Pray For MH370

Pray For MH370

KEPUTUSAN UPSR 2008: APA KATA MEREKA

Keputusan UPSR 2008 telah diumumkan. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar-pelajar,

para guru, para ibu bapa serta semua pihak yang telah menyumbang ke arah kejayaan yang

telah dicapai. Bagi yang mereka yang menerima keputusan yang kurang memberangsangkan,

jangan bersedih. Masih terdapat banyak lagi peluang untuk adik-adik menebus kekecewaan

menerusi peperiksaan yang akan ditempuhi kelak seperti PMR dan SPM dalam tahun-tahun

mendatang.

Posting ini melihat beberapa berita bersumber dari Bernama, Mymetro dan Sinar Harian

tentang keputusan UPSR 2008 dan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

*Bukan penentu PPSMI

*Keputusan UPSR 2008 Lebih Baik Berbanding Lima Tahun Lepas

*46,641 calon dapat semua A






Bukan penentu PPSMI



Oleh Isma Ismail
isma@hmetro.com.my


KOTA BHARU: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berpuas hati dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 seluruh negara walaupun berlaku penurunan bilangan murid yang memperoleh 5A.

Beliau berkata, ini kerana jumlah murid yang memperoleh keputusan 4A meningkat selain bilangan calon UPSR yang gagal semakin berkurangan.

“Secara keseluruhan, keputusan UPSR tahun ini baik, tidak ada keputusan melonjak tinggi atau menurun secara serius sekali gus menunjukkan selepas enam tahun pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejaskan kedudukan murid dalam peperiksaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan peperiksaan UPSR semalam, selepas merasmikan majlis Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh, Pintu Geng, dekat sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Ishak Ismail, Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa (PIBG) SK Paloh, Datuk Amran Mat Nor dan Pengarah Sumber Manusia Proton Holdings Berhad, Hasnah Ismail.

Menurut Hishammuddin, keputusan itu juga membuktikan pelaksanaan PPSMI sejak 2003 tidak menjejaskan prestasi murid.

Katanya, beliau menerima maklumat 57 peratus calon UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris tetapi ia bukan bukti untuk terus membuat keputusan bagi melaksanakan PPSMI.

“Keputusan PPSMI terhadap UPSR tidak boleh bergantung kepada keputusan peperiksaan itu kerana memerlukan hasil mesyuarat meja bulat yang akan membuat kajian menyeluruh mengenai pencapaian UPSR itu.

“Kementerian kini sedang mengumpul keputusan UPSR itu sebelum dibentangkan ke mesyuarat meja bulat yang akan diadakan nanti sebelum sebarang kata putus dibuat,” katanya.

Beliau berkata, kementeriannya mengambil pendekatan realistik untuk mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk membabitkan ahli akademik serta ahli politik termasuk pembangkang.

55555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555

Keputusan UPSR 2008 Lebih Baik Berbanding Lima Tahun Lepas

PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini, pada keseluruhannya lebih baik berbanding lima tahun sebelumnya dengan jumlah yang mendapat semua A meningkat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata daripada 518,616 calon UPSR seramai 46,641 orang atau 9.2 peratus mendapat semua A dalam matapelajaran yang mereka ambil, berbanding 7.8 peratus lima tahun sebelumnya.

Peningkatan juga jelas berlaku pada bilangan calon yang menjawab sepenuhnya soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris meningkat dengan seramai 159,234 pelajar menjawab soalan Sains dalam Bahasa Inggeris berbanding 1,324 orang tahun sebelumnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini bagi mengumumkan keputusan UPSR 2008.

Beliau berkata bagi soalan Matematik, seramai 238,153 pelajar menjawab sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris berbanding 1,075 pelajar pada tahun 2007.

"Semua calon dibenarkan menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya atau Bahasa Melayu atau bahasa ibunda atau bercampur-campur dalam bahasa Inggeris, Melayu dan ibunda," kata beliau.

Alimuddin berkata pencapaian keputusan yang menggalakkan juga dicatat bagi lima mata pelajaran, termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Penulisan, Bahasa Tamil Penulisan dan Sains.

"Kesemua mata pelajaran ini menunjukkan peningkatan yang signifikan dari segi gred cemerlang A iaitu 4.1 peratus iaitu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan Bahasa Melayu Pemahaman untuk SJK.

"Untuk subjek Bahasa Inggeris SK pula, ia mencatatkan peningkatan sebanyak 4.4 peratus manakala Bahasa Cina Penulisan mencatatkan peningkatan sebanyak 3.9 peratus dengan peningkatan tertinggi sebanyak 4.8 peratus dicatatkan menerusi subjek Bahasa Tamil Penulisan," katanya.

Beliau berkata, aras kenaikan atau penurunan yang signifikan bagi prestasi mata pelajaran yang diukur dari nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) ialah 0.03.

"Enam mata pelajaran yang mempamerkan peningkatan signifikan ialah Bahasa Melayu Pemahaman SK pada aras 0.07, Bahasa Melayu Penulisan SK (0.06), Bahasa Melayu Penulisan SJK (0.11), Bahasa Cina Penulisan (0.07) dan Bahasa Tamil Penulisan pada 0.04, manakala peningkatan tertinggi ialah menerusi subjek Bahasa Inggeris SK pada 0.24," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Radzi Jabar berkata Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara merupakan sekolah jenis kebangsaan yang mencapai keputusan UPSR terbaik (2008) buat kali kedua dengan peratusan pencapaian 5A sebanyak 50.31 peratus.

Di SARAWAK, jumlah pelajar cemerlang bertambah kepada 2,044 pelajar yang mendapat keputusan 5A pada tahun ini berbanding 1,991 pada tahun lepas.

Salah seorang pelajar cemerlang Kimberly Chian, 12, berkata beliau menggunakan kaedah peta minda untuk mempercepatkan proses pembelajaran disamping mudah memahami sesuatu subjek.

"Ibu saya telah mengajar saya untuk membuat peta minda. Saya mengikuti rahsia tersebut kerana ia memudahkan saya mengingati semua nota penting," kata pelajar SK Green Road kepada Bernama di sini hari ini.

Di SABAH, seramai 955 pelajar mendapat semua A dalam matapelajaran yang diduduki mereka berbanding hanya 60 pada tahun lepas, kata Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Muhiddin Yussin.

Di KEDAH, seramai 3,482 pelajar atau 8.69 peratus daripada 40,062 calonnya memperoleh Gred A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran Negeri Shahidan Abdul Rahman berkata sebanyak 24,775 calon atau 61.84 peratus telah lulus penuh dalam semua mata pelajaran.

Di PAHANG, lima pelajar Orang Asli adalah di antara 3,140 pelajar yang memperoleh keputusan 5A, kata Timbalan Pengarah Pelajaran negeri Abdul Hamid Abu Bakar.

Beliau berkata, 25 sekolah di seluruh negeri itu mencapai keputusan 100 peratus pada tahun ini berbanding 15 pada tahun lepas.

DI JOHOR, seramai 5,987 atau 9.64 peratus daripada 62,401 calonnya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki, kata Pengarah Pelajaran negeri Sufaat Tumin.

Beliau berkata Johor merupakan negeri ketiga terbaik pencapaian UPSR 2008 dengan mendapat 2.22 mata Gred Purata Sekolah (GPS).

Di IPOH, sebanyak 4,113 atau 60.70 peratus daripada 45,434 murid yang menduduki UPSR di Perak lulus cemerlang dengan memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Timbalan Pengarah Pelajaran Perak, Muhammat Roli Hassan berkata 2,922 yang memperoleh 5A adalah pelajar Sekolah Kebangsaan (SK), 1,042 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 149 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

"Keputusan UPSR di Perak pada tahun ini mencatatkan sedikit kenaikan berbanding tahun lalu apabila jumlah calon yang lulus adalah sebanyak 27,578 orang atau 60.70 peratus," katanya.

Beliau berkata daripada keseluruhan calon UPSR di Perak, 30,808 calon adalah murid SK, 11,839 calon SJKC dan 2,787 dari SJKT.

Beliau berkata daripada 30,808 murid SK yang menduduki UPSR, sebanyak 5,159 orang berjaya memperoleh A dalam BI manakala 21,590 orang lagi lulus.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

46,641 calon dapat semua A

Sinar Harian

PUTRAJAYA - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini, pada keseluruhannya lebih baik berbanding lima tahun sebelumnya dengan jumlah yang mendapat semua A meningkat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, daripada 518,616 calon UPSR seramai 46,641 orang atau 9.2 peratus mendapat semua A dalam mata pelajaran yang mereka ambil, berbanding 7.8 peratus lima tahun sebelumnya.

“Peningkatan juga jelas berlaku pada bilangan calon yang menjawab sepenuhnya soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris meningkat dengan seramai 159,234 pelajar menjawab soalan Sains dalam Bahasa Inggeris berbanding 1,324 orang tahun sebelumnya,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam bagi mengumumkan keputusan UPSR 2008.

Beliau berkata, bagi soalan Matematik, seramai 238,153 pelajar menjawab sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris berbanding 1,075 pelajar pada tahun 2007.

“Semua calon dibenarkan menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya atau Bahasa Melayu atau bahasa ibunda atau bercampur-campur dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan ibunda,” kata beliau.

Alimuddin berkata, pencapaian keputusan yang menggalakkan juga dicatat bagi lima mata pelajaran, termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Penulisan, Bahasa Tamil Penulisan dan Sains.

“Kesemua mata pelajaran ini menunjukkan peningkatan yang signifikan dari segi gred cemerlang A iaitu 4.1 peratus iaitu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan Bahasa Melayu Pemahaman untuk SJK.

“Untuk subjek Bahasa Inggeris SK pula, ia mencatatkan peningkatan sebanyak 4.4 peratus manakala Bahasa Cina Penulisan mencatatkan peningkatan sebanyak 3.9 peratus dengan peningkatan tertinggi sebanyak 4.8 peratus dicatatkan menerusi subjek Bahasa Tamil Penulisan,” katanya.

Beliau berkata, aras kenaikan atau penurunan yang signifikan bagi prestasi mata pelajaran yang diukur dari nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) ialah 0.03.

“Enam mata pelajaran yang mempamerkan peningkatan signifikan ialah Bahasa Melayu Pemahaman SK pada aras 0.07, Bahasa Melayu Penulisan SK (0.06), Bahasa Melayu Penulisan SJK (0.11), Bahasa Cina Penulisan (0.07) dan Bahasa Tamil Penulisan pada 0.04, manakala peningkatan tertinggi ialah menerusi subjek Bahasa Inggeris SK pada 0.24,” katanya.

Comments :

3 comments to “KEPUTUSAN UPSR 2008: APA KATA MEREKA”
Anonymous said...
on 

Apapun keputusan UPSR yang telah diumumkan tersebut sememangnya tidak boleh dijadikan kayu pengukur kepada kejayaan PPSMI kerana:
1. Kebocoran soalan malah jawapan UPSR 2008 memang ketara. Ada ibu bapa yang menerima sms jawapan.
2. Graf kelulusan dan kecemerlangan boleh dimanipulasi
3. Jikapun pencapaiannya sedikit meningkat, adakah ianya berkait rapat dengan PPSMI ataupun sememangnya prestasi murid2 lebih baik dari tahun sebelumnya.
4. Jika mengambil kira dari segi wang ringgit , tenaga, masa dan susah payah guru,murid dan ibu bapa yang melaksanakan PPSMI ,adakah berbaloi dengan kejayaan yang sgt sedikit ini.

Sedarlah semua bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan dan kita patut berbangga dengannya. Bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa ilmu dan kajian telah menunjukkan bahawa ilmu lebih mudah difahami jika menggunakan bahasa ibunda. PPSMI adalah umpama marahkan nyamok, kelambu dibakar. Masalah komunikasi di dalam B.Inggeris boleh diatasi jika semua pihak termasuk Kerajaan, ahli akademik dan Pakar Bahasa duduk semeja dan berbincang bagaimana dapat mengujudkan sistem pendidikan bermula dari pra sekolah yang dapat memperbaiki mutu komunikasi dalam B.Inggeris dan bukan mengubah Bahasa Pengantar kepada Sains dan Matematik. Satu kesilapan besar.

Anonymous said...
on 

Penggunaan BI dalam UPSR 2008 belum membanggakan - Kesatuan Guru
Salmiyah Harun
Sat | Nov 15, 08 | 1:22:58 pm MYT

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Hrkh) - Keputusan UPSR 2008 yang diumumkan kerajaan baru-baru ini tidak boleh dirumuskan bahawa murid-murid sudah boleh menerima Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana jurang perbezaan mereka di luar bandar dengan bandar masih besar, demikian menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia Mohd Sabri Mohd Arshad.

Katanya, sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan.

"Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, Melayu atau Inggeris, ini memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh," katanya ketika dihubungi.

Beliau juga yakin, peratusan murid yang menggunakan Bahasa Inggeris masih lagi tahap yang rendah bagaimanapun keputusan itu disambut baik.

Dalam melaksanakan PPSMI, beliau menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.

"Sekarang ini pembelajaran BI untuk darjah satu hingga tiga hanya lapan waktu sahaja manakala empat hingga enam ada tujuh waktu sahaja, kelas ini perlu diperbanyakkan dan sukatan pula diperluaskan seperti mewujudkan kelas komunikasi dalam BI dan juga bahasa-bahasa lain termasuklah Bahasa Arab," katanya.

Sabri juga melahirkan kebimbangan kerana guru-guru yang ada tidak diberi intensif untuk memantapkan Bahasa Inggeri mereka sedangkan ramai di kalangan mereka tidak boleh menguasai bahasa itu.

"Guru-guru ini ada kemahiran tinggi dalam matematik dan sains tetapi mereka kurang menguasai Bahasa Inggeris, menyebabkan terpaksa mengajar dalam dua bahasa sekali gus ia membuang masa," katanya.

Menurut kerajaan, UPSR kali ini membuktikan pelaksanaan PPSMI sejak 2003 tidak menjejaskan prestasi murid, walaupun jumlah murid yang memperoleh 5A menurun tetapi murid mendapat 4A meningkat manakala calon gagal berkurangan.

Anonymous said...
on 

Dasar PPSMI, adakah Umno perlu 'bahasa' radikal?
Fahri Abdullah al-Masri
Sun | Nov 09, 08 | 1:17:00 am MYT

Baru-baru ini, satu persidangan meja bulat diadakan untuk membahas isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Pelajaran berkata, semua pandangan akan dibentang kepada anggota persidangan sebelum dibawa ke Kabinet

Ini kerana, menurut Hishammuddin, anggota persidangan perlu putuskan pelaksanaannya terlebih dahulu sebelum ia dimuktamadkan oleh Jemaah Menteri.

"Saya terfikir untuk bawa perkara ini ke Kabinet, tetapi sama ada (pelaksanaannya) berjalan lancar atau tidak bergantung kepada banyak pihak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya.

Hishammuddin dan golongan pembuat dasar PPSMI terlibat dalam banyak persidangan sebelum ini. Persidangan itu melibatkan badan profesional, korporat, individu dan guru. Seterusnya ia melibatkan wakil murid-murid, guru-guru, dan NGO-NGO tertentu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Razali Ismail berkata, pelbagai aspek lain akan diteliti kementerian sebelum keputusan muktamad tentang hal itu dibuat.

Tidak lupa Razali berkata kepada pemberita; persidangan yang terbuka ke atas pemimpin parti politik termasuk parti pembangkang telah membuktikan bahawa kerajaan ini sangat terbuka dalam usaha menentukan masa depan generasi masa depan.

"Kita tidak membuat resolusi atau menghitung yang mana menyokong atau menentang dasar ini, tetapi kita gembira mendapat pandangan campuran daripada pemimpin parti politik," tambah Razali lagi.

Rumusan awal, pemimpin politik memanglah berbincang dan ingin menunjukkan bahawa mereka sentiasa terbuka dalam isu PPSMI ini. Tetapi, hakikatnya, jika mereka mahu ubah dasar ini, memadaikan dengan sekali persidangan, satu memorandum sahaja.

Malah, kalau mereka mahu ubah dasar PPSMI ini, tanpa sebarang persidangan dan memo pun, mereka akan mengubahnya. Cara mudah untuk kita faham hal ini ialah dengan kita bertanya kepada diri kita sendiri..

"Adakah ketika PPSMI nak dilaksanakan, Umno buat persidangan tiga, empat kali seperti sekarang sehingga bertemu guru-guru, wakil-wakil NGO, korporat dan lainnya?"

Jawapannya..tidak! Ia hanya akan berubah jika dengan tiba-tiba Abdullah Ahmad Badawi dengan tiba-tiba berasa ingin pulang ke dasar lama. Semua ini berkaitan dengan apa yang diucapkan oleh Aminuddin Baki dahulu.

Umno enggan batalkan PPSMI, kerana tak yakin BM sebagai bahasa ilmu!
Aminudin Baki pada tahun 1956 menyebutkan hubungan sikap pemimpin politik Melayu dengan bahasa Melayu sebagai berikut:-

"Anchaman datang daripada ... golongan Melayu yang ... kurang perchaya tentang kebolehan bahasa Melayu ... sehingga timbul-nya ... rasa tidak tahu membuat apa2 bila bahasa Inggeris chuba hendak digantikan dengan bahasa Melayu. Ini adalah keadaan biasa di-kalangan bangsa2 yang dijajah, ... hasil penjajahan di-'alam fikiran dan kehidupan pendudok."

Akhirnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dilaksanakan dengan tegas sehingga awal 1990-an. Pada ketika inilah Bahasa Melayu telah benar-benar menjadi bahasa kebangsaan bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama dalam erti kata yang sebenarnya.

Mengapakah pemimpin Melayu itu sendiri menjadi tak yakin ke atas kemampuan bahasa sendiri. Hal ini pelik juga. Padahal, persetujuan yang diberikan ke atas kaum lain ke atas Melayu sebagai tuan kepada negara ini sememangnya telah jelas sekali.

Buktinya, ketika Suruhanjaya Reid hadir sekitar 1956 dan 1957 untuk mengutip pendapat rakyat sekali gus untuk menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Perikatan sebagai gabungan Umno, Mic dan MCA telah mengemukakan suatu memorandum yang masing-masing telah dipersetujui mereka.

Antara lain, memorandum itu menyebut:-

"..Kami mengakui bahawasanya orang-orang Melayu itu ialah anak watan asli dan bahawa mereka itu mempunyai kedudukan yang khas terbit daripada keadaan yang tersebut, dan juga dengan kuatkuasa treaty yang telah dibuat di antara Kerajaan British dengan negeri-negeri Melayu yang berdaulat."

Kajian UKM dalam bahasa Melayu diakui dunia
Apabila pemimpin politik dan sarjana cendekia Melayu membina Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya, kita mendapat maklumat yang memberangsangkan.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tak perlu dipersoalkan lagi kerana ia telah diiktiraf kebanyakan negara antarabangsa. Lulusan ijazah UKM ini diketahui oleh kebanyakan universiti Barat bahawa mereka menerima pelajaran dalam BM. Mahasiswa kita berhasil mendapat ijazah tinggi mereka dalam BM hingga ke tahap Doktor Falsafah walaupun mereka bukan Melayu.

Ada pun kesan-kesan daripada usaha menaikkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu itu dapat dilihat melalui Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu, Laporan Jawatankuasa Penasihat Pusat Tentang Pendidikan, Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, dan Akta Pelajaran 1961. Di sini isu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah menjadi tajuk penting dalam semua laporan di atas.

Bahasa rasmi tunggal, asal mula kejadian Keranda 152
Apabila Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada 1967 di Parlimen, akta ini sebenarnya dibantah oleh para pejuang bahasa Melayu. Antara tuntutan mereka ialah bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi tunggal sebagaimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid, dan seperti yang telah dijanjikan Tunku Abdul Rahman dalam pilihan raya 1955.

Apa yang berlaku sebenarnya, akta pada tahun itu telah memberikan taraf rasmi kepada bahasa Melayu sahaja kecuali dalam sembilan bidang yang tersenarai dalam akta itu.

Dan, apa yang dipertikaikan oleh para pejuang bahasa Melayu ialah bahasa Inggeris tidak digugurkan daripada perlembagaan sungguhpun penggunaannya sebagai salah satu daripada bahasa rasmi negara ini telah dibatalkan.

Para pejuang bahasa Melayu berpendapat bahawa pengguguran bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi daripada perlembagaan itu, dengan sendirinya akan memperkuat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal.

Sesuai dengan makna istilah dan ungkapan, maka kita boleh memahami kenapa tak harus ada hingga dua bahasa rasmi. Biarlah satu saja dan bahasa itu biarlah bahasa Melayu.

Kembali kepada kisah asal, sekiranya akta 1967 itu hendak dicabar, maka ia perlukan 51 peratus daripada undi di Dewan Rakyat. Jadi, usaha untuk mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal inilah yang membawa kepada aksi tunjuk perasaan Keranda 152 dan pelbagai kegiatan radikal yang lain.

Dalih dan bolak-balik
Berdasarkan kenyataan pemimpin Melayu kini, kita dapati agak sukar untuk meneruskan usaha kembalikan dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah-sekolah.

Antara alasan popular ialah, kerajaan telah banyak menghabiskan wang dan masa ke arah penyediaan pakej prasarana teknologi termasuk latihan kemahiran, kepakaran sebelum ini ke atas guru-guru Sains dan Matematik bagi menggalas tugas ini.

Jadi, kata mereka, jika hal ini terbatal, akan sia-sia dan rugilah semua hasil usaha mereka selama ini.

Ada dua jawapan ke atas alasan kerajaan ini. Pertama, ketika kerajaan mahu melaksanakan dasar ini, mereka tidak pernah menghirau pandangan khalayak awam. Jadi, wajarlah kerugian ini ditanggung mereka sendiri.

Kedua, jika parti pemerintah bijak, daripada rugi sedikit pada masa sekarang dan rugi banyak dalam tempoh jangka panjang, yang manakah mereka akan pilih?

Jika hal di atas ini tidak dijawab, bolehkah gerakan radikal Keranda 152 kali kedua kita laksanakan bersama?

5:17 p.m, 8 November
Sekolah Pemikiran Kg Baru _

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com