Tidak berapa lama dahulu, kita dikejutkan dari tidur oleh berita Sufiah Pelajar Pintar seronok
dan bangga mendapat duit dari menjual tubuh. Kini sekali lagi kita di sentak dari mimpi cerita
"Negara Cemerlang, Gemilang, Terbilang wawasan 2020 Islam Hadhari Episode ke N kisah liwat meliwat".
Di mana silapnya? Mari kita sama-sama cari jalan keluar dari kemelut ini. Adakah ini harga yang
perlu dibayar untuk "pembangunan"? Atau mahar kerana menyimpang jauh dari ajaran Islam
yang syumul? Atau memilih pemimpin seperti memilih barang dapur di pasaraya? Atau
terikut-ikut dengan budaya asing? Atau sikap tidak mementingkan maruah, harga diri. keluarga,
agama, bangsa dan tanahair?
WAKIL MALAYSIA KE SIDANG KEMUNCAK PEMIMPIN PELAJAR ASEAN MEMBUAT LAPORAN POLIS DISODOMI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sehingga hari ini antara muslimin tidak memiliki kesatuan-kesatuan yang berupaya membudayakan konsep menjajah menerusi Al-Quran dan pembinaan idola sering diminta karyawan seni untuk menstruktur bentukan yang terus dicetak ke atas peribadi yang tidak upaya memiliki sahsiah untuk dikagumi.
Sifat kedikdatoran diri terlihat apabila kita sering menindas pemikiran sendiri yang secara fitrahnya mampu berdiri bergerak mencari kebaikan dan mengilhamkan kebenaran untuk dihayati yang tidak hanya memfokus kepada kejayaan untuk diraih.
Bagaimanakah sistem pendidikan Rasul (salam dan selawat untuk nabi keluarga dan sahabat)melahirkan insan sebagai modal yang memimpin penyatuan ummat?
Adakah ia hanya dipangkukan ke ribaan penguasa elit dan sarjana?
Adakah upaya generasi kita terlibat untuk mengubah dasar dan polisi dunia yang masih bersifat memonopoli jika keadilan Islam menjadi mereka silu hanya untuk berkongsi pendapat sedangkan telah disebut yang arif budiman 'telinga yang lembut itulah yang akan selalu dipulas.'
Keberanian kaum muda lelaki itu tidak diukur hanya dengan melondehkan seluar!
Salam. Puan. Terima kasih. Benarlah apa yang diungkapkan.