini sepertimana yang dikatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid tersebut.
Bagi PAS, tiada satu dikotomi ( pemisahan ) antara orang Islam dan orang politik. Apabila pemimpin PAS bercakap tentang politik ia bercakap sebagai seorang pemimpin Islam dan apabila ia bercakap tentang Islam ia juga bercakap sebagai pemimpin politik. Kenapa begitu ? Kerana itulah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu Rasul bagi seluruh umat manusia termasuklah orang "orang PAS"dan "orang Umno".
Oleh itu sama ada PAS berjuang bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat , PAS tidak akan sama sekali meninggalkan matlamat perjuangannya untuk menegakkkan Islam yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk hukum hudud.
Tetapi dalam masa yang sama PAS juga amat maklum di atas kejahilan majoriti rakyat negara ini tentang hukum hudud tersebut dan batasan serta halangan perundangan, perlaksanaan hukum hudud mungkin tidak dapat disegerakan perlaksanaannya meskipun diandaikan Pakatan Rakyat dapat memerintah negara ini. Atas dasar itu hasrat melaksanakan hudud tidak pernah menjadi penghalang kepada Pas untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak yang menuntut keadilan dan menentang kezaliman.
PAS maklum DAP masih belum menerima hasrat perlaksanaaan hudud di negara ini. Penentangan DAP bagi PAS bukan perkara yang pelik. Jika Umno yang bermajoritikan orang Islam juga menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hudud apalah yang nak dihairankan DAP yang bermajoritikan orang bukan Islam juga menentang hudud. Apabila Kelantan dan Trengganu ( ketika diperintah oleh PAS ) ingin melaksanakan hudud , siapa yang mencabarnya di Mahkamah ? DAP atau Umno ?
Saya optimistik DAP yang mempunyai ramai para intelektual boleh menerima hudud satu hari nanti kerana isu hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama malahan juga menurut perspektif intelektual. Melihat sokongan yang makin meningkat ke atas kelab penyokong PAS dari kalangan orang bukan Islam, DAP kini tidak boleh menyatakan hudud ditentang oleh semua orang bukan Islam.
Sepertimana yang saya katakan perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif PAS. Ia adalah tanggungjawab bersama baik Umno atau orang-orang Islam yang lain . Meskipun Umno menuduh PAS hanya berpolitik di dalam isu hudud , siapa yang boleh menidakkan kesungguhan PAS untuk cuba melaksanakan hukum Allah tersebut. Bukankah PAS yang telah bersungguh-sungguh menggubal enakmen hudud di Kelantan dan Trengganu ( semasa Pas memerintah ) .
Apa yang lebih menarik sebelum Kerajaan PAS Trengganu mengemukakan enakmen hudud di DUN Trengganu , PAS telah mengadakan seminar dan memanggil semua pihak termasukah Umno untuk memberikan pandangan dan kritikan mereka terhadap Enakmen yang ingin dibentangkan tersebut. Setahu saya ini tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara. Hal ini juga saya nyatakan kepada salah seorang Ahli Parlimen di London yang bertanyakan saya tentang enakmen tersebut ketika saya melawat Parlimen England bersama Y.B Salahudin Ayub suatu masa dahulu.
Umno halang hukum Allah
Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.
Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful , Universiti Islam mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS. Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini. Jika Perlembagaan menjadi penghalang sepertimana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.
Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam. Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah bercakap, kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan aqidah kamu.
Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap sila-silap akan tergelincir aqidah. Atas dasar itu dalam isu hudud diamnya para pemimpin Umno lebih baik daripada mereka bercakap. Ini kerana jika mereka diam kita mungkin rasa mereka jahil dalam isu hudud ini sebaliknya jika mereka bercakap barulah kita sedar memang confirmlah mereka ini memang jahil.
Berita dan ulasan selanjutnya HERE
MALAYSIA PERLU JENAMA TAPI ISLAM TIDAK
Islam yang syumul tidak perlu penjenamaan semula tetapi umat Islam (Muslim), Malaysia dan negara umat Islam perlu jenama.
M’sia needs strong national brand: Najib
Borneopost Online
KUALA LUMPUR: Malaysia needs to embody a brand and a culture that is as agile as possible to be in the leading front in all sectors of national development, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said yesterday.
“Malaysia, to my mind, has to represent a few socio-economic agendas very strongly and passionately if we aim to restructure perceptions and garner support from all around.
“A successful and strong national brand will embody and represent the diverse positive elements that comprise our nation,” he said.
Najib said this in his keynote address at the Meeting of Minds: Developing the Malaysia Master Brand Conference, organised by the Yayasan Kajian & Strategi Melayu and the Axelera Group here yesterday.
He said Malaysia could learn from countries such as Switzerland, Japan, South Africa and the United Arab Emirates.
Najib said Malaysia could learn from how they had propelled through inclusive partnership of all their stakeholders and the values that had enabled them to endure the times and crises.
“We can draw from the characteristics of these nations that are amazingly simple and complex at the same time.
“We should learn from their successful engagement mechanisms and processes,” he said.
— Bernama
Read More “MALAYSIA PERLU JENAMA TAPI ISLAM TIDAK” »»