Pray For MH370

Pray For MH370

PROFIL PROFESIONAL HAFIZ AL QURAN

Pada kesempatan ini, suka saya menonjolkan profil tiga orang profesional huffaz (atau bakal profesional) yang telah dianugerahkan keupayaan menghafaz 30 juzuk Al Quran. Dalam masyarakat kita mungkin terdapat ramai lagi profesional Huffaz tetapi saya hanya mengenali tiga orang sahaja. Semoga mereka dapat menjadi suri teladan kepada generasi muda.

Mereka ialah insan hebat Dr Hj Mohd Shafie, seorang akauntan bertauliah yang berjaya memformulasikan teknik hafazan sehingga 4 orang anak beliau juga huffaz serta menjadi johan Hafazan peringkat kebangsaan.

Individu kedua ialah Sdr Hafiz Abdur Rahman, seorang pelajar perubatan tahun ketiga di Universiti Cairo yang telah berjaya setakat ini mendapat dua syahadah SANAD dan QIRAAT semasa mengikuti kuliah perubatan di Mesir.

Individu ketiga ialah Sdr Zubir Abdur Rahim, yang sangat aktif dalam bidang kokurikulum sekolah kini sedang menuntut di Kolej Mara Banting kursus IB bagi mengikuti ijazah perubatan luar negara.



1. DR HJ MOHD SHAFIE

Dr. Hj Mohd Shafie Md Amin
Yg. Bhg. Dr. Hj Mohd Shafie bin
Hj Md Amin Al-Muqri'

Profil Peribadi

Anak sulung dari tiga orang adik beradik. Berasal dari Melaka dan dilahirkan pada 28 April 1963. Mempunyai 13 orang anak.

Pendidikan awal di Masjid Tanah English School, Melaka. Kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Datuk Abdul Razak, Seremban. Seterusnya menyambung pengajian tinggi di London School of Accountancy, United Kingdom dan kembali semula ke tanah air dengan kelulusan ACCA (Association Chartered of Certified Accountant).

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai akauntan di beberapa buah firma. Di samping itu bertugas sebagai pensyarah sambilan di UKM dan UiTM.

Usaha menghafaz Al-Quran yang beliau lakukan bukanlah sejak kecil. Ia bermula ketika beliau sedang menuntut di London. Akhirnya beliau berjaya menghafaz 30 juzuk ketika berumur 30 tahun. Antara guru-guru talaqqinya dalam hafazan ialah Ustaz Asmungi Al-Hafiz, Ustaz Muhammad Jim Al-Hafiz dari Mali, Afrika dan Ustaz Abdul Rauf Al-Hafiz dari Al-Azhar, Mesir. Manakala dalam bidang ilmu tajwid, beliau berguru dengan Y.Bhg Dato’ Haji Hassan Azhari.

Melalui pengalaman yang dilaluinya, beliau telah merekabentuk satu sistem hafazan yang dinamakan Al-Huffaz bagi membantu sesiapa sahaja yang berminat menghafaz Al-Quran, baik kanak-kanak mahupun dewasa, dari kalangan yang sedang bekerja atau bersara, sama ada telah mengenal Al-Quran atau masih belum dapat membaca.

Latar Belakang Pendidikan Penceramah:

  • PhD. Contemporary Islamic Thought ( H.S – USA )
  • ACCA (London School of Accountancy UK)
  • Diploma Pengajian Usulluddin (UM)
  • Syahadah Tahfiz al-Quran (Mal – Msr)



Koleksi buku teknik Hafazan yang telah dihasilkan setakat ini di SINI [.]

Kursus yang dikendalikan oleh Dr Shafie di SANA SINI [..]

2.SAUDARA HAFIZ ABDUR RAHMAN BIN AHMAD




3.SAUDARA ZUBIR ABDUR RAHIM BIN AHMAD


Comments :

3 comments to “PROFIL PROFESIONAL HAFIZ AL QURAN”
tajudin said...
on 

YB Dr.

Saya suka layout blog yang baru ini. Terang mata membaca/melihat.

Saya suka artikel ini, mohon kebenaran YB Dr. untuk saya kutip sedikit mana yang patut dan saya blog.

Unknown said...
on 

Salam Ramadhan AlMubarak. Dipersilakan. Tak perlu minta izin lain kali. Ambillah mana-mana yang sesuai. Terima kasih.

D'Rebok @ Ikhqoi said...
on 

TAHNIAH YB

atas layout yang baru ini.. sapa yang organize.

Mantap

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com