Pray For MH370

Pray For MH370

MUSIM BERKHATAN KEMBALI LAGI

Amalan berkhatan di kala musim cuti sekolah memang sudah menjadi tradisi masyarakat Malaysia. Amalan itu kini ditambah dengan berkhatan beramai-ramai di suatu lokasi yang bukan klinik atau hospital. Biasanya sebuah dewan, bilik darjah atau tadika. Untuk pengetahuan pembaca, beberapa orang Doktor serta pakar bedah Malaysia telah mencipta nama di persada dunia dengan merekacipta teknik serta alat untuk berkhatan contohnya Dr Ismail, Dr Tasron dan Dr Singh. Lazimnya, Alhamdulillah, tiada komplikasi berlaku bagi mereka yang berkhatan kecuali sedikit pendarahan, tetapi jika komplikasi berlaku ia amat serius dan mempunyai kesan buruk jangka panjang.

Baru-baru ini dilaporkan seorang budak lelaki telah dimasukkan ke ICU setelah berlaku jangkitan pada pundi-pundi kencing. Beberapa tahun yang lalu, seorang budak bernama ******
******* telah menjalani khatan di sebuah hospital dan diberitakan telah disunat oleh seorang Pembantu Perubatan (MA) atau Pembantu Hospital (HA) yang secara tidak sengaja telah memotong kemaluan individu berkenaan. Pesakit dilaporkan telah menjalani rawatan psikatri di sebuah hospital swasta di KL.

Tara Clamp

Sunathrone
Smart KLamp


Plastibell

Ismail Clamp

Note: This device should not be used to do a self-circumcision. Circumcision should always be performed by a trained and skilled healthcare provider. Anda dilarang keras agar tidak melakukan sendiri berkhatan menggunakan alat di atas. Jika melakukannya, di atas tanggungan sendiri. Pemilik blog ini tidak bertanggung jawab.


Hikmah khatan

Disesuaikan dari Mymetro Oleh Idris Musa

KHATAN semakin menjadi amalan bagi masyarakat berbilang bangsa. Malah, pada kini dianggarkan sepertiga lelaki di seluruh dunia berkhatan sama ada disebabkan anjuran agama seperti Islam dan Yahudi, mahupun kerana faktor kesihatan.

Dalam Islam, khatan atau khitan adalah perkara khilafiyah ( tiada nas yang qatei atau putus) dibincangkan dalam semua mazhab, namun menurut pendapat sahih dalam Mazhab Syafie, ia wajib ke atas lelaki dan perempuan. Demikian juga pendapat kebanyakan ulama silam.

Imam Ahmad bin Hambal mengatakan wajib manakala Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berpendapat khatan itu hukumnya sunat bagi lelaki dan perempuan.

Tetapi ada pula pendapat dalam Mazhab Abu Hanifah mengatakan wajib bagi lelaki dan sunat bagi perempuan.

Antara dalil yang dijadikan hujah dalam melaksanakan khatan ialah firman Allah yang bermaksud: "Ikutilah wahai Muhammad susunan agama Ibrahim."

Hadis diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun di suatu tempat bernama 'al-Qudum' (di Syam). (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan Imam Ahmad daripada Syaddad bin Aus dengan terputus sanadnya dan juga oleh Imam Baihaqi daripada Saidina Ali, beliau berkata berkhatan itu sunat bagi lelaki dan suatu perkara yang terpuji bagi perempuan.

Selain itu Imam Abu Daud, Ibnu Sandah dan Ibnu 'Asakir meriwayatkan suatu hadis daripada ad-Dahak bin Tias, katanya di kota Madinah ada seorang wanita bernama Ummu 'Atiyyah kerjanya mengkhatankan anak gadis.

Rasulullah s.a.w berkata kepada wanita itu: "Apabila engkau mengkhatankan anak perempuan jangan engkau potong terlampau banyak kerana potongan itu jika disederhanakan akan menambahkan seri muka dan menyebabkan suami lebih gembira."

Dalam amalan perubatan di Malaysia, khatan bagi perempuan hanya melukakan kulit atas faraj yang berbentuk segi tiga. Bahagian itu adalah kulit lebihan di sebelah atas dan tidak sampai ke pangkalnya.

Bagi lelaki, ada dua kaedah iaitu tradisional dan moden. Kaedah tradisional ialah memotong bahagian kulit berlebihan pada zakar menggunakan pisau. Zakar terlebih dulu dibius pada bahagian atas, tepi dan hujung supaya kebas, kemudian dipotong, dilipat dan dijahit dengan benang larut sendiri.

Bagaimanapun, kaedah moden lebih mudah kerana hanya menggunakan plastik yang sudah berbentuk bulat untuk diletakkan pada bahagian hujung kulit zakar. Ia bertujuan menghentikan perjalanan darah dalam tempoh seminggu dan secara tidak langsung akan gugur dengan sendiri.

Selain mengikut sunnah generasi terdahulu, khatan mempunyai banyak kelebihan, terutama dari sudut kesihatan.

Khatan kepada lelaki mempunyai banyak kebaikan dari sudut kesihatan, terutama menghindarkan diri daripada terkena virus berbahaya seperti HIV.
Sila lihat [SINI]




Hasil kajian pakar Eropah dan Afrika di empat bandar Afrika mendapati berkhatan menghindarkan tiga kali ganda daripada dijangkiti virus HIV.

"Kami mempunyai bukti berkhatan boleh mencegah risiko dijangkiti HIV di kalangan lelaki yang sememangnya berita baik berikutan beberapa laporan mengecewakan sebelum ini," demikian menurut rencana ditulis Marie-Louise Newell dan Till Barnighausen daripada Universiti KwaZulu-Natal di South Africa dan Fakulti Kesihatan Awam, Universiti Harvard.

Di wilayah Kwazulu-Natal yang kes HIV sangat tinggi, penyelidik mendapati kadar penduduk berkhatan amat rendah.

Sebanyak 35,000 jangkitan baru mungkin dapat dicegah pada 2007 jika 2.5 juta lelaki di sana berkhatan.

Penyelidik Amerika Syarikat, Richard Bailey, ketika berucap di persidangan mengenai Aids di Sydney, sebelum ini, menggesa pihak berkuasa setiap negara mempromosi amalan berkhatan kerana bukti saintifik menunjukkan ia boleh mengurangkan jangkitan HIV sebanyak 60 peratus.

Menurutnya, tiga kajian yang dijalankan di Afrika mengesahkan kepercayaan sedia ada mengenai keberkesanan khatan dalam mengurangkan jangkitan virus itu.

"Sudah tiba masanya untuk bertindak. Melengahkan amalan berkhatan boleh mendatangkan lebih banyak keburukan," kata pensyarah Universiti Illinois itu.

Amalan berkhatan juga dapat mencegah lelaki daripada menghidap barah zakar. Media melaporkan, satu kajian mendapati 87 daripada 89 kes barah zakar adalah di kalangan lelaki yang tidak berkhatan.

Di samping itu, ada beberapa faedah lain seperti memberikan ruang kepada zakar memanjang dan mengembang selepas kulup atau kulit penghujung zakar dipotong, malah memberikan daya ereksi lebih normal serta peningkatan daya kawalan daripada cepat ejakulasi.

Teknik berkhatan kaedah Sunathrone di [SINI]

Comments :

0 comments to “MUSIM BERKHATAN KEMBALI LAGI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com