Pray For MH370

Pray For MH370

ROSMAH KEKAL CANSELOR UNISEL

Pemuda Pakatan Rakyat telah mendesak agar Canselor Unisel ditukar kepada seorang individu yang lebih layak dan berwibawa sesuai dengan status Unisel sebagai sebauh gedung ilmu dan menara gading.


Belum Ada Rancangan Tukar Canselor Unisel - Abdul Khalid


MURIZA ABDUL HAMID / BULETIN SELANGOR
SHAH ALAM, 5 November - Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menamatkan pelantikan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), kata Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, sebarang keputusan mengenai pelantikan dan penamatan terletak di bawah kuasa penuh Ahli Lembaga Pengarah Unisel.

"Kita sudah menerima memorandum bantahan Pemuda Pakatan Rakyat namun setakat ini kita tidak ada rancangan untuk menukar Canselor," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini petang tadi.

Walau bagaimanapun katanya, sebarang perubahan berkaitan perkara itu akan dimaklumkan.



Pemuda PAS desak MB ganti Canselor Unisel

Saidah Hairan / HARAKAHDAILY
Wed | Nov 05, 08 | 11:55:13 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak nampak keberkesanan peranan isteri timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) selama ini.

Ketuanya, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, Unisel merupakan satu institusi akademik oleh itu pelantikan Canselor mesti ada hubungkait dengan tokoh akademik dan orang yang bebas atau tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

Memandangkan pelantikan Rosmah sejak zaman kerajaan BN, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid tidak ada alasan untuk menggantikan canselor yang lebih layak dan mempunyai latarbelakang akademik, tegasnya.

"Unisel berorientasikan ilmu bukan politik maka amat tidak sesuai Rosmah dilantik sebagai canselor. Jika Unisel merupakan pusat teater atau kebudayaan maka sesuai Rosmah diletakkan disitu,"katanya.

Beliau berkata, ramai lagi tokoh yang sesuai diletakkan di Unisel yang boleh dijadikan model atau rujukan pada pentadbiran dan akademik.

Katanya, jawatan Canselor merupakan tempat yang penting dalam institusi kerana ia menggambarkan bagaimana bentuk yang akan berlaku di institusi tersebut.

"Kita lihat banyak insititusi yang tidak dapat bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa bahkan ketinggalan jauh disebabkan kongkongan politik sempit," tegasnya.

Beliau beranggapan Unisel tidak boleh bergerak lebih jauh disebabkan kongkongan atau campurtangan politik yang terlalu kuat.

Unisel merupakan universiti penuh milik kerajaan negeri itu melantik Rosmah sebagai canselor pertama pada Ogos 2006.

Unisel ditubuhkan pada 1999 diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Comments :

4 comments to “ROSMAH KEKAL CANSELOR UNISEL”
matjang said...
on 

salam YB, saya tahu Yb menjaga bhgn pengajian tinggi di selangor...

tp permintaan pemuda pakatan rakyat
ttg canselor unisel ada meritnya
bg saya rosmah bukan individu yg sesuai...bg saya die ada mslh moral..

PR selangor mungkin boleh cari someone yg ada pendidikan dan moral yang tinggi utk jawatan ini

salam ikhlas dr saya...Allahuakbar

Dr Halimah Ali said...
on 

Saudara Hafizan Mazuki, Diucapkan terima kasih atas keprihatinan saudara. Kita belum dapat satu "formula" untuk "membersihkan" saki baki karat dan lumut hitam legasi BN khususnya di Selangor. Mendapatkan bukti dan bahan sokongan bagi menjustifikasikan tindakan kita agak rumit dan rencam.

Jika kita sendiri punya "institusi" dan syarikat tersebut, kita boleh pecat sesiapa yang kita tak suka dan bayar pampasan jika tempoh kontrak mereka belum tamat.

Dalam syarikat swasta, "hostile take over bid " berlaku jika jumlah pemilikan saham kita mengatasi jumlah saham-saham pihak musuh/lawan.
Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah, konsensus pendapat dan pandangan diterima pakai. Jika kita mahu menyakinkan ahli lembaga yang lain, kita mesti boleh tunjuk bukti yang kukuh dan laku di mahkamah industri dan mahkamah sivil.

Dalam pentadbiran, kita ada proses memorendum dan referendum. Perlu sokongan melalui tandatangan dalam memorendum dan pembuangan undi setuju atau sebaliknya dalam proses referendum.

Zaman DR M, dia diktator, boleh "cipta" pelbagai skandal dan "frameup" untuk menjatuhkan seseorang.

Kesimpulannya, kerajaan Pakatan Rakyat diberi sedikit kuasa untuk mengurustadbir negeri yang telah lebih 50 tahun di bawah BN. kerajaan Pusat masih BN,kita hanya boleh melakukan yang termampu dan terbaik dalam bidang kuasa kita. Kita tidak mampu memberi kepuasan kepada semua rakyat dalam semua perkara dan hal. Walluhu'alam.

matjang said...
on 

gd morning YB,

tq atas penerangan yang diberikan...
saya kira penerangan itu sudah cukup tidak menggusarkan saya...

salam..:-)

Anonymous said...
on 

i dont think rejecting Datin Rosmah is a Good Idea.. she will be the first lady next year, its will benefiting UNISEL. Pikir panjang YB.. she's innocent.. she's only a wife of politician..

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    1 year ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    2 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com