Majalah "MILENIA" keluaran September 2008 terbitan YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) ada membawa tajuk "Sukarkah Memisahkan Pemikiran Politik dari Masjid" yang ditulis oleh Dalia Ismail. Pada pendapat saya, polemik ini tidak akan berakhir dulu, kini dan selamanya sekira UMNO dan PAS tidak merujuk kembali kepada Al Quran dan Sunnah serta tidak menerima ketetapan dan arahan Islam yang syumul.
Ulama' dalam UMNO hendaklah menyatakan kebenaran Islam yang syumul dan jangan mengikut hawa nafsu serta menjual agama dengan harga yang murah. Seperkara lagi jangan menjadi "'syaitan bisu"' dan ulama' jahat. Kembalilah kepada Islam yang syumul sebelum anda dipanggil menghadap ALlah yang mana pada hari tersebut tidak berguna harta dan pangkat. Kembalilah kepada "acuan" Islam dan hukum Islam. Tinggalkan dan lupakan sahaja janji-janji manis pemimpin UMNO kepada Tuan-tuan sekelian. "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang tidak mengetahui", maksud AlQuran ( Azzumar:9).
Tuan-tuan, para Ustaz, Ustazah, ilmuan, imam, kadhi, mufti dan ulama' dikira menyembunyikan ayat-ayat ALlah dan bersekongkol dengan ahli UMNO bawahan yang jahil muraqab. Bagaimana boleh berlaku tuan-tuan yang mengaji agama menjadi pengikut kepada orang-orang jahil. Di mana maruah antum semua?
Di bulan yang penuh barakah ini, marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang syumul. Bermuzakarah dan mentelaahlah dengan teman-teman dan sahabat-sahabat yang hanya mengharapkan keridhaan ALlah dan pertemuan denganNya. Murnikan dan ikhlaskanlah agama ini semata-mata kerana ALlah.

Comments :
Post a Comment