Pray For MH370

Pray For MH370

SALING HORMAT MENGHORMATI SERTA MENGENALI ANTARA KOMPONEN PR

Mari kita sama-sama hayati saranan MB Selangor. Usah melenting, usah melatah, usah terjebak dengan perangkap "orang kertas" yang memutarbelitkan kenyataan, usah terlalu peramah dan mudah buat komen tentang laporan akhbar dan......dan.....Menjalin hubungan baik sukar dan mengambil masa tetapi untuk menjadi musuh dan berpecaqh belah boleh berlaku sekelip mata.

Hormati antara sesama parti komponen Pakatan Rakyat - MB Selangor


Wan Nordin Wan Yaacob / harakahdaily

SHAH ALAM, 29 Nov (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru seluruh kepimpinan dan ahli dalam parti komponen Pakatan Rakyat agar menghormati antara satu sama lain.

"Saya harap seluruh ahli dan kepimpinan KeADILan menghormati antara satu sama lain, samada dengan PAS dan DAP atau dalaman parti, begitu juga dengan DAP dan PAS yang juga perlu menghormati dan terus bekerjasama dengan parti dalam Pakatan Rakyat," ujarnya.

Beliau memlihat mutakhir ini media arus perdana semakin hari semakin kuat menjalankan propaganda memecahbelahkan antara PAS, DAP dan KeADILan.

Setiap hari ada sahaja laporan yang dibuat hanya untuk melaga-lagakan antara kepimpinan DAP-PAS dan KeADILan, ujarnya dalam ucapan aluan sebagai tuan rumah di Perasmian Kongres KeADILan di Stadium Malawati Shah Alam hari ini.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Niab Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok.

Berucap lanjut beliau menggesa ahli dan rakyat agar tidak termakan dengan propaganda tersebut yang semata-mata dijalankan Umno/BN untuk menggugat kestabilan kerjasama yang kuat dalam Pakatan Rakyat.

Selain itu beliau menyebut bahawa kerajaan negeri di kalangan pakatan kini telah menjalankan pelbagai usaha dan program bagi kesejahteraan rakyat.

Ujarnya, ini selaras dengan gagasan yang membentuk kerjasama dalam Pakatan Rakyat antara DAP, PAS dan KeADILan yang mahu menjayakan negara berkebajikan.

Beliau juga menyatakan iltizam kerajaan Pakatan Rakyat dalam membanteras rasuah kronisme dan nepotisme./wann_

Comments :

0 comments to “SALING HORMAT MENGHORMATI SERTA MENGENALI ANTARA KOMPONEN PR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com