Pray For MH370

Pray For MH370

TERIMA DAN CONTOHI APA YANG BAIK-BAIK



Era globalisasi menuntut kita melihat dunia secara makro dan peduli dengan apa

yang berlaku di negara luar. Dunia tanpa sempadan membawa cabaran yang amat besar

kepada para penduduk planet BUMI. Para saintis ada menyebut bahawa seekor rama-rama

yang sedang mengerakkan sayapnya ketika terbang dari bunga ke bunga di sebuah taman

di New York mempunyai KESAN yang ketara pada cuaca di sebuah bandar di China seperti

Shanghai. Kelembapan dan kegawatan ekonomi yang sedang berlaku di Amerika sekarang

sesungguhnya mempunyai kesan yang amat besar ke atas negara-negara lain, tanpa

pengecualian.

Kemenangan Obama yang melayakkan beliau memasuki Rumah Putih sebagai seorang kulit

hitam pertama dalam sejarah Amerka Syarikat jelas menunjukkan bahwa rakyat Amerika

mahu, tahu dan mampu melakukan perubahan yang di luar jangkaan berdasarkan rasional,

proses intelektual dan pemilihan tanpa dipengaruhi oleh emosi, prejudis dan semangat

perkauman (assobiyah) yang sempit.

Alangkah baiknya jika rakyat Malaysia dapat mencontohi sikap dan pendirian yang

diambil oleh rakyat Amerika dalam hal ini.

#Obama diharap bawa suasana baru politik dunia - Mursyidul Am PAS

#
Kemenangan Obama beri pengertian besar kepada dunia: Rais

#Seluruh dunia alu-alukan kemenangan Obama


-------------------------------------------------------------------------------------
Obama diharap bawa suasana baru politik dunia - Mursyidul Am PAS
Salmah Mat Husain / mj
Harakahdaily

Wed | Nov 05, 08

KOTA BHARU, 5 Nov (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat merupakan satu perkembangan baru politik dunia.

Beliau berkata, perkembangan itu membuktikan rakyat Amerika menolak cara agresif George W Bush yang sebelum ini menindas dengan rakus negara-negara umat Islam.

"Apa yang diharapkan semoga Obama membawa harapan baru rakyat di seluruh dunia, sesuai dengan imejnya yang merupakan orang kulit hitam pertama yang bakal menjadi Presiden Amerika," ujarnya sebagai reaksi pertama ekoran kemenangan Obama yang kini menghampiri White House.

Beliau memberitahu demikian ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Di Washington hari ini Senator Barack Obama berjanji kepada rakyat Amerika Syarikat akan membawa negara itu ke era baru yang diharapkan semua pihak.

Beliau mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama daripada masyarakat kulit hitam untuk mengetuai White House setelah ditunggu dalam tempoh begitu lama

"Pilihan raya itu merupakan satu detik yang bermakna ke arah perubahan Amerika," kata Obama ketika berucap di hadapan kira-kira 240,000 penyokongnya di Chicago hari ini.

Manakala lawannya Mc Cain mengaku kalah dalam pemilihan tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, sebelum ini Amerika telah meninggalkan kesan yang buruk kepada masyarakat dunia ekoran tindakan agresif yang akan diteruskan McCain dari Parti Republikan.

"Bush sebelum ini 'minum' darah dengan melancar peperangan di Afghanistan, Iraq, Palestin dengan menggunakan kuasa tenteranya," ujar beliau.

Beliau juga mencadangkan Obama menolak fahaman membezakan warna kulit seseorang, sebaliknya dilayan dengan sama rata.

Beliau berkata, semua bangsa di dunia ini sama ada mereka berkulit putih atau hitam sama di sisi Allah, dan apa yang membezakan antara mereka ialah ketaqwaan terhadapNya.

"Sekarang rakyat Amerika dapat menerima seorang pemimpin kulit hitam dan diharap selepas itu serangan terhadap umat Islam juga berakhir tidak sebagaimana dilakukan Bush," ujarnya.

Beliau juga berharap perubahan ke arah itu benar-benar berlaku dan tidak menjadikan Islam sebagai musuh .

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa turut mengucapkan tahniah kepada Obama yang kini mendahului kemenangan dalam pilihan raya Amerika Syarikat.

Menurutnya, kemenangan Obama membuktikan rakyat Amerika sendiri menolak pemimpin yang angkuh serta tidak menerima pandangan rakyat sendirinya.

Katanya, sebelum ini Bush begitu angkuh dan mengenepikan pandangan orang lain terutamanya pemimpin di kalangan negara umat Islam.

"Jadi kita berharap Obama tidak meneruskan gaya berkenaan, sebaliknya lebih bersikap tolak ansur dan berperikemanusiaan," ujarnya.


=====================================================================================
Seluruh dunia alu-alukan kemenangan Obama

AFP / Berita Harian On line

PARIS: Pemimpin dunia hari ini mengalu-alukan kemenangan cemerlang Barack Obama yang dipilih Presiden baru Amerika Syarikat yang disifatkan satu permulaan era baru.

Di beberapa bandar raya di seluruh dunia, orang ramai berkumpul untuk merayakan kemenangan presiden kulit hitam pertama negara kuasa dunia itu.

Malah, cuti umum diisytihakan di Kenya — negara kelahiran ayah Obama - sebagai mengalu-alukan kemenangan rakyat kulit hitam pertama mendiami Rumah Putih.

“Kemenangan cukup cemerlang sebagai hadiah kerana komitmen dan perjuangan anda (Obama) untuk berkhidmat kepada rakyat Amerika serta memperjuangkan demokrasi di Amerika," kata Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

“Dengan memilih anda, rakyat Amerika mahukan 'perubahan, keterbukaan dan optimisme," kata Sarkozy sambil mengucapkan tahniah kepada senator berusia 47 tahun itu yang mengalahkan calon Republikan, John McCain.

Perdana Menteri Britain, Gordon Brown pula memuji Obama sebagai ahli polilik yang 'bertenaga'.

"Nilai progresif dan wawasannya amat terserlah," katanya.

Canselor Jerman, Angela Merkel pula berkata kerajaannya akan meletakkan kepentingan untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan kerajaan pimpinan Obama.

Presiden China, Hu Jintao pula berkata: “Dalam era baru penuh bersejarah hari ini, saya amat berharap dapat berbincang mengenai hubungan dua hala yang lebih baik dan konstruktif dengan kepemimpinan Obama."

Perdana Menteri Jepun, Taro Aso pula berjanji kerajannya akan bekerjasama lebih kukuh dengan kepemimpinan baru AS.

Perdana Menteri India, Manmohan Singh pula menyifatkan kemenangan Obama sebagai 'luar biasa' dan menjemput Obama melawat India.

Presiden Mexico, Felipe Calderon pula meminta Obama melawat negeri selatan Amerika yang bersempadan dengan negaranya.

Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd pula berkata kemenangan Obama adalah satu petunjuk kepada soal 'kehendak kesaksamaan'.

“Empat puluh lima tahun lalu, Martin Luther King mengimpikan kesatuan Amerika, dengan lelaki dan wanita tidak diadili berdasarkan warna kulit saja, tapi kebolehan mereka.

“Hari ini Amerika sudah menunaikan impiannya itu menjadi satu realiti," katanya.

Presiden Suruhanjaya Kesatuan Europah, Jose Manuel Barroso pula meminta kepemimpinan baru Rumah Putih itu melakukan 'komitmen baru' bersama negara dunia lain untuk menangani krisis ekonomi dan kewangan global.

-------------------------------------------------------------------------------------

Kemenangan Obama beri pengertian besar kepada dunia: Rais


Bernama / Berita Harian Online
PUTRAJAYA: Kemenangan Barack Obama sebagai bakal Presiden Amerika Syarikat dalam pilihan raya Presiden hari ini memberi pengertian besar dan meluas kepada bukan saja rakyat Amerika tetapi kemanusiaan sejagat, kata Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim.

“Kemenangan Obama dilihat sebagai membawa perubahan dan suasana yang menggalakkan dalam nilai dan percaturan dunia antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengucapkan tahniah kepada Obama, Rais berkata Malaysia mengalu-alukan kemenangan beliau sebagai obor baru dalam perjuangan mengisi tuntutan demokrasi.

“Sebagai presiden kulit hitam pertama di Amerika kemenangan beliau memberi pengertian positif yang baru bahawa rakyat Amerika sudah boleh menentukan pemimpin negara mereka tanpa mengira warna kulit, agama atau kepercayaan.

“Kemenangan Obama yang mewakili harapan tinggi untuk rakyat Amerika juga membawa pelbagai kemungkinan baru yang positif dalam bidang hubungan antarabangsa, khususnya hubungan dua hala Amerika Syarikat-Malaysia buat tahun-tahun hadapan,” katanya.

Beliau juga berkata Malaysia akan terus mengekal dan meningkatkan usaha dua hala yang harmonis yang saling berfaedah dengan pentadbiran Amerika yang baru.

Malaysia juga katanya menaruh harapan semoga pentadbiran Obama akan memberi perhatian yang lebih setimpal kepada negara-negara membangun dalam konteks kemanusiaan, pembangunan dan hubungan pelbagai hala.

“Malaysia juga berharap semoga kerajaan pimpinan Obama lebih prihatin terhadap kedaulatan domestik negara kecil serta tidak mengutamakan kekuasaan dan kekerasan sebagai alat penyelesai pelbagai masalah dunia,” katanya.

Comments :

0 comments to “TERIMA DAN CONTOHI APA YANG BAIK-BAIK”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com