Pray For MH370

Pray For MH370

MANA BOS? PERGI KURSUS



Menurut Guru Pengurusan dari USA, Stephen Covey, di antara Tujuh

Tabiat Orang Yang Amat Berkesan ialah " Menajamkan Gergaji ". Ia

bermaksud memelihara dan meningkatkan perkara yang membantu kita untuk

mencapai objektif kerja kita serta keinginan yang lain. Konsep ini merujuk kepada cerita seorang

pemotong kayu yang begitu asyik memotong pokok sehingga ia "tiada masa" untuk menajamkan

gergajinya yang telah tumpul. Maka kesannya ialah si pemotong kayu ini menggunakan lebih

banyak tenaga dan masa dengan mengergaji lebih lama serta lebih kuat lagi dek kerana

gergajinya yang tumpul tidak diasah.

Di kebanyakan Jabatan Kerajaan, kakitangan bawahan diwajibkan menghadhiri pelbagai kursus

serta bengkel sebagai satu "exercise" sebelum kenaikan pangkat. Sementara "bos" pula tidak

diwajibkan dan jika ada ia lebih dikenali sebagai "lawatan sambil belajar". Jika para "bos"

menghadhiri kursus, ini bermakna beliau masih ada beberapa bulan lagi sebelum bersara, jadi

untuk menghabiskan sisa-sisa (baki) perkhidmatan, eloklah berkursus. Terdapat bos yang

mewakilkan kepada kakitangan bawahan jika terdapat pekeliling menghendaki beliau datang ke

kursus. Juga kursus untuk bos lazimnya dibuat di hotel lima bintang di suatu kawasan

peranginan sama ada di dalam atau di luar negara. Ada bos yang beranggapan bahawa

menghadhiri kursus hanyalah membuang masa kerana ini akan menyebabkan tidak dapat

hadhir mesyuarat, tiada siapa yang akan tandatangan surat serta bila balik kursus nanti kerja

akan bertimbun.

Budaya di atas harus diubah dan mentaliti "dah tahu semua/ tiada apa yang perlu dipelajari"

perlu diganti dengan suatu budaya cintakan ilmu, cintakan program diskusi, sumbangsaran,

bengkel, kerja berpasukan dan kecemerlangan dalam kehidupan duniawi ukhrawi. Sifat

tawadhu' serta merendah diri harus ditanam dalam hati dan sanubari pemimpin bukan sahaja

kepemimpinan di peringkat keluarga, pejabat, jabatan, kementerian bahkan di peringkat negara.
Bengkel Latihan Kerajaan wajib di Selangor
Oleh Nur Fadzmin Alias
bhnews@bharian.com.my

Ketua jabatan, pengawai kanan diberi input mantap pengurusan organisasi terap kerja cemerlang

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor mewajibkan ketua jabatan dan pegawai kanan di bawah agensi kerajaan negeri menghadiri bengkel latihan kerajaan bagi memantapkan hala tuju pentadbiran dan menerapkan amalan budaya kerja yang lebih cemerlang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata bengkel itu akan dijadikan garis panduan bagi menyelaras pengisian sistem nilai, pembentukan minda serta penyuburan emosi pegawai kerajaan negeri.

“Garis panduan yang mereka peroleh dalam bengkel ini akan menjadi asas kukuh bagi melahirkan modal insan yang bermotivasi, amanah dan berwawasan supaya misi dan visi kerajaan negeri tercapai.

“Jadi kita harap mereka akan menerapkan pengisian program untuk faedah mereka sendiri dan juga organisasi yang ditadbir,” katanya selepas merasmikan Bengkel Latihan Kepimpinan ESQ anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, semalam.

Sementara itu, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Roslan Sakiman, berkata pihaknya menyokong usaha itu yang mengambil pendekatan ‘Spies’ bermaksud penekanan akan diberikan kepada faktor fizikal, intelektual, emosi dan sosial dalam setiap program yang dilaksanakan.

“Bagi MBPJ program ini bermula dengan kumpulan pengurusan tertinggi dan profesional untuk mencapai tujuh nilai dasar iaitu jujur, tanggungjawab, disiplin, berpandangan jauh, kerjasama, adil dan prihatin supaya mereka dapat memajukan diri serta perkhidmatan dalam organisasi.

“Ia akan menjadi perangsang kepada mereka supaya meningkatkan prestasi dan emosi dengan lebih baik ketika bekerja,” katanya.

Bengkel diadakan sehingga 5 November ini, dihadiri 163 peserta dan membincangkan pelbagai tajuk penting, antaranya memahami prinsip kepemimpinan, pengawalan diri, membina kerjasama dan membina karakter dengan lebih lanjut.

BUDAYA ILMU DI [SINI] dan ESQ Training di [SINI]

Comments :

0 comments to “MANA BOS? PERGI KURSUS”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com