Pray For MH370

Pray For MH370

KENYATAAN PRESIDEN MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA TENTANG PINDAH KREDIT PENGAJIAN

KENYATAAN
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA

TAJUK: KEISTIMEWAAN PINDAH KREDIT BAGI MEMBANTU GRADUAN
PERUBATAN DARI INSTITUSI YANG TIDAK DIIKTIRAF

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 13
Februari 2008 lalu telah bersetuju membenarkan graduan-graduan perubatan
dari institusi yang tidak diiktiraf diberi kelonggaran menyambung pengajian
secara pindah kredit ke institusi yang diiktiraf.

. Ini bertujuan membantu sekitar 250 hingga 300 orang graduan perubatan
lulusan institusi tidak diiktiraf, terutama sekali mereka yang telah kehabisan
peluang menduduki Ujian Kelayakan Perubatan di bawah Akta Perubatan
1971.

3. Walau bagaimana pun, Kabinet memutuskan keistimewaan ini diberi tertakluk
kepada syarat-syarat berikut sahaja:

3.1. Bagi mengikuti pengajian di institusi pengajian perubatan yang diiktiraf di
dalam atau di luar negara sahaja sebagaimana tersenarai di dalam
Jadual Kedua, Akta Perubatan 1971;

3.2. Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Majlis Perubatan
Malaysia (MPM) pada atau sebelum 31 Disember 2008;

3.3. Setiap permohonan perlu disertakan bukti tawaran masuk ke institusi
yang diiktiraf;

3.4. Setiap calon perlu mendapat kebenaran bertulis daripada MPM sebelum
mengikuti pengajian;

3.5. MPM berhak menolak permohonan yang diterima selepas 31 Disember
2008, tidak lengkap atau dianggap sebagai tidak layak;

3.6. Graduan perlu mengikuti dan lulus pengajian untuk tempoh tidak kurang
dari satu tahun di peringkat praklinikal dan dua tahun diperingkat klinikal;

3.7. Keistimewaan ini terbuka kepada graduan lulusan institusi tidak diiktiraf
pada atau sebelum 31 Disember 2007 tanpa mengira sama ada masih
mempunyai atau telah kehabisan peluang menduduki ujian kelayakan;

3.8. Keistimewaan ini terbuka kepada warganegara Malaysia, pemegang
pemaustatin tetap dan keluarga terdekat mereka sahaja;

3.9. Pihak institusi yang menerima graduan pula perlu memastikan pengambilan
calon yang memanfaatkan keistimewaan pindah kredit ini sama
sekali tidak menjejaskan kualiti pengajian seperti melanggar nisbah
tenaga pengajar : pelajar, mengambil pelajar melebihi kuota yang
ditetapkan dan sebagainya;

3.10. Kelonggaran ini diberikan secara one-off sahaja; dan

3.11. Calon yang tidak memenuhi mana-mana syarat di atas tidak layak
diterima mendaftar. Mereka perlu menduduki dan lulus Ujian Kelayakan
Perubatan di bawah Akta Perubatan 1971, sekiranya masih ada
peluang, untuk diterima mendaftar.

4. Walau bagaimana pun, diatas dasar keprihatinan, pada awal Jun 2008, YB
Menteri Kesihatan kemudiannya bersetuju memendekkan tempoh latihan
tersebut kepada 18 (Lapan Belas) bulan sahaja.

5. Walau pun tempoh latihan tersebut telah dipendekkan, namun, kesemua
syarat lain di perenggan 3 diatas masih dikekalkan.

6. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan beberapa perkara
berikut:

6.1. Adalah menjadi tanggung-jawab mereka yang berminat memanfaatkan
keistimewaan pindah kredit ini untuk mengurus sendiri kemasukan ke
mana-mana institusi pilihannya;

6.2. Selaras dengan peruntukkan tertentu dibawah Akta Perubatan 1971,
graduan yang memanfaatkan keistimewaan ini perlu mengemukakan
ijazah dari institusi yang diiktiraf apabila memohon berdaftar dengan
MPM kelak. Ini bermakna mereka perlu mengikuti pengajian sehingga
jayanya dan dianugerah ijazah oleh institusi tersebut; dan

6.3. Pihak institusi berhak menetap sebarang syarat dan peraturan berkaitan
kriteria kemasukan, kadar bayaran, kurikulum/program pengajian,
peperiksaan dan sebagainya. Mereka yang berminat dinasihatkan untuk
merujuk perkara berkaitan terus kepada pihak institusi yang berkenaan.

7. Saya menyarankan mereka yang berminat untuk memanfaatkan sepenuhnya
keistimewaan ini dengan kadar segera.

8. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai MPM berikut:

8.1. Dr. Wan Mazlan bin Mohamed Woojdy – 03 8883 1400;

8.2. Dr. Muhd. Yazuran Sallij Muhd. Yassin – 03 8883 1401.

8.3. Dr. Karen Sharmini – 03 2694 7920; atau

8.4. En. Perumal a/l Chinaya – 03 2694 7920.

Sekian. Terima kasih.

Yang Ikhlas,




TAN SRI DATUK DR. HJ. MOHD ISMAIL MERICAN

Yang Di Pertua.

Tarikh: 25 Jun 2008.


ANNOUNCEMENT IN ENGLISH

NOTICE
THE PRESIDENT
MALAYSIAN MEDICAL COUNCIL
TITLE: THE PRIVILEGE OF CREDIT TRANSFER FOR MEDICAL GRADUATES
OF UNRECOGNIZED INSTITUTIONS
1. As decided by the Cabinet at its meeting held on 13 February 2008, medical
graduates from unrecognized institutions are now given the privilege to pursue
their studies by means of a credit transfer to recognized medical institutions.
2. The purpose of this privilege is to aid the 250 to 300 medical graduates from
unrecognized institutions, especially those who have exhausted their chances
of sitting for the Medical Qualifying Examination under the Medical Act 1971.
3. However, the Cabinet also agreed that this privilege should only be given
subject to the following conditions:
3.1. To be conducted in recognized medical teaching institutions both local
and abroad as listed in the Second Schedule of the Medical Act 1971;
3.2. Completed applications should be submitted to the Malaysian Medical
Council (MMC) on or before 31 December 2008;
3.3. Applications should include proof of acceptance from the intended
recognized institutions;
3.4. All applicants should obtain a written consent from the MMC before
proceeding with the credit transfer;
3.5. MMC reserves the right to reject applications received after 31 December
2008, which are incomplete, or which are deemed unsuitable;
3.6. Applicants are to follow the medical programme of the recognized
institution for a period of not less than one year in the pre-clinical phase
and not less than two years in the clinical phase and passed the exams
conducted thereof;
3.7. This privilege is open to medical graduates from unrecognized institutions
who obtained their degrees on or before 31 December 2007 regardless of
the number of attempts made in the Medical Qualifying Examination;
3.8. This privilege is open to Malaysians, holders of Malaysian permanent
resident status or their immediate family members;
3.9. The accepting medical institution must ensure that the intake of these
applicants do not in any way compromise the quality of education such as
violating the accepted teacher : student ratio or the approved student
intake quota;
3.10. This privilege is only offered as a one-off exercise;
3.11. Applicants who do not fulfill any of the conditions stated above will not be
accepted for registration and will have to sit for the Medical Qualifying
Examination (if still eligible), before being accepted to register with the
MMC.
4. However, with the interests of these graduates at heart, the Minister of Health
has agreed that the required period of training (mentioned in para 3.6. above),
be shortened to a period of eighteen (18) months.
5. Nevertheless, all other conditions stated in para 3 above are still in effect.
6. I would also like to clarify the following:
6.1. It is the sole responsibility of the applicant to secure a seat in any
recognized institution of their choice;
6.2. As per the Medical Act 1971, graduates taking advantage of this privilege
must provide the medical degrees from recognized institution when
applying for registration with the MMC in future. This means that they will
need to follow the programme and successfully awarded with the medical
degree;
6.3. The intended institution has the right to impose any conditions or rules
regarding entrance criteria, dues, curriculum/programme, examinations
and so forth. Interested applicants are advised to check with the
institutions of their choice directly.
7. I encourage interested applicants to take full advantage of this privilege without
delay.
8. Further information may be obtained from the following MMC officers:
8.1. Dr. Wan Mazlan bin Mohamed Woojdy – 03 8883 1400;
8.2. Dr. Muhammad Yazuran Sallij Muhd Yasin – 03 8883 1401;
8.3. Dr. Karen Sharmini – 03 2694 7920; or
8.4. Mr. Perumal a/l Chinaya – 03 2694 7920.
Thank you.
Sincerely,
TAN SRI DATUK DR. HJ. MOHD ISMAIL MERICAN
President.
Date: 25 June 2008.

Comments :

0 comments to “KENYATAAN PRESIDEN MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA TENTANG PINDAH KREDIT PENGAJIAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com