Pray For MH370

Pray For MH370

SIAPAKAH YANG LAYAK MENGURUSTADBIR MASJID?


Firmanallah yang bermaksud "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-

masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta

mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah,

(dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari

golongan yang mendapat petunjuk.
" (9:18)

Selama ini UMNO meletakkan pegawai dan AJK masjid mereka-mereka yang datang ke

masjid seminggu sekali atau setahun dua kali sahaja.

Maksud Hadith "Barangsiapa yang menjadi imam sedangkan para makmum tidak

menyukainya, maka sia-sialah pahala solatnya". Hal ini kerap berlaku dalam

masyarakat di mana UMNO melantik seorang imam masjid yang tidak direstui atau

disukai oleh ahli kariah masjid atas sebab-sebab tertentu seperti terdapat kecacatan

dalam bacaan surah Al Fatihah, akhlak yang buruk dan sebagainya.

Pas tidak pernah hantar wakil
Sinar Harian

SHAH ALAM - Dakwaan mengenai Pas telah menghantar wakil mereka untuk menyelinap masuk dalam pengurusan masjid yang akan mula bermesyuarat awal bulan depan disifatkan mainan politik yang sengaja dicanangkan oleh UMNO.

Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, pemilihan jawatan nazir dan ahli jawatankuasa pengurusan masjid di seluruh Selangor bukan dipilih oleh Pas tetapi dipilih oleh kariah di kawasan itu sendiri.

Katanya, apa yang parti itu fokus sekarang adalah untuk menjadikan surau dan masjid itu gelanggang Islam bukan gelanggang politik seperti yang digambarkan oleh pemimpin UMNO.

“Oleh sebab itu, setiap ahli jawatankuasa serta nazir yang dipilih itu adalah individu yang disukai oleh masyarakat di kawasan itu sendiri tidak kira sama ada dia ahli Pas, UMNO ataupun Keadilan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, sistem pemilihan tersebut dibuat bagi mengemas kini pentadbiran masjid dan surau yang bersifat mesra masyarakat.

“Jika dulu ada sesetengah masjid dan surau gagal mengemukakan sebarang laporan kewangan serta tidak pernah mengadakan sebarang mesyuarat serta bercelaru tetapi dengan adanya sistem pemilihan baru ini, kita percaya pentadbiran masjid dan surau akan lebih kemas serta bersifat mesra rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang mendakwa Pas sudah menghantar wakil mereka untuk menyelinap masuk dalam pengurusan masjid yang akan mula bermesyuarat awal bulan depan.

Muhammad dilaporkan berkata, tindakan Pas itu bertujuan untuk mengambil alih jawatan nazir dan ahli jawatankuasa pengurusan masjid di seluruh Selangor yang dilihat akan menjadi wadah terbaik untuk menyebarkan agenda politik mereka kepada akar umbi dengan berselindung di sebalik pelbagai ceramah agama yang kerap kali diadakan di masjid.

Mengulas mengenai kenyataan itu Sallehin berkata, adalah mustahil sekiranya Pas akan ‘mengikut’ amalan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu.

“Jika kita menyelinap masuk, ia sama seperti apa yang dibuat oleh pemimpin terdahulu yang mana mereka hanya memilih ‘orang-orang’ serta wakil daripada parti mereka untuk menjawat jawatan tersebut.

“Tetapi, kita di Pakatan Rakyat (PR) lebih bersifat terbuka dalam hal ini kerana setiap pemilihan dibuat oleh masyarakat di kawasan itu sendiri bukan pimpinan PR,” tegasnya.

Sebaliknya katanya, dakwaan pimpinan UMNO itu dilihat seakan-akan takut dengan bayang-bayang sendiri malah merasa tergugat sekiranya ‘orang-orang’ mereka tidak terpilih dalam pemilihan tersebut.

Comments :

0 comments to “SIAPAKAH YANG LAYAK MENGURUSTADBIR MASJID?”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com