Pray For MH370

Pray For MH370

EXCO DILARANG MASUK POLITEKNIK

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Ahli Politik dibenarkan "masuk" kampus menghadhiri program jika ia berkaitan dengan "bidang kepakaran" mereka. Dalam hal YB Yaakob, program adalah anjuran ABIM yang mendapat peruntukan kerajaan negeri Selangor diadakan di premis Politeknik. Bagaimana kita nak "takwil" dan "mengeluarkan hukum" dalam isu ini!

Pengarah Politeknik Sabak Bernam larang Yaakob hadir program


Saidah Hairan / Harakahdaily

SHAH ALAM, 7 Nov (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Yaakob Sapari membantah keras tindakan Kementerian Pelajaran yang melarang beliau menghadiri sebuah program keusahawan di Politeknik Sabak Bernam.

Beliau telah menerima jemputan menghadiri program anjuran�Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu yang akan diadakan pada Sabtu, 8 November yang dibiayai kerajaan negeri Selangor.

Bagaimanapun, pihak penganjur telah menghubungi beliau hari ini (Jumaat) memaklumkan Pengarah Politeknik Sabak Bernam telah melarang beliau hadir ke program tersebut.

"Saya membantah sekeras-kerasnya larangan ini kerana ia bertentangan dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, jika itu menjadi prinsip dalam pentadbiran negara ia bermakna kerajaan negeri Selangor berhak menghalang pihak pembangkang Selangor (Umno-BN) menggunakan premis seperti dewan dan tanah lapang milik kerajaan negeri.

Surat bantahan Yaakob bertarikh 7 November itu dihantar kepada Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein ke pejabatnya di Putrajaya.


Untuk Analisis sila lihat di {SINI} dan [SINI]

Comments :

1
Mohd Hafizan Mazuki said...
on 

salam...
ini satu lagi sifat kebudak-budakkan pengarah politeknik...belajar tinggi2
tp mcm x profesional dlm kerjaya dan hidupnya...
saya cadangkan pengarah politeknik ni letak jwtn dan bertanding dlm pilihanraya umum...

huhu, itu pun klu UMNO nak pilih die...:-)

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com