Kebanyakan kita telah arif dan maklum apa yang perlu dilakukan sekiranya kita kehilangan
dompet atau beg tangan. Saya pasti ramai dari kita pernah mengalami beg diragut atau
kehilangan dompet.
Ya, kita akan bergegas ke Balai Polis terdekat untuk membuat Laporan Polis tentang kehilangan
dokumen ( termasuk kad kredit, kad pengenalan dan lain-lain) , wang serta barang berharga
yang terdapat dalam beg tangan atau dompet.
Kita harus membuat laporan polis bagi tujuan memaklumkan pihak berwajib tentang kehilangan
dokumen penting seperti kad pengenalan atau lesen memandu agar mudah untuk mendapatkan
dokumen ganti. Seperkara lagi, kita tidak mahu dokumen kita disalahgunakan oleh pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab serta penjenayah.
Dengan memaklumkan kepada pihak Polis lebih awal tentang kehilangan kad pengenalan kita
sebagai contoh, bermakna kita telah melindungi diri kita dari pertuduhan palsu jika kad
pengenalan kita dijumpai di tempat yang tidak sepatutnya berada seperti di kawasan berlaku
pembunuhan atau rompakan.
Syarikat Kad kredit atau bank perlu diberitahu pada kadar segera agar segala urusniaga dapat
dihentikan dan kad yang hilang diganti baru serta PIN yang baru.
Bagaimana pula sekiranya komputer riba atau notebook kita hilang ? Apa yang perlu dilakukan
selain dari membuat laporan Polis?
Berikut merupakan sebahagian dari langkah penting yang perlu anda lakukan:
1. Batalkan semua kad kredit atau kad caj yang anda telah gunakan untuk transaksi di
talian(on line shopping atau bill payment).
2. Tukar semua kata laluan anda (password). Ini termasuk email serta site yang lain.
3. Maklumkan kepada pihak Bank anda terutama jika anda biasa membuat internet banking.
Ini kerana kita tidak mahu ada orang lain ingin membuka akaun bank di bawah nama kita.
4. Sebagai langkah pencegahan, jangan tekan butang "REMEMBER ME" di site yang
memerlukan butiran peribadi.
Comments :
Post a Comment